Apps Hargapedia Versi Terbaru : Lebih Mudah Buat Perbandingan Harga dan Lebih Mesra Pengguna

Saturday, December 8, 2018

Previously, aku pernah tulis pasal apps Hargapedia dekat post ni : Banding Harga Barang Jadi Senang Guna Hargapedia . So sejak sejak dah ada apps ni, senang sangat nak compare harga bila nak shopping barang rumah .  Before keluar pergi shopping tu, listkan siap siap apa nak beli and boleh tahu dekat mana patut pergi untuk dapat harga terendah.

Kalau korang taktahu lagi apps Hargapedia ni untuk apa? okay meh nak explain sikit .


Secara ringkasnya, aplikasi Hargapedia ni ialah satu aplikasi khas yang dicipta untuk listkan beribu barangan yang dijual di berpuluh supermarket/ retailer seluruh Malaysia. Antara retailer terbesar yang ada dalam list Hargapedia ialah AEON, Tesco, Giant dan Mydin . Dalam apps ni, korang boleh tengok dan buat perbandingan ; Antara kesemua retailer yang tersenarai dalam Hargapedia, retailer mana yang tawarkan harga barangan palingggg murah?

Contoh, sabun basuh baju dekat retailer A jenama yang sama , harganya RM15.20. Dekat retailer B pulak , RM13.90 . Tapi untuk nak tahu harga dekat retailer mana yang murah, mesti korang kena mengigih kejap pergi sini kejap pergi sana kan? Sekarang dah takpayah dah sebab Hargapedia yang tolong buatkan.  Pilih je nak beli barang apa, jenama apa ; search dekat Hargapedia, terus boleh nampak retailer mana yang tawarkan harga paling murah .



Kan jimat masa dan tenaga macam tu ?

Kalau korang dah memang ada apps Hargapedia, sekarang boleh update taw apps tu sebab dah ada version yang terbaru.














Version yang latest ni lagi best (for me) nak compare dengan the previous ones. Yang baru ni lagi senang nak navigate and ada few new features added to the apps. Antaranya ialah , tab "My Retailers" . Dekat tab ni, korang boleh nampak senarai korang punya favourite retailers . Kalau nak pilih or set your favourite retailer, click My Retailer & Manage. Lepastu boleh manage up to 6 favourite retailers.

Dekat atas ni contoh antara retailers yang listed dekat Hargapedia. Swipe bawah bawah siap ada untuk Watsons, Guardian semua sekali. So boleh senang korang survey promotion apa yang ada. Tak susah susah nak pergi jenguk dekat outlet diorang.

Bila dah pilih (manage)  favourite retailer, boleh swipe left to right untuk tengok retailers yang korang dah pilih. Macam in my case, nampak ada Giant , Tesco & Aeon Big. Tu kalau swipe tepi, ada Mydin , Jaya Grocer dengan Econsave.





Bila click dekat logo retailers tu, akan keluar pula dua column macam ni. 

1. Brochures (List of all brochures available offline. Yang biasa risalah dia bagi time kita masuk supermarket tu, ha available in e-brochure)
2. Current promotions (Dekat sini akan list out all the current promotions yang ongoing dekat retailer tu)



Ni pulak contoh bila aku select "Tesco" . Nampak kan "current promotions" tu? Hargapedia akan list out kan produk apa yang tengah ada promosi dekat retailer tersebut.

===============================================




Kalau nak tengok semua Brochure atau pun Current Promotion untuk SEMUA retailers, korang click "Show All Retailers" . Akan keluar senarai macam dekat bawah ni




Scroll bawah bawah ada banyak lagi. Memang dekat "All Retailers" ni, dihimpunkan semua brochure/pamplet promosi bagi semua retailers selain daripada yang korang dah save kan dalam korang punya favourite.

Okay, contoh nak tengok macam mana rupa Brochure tu? Bila click Brochure Giant 25 Nov 2018 tu, akan keluar macam dekat bawah ni


Senang kan? Tak susah susah nak kutip brochure dekat offline store dah. Lagipun senang boleh buat kira kira budget dari rumah. Bagus bila dah plan dan ada list apa yang nak dibeli. Supaya takdelah terbelanja benda tak patut bila dah sampai kedai nanti. Kan kan kan?

===============================================

Seriously Hargapedia ni memang life saviour sangat. Sebab tolong jimatkan masa and tenaga.  Lepastu jimat duit juga sebab bantu kita bijak berbelanja. Dekat tab "Harganews" selalu ada annoucement/ update terbaru pasal sale/ promosi apa yang tengah ada. Kalau rajin rajin baca dekat sini, lagi best sebab boleh tahu kot kot ada buy 1 free 1 promo ke ,  jualan harga runtuh ke .. semua dekat sini .



Lagi satu my favourite feature yang ada dekat Hargapedia ni ialah ; tab "My List"

Dekat sini, akan disenaraikan price comparison untuk barang barang yang korang dah "Add to List" . Contoh la eh , macam bawah ni






Ni antara senarai item yang aku "Add to list" . Dekat colomn kanan tu pulak siap tulis harga beserta dekat mana aku boleh beli barang barang ni . Contohnya, shampoo Dove Hair Fall Rescue 375ml . Dekat situ boleh nampak, Hargapedia dah finalizekan dan maklumkan bahawa untuk dapatkan shampoo Dove pada harga yang terendah (RM10.00) ialah di Giant.  

Kalau click pada gambar produk tu, akan keluar pulak info page yang macam ni




Dekat sini, menunjukkan perbandingan antara harga barangan tu semasa promosi dan harga normal normalnya. So, boleh la korang buat kira kira berapa penjimatan dan keuntungan yang korang dapat bila beli barangan tu pada harga terendah . Memang satistfying sangat kalau dapat beli barang pada harga rendah. Rasa macam jadi pembeli yang bijak wakakka .



Kenapa korang patut install apps Hargapedia ni?

Seriously kalau korang betul betul memanfaatkan apps Hargapedia ni , memang banyakkk korang boleh jimat tau . Aku memang suka sangat apps ni. Rasanya ramai dah kawan kawan yang aku influence suruh install apps ni dalam phone masing masing. Jadi macam satu apps wajib perlu ada pada setiap orang , melainkan kalau korang spesis tak suka berjimat, duit kepuk kepuk and tak suka sale tu.. nak buat macam mana kan? Tapi kalau korang jenis yang sentiasa nakkan penjimatan, mohon jangan sia siakan sarananku ini duhai sahabatttt . Install apps Hargapedia, okay? To be specific, ini adalah sebab sebab kenapa korang patut install apps Hargapedia

1. Interface mesra pengguna . 
  • Mudah digunakan, visual jelas dan cantik. Sedap mata memandang


2. Informasi tepat. 
  • Aku dah compare dah harga barangan dalam apps dan yang dekat store. Sama. Maksudnya segala info/ price list dalam apps Hargapedia ialah reliable.


3. Boleh buat virtual shopping list. 
  • Mudah untuk senaraikan barang apa nak beli dan letak je dalam "MyList" . Takpayah tulis dekat kertas lepastu hilang dah. Terus je higlight apa yang perlu dibeli, dan apa yang tak.


4. Applikasi percuma
  • Tak payah bayar pun. Semua kemudahan ni, tersedia untuk korang secara PERCUMA. Cari je di Google Playstore dan App Store.

Image result for price comparison


Dah ready nak dapatkan lebih penjimatan masa berbelanja?

Okay , jom install Hargapedia sekarang. Lagi cepat install, lagi banyak penjimatan korang boleh buat.


Download sekarang di


Post a Comment

On My Instagram