Friday, March 31, 2017

7 Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Tanjung Malim, Perak


Hello & Assalamualaikum!

Okay, sebelum nak mula menaip ni , kita geliat geliat sikit sambil stretching stretching sebab sumpah badan rasa letih dan lemau sangattt . Mana taknya, untuk beberapa minggu ni , aku sakan gila berjalan cuti cuti dalam Malaysia . Macam macam tempat dah aku pergi dalam tempoh kurang 1 bulan, dan makanya menimbunlah juga entry yang tak siap ekekekeke .

Untuk muqaddimah jurnal cuti cuti Malaysia aku ni , aku nak mulakan dengan cerita pasal trip jelajah Tanjung Malim 

You read it right baby ,  Tanjung Malim!

"Apa yang ada dekat Tanjung Malim??" katakauuu .

Jangan judgemental cepat sangat please, kau taktahu Tanjung Malim punya lah gempak sampai terindu rindu pulak nak pergi sana lagi .

Disamping orang disana baik baik dan hensem (eh!haha) , Tanjung Malim juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk korang bila bercuti disana . 

Ok meh kita senaraikan aktiviti wajib untuk korang buat dan ambil pengalaman bila ke Tanjung Malim .

Eh cop, sebelum tu nak buat penjelasan sikit, percutian ke Tanjung Malim versi aku ni ialah versi "Cintai hutan hijau hijaun dan alam semulajadi" gitu . Makanya, akan tersenarai aktiviti outdoor dan lasak serta nature-related activity ye .

1. White Water Rafting


Inilah satu satunya aktiviti yang paling aku rasa nak ulang ulang ulang balik . Sebab best gila! And that's why lah aku letakkan dekat point no 1. hehehe

Rafting dalam bahasa melayu nya berakit, tapi idoklah kau main rakit diperbuat daripada buluh tu dik . Dan pepatah berakit rakit ke hulu, berenang renang ketepian memang boleh guna pakai sangat dalam aktiviti ni .



Sebelum memulakan aktiviti, short safety brieifing akan di berikan dan korang akan mula pakai life jacket dan helmet. Seterusnya, korang akan mula lakukakan aktiviti 'Water confident" .

Kenapa pentingnya "water confident" ni? Sebab nak bina keyakinan pada korang supaya tak gelabah dan panik tatkala tercampak keluar daripada bot masa rafting tu. Ya dik. Kau ada possibility tercampak keluar daripada bot. Akak kau ni je dah tercampak sampai 4 kali daripada bot tu dik wakakakak . Walaupun bila dah tergolek keluar daripada bot dan termengah mengah cuba berpaut pada batu bila nak melawan arus jeram yang maha dasyat , tapi akak surviveeeeeee! dan "apeeniii best gila tercampakk, nak lagi!" LOL


Sungai yang kitorang pergi untuk rafting ni katanya pada level 4. Aku tak faham sangat level level ni macam ni , gamaknya level keganasan jeram dia tu kot . Dan katanya Level 4 ni kira level power power dah ni . Wow rasa bangga pulak aku dah merasa ber-water rafting dekat sungai ni. Satu pencapaian ye sebabkan seorang Farah ialah berspesis takutkan air, sesuai dengan tahun kelahirannya iaitu tahun kambing (fakta) hahah .

aktiviti water rafting

Aktiviti water rafting ni aje mengambil masa dalam 2-3 jam jugaklah . Campur dengan siap berhenti tengah jalan makan jagung bagai hahaha . Kau mampu ke , setelah berhempas pulas bergaduh dengan jeram yang ganas tu, tetiba paddle depan depan sikit, ada jagung bakar menanti . Kelasss sangatt servis water rafting daripada Chili Rafter ni . Okay, info pasal Chili Rafter ni nanti aku letakkan dekat hujung post. 

Lagi sekali nak tegaskan, aktiviti ni memang super fun! Rugi lah kalau korang taknak cuba. Serious puas hati dan seronok . WAJIB CUBA BILA KE TANJUNG MALIM!




2. Merebus telur di Kolam Air Panas



Bunyi macam "alaaa kolam air panas je ponn "

Aip aipp tengok tuuu judgmental lagi *jentik telinga


Kolam air panas ni bukan sebarang sebarang kolam k. Kalau kau pergi rendam badan dalam air tu, nescaya akan jadi jelmaan megi lah nanti . Bersuhu 104 darjah celcius, gile ke apa kau nak mandi dalam tu? hahaha .


Apa yang kau mampu buat ialah , bawa telur sepapan , rebus dan nikmatiknya dengan kicap dan lada sulah beramai ramaiiiii ! Lain maciamm sedap dia tau . Aku ni bukan lah spesis yang suka makan telur separu masak ke telur rebus ni , tapi eh eh eh sedap pulakk bila dah direbus macam ni .

kolam air panas slim river


Satu lagi aktiviti WAJIB CUBA BILA KE TANJUNG MALIM!


3. Pengalaman membuat pau & "fine dining" di UPSI


Memang trip ke Tanjung Malim ni asyik makan makan makan ke? Hahaha

upsi kulinari tanjung malim

Korang patut singgah sekejap di bengkel department kulinari UPSI ni. Dan berpeluang untuk cuba membuat pau sendiri . Lepastu, boleh pulak terus ke restoran untuk nikmati makanan ala ala fine dining yang disediakan oleh pelajar UPSI sendiri . 3 course pada harga tak sampai RM20 pun! Termasuk starter, main course dan juga dessert . wohooo ! Memang feeling macam makan dekat hotel mewah je sebab diorang siap bukakan napkin dan letakkan atas riba . kelass kan? Korang patut singgah sini k bila ke Tanjung Malim!


4. Aktiviti Go-Kart dan Memanah

go kart memanah archery tanjung malim

Boring lah kalau setakat jalan jalan je kan? Selitkan sekali aktiviti menarik contohnya ber-go kart dan juga memanah . Barulah rasa trip tu lebih bermakna, lagi lagi kalau datang ramai ramai dengan kawan kawan dan family .

Tapak go kart ni berhampiran dengan stesen KTM Tanjung Malim . Senang je nak cari . Nanti pergi tau ;)



5.  Santai santai di Sarang Art Hub Cafe


Kalau malamnya korang rasa nak bersantai, lepak lepak, makan makan, sambil dengar live band ... korang patut ke Sarang Art Hub , milik Abang Mamat Khalid .

Dekat sini yang uniknya hiasan dalaman penuh dengan poster dan hasil seni yang lama . Memang sesuai lah dengan nama "Sarang Art Hub" tu . Pilihan makanan pun banyak, dan suasana dekat sini memang sesuai sangat untuk bersantai dengan kawan ataupun keluarga .

Aku dengan Neysa siap jahanamkan majlis lagi dok menyanyi ramai ramai dekat situ haha . Ghasak lah kan, yang penting we'olls happy :p

Ingat tau, kalau ke Tanjung Malim .. wajib singgah sini juga ;D


sarang art hub mamat khalid


6. Menginap di Teratak Riverview



Kalau korang nak kan tempat bermalam yang bebetul "back to nature" , korang patut pilih Teratak Riverview ni . Dekat resort ni ada sebuah sungai yang membahagikan sempadan antara Perak dan Selangor. Dan korang boleh pilih nak duduk bilik belah Perak ke belah Selangor haha cool kan? 

Pepagi bangun, boleh terus nikmati kecantikan pemandangan sungai depan bilik . Pulak tu, petang petang boleh lah buat aktiviti flying fox dan absailing pulak . Untuk aktiviti outdoor macam ni, aku cadangkan untuk korang mintak team T-rec Konsultansi yang handle.

Diorang akan uruskan semua kelengkapan yang diperlukan untuk aktiviti termasuklah aktiviti Flying fox, absailing dan juga tubing . Diorang ni terdiri daripada pelajar dan bekas pelajar UPSI yang mengambil jurusan sains sukan . Haa bab bab sukan outdoor, bagi je kat diorang . Diorang tahu lah apa nak buat hehee . Seronok je beraktiviti dengan diorang ni. Sabar je melayan ahkak ahkak yang macam macam perangai ni hahaha .

7. Mural Street Art


tanjung malim street mural art



Ha, kau hengat Melaka je ada? Penang je ada? Tanjung Malim ada jugak k . Korang patut singgah kejap dekat pekan Tanjung Malim ni dan bergambar dekat mural di belakang dinding kedai ni. Kawasannya bersih dan teratur, sesuai lah untuk kita jalan jalan dan berhenti untuk ambil gambar . "Very insta-worthy" katakauu haha . OOTD lah dekat dinding ni dik, upload dekat instagram, nescaya banyak lah likes yang kau dapat ekekeke 

==================================

Itu dia 7 aktiviti menarik yang korang boleh lakukan sepanjang di Tanjung Malim . Kalau sebelum ni korang macam tak tahu apa je aktiviti yang boleh dibuat dekat Tanjung Malim tu, ha nah hakak kau dah senaraikan hehee .

Semua aktiviti ni ada juga ditawarkan dalam pakej pakej menarik yang disediakan oleh pelbagai 'travel agency' . Insyallah very soon , iols akan update senarai pakej yang ditawarkan dan harga pakej tu dalam entry ya .

Haaa another point to highlight, kalau nak ke Tanjung Malim tu, nak senang ... korang travel je by train KTM . Cuma ambil masa dalam sejam lebih je untuk sampai . Kalau nak lagi laju , ambil ETS ye. Tapi kalau ambik train biasa pun dah hokeyy .



Kan senang kalau nak kemana mana semuanya boleh naik train je, at least dalam train boleh gak berjoget ke menari lari sana sini . Kalau dalam bas tu kematu kematu bontot duduk lama wakakkaa .

K lah gais, insyaallah more details tentang pakej, contact number etc akan diupdate dari semasa ke semasa ya. sis nak kumpulkan info dulu . Kalau ada sebarang soalan, boleh comment di bawah yee. Takpun email jee nanti ahkak reply k [farahdafri.work@gmail.com]















Related search : Pakej percutian tanjung malim, teratak riverview resort, resort camping tanjung malim, tapak camping best malaysia, tapak camping menarik, tempat untuk kem motivasi, tempat untuk kem , resort untuk camping, camping resort malaysia, resort camping perak, ipoh perak, tempat menarik di perak, tempat menarik tanjung malim, aktiviti menarik tanjung malim, UPSI tanjung malim, tanjung malim universiti, tempat makan menarik di tanjung malim, tanjung malim night life, tanjung malim pusat hiburan, tempat menarik di tanjung malim, restoran best tanjung malim, tanjung malim cafe hopping, tanjung malim cafe hipster

Thursday, March 30, 2017

Zarra B' Joy Lipwear | 7 Hari 7 Warna Lipmatte berbeza






Zarra B' Joy Lipwear | 7 Hari 7 Warna Lipmatte berbeza  | Hello & Assalamualaikum . Pernah tak lepas dah mekap mekap , tetiba macam confuse kejap nak pakai lipstick warna apa . Rasa macam nakkan kelainan tapi balik balik, warna sama jugak lah yang kita pakai . Rasa macam boring pulak kan?

Zarra B' Joy Lipwear faham dan sedia maklong (maklum) dengan masalah kita ni . Sebab tu lah diorang dah prepare siap siap 7 warna lipmatte berbeza untuk 7 hari dalam seminggu . Lain hari, lain warna, lain energy nyaa .

Suasana semasa majlis pelancaran Zarra B' Joy Lipwear di Sime Darby Convention Centre (29 Mac 2017)


Untuk 6 hari bermula daripada Isnin sampailah ke Sabtu , Zarra B' Joy Lipwear dah khas kan warna mengikut kita bergantung pada hari yang berbeza. Dan untuk hari Ahad pulak , kita bagi peluang untuk bibir kita berehat sekejap lepas 6 hari bergaya pakai lipmatte kan . Jadi untuk hari Ahad, lebih memfokuskan pada merawat bibir (Therapy)

Keenam enam warna daripada hari Isnin sampailah Sabtu semuanya diinspirasikan daripada nama nama bunga , iaitu :


  • Zesty Rose - Monday
  • Zenia Daisy - Tuesday
  • Zazzy Verbena - Wednesday
  • Zaftig Carnation - Thursday
  • Zealous Dahlia - Friday
  • Zonal Peony - Saturday





dann untuk ahad pula ,


  • Zappy Therapy - Sunday


Apa yang membuatkan Lipmatte daripada Zarra B' Joy ni berbeza dengan lipmatte yang ada dipasaran ialah atas beberapa ciri ciri menarik iaitu ;

  • Halal
  • Lulus KKM
  • Tidak mudah mengeringkan bibir
  • Mengandungi Vitamin E, Argan Oil, dan Shea Butter
  • Tanpa tambahan bahan kimia berbahaya
  • Tidak berminyak atau melekit
  • Warna yang tahan lama - tak mudah lekat pada cawan , straw mahupun ketika shiumm shuben hewhew
  • Produk Malaysia yang berkualiti dan setanding dengan jenama antarabangsa (pemiliknya, Datin Zamzarina meletakkan Huda Beauty & Kylie Lip Kit sebagai benchmark )



Sebenarnya tak terhad untuk korang pakai warna warna ni mengikut hari pun . Kalau rasa nak looking fearless and bold pada hari isnin, boleh je calit calit warna Zealous Dahlia atau pun Zazzy Verbena . Barulah terlihat confident dan garang gittew . Kalau nak campur campur kan warna bagi ada efek ombre atau two-tone pun boleh juga . Ikut keselesaan dan kreativiti korang lah nak macam mana kan?



Lagipun, tak payah susah susah ikat perut atau main kutu semata mata nak dapatkan lipmatte ni . Walaupun kualiti nya setanding Huda Beauty & Kylie Lip Kit, tapi awak awak takperlu nak belanja sampai beratus ringgit untuk seketul lipmatte .




Harga Zarra B'Joy Lipwear ni hanyalah RM47.00 sahaja! Alamak apa murah sangat ni kan? haha 

Personal review

Bagi I sendiri , I sukakan pilihan warna yang ditawarkan Zarra B' Joy ni. Warnanya berbeza beza dan tak senada je . Ada tona nude, ada tona merah , ada tona yang kearah gelap gelap macam maroon dan coklat . Pendek cerita, kalau dah ada ketujuh tujuh warna ni , dah lengkap dah koleksi warna lipmatte korang bersesuaian nak digayakan ke apa apa majlis sekalipun .


Tesktur ringan, tak mengeringkan bibir dan bau macam 'cake frosting'


Untuk tekstur, I suka sebab tak terlalu tebal mahupun melekit . Dan bila je apply dekat bibir, rasa macam moist moist walaupun sebenarnya masa tu, lipmatte tu dah pun kering & sealed dekat bibir . Rasa ringan dan selesa bila pakai . Takde rasa bibir keras keras atau pun melekit melekat bila kemam kemam bibir .  And it smell soooo good! Apenii bau macam cake frosting dapnyeeeee :p

Design packaging yang 'secure' dan unik


Lagi satu yang I suka pasal lipmatte ni ialah design bekas lipmatte ni . Tak tipikal dan nampak unik . Plus, packaging nya sangat secure dan dapat hold produk daripada terkeluar atau melimpah . Sebab dah banyak kali bag I kotor comot sebabkan lipmatte yang tercomot keluar daripada bekas . And it's super annoying!

Kalau korang nak dapatkan Zarra 'Joy Lipmatte ni , boleh dapatkan secara online di www.harmonymall.com.my ataupun terus je whatsapp ke 019-344 7788 / 012-622 9970

RM47 je tau satuu . RM47 jeeeee!

Adriana Adnan, duta wajah Zarra B Joy Cosmetics, anak kepada pemilik Datin Zamzarina





Toll Free Line : 1-300-22-7622
Instagram : @zarrabjoycosmetics












Related search : ZarraB'Joy Cosmetics,ZarraB'Joy datin zamzarina, ZarraB'Joy lipwear, ZarraB'Joy  colors, ZarraB'Joy  malaysian review, ZarraB'Joy review,ZarraB'Joy color swatches,ZarraB'Joy color ranges,ZarraB'Joy warna yang ada, ZarraB'Joy kelebihan,ZarraB'Joy halal dan tahan lama, ZarraB'Joy tak melekat pada cawan,ZarraB'Joy lipmatte tak keringkan bibir, brand lipmatte tak keringkan bibir, lipmatte yang tak kering bibir, lipmatte ada moisture, lipmatte ada shea butter,jenama lipmatte terbaik malaysia,jenama lipmatte malaysia, jenama lipmatte terkini, jenama lipmatte best malaysia, lipmatte murah dan berpatutan, lipmatte dupe kylie and huda beauty, dupe for huda beauty, dupe for kylie k lip kit, lipmatte bawah rm50, lipmatte harga mampu milik, lipmatte berkualiti.

Wednesday, March 29, 2017

Flormar Rotating High Performance Volume Mascara | Tried and Tested Review

Hello & Assalamualaikum!

flormar makeup malaysia parkson

Okay, haritu sempatlah berjalan jalan dekat IOI Mall dengan Kak Dhia lepas kitorang selesai meeting dengan En Hisyam , Pengarah Tourism Malaysia related to our #bloggertalkXsabah punya projek . Rasa macam dah lama je tak pergi IOI City Mall tu, tengok tengok 'eh dah ada kedai baru lah' . Dan yang seronoknya, makin banyak pulak kedai jual mekap . Hahaha . Ikutkan hati, semua kedai kitorang nak masuk . Tapi tulah , kang masuk tak beli sedih pulak . Jadinya, masuk mana mana kedai yang ada label SALE jelah mampu .

Tuesday, March 28, 2017

How to Navigate Kuala Lumpur and Not Look Like a Tourist


When you visit another country, one of the first things that many people want to do is avoid looking like a tourist. While admitting you’re not a local is fine, it’s more the tourist stereotype of being clueless and lost that is to be avoided. Not only does this open you up to potential theft, but it will also prevent you from seeing some of the more interesting parts of your destination city. Locals don’t appreciate a visitor who doesn’t take notice of them, so one of the best things you can do is to observe, rather than comment, at least in the first few days of your trip. On top of this approach, you can also take other measures to ensure that your travel to Malaysia is an enriching, one of a kind experience. Here are a few ways to make your way through Kuala Lumpur like a local.

Friday, March 24, 2017

Jus Harmoni bantu rawat masalah dalaman , cantikkan luaran .


Mak aku kata, well bukan mak aku jelah . Rasanya mak orang lain pun kata juga kot ,

"Nak cantik jangan cantik luar je, kena cantiknya dari dalam juga"

Cantik dalaman , pastilah dari segi cantik kan peribadi dan juga hati tu . Kalau muka kaww cantik dik tapi hati kau busuk , Ya Auloh! mohon disumpah jadi kotak kasut .

Cantik dalaman juga merangkumi dari segi kesihatan dalaman yang rapi , dan elok . Termasuklah punyai cycle period yang teratur , pelawasan yang bagus , masalah masalah miss V pun tak ada .

Ah ye adik adik , itu definisi kecantikan dalaman untuk seorang wanita . Mohon catit dan hadam .


Banyak produk kecantikan sekarang ni mensasarkan untuk cantik luar je . Kulit gebu lah , flawless tanpa jerawat ... tapi bila bahagian dalaman , bak kata Sajat ;

"Alamak aihhh ... kuih koci!"

Hahaha . Takde firm firm , kuih koci pulak dia (kalau tak faham, abaikan)

Pentingnya disini nak tegaskan , para wanita perlu titik beratkan banyak benda . Muka tak boleh lawa semata mata, aset aset lain pun kena jaga .

Kalau orang dulu dulu , diorang main rebus rebus herba dan akar kayu je . Jadikan minuman ubatan dengan manfaat kecantikan . Dah zaman moden moden ni, ada kau rajin masuk hutan cari akar kayu? Masuk hutan cuma sebab nak ambil gambar letak dalam instagram jurrr ,Lol!

jus harmoni malaysia review kesan

Review : The Straits Hotel & Suites Melaka


Hello  & Assalamualaikum 

Kalau korang nak tahu (kalau nak lah) , aku duduk di Melaka agak lama juga . Almost 8 tahun . Bermula daripada Diploma sampailah ke zaman Degree . Tapi kalau di tanya selok belok bandar Melaka ni , takde lah aku power sangat . Cuma kalau kau tanya dekat mana McD terdekat , tandas awam yang helok , H&M , dekat mana nak makan maggi goreng mamak yang sedap -- okay tu aku mungkin boleh cerita .

Kalau korang tanya , dekat mana asam pedas best? dekat mana makan best ? Dekat mana ikan bakar best ?

Ehem sorry sis taktahu . Sebab secara logiknya, sepanjang aku duduk Melaka ni , aku seorang student . Kemon lah, student mana mampu makan ikan bakar kot hatta asam pedas sekalipun . Megi je mampu . Sebab tu macam aku mention kat atas, port makan maggi goreng mamak yang sedap, yang tu aku boleh bagi tahu ekekekek .

Zaman aku degree pun dah habis dan aku pun dah berpindah keluar daripada Melaka ni . Tetiba rinduuuuuu pula dekat Melaka . Rasa macam nak balik Melaka tapi sebabkan takde urusan, jadi aku sendiri takde kesempatan nak ke Melaka .

Tapi tetiba pulak ada last minit plan nak berjalan ke Melaka dengan Aril & Kak Dhia . Mula mula sepatutnya Yazid nak ikut, tapi cancel dan diganti dengan Khai . Tapi dah hujung hujung , eh tetiba khai pun cancel . Apenii apeniii . Saje je ke apa taknak pergi sebab aku ada? Taknak kawan dengan kite ehh?? :(

The Straits Hotel & Suites Melaka 




Friday, March 17, 2017

Meraki Artelier | Gabungan 3 citarasa fesyen berbeza lahirkan koleksi memukau


meraki atelier sunway nexis



Kenapa rasa macam masa berjalan eh eh eh lajunya sekarang ni?

Belum apa apa, dah nak puasa dan raya pulak dah . Rasa macam baru je lagi raya, dah nak raya lagi dah .

Fun thing about preparing for Hari Raya ofcourse lah "Raya Shopping" kan?

Tuesday, March 14, 2017

Zimmer Z Lipo & Z Wave | Teknologi Cryo - Lipolisis menggunakan kaedah penyejukan lemak kini di Malaysia



Impian jangka masa pendek aku sekarang ni cuma satu je, nak kurus!

Kurus kurus kurus, tu je dalam kepala otak .
Sikit sikit bila terlalu tepi cermin H&M dan nampak badan berisi , mesti terpacul dari mulut 

"nak kurusss" 

Monday, March 13, 2017

Jom Sertai 'Membership Program' Benang Hijau

google


Hello Assalamualaikum ,

|Jom Sertai 'Membership Program' Benang Hijau'| No baby no , kita belum habis lagi cerita pasal Benang Hijau . Rasanya korang pun duk tengok gambar poster Benang Hijau bertempek tempek dalam facebook dan instagram iols kan?

Well, mestilah . Sebab benda helok sebaiknya dikongsi .

Dapat tahu ada SALE letops mestilah kena war warkan pada sekalian wanita, baru lah #sistersforever, gitu .

Kalau yang dah ke warehouse sale Bangi dan di Johor Bahru minggu lepas, syabas betehh iols ucapkan . Ternyata anda seorang pejuang SALE yang terulung wakakak .

Iols dah pergi warehouse sale Benang Hijau yang di Bangi hari tu, meh baca dekat entry ni |Warehouse Sale Benang Hijau|

4 Produk Terbaik Untuk Hilangkan Parut di Dunia



Hello , Assalamualaikum .

Beauty is pain, katakau.

Paling pain ialah hati kau. Sakit hati bila dah lah muka datangnya jerawat tak diundang, bila dia pergi tinggalkan parut pulak . Adudududu kejinya sifat seketul jerawat .

Di era permodenan ni (cewah) banyak syarikat pengeluar produk kosmetik cuba untuk hasilkan produk bagi menghilangkan parut, tak kisahlah sama ada kesan jerawat , kesan jatuh basikal masa darjah 3, mahupun kesan terlecur air panas tatkala membancuh teh untuk bakal mertua . Tapi tulah, dalam banyak banyak produk yang ada  ... eh 'confuse' pulak nak pilih yang mana kan?

Sebabkan aku sendiri pun kebetulannya tengah duk study sikit sikit pasal jenis jenis serum yang ada dekat pasaran yang helok untuk parut , maka gigihla aku untuk senaraikan 4 leading brands yang nama namanya tak asing lagi dan dikenali sebagai pembasmi parut yang power bagi rujukan korang;

Saturday, March 11, 2017

Warehouse Sale Benang Hijau | Harga terlajak murah, tudung serendah RM5!





Hello Assalamualaikum,

Tolong bagitahu please, perempuan mana tak suka SALE? Kalau ada spesis demikian, tolong bantuin aku dong gimana mau pulihkan penyakit saka nampak sale ni wakakak .

Aku kalau driving kan, ternampak pulak ada banner sale dekat tiang tiang lampu ke, dekat billboard ke, memang gigih aku cuba baca . Slow slow kan kereta sampai kena hon dari belakang wakaka . Nak lagi gigih , sis siap berhenti tepi k . Ambil kamera lepastu zoom and snap! Senang nak jadikan reference untuk pergi terjah sale tu nanti .

Since aku lebih memilih nak pakai jubah hitam ni, aku mengigih kumpulkan koleksi tudung dalam warna warna yang meriah . Kang kalau pakai jubah hitam, tudung hitam -- hari hari -- alamak nampak sendu pulak kan? So marilah ceria kan hari hari dengan warna pelangi, ewah! Jadi, point dia sekarang, kalau ada SALE, aku nak pastikan sale tu ada jual tudung, barulah aku rajin nak gi serbuuuu heheee

Friday, March 10, 2017

Manfaat Berbekam Dan Cadangan Pusat Bekam Terbaik di Selangor

Hello Assalamualaikum ,

Ramai kalau bercakap pasal bekam je mesti rasa ngeri , takut sakit & takut berbekas bekas. Tapi sebenarnya, kalau ikut gaya dan teknik yang betul, rasa sakit tu boleh dikurangkan dan kesan bekas pun boleh jadi less visible .

Last aku berbekam ada kot 3-4 tahun lepas. Buat terus satu badan, termasuklah dekat kepala . Teknologi sekarang ni takde dah kau nak kena cukur kepala ke apa dah . Memang boleh terus bekam di kepala tanpa perlu bercukur . Kalau lah kena cukur ,  tobat aku pun taknak hahaha . Tak memasal botak pulak aku .

Kalau nak berbekam , mintakkkk sangat sangat korang carilah pusat bekam yang profesional , dan bertauliah sikit . Aku macam tak yakin je kalau orang duk buat bekam dekat uptown tu . Sebab tengok alat alat untuk berbekam tu macam tak di 'sanitize' kan je . Bekam ni melibatkan darah kotor . Kalau lah cup bekam tu tak dibersihkan dengan elok , tak memasal je darah kotor orang lain terkena pulak dengan kau . eeeeee nak ke??

Tambah pulak sekarang ni muka aku tengah breakout teruk , dengan berbekam boleh keluarkan darah kotor dalam badan ni, manalah tahu boleh flawless pulak kan. So, aku rasa macam inilah saat saat terbaik untuk aku berbekam . Lepas godek punya godek , google punya google, aku jumpa satu pusat bekam yang diiktiraf dan bagus.

Dr. Hijama Bekam Profesional


bekam dr hijama

Dr. Hijama ni kira macam satu klinik bekam yang menawarkan pelbagai jenis rawatan dan bekam yang bersesuaian dengan masalah yang korang hadapi . Tak silap aku, rawatan yang Dr. Hijama sediakan boleh dibahagikan kepada 3;

Honor Band SS - Pantau jumlah kalori dibakar dengan penuh style


Hello!

Masa pergi event Huawei Convention rabu haritu , semua jemputan media dapat goodie bag sorang satu . Dalam goodie bag tu pulak , ada seketul Honor Band SS . Hamenda pulak Honor Band SS ni?

Beliau merupakan sejenis smart watch . yang boleh monitor korang punya fitness activity , dan juga berfungsi sebagai jam . Takdelah sama power macam Apple smart watch tu, Honor Band SS ni tak support phone apps atau boleh terima call . Sebaliknya, kalau ada call masuk -- ianya akan vibrate dan ada option untuk korang reject call sahaja . Accept tak boleh . Uik, gitu pulok?

Aku sukakan design Honor Band SS ni sebab design nya nampak feminin . Helok pulak leather strap ni warna brown, ngam sangat dengan casing fon aku color brown jugak . Barulah matchy matchy haahaha .

Image result for honor band ss

Bagi aku , smart watch ni memang lah kelihatan canggih tapi untuk pandangan peribadi aku sendiri , aku tak suka wakaka . Sebab leceh wey . Dah la kena connect dengan bluetooth, nak kena charge lagi . Alah mengadanya kau ni hahah . Tapi memang helok lah kalau nak monitor berapa steps dah kita berjalan, dan berapa kalori dah terbakauu . Yang lain lain nya? Setakat untuk show off okay lah kot hahah .

Harga Honor Band SS ni dalam RM200+ je macam tu. Murah lah untuk seketul smart watch .

Rasa rasanya benda alah ni end up duduk dalam kotak je kot .

Siapa nak??


Wednesday, March 8, 2017

Segmen 'Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket'


Hello!

Setelah sekian lamanya aku menantikan Abang Hasrul Hassan untuk buka segmen cenggini , bila dah ada ni takkan nak buat tak gheti je kan? Pastilah ku sambar dan ku bawa lari peluang ini . Gittew 

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket


Bismillahirrahmanirrahim ,

ni macam first time je aku join segmen segmen ni . Tak pasti lah betul ke tak aku buat ni, tapi yang penting ..  syarat syarat utama semua aku dah follow . Tinggal cuma buat satu blogpost (yang ni lah) dan letakkan sekali url blogpost mana yang nak diroketkan tuw .

Aku sendiri pun confuse nak femeskan blogpost yang mana satu (ekekeke) , tapi setelah diamati , "Ai choose yu! " :

http://blog.farahdafri.com/2017/03/cara-daftar-nikah-di-malaysia.html


Okay, mohon dengan bantuan abang Hasrul, meghase lah belog Farah Dafri ni tempias trafik blog mencanak sikit sikit . ye dak?

Untuk korang yang nak turut sertai segmen ni , boleh tengok full detail dekat post yang ni ya :

Filem Pak Pong - Macam macam elemen dalam 1 cerita


Hello Assalamualaikum

Kalau bercakap pasal filem dan wayang , aku paling suka tengok cerita cerita yang ber-genre komedi , fantasi dan aksi . Kalau spesis cerita hantu ke, rasuk rasuk ke ... aku cukup tak gemor . Lagi lagi kalau hantu malaysia hahaha . Kenapa? Sebab cetek pemikiran aku ni ada satu mentaliti dimana, kalau hantu tu hantu malaysia, dia duduk dekat Malaysia. Jadi aku takut sebab dekat dengan aku wakakka . Kalau hantu Thai dengan Indo pun sama . Sebab berjiran . LOL

Tapi kalau hantu omputih, aku lek lek lagi . Sebab diorang jauh ahahhaha . Boleh pulak macam ni kan? :p

Untuk satu filem yang menggabungkan ketiga tiga elemen yang aku sebutkan tadi tu, aku temui dalam filem Pak Pong. Kalau korang perasan, ada ramai blogger blogger lain yang turut menulis dan review tentang filem Pak Pong ni . Okay, tu review diorang . Meh baca apa review dari pandangan aku pulak .




Friday, March 3, 2017

Atasi 10 Masalah Kulit Dengan Hanya RM10!





Hello & Assalamualaikum

Untuk mengelakkan entry ni jadi bosan dan terlalu formal, marilah kita terus kepada objektif utama entry ini . Jadi kita tak perlukan perenggan pendahuluan yang terlalu berjela dah kona kiri kona kanan hahaha . sebab bab kona kona ni aku memang sukaaaaa . Ayuh, terus kepada perbincangan kita merujuk kepada tajuk di atas ;

Thursday, March 2, 2017

3 Perkara Penting Berkaitan Mendaftar Nikah | Nak mula dari mana?






Hello!

Semenjak dua ni, eh makin meriah pulak jerawat atas muka ni buat rancangan 'Sehati Berdansa' . kemahen banyak weh dia berpesta . Aku syak ni antara faktor utama penyebabnya ialah 'stress' .

Aku tak sangka lah, memikirkan perihal kahwin ni lagi lain machiamm dia punya stress tu . Serabut kepala, sampai automatik ter-cranky dengan tak semena mena. Bila dah cranky, rasa nak mengamuk dan nak marah semua orang . Ini gejala yang sangat tidak sihat . Apakah ini yang di katakan sebagai penyakit "BRIDEZILLA" ? ahaks

Disebabkan aku dengan Hilmi bukan lah sekampung, setaman mahupun senegeri . Jadi proses untuk dapatkan kebenaran bernikah dan mendaftar adalah agak rumit (ke semua proses pun rumit?) . Ditegaskan disini ya bagi awak orang nak bernikah tu, sekiranya pengantin lelaki dan pengantin perempuan bukan dari negeri yang sama, banyak sikitlah prosedur nya .

Untuk prosedur lengkap, ayuh ke belog ni ha . Haritu aku baca entry dia ni juga untuk penerangan berkaitan pendaftaran nikah . 


Tapi ekceli, masa kursus kahwin pun ada dijelaskan. Cuma tulah, mesti masa tu macam blur blur tak faham. Tambah pulak kalau pergi kursus kahwin dah 5 tahun lepas, memang tak ingat dah lah kan dan prosedur pun mungkin berbeza .


DISCLAIMER : Sebarang term atau penerangan yang mungkin kurang jelas atau kurang tepat, saya dahulukan dengan ucapan 'sorry' sebab saya pun tak arif sangat. Cuma bercerita berdasarkan pengalaman.


First thing first , 

1. Hadiri kursus pra-perkahwinan


Aku baru pergi haritu. Aku rasa macam takdelah lewat sangat, tapi Mama dah bising hahaha punya kalut dia takut aku tak jadi kahwin wakakak . Yang ni, buat adik adik yang masih belajar di kolej, kalau kolej ada anjurkan kursus ni,pergilah dikkk . Rugi kalau kau tak pergi. Hakak dah menyesali dah tak pergi masa belajar dulu. Bila dah kerja, tetiba nak kahwin -- mula lah gelabah nak pergi kursus. Pulak tu, kalau kursus diluar, bayaran kursus lagi mahal. Kalau kat kolej tu murah jurrr . Kesimpulan, pergi kursus kahwin esok .

NOTA : Sijil kursus pra-perkahwinan sah untuk seumor hidupmuu


2. Buat ujian HIV


Ini juga penting. Tapi buat bila dah dekat dekat nak kahwin lah . Dekat means, at least 2 bulan sebelum kena settle dah. Laporan ujian HIV sah untuk 6 bulan sahaja. Ujian HIV boleh dibuat di klinik klinik kesihatan berhampiran andaaaaa. Jangan kau mengada buat dekat Mediviron ke KPJ ke hape, tak boleh dik . Klinik swasta sahajaaa .

Mula saat melangkah ke klinik tersebut, mohon ke kaunter informasi ye dik .
Bagitahu staff tu kata "BANG SAYA NAK KAWIN BANG, KENA BUAT HIV TEST NI. BAK BORANG" hahaha . Lebih kurang bunyi cenggitu lah.





Kemudian, si abang tu akan bekalkan kau dengan borang yang diperlukan .
ISI borang tersebut, lepastu terus ke kaunter pendaftaran .

Serahkan borang yang dah lengkap tu beserta IC
Dan, AMBIL NO GILIRAN

seterusnya, sila SABAR sambil scroll instagram*

After few minutes (or hours) of waiting, kemudiannya, nombor uols akan dipanggil . Maka melangkahlah uols ke kaunter tersebut, bayar RM1 , dapatkan resit dan terus ke kaunter saringan pulak .


Serahkan borang pada petugas dan kaunter saringan dan cari penjuru dinding atau kerusi kosong, duduk dan sambung scroll instagram

Saat nama uols dah dipanggil , dia akan buat ujian tekanan darah dan borak borak sikit tanya dah makan ke belum , tengok tak mentor millenia minggu lepas blablabla k tipu je haha .

Seterusnya, korang akan diarahkan ke bilik khas pula untuk buat ujian HIV tu. Aku tak pasti prosedur ni sama ke tak dekat klinik kesihatan lain. Yang aku pergi ni Klinik Kesihatan Kampung Baru Sungai Buloh .

HIV test ni sekejap je pun , tak lama. Laporan ujian boleh dapat dalam masa kurang dari 5 minit . Macam mana ujian ni dibuat? Dia ambil darah kau, macam guna sejenis jarum apa tah cucuk dekat hujung jari kau .

Image result for hiv test kit
gambar dari google. aku cakap nak ambik gambar pasal test , pastu kena marah dengan nurse wakkakaa

Meskipun aku dah selalu masuk hospital dan selalu dah dicucuk cucuk, apahal ntah aku rasa dia cucuk dekat jari ni mak aih sakit siot . Tapi usah risau, sakit sikit jurr. Nak kahwin kan?? 

Selesai ujian, kau akan ke bilik lain pula dan jumpa petugas yang lain untuk dapatkan pengesahan terhadap ujian kau tu, dan dapatkan cop dan kebenaran bertulis menyatakan kau bebas daripada HIV so kahwin lah dikk buat anak ramai ramai LOL :p

eh apahal penerangan pasal HIV berjela niiii . Dah terus ke point lain

3. Pendaftaran kebenaran bernikah


Step ni aku masih sangkut lagi . Untuk kes aku, Hilmi orang KL , IC aku pulak beralamatkan kuantan, dan majlis di buat di Kuantan. Jadi perlukan kebenaran berkahwin luar negeri ke apa ntah . 

Kalau korang kes sama macam aku. Penting untuk pastikan borang dan dokumen daripada pihak lelaki perlu di lengkapkan terlebih dahulu .

Antara benda benda penting ialah ;

  • Salinan IC pengantin lelaki
  • Salinan sijil kursus pra perkahwinan
  • Laporan ujian HIV


Bagi pihak perempuan pulak, amatlah aku nak tegaskan untuk korang AMBIL PERHATIAN KEPADA DOKUMEN TERSEBUT

PASTIKAN!
korang ada bawa bersama, semasa nak daftar nikah dengan pejabat agama :


  1. Borang pihak lelaki yang lengkap
  2. SURAT BERANAK SALINAN DAN ASAL*
  3. SIJIL NIKAH IBU BAPA SALINAN DAN ASAL*
  4. Laporan ujian HIV
  5. SIJIL KURSUS KAHWIN SALINAN DAN ASAL
  6. SALINAN KAD PENGENALAN SENDIRI
  7. SALINAN KAD PENGENALAN WALI


Disebabkan benda bertanda '*' tulah, aku tak dapat nak daftar harini hahahahahhahaha bengang.

Penantian yang sia sia hahaha


Semua dokumen tu ada dekat Johor. Ha pening ke? Okay cerita ringkas, aku dan family duduk di Johor. Menetap disana tapi memilih untuk buat majlis di Kuantan. Sebab dekat Kuantan , ramai sedara mara. Ok tu je citer dia

Sambung balik*

Makanya, terpaksa lah suruh Wanie (adik) untuk pos kan benda benda tu pada kitorang dekat Kuantan ni. Dan dijangka benda benda tu sampai pada hari Isnin ni menggunakan POSLAJU.

TAPI!
Hari ahad aku dah kena balik KL dah. Macam mana nak selesaikan pendaftaran tu??


Okey jangan risau. Untuk pendaftaran, antara 3 orang ni yang boleh serahkan borang dan uruskan pendaftaran nikah ni iaitu :


  • DIRI SENDIRI
  • PASANGAN
  • WALI


in my case, nanti ayah jelah yang pergi hantarkan. pheww! harap harap isnin ni dah boleh setel dahh .

Dahlah , tadi nak tulis sikit je. Terpanjang pulak . Harap harap bermanfaat lah entry ni buat korang berspesis "pening aa pening aaa" macam aku .

Semoga dipermudahkan urusan korang yang nak kahwin tuuu

Babai!












Related search : cara daftar nikah, hiv test prosedur, cara buat hiv test, hiv test buat dekat mana, klinik buat hiv test, hiv test untuk kahwin, cara hiv test, hiv test sakit tak, hiv test perlu bawa sijil kursus kahwin ke, hiv test sebelum kursus kahwin, tempoh sah laku hiv test, bayaran pendaftaran nikah, dokumen penting untuk daftar nikah, cara cara daftar nikah, procedure daftar nikah, cara daftar pernikahan, tips daftar nikah, apa perlu buat sebelum nikah, dokumen penting nikah, pernikahan malaysia, nikah tak semukim, nikah luar negeri, kebenaran bernikah lelaki, jabatan agama islam daftar nikah, daftar nikah online, borang online daftar nikah,daftar nikah di malaysia,nikah di thailand, nikah online, nikah gantung, e-nikah jais, e-nikah johor, borang nikah, nikah form, nikah luar daerah, nikah luar negara, daftar nikah selangor,daftar nikah di malaysia,daftar nikah pahang, daftar nikah di perlis,daftar nikah online wilayah persekutuan,daftar nikah online jais,daftar nikah,daftar nikah online,daftar nikah jabatan agama islam johor, daftar nikah berapa lama, daftar buku nikah,daftar borang nikah selangor,cara daftar nikah di malaysia,daftar nikah di melaka,daftar nikah jais, daftar nikah jawi,daftar nikah johor lelaki, daftar kursus nikah,borang daftar nikah melaka,daftar nikah perempuan, daftar persiapan nikah, daftar nikah 2017


On My Instagram