4 Produk Terbaik Untuk Hilangkan Parut di Dunia

Monday, March 13, 2017


Hello , Assalamualaikum .

Beauty is pain, katakau.

Paling pain ialah hati kau. Sakit hati bila dah lah muka datangnya jerawat tak diundang, bila dia pergi tinggalkan parut pulak . Adudududu kejinya sifat seketul jerawat .

Di era permodenan ni (cewah) banyak syarikat pengeluar produk kosmetik cuba untuk hasilkan produk bagi menghilangkan parut, tak kisahlah sama ada kesan jerawat , kesan jatuh basikal masa darjah 3, mahupun kesan terlecur air panas tatkala membancuh teh untuk bakal mertua . Tapi tulah, dalam banyak banyak produk yang ada  ... eh 'confuse' pulak nak pilih yang mana kan?

Sebabkan aku sendiri pun kebetulannya tengah duk study sikit sikit pasal jenis jenis serum yang ada dekat pasaran yang helok untuk parut , maka gigihla aku untuk senaraikan 4 leading brands yang nama namanya tak asing lagi dan dikenali sebagai pembasmi parut yang power bagi rujukan korang;


01. Bio Oil

bio oil anti scar

Bila bercakap pasal produk hilangkan parut, mesti Bio Oil ada dalam list . Bio oil ni rasanya ramai dah tahu kot . Dekat farmasi ataupun hypermarket, memang selalu nampak bio oil ni dekat rak kan?

Bio oil ni dalam bentuk cecair (minyak) , nama pun oil kan? wakakak . Sangat sesuai untuk merawat parut , dan kesan stretchmark (regangan) serta melembutkan kulit yang kering . Bio oil ni didatangkan dalam 3 saiz : 60ml, 125ml dan 200ml .  

Kekurangan pada bio oil ni ialah, bila di gunakan, rasa agak berminyak dan tak selesa. Kalau aku guna bio oil ni pun, aku akan guna pada waktu malam je. Dan sapu pulak sikit sikit je sebab kalau sapu terlebih banyak , especially pada bahagian muka, akan boleh buatkan pori tersumbat. Tak memasal bertambah lagi 15 ketul jerawat kahkah . Gunakan dengan berhemah .

Tapi so far, melihatkan pada testimoni , ramai mengatakan masalah parut boleh pudar seawal 2 minggu menggunakan bio oil ni. Tapi, kena konsisten lah guna tu. Jangan lah sapu selang 3 hari, lepastu harapkan parut tu lesap. Tapi tetap, bergantung pada jenis kulit juga lah . Lain orang lain kesannya .

Berikut ialah senarai kandungan bahan terkandung didalam Bio Oil;

  • Botanicals
  • Calendula Officinalis Flower Extract (Calendula Oil)
  • Lavandula Angustifolia Oil (Lavender Oil)
  • Rosmarinus Officinalis Leaf Oil (Rosemary Oil)
  • Anthemis Nobilis Flower Oil (Chamomile Oil)
  • Vitamins
  • Retinyl Palmitate (Vitamin A)
  • Tocopheryl Acetate (Vitamin E)
  • Oil base
  • Paraffinum Liquidum
  • Triisononanoin
  • Helianthus Annuus Seed Oil
  • Fragrance (Rose)
Harga Bio Oil : RM34.75 (60ml) 



02. Dermatix

dermatix product

Satu lagi jenama produk menghilangkan parut yang dikenali ramai ialah Dermatix. Kalau perasan, iklan Dermatix ni ada di kaca TV dan juga di billboard tepi highway tu. Sama seperti bio oil, Dermatix juga bermanfaat untuk menghilangkan parut, dan stretchmark. 

Lagi satu point bonus, Dermatix juga boleh digunakan sebagai sun-block sebagai perlindungan daripada cahaya UV matahari yang berbahaya.

Berikut ialah senarai kandungan bahan terkandung dalam Dermatix;

  • Glycerin
  • Caprylic/Capric Triglyceride
  • Isotridecyl Isononanoate
  • Neopentyl Glycol Diethylhexanoate
  • Dimethicone
  • Cetyl Ethylhexanoate
  • Triethylhexanoin
  • Polyacrylamide
  • Panthenol
  • Cetearyl Alcohol
  • Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Water
  • Camellia Sinensis Leaf Extract
  • Hippophae Rhamnoides Fruit Extract
  • Brassica Oleracea Italica (Broccoli) Extract
  • Orchid Extract
  • Theobroma Cacao (Cocoa) Extract
Harga Dermatix : RM52.00 (7g)

03. Azanis Scar Serum

azanis scar serum terbaik


Satu 'new comer' / jenama baru yang semakin meningkat naik disebabkan testimoni ramai pengguna yang berpuas hati . Azanis Scar Serum ni juga dah mula menembusi pasaran meluas dibeberapa buah negara termasuklah di Malaysia, Singapura , Indonesia dan juga Thailand . 

Jadi, maknanya apa?

Maknanya scar serum ni berjaya mencuri hati para pengguna. Pastinya disebabkan kesan positif yang dialami pengguna semua kan?

Produk Azanis ni didatangkan dalam bentuk serum . Bukan minyak, bukan gel. Jadinya hasil serapan nya pada kulit adalah lebih baik dan lebih selesa lah bila kita nak guna . Takdelah rasa melekit atau berminyak je .

Azanis scar serum ni mempunyai kepekatan tinggi antioksida (lebih 50%) dan tindakan anti-radang dalam Vitamin E Natural (12,000 IU dalam pek 15ml) dan Cocoa Butter. Bahan seperti Vitamin e dan cocoa butter ni lah yang sangat bagus dalam memperbaiki sel kulit dan membantu proses memulihkan parut . Untuk vitamin e yang kepekatannya sampai 12,000 IU , bukan setakat parut jerawat je boleh hilang tau . Parut kesan eksiden yang teruk teruk pun boleh hilang . Semakin tinggi nilai IU Vitamin e tu, makin kuat lah kebolehannya untuk memulihkan struktur kulit .

Masalah seperti rekahan (stretchmark atau pada tumit ) , kemerahan dan kegatalan pada kesan luka atau parut, semuanya sesuai dirawat menggunakan Azanis Scar Serum . 


Berikut ialah senarai kandungan bahan terkandung dalam Azanis Scar Serum;

  • Paraffinum Liquidum – Triisononanoin
  • Cetearyl Ethylhexanoate - Isopropyl Myristate
  • Glycine Soja Oil - Helianthus Annuus Seed Oil
  • BHT- Calendula Officinalis Flower Extract
  • Lavandula Angustifolia Oil
  • Rosmarinus Officinalis Leaf Oil
  • Anthemis Nobilis Flower Oil
  • D-alpha tocopherol (Natural Vitamin E)
  • Cocoa Butter
Harga Azanis Scar Serum : RM 70 (15ml)

04. Mederma


produk mederma hilangkan parut

Okay, lagi satu produk anti parut yang turut dikenali ramai . Mederma ni biasanya kalau orang eksiden ke apa, ramai yang menggunakan mederma ni . Sama seperti Dermatix, Mederma didatangkan dalam bentuk gel . 

Mederma ni memang okay, cumanya aku ada terbaca beberapa testimoni yang mengatakan, Mederma ni ambil masa lama sikit untuk kita nampak kesannya . Bukannya tak elok ye, elok memang elok. cuma proses penstrukturan semula kulit tu makan masa sikit . Ada yang katanya guna sampai 2 tahun baru lah kesan parut tu hilang sepenuhnya. Alamak, lamanya!

Tapi, mungkin kesan berbeza untuk setiap individu , dan mungkin juga yang ambil masa 2 tahun nak hilang tu, parutnya kesan accident teruk ke kan? Sebab tu makan masa sikit nak hilang .

Apa pun, terserah pada korang lah nak memilih mana yang elok .

Berikut ialah senarai kandungan bahan terkandung dalam Mederma;

  • Aqua (purified)
  • PEG-4
  • Aloe Barbadensis Leaf Juice
  • Allium Cepa Bulb Extract
  • Xanthan Gum
  • Allantoin
  • Methylparaben
  • Sorbic Acid
  • Parfum
Harga Mederma : RM46.00 (20g)


===================================


Sekian sudah , senarai 4 Produk Terbaik Hilangkan Parut DiDunia . Kalau ada parut tu, cepat cepatlah lenyapkan. Takkan nak biarkan parut tu menghantui korang seumur hidup kan? ehehe . Pilih je antara 4 produk tersenarai dekat atas ni . Kalau aku, aku akan pilih bergantung pada testimoni pengguna, dan juga ikut kesesuaian harga . Korang pulak macam mana?







Related search : azanis scar serum, produk hilangkan parut, bekas luka, scar serum, the best scar serum, hiruscar berkesan ke, hiruscar testimoni, berkesan ke hiruscar, testimoni mederma, bio oil hilangkan parut, dermatix hilangkan parut, ubat parut jerawat yang paling berkesan di farmasi, palmer's scar serum review, cocoa butter formula vitamin E scar serum, 

azanis serum testimoni, azanis scar serum bahaya, azanis scar serum kkm, azanis scar serum sebelum selepas

41 comments

  1. Saya pernah guna bio oil. It is safe to apply but takes too long time to give its effect. Kawan saya cakap dermatix sangat ok. Parut cepat hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, ramai dok cakap bio oil ambil masa sikit. bergantung pada org jgk kot kan :)

      Delete
  2. Ramai kata Azanis terbaik untuk hilangkan parut..kena try Azanis lah nanti untuk hilangkan parut kat tubuh anak sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe aah! ramai dok bg feedback azanis ni sgt berkesan. sbb dia dalam bentuk serum, serapan lg bagus

      Delete
    2. Saya ada guna azanis. Dh dua botol..xbg kesan pun untk parut..

      Delete
    3. Kt mana ye ada jual azanis yang ori?

      Delete
    4. Dekat mana ye ada jual azanis ni?

      Delete
  3. bio oil lambat sangat, macam tak ada kesan pun ada huhu. dermatix and azanis better! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai dok cakap gak bio oil ambik masa sikit, but still tersenarai juga sbgai salah satu produk untuk parut yang bagus

      Delete
  4. Please kalau sape2 leh gthu mana nk dpt kan azanis serum tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade jual kt shopee tapi berhati hatilah tgk dlu org comment ori or tak sbb berlambak2 org jual yg tak ori.

      Delete
    2. Tengok review or rating kt shopee. Sekarang senang ada code, boleh cek kt website azanis

      Delete
    3. Dekat ig pon banyak.. Cuma kena hati² nak beli dengan siapa.. Type azanis scar serum, inn shaa Allah ada naik nanti kat instagram tu..

      Delete
    4. Srsly said pakai mederma, saya pakai betul2 berkesan alhamdulillah dgn izin Allah 😊

      Delete
  5. Dermatix & mederma...mana better lg utk parut jerawat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pernah guna dua dua utk hilangkan parut.. Dermatix lebih cepat kesan dia, dua minggu tu dh pudar parut, mederma okay jg tp ambil masa lama sikit

      Delete
  6. Bio Oil bagus. Sapu hari2 leh nampak kesan

    ReplyDelete
  7. Aq dh try azanis, hiruscar , bio oil , malah yg hangat diperkatakan vita e shaklee..dlm bnyk tu bio oil paling berkesan dan selamat..yg lain teruk kn lg keadaan.nk hilangkan parut jd naik jerawat plk..bkn produk tu xbgus mybe x sesuai tuk kulit aq..bio oil je yg pki smpi skrg..da berbotol beli..smpi doc pon tegur kulit pulih pakai apa..happy2 hehe

    ReplyDelete
  8. pernah pakai bio oil dgn cosmoderm vit e. alhamdulillah dua2 ok. bio oil lambat sikit kesannya. tapi yang pentig parut hilang.

    ReplyDelete
  9. Dulu pernah pakai bio oil tp lama sgt tunggu parut hilang. Bila hbs x beli lg..ni rasanya nak cuba dermatix ko tgk hasilnya

    ReplyDelete
  10. plss suggest mane satu paling berkesan untuk and tak ambil mase yg lame untuk hilang untuk parut excident ?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Saya dah pernah pakai dermatic untuk hilangkan parut tapi jerawat pulak yg naik dan rasa pedih..skrg guna bio oil.baru 5 hari pakai (siang malam setiap hari ) mak dah tegur kulit nmpk bersih.hehe .sebenarnya apa jenis produk pon bagus.bergantung dgn kulit masing2. Tpi saya jenis kulit yg berminyak.

    ReplyDelete
  13. boleh cadangan kan tak product apa yang terbaik untuk hilangkan parut jerawat?

    ReplyDelete
  14. sis, nk tnye.. azanis scar serum ni ada jual kat farmasi x?

    ReplyDelete
  15. sy ada beli azanis tapi kenapa melekit ye bila pakai. x serap pun dekat kulit..

    ReplyDelete
  16. Kandungan mederma rupanya ada aloe vera ya..jadi, bagus juga kalau kita apply aloe vera segar tu kat parut. Betul kan

    ReplyDelete
  17. Sy nk letgo Cocoa Palmer's scar serum ni..xpernah guna..ade dlm kotak lg..nk letgo murah2 je..rm40 include postage+free gift..beli dulu rm60++..berminat whatsapp 0175884034(yana) :)

    ReplyDelete
  18. pernh guna azanis...tp bg ak la “indah khabar dr rupa” testimoni bukan main kebabom

    ReplyDelete
  19. Profix and azanis man lagi better?

    ReplyDelete
  20. kalau chicken pop 3 bulan yg lepas , sesuai pakai bio oil ke dermatix? bru guna 1 botol azaniz tahan sampai 2 bulan , parut dan jerawat masih ada lg . mungkin sy kurang vit dgn minum air tu la takde perubahan kot

    ReplyDelete
  21. Anyone tau tak camne nak hilangkan parut lama yang dh lebih 3 tahun dekat kaki ni? I've tried bio oil for months and sapu everyday, dia pudarkan sikit je. ada tak ssiapa tau? Nak laser dkt klinik aesthetic tak mampu la huhuhu

    ReplyDelete
  22. Salam...nak tanya,mederma ni boleh guna untuk parut jerawat ke? Kalau boleh berapa lama masa untuk baik?

    ReplyDelete
  23. Klu muka berjerawat,produk ape yg ok ??

    ReplyDelete
  24. Mederma pon dulu muka saya calar teruk sebab kemalangan... Lepas pakai dalam 2 minggu alhamdulillah hilang tiada calar lagi

    ReplyDelete

On My Instagram