Review : The Straits Hotel & Suites Melaka


Hello  & Assalamualaikum 

Kalau korang nak tahu (kalau nak lah) , aku duduk di Melaka agak lama juga . Almost 8 tahun . Bermula daripada Diploma sampailah ke zaman Degree . Tapi kalau di tanya selok belok bandar Melaka ni , takde lah aku power sangat . Cuma kalau kau tanya dekat mana McD terdekat , tandas awam yang helok , H&M , dekat mana nak makan maggi goreng mamak yang sedap -- okay tu aku mungkin boleh cerita .

Kalau korang tanya , dekat mana asam pedas best? dekat mana makan best ? Dekat mana ikan bakar best ?

Ehem sorry sis taktahu . Sebab secara logiknya, sepanjang aku duduk Melaka ni , aku seorang student . Kemon lah, student mana mampu makan ikan bakar kot hatta asam pedas sekalipun . Megi je mampu . Sebab tu macam aku mention kat atas, port makan maggi goreng mamak yang sedap, yang tu aku boleh bagi tahu ekekekek .

Zaman aku degree pun dah habis dan aku pun dah berpindah keluar daripada Melaka ni . Tetiba rinduuuuuu pula dekat Melaka . Rasa macam nak balik Melaka tapi sebabkan takde urusan, jadi aku sendiri takde kesempatan nak ke Melaka .

Tapi tetiba pulak ada last minit plan nak berjalan ke Melaka dengan Aril & Kak Dhia . Mula mula sepatutnya Yazid nak ikut, tapi cancel dan diganti dengan Khai . Tapi dah hujung hujung , eh tetiba khai pun cancel . Apenii apeniii . Saje je ke apa taknak pergi sebab aku ada? Taknak kawan dengan kite ehh?? :(

The Straits Hotel & Suites Melaka 







Untuk percutian 3 hari 2 malam dekat Melaka ni, aku, Aril & Kak Dhia memasing setuju nak menginap dekat The Straits Hotel & Suites Melaka . Hotel ni kira baru lagi dekat Melaka ni . Takdelah baru sangat like macam bau bau cat rumah baru ataupun kerusi tak cabut plastik lagi .. tapi, baru yang tak ramai lagi orang familiar dengan hotel ni .

Yang bestnya hotel ni duduk bebetul di tengah tengah bandar . Jadinya, mudahlah nak ke tempat tempat menarik sekitar bandar melaka ni . Boleh jalan kaki je, takpun sewa basikal . Senang kan?

Kalau nak ke hotel ni, korang akan kena lalu Dataran Pahlawan dulu , lepastu belok ke kanan melalui Mahkota Medical Centre dan lepastu belok kiri pulak . Dalam 200m masuk kiri lagi dan akan lah jumpa hotel tu . Tak, sekarang ni dah kenapa aku gigih bagi direction sedangkan korang boleh waze sendiri jurrr? isk isk .

Premier Suite & Straits Suite



Sebabkan kami bercuti sambil nak bekerja (blogger berkerjaya gittew) , makanya kitorang memilih untuk ambik bilik yang selesa, besar dan sesuai untuk leisure & business . So senang senang, kitorang pilih SUITE terus .

Hambik nakk ,suite k. Kerlas sangat ahkak kau menginap di Suite untuk 2 malam .

Aku pilih untuk duduk di Premier Suite , yang ni Queen bed. Kak Dhia & Aril pula pilih Straits Suite. Yang bilik dorang ni king bed . Bila masuk masuk je bilik memang terkesima terpesona lah ahkak melihat bilik ni . Sangat besar dan berkelok kelok . Mampu sesat juga dalam bilik ni gamaknya hahaha . Bilik lengkap dengan ruang pantry , ada bath tub ,  ada wardrobe, ada ruang tv, dan separate bedroom . 

the straits hotel and suites melaka room premier suite


the straits hotel and suites melaka room premier suite

Rasa macam krik krik lak aku pilih bilik besar besar camni duduk sorang . Aril & Kak Dhia takpela bilik besar besar pun, boleh main kejar kejar ke, sorok sorok ke kekekekeke adududui romantiknyewweweweww :p

Yang penting, amatlah selesa nak menginap dekat sini. Dan dengan keluasan bilik macam ni, nak duduk 2-3 orang pun boleh je. Cumanya katil kang berebut lah . Unless kau ada bawa toto sendiri , itu lebih afdhal. Masuk 10 orang pun takpe wakakaka .

the straits hotel and suites melaka room premier suite

Overall review The Straits Hotel & Suites Melaka


the straits hotel and suites melaka room

Untuk review keseluruhan bilik di The Straits Hotel & Suites ni, aku boleh rate kan seperti yang berikut

Kebersihan : 5/5
Kekemasan : 4.5/5
Kelengkapan (amenities etc) : 5/5
Keselesaan (bed sheet, aircond etc) : 5/5
Check in : 3/5 (lobby agak kecik & kaunter check in limited. Kalau ramai kena tunggu lama
Waiting lounge : 4/5

Okay, kita review ni dulu . Nanti aku cerita pula pasal facilities yang ada dekat hotel ni macam gym, kolam renang etc . Dan ada juga separate entry untuk cerita cerita pasal Dinner & Breakfast buffet The Straits Hotel & Suites ni . Okay?















Related search : The Straits Hotel & Suites Melaka ,The Straits Hotel & Suites Melaka review, The Straits Hotel & Suites Melaka rate, The Straits Hotel & Suites Melaka price, The Straits Hotel & Suites Melaka breakfast, The Straits Hotel & Suites Melaka restaurant, hotel dekat dengan dataran pahlawan, hotel melaka, hotel nearby dataran pahlawan, hotel at centre of melaka, hotel near mahkota parade, hotel banda hilir, hotel family room, hotel  melaka family, hotel with suite, suite room melaka, melaka hotel berbaloi, melaka hotel murah, melaka hotel selesa, melaka hotel review, senarai hotel melaka, senarai hotel di melaka, hotel di melaka cantik, 

1 comment

  1. cantiknyaa. sesuailah kalau Cici nak angkut anak anak. Mommy tidur atas, anak anak bentang toto kat bawah . hiks

    ReplyDelete

FOLLOWERS