Hello & Assalamualaikum!
Okay, haritu sempatlah berjalan jalan dekat IOI Mall dengan Kak Dhia lepas kitorang selesai meeting dengan En Hisyam , Pengarah Tourism Malaysia related to our #bloggertalkXsabah punya projek . Rasa macam dah lama je tak pergi IOI City Mall tu, tengok tengok 'eh dah ada kedai baru lah' . Dan yang seronoknya, makin banyak pulak kedai jual mekap . Hahaha . Ikutkan hati, semua kedai kitorang nak masuk . Tapi tulah , kang masuk tak beli sedih pulak . Jadinya, masuk mana mana kedai yang ada label SALE jelah mampu .
Antara store yang kitorang terjah ialah termasuk Play Up by Parkson . Play Up ni kira macam section khas menghimpunkan pelbagai jenama kosmetik dekat dalam Parkson tu .
And I noticed a new cosmetic brand , Flormar which is from Turkey .
Biasanya, takde nya lah nak layan tengok jenama jenama yang asing ni . Tapi sebab terpandangkan tanda harga dia, terus melekat je dekat rak tu dekat sejam haha
Kenapa?
Sebab price range untuk produk Flormar ni semuanya affordable!
Lipstick matte dia serendah RM19.90 dan kalau ada yang mahal pun dalam RM79.90 macam tu je .
Produk Flormar ni merangkumi produk mekap yang hampir lengkap termasuklah ada lipstick, ada blusher, ada bronzer, primer, eyeline, eyebrow , brushes set , makeup setting spray , mascara ... alamak banyak pulak nak list kan haha .
Dalam banyak banyak produk yang Flormar ni tawarkan, aku tertarik nak beli satu je untuk permulaan .
Flormar Rotating High Performance Volume Mascara
Apa yang buat aku tertarik nak beli Mascara ni ialah sebab berus dia tu yang boleh berpusing . Ada button , tekan dan berus tu akan berputar . Tak payah dah nak susah payah pusing pusing kan . Formulation mascara ni pun helokk . Tak terlalu pekat, tak terlalu cair jadinya takdelah clumping bila apply tu . Dan jenis berus yang digunakan tu ada gigi gigi yang halus elok elok je untuk ratakan mascara tu pada bulu mata . Jadi takdelah bulu mata tu melekat sesama sendiri and clumping .
Nampak tak button tu? Tekan dan berus tu akan berputar |
Pendek kata, Flormar mascara ni bukan setakat bagi sapuan mascara yang rata pada bulu mata, tapi jenis rekaan berus tu jugak sangat lahhh membantu membuatkan bulu mata tu lagi lentik dan nampak volumize.
Sekarang ni, jadi rajin pulak nak pakai mascara hari hari sebab senang gila nak apply dan bila nak tanggalkan pun mudah . Tapi tetap perlukan makeup remover yee . I mean, ada setengah mascara tu even dah cuci guna makeup remover pun kemahen payah nak tanggal . Tapi yang ni sangat sangat mudahh .
Nampak tak bulu mata kitorang melentiks? |
Long story short, this mascara is highly recommended . Aku siap hasut kak Dhia beli juga, dan dia pun termakan hasutan wakakakka .
Harga : RM59.90
Beli di : Parkson @ IOI City Mall, Putrajaya
Related search : Flormar Rotating High Performance Volume Mascara, Flormar Malaysia, Flormar Turkey, Flormar review, Flormar Rotating High Performance Volume Mascara review, Flormar product review, Flormar produk review malaysia, flormar produk review blogger, flormar produk parkson, flormar product parkson, flormar brances, flormar ioi city mall, flormar price range, flormar description, flormar cruelty free, flormar review makeup, flormar makeup tutorial
Post a Comment