7 Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Tanjung Malim, Perak


Hello & Assalamualaikum!

Okay, sebelum nak mula menaip ni , kita geliat geliat sikit sambil stretching stretching sebab sumpah badan rasa letih dan lemau sangattt . Mana taknya, untuk beberapa minggu ni , aku sakan gila berjalan cuti cuti dalam Malaysia . Macam macam tempat dah aku pergi dalam tempoh kurang 1 bulan, dan makanya menimbunlah juga entry yang tak siap ekekekeke .

Untuk muqaddimah jurnal cuti cuti Malaysia aku ni , aku nak mulakan dengan cerita pasal trip jelajah Tanjung Malim 

You read it right baby ,  Tanjung Malim!

"Apa yang ada dekat Tanjung Malim??" katakauuu .

Jangan judgemental cepat sangat please, kau taktahu Tanjung Malim punya lah gempak sampai terindu rindu pulak nak pergi sana lagi .

Disamping orang disana baik baik dan hensem (eh!haha) , Tanjung Malim juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk korang bila bercuti disana . 

Ok meh kita senaraikan aktiviti wajib untuk korang buat dan ambil pengalaman bila ke Tanjung Malim .

Eh cop, sebelum tu nak buat penjelasan sikit, percutian ke Tanjung Malim versi aku ni ialah versi "Cintai hutan hijau hijaun dan alam semulajadi" gitu . Makanya, akan tersenarai aktiviti outdoor dan lasak serta nature-related activity ye .

1. White Water Rafting


Inilah satu satunya aktiviti yang paling aku rasa nak ulang ulang ulang balik . Sebab best gila! And that's why lah aku letakkan dekat point no 1. hehehe

Rafting dalam bahasa melayu nya berakit, tapi idoklah kau main rakit diperbuat daripada buluh tu dik . Dan pepatah berakit rakit ke hulu, berenang renang ketepian memang boleh guna pakai sangat dalam aktiviti ni .



Sebelum memulakan aktiviti, short safety brieifing akan di berikan dan korang akan mula pakai life jacket dan helmet. Seterusnya, korang akan mula lakukakan aktiviti 'Water confident" .

Kenapa pentingnya "water confident" ni? Sebab nak bina keyakinan pada korang supaya tak gelabah dan panik tatkala tercampak keluar daripada bot masa rafting tu. Ya dik. Kau ada possibility tercampak keluar daripada bot. Akak kau ni je dah tercampak sampai 4 kali daripada bot tu dik wakakakak . Walaupun bila dah tergolek keluar daripada bot dan termengah mengah cuba berpaut pada batu bila nak melawan arus jeram yang maha dasyat , tapi akak surviveeeeeee! dan "apeeniii best gila tercampakk, nak lagi!" LOL


Sungai yang kitorang pergi untuk rafting ni katanya pada level 4. Aku tak faham sangat level level ni macam ni , gamaknya level keganasan jeram dia tu kot . Dan katanya Level 4 ni kira level power power dah ni . Wow rasa bangga pulak aku dah merasa ber-water rafting dekat sungai ni. Satu pencapaian ye sebabkan seorang Farah ialah berspesis takutkan air, sesuai dengan tahun kelahirannya iaitu tahun kambing (fakta) hahah .

aktiviti water rafting

Aktiviti water rafting ni aje mengambil masa dalam 2-3 jam jugaklah . Campur dengan siap berhenti tengah jalan makan jagung bagai hahaha . Kau mampu ke , setelah berhempas pulas bergaduh dengan jeram yang ganas tu, tetiba paddle depan depan sikit, ada jagung bakar menanti . Kelasss sangatt servis water rafting daripada Chili Rafter ni . Okay, info pasal Chili Rafter ni nanti aku letakkan dekat hujung post. 

Lagi sekali nak tegaskan, aktiviti ni memang super fun! Rugi lah kalau korang taknak cuba. Serious puas hati dan seronok . WAJIB CUBA BILA KE TANJUNG MALIM!




2. Merebus telur di Kolam Air Panas



Bunyi macam "alaaa kolam air panas je ponn "

Aip aipp tengok tuuu judgmental lagi *jentik telinga


Kolam air panas ni bukan sebarang sebarang kolam k. Kalau kau pergi rendam badan dalam air tu, nescaya akan jadi jelmaan megi lah nanti . Bersuhu 104 darjah celcius, gile ke apa kau nak mandi dalam tu? hahaha .


Apa yang kau mampu buat ialah , bawa telur sepapan , rebus dan nikmatiknya dengan kicap dan lada sulah beramai ramaiiiii ! Lain maciamm sedap dia tau . Aku ni bukan lah spesis yang suka makan telur separu masak ke telur rebus ni , tapi eh eh eh sedap pulakk bila dah direbus macam ni .

kolam air panas slim river


Satu lagi aktiviti WAJIB CUBA BILA KE TANJUNG MALIM!


3. Pengalaman membuat pau & "fine dining" di UPSI


Memang trip ke Tanjung Malim ni asyik makan makan makan ke? Hahaha

upsi kulinari tanjung malim

Korang patut singgah sekejap di bengkel department kulinari UPSI ni. Dan berpeluang untuk cuba membuat pau sendiri . Lepastu, boleh pulak terus ke restoran untuk nikmati makanan ala ala fine dining yang disediakan oleh pelajar UPSI sendiri . 3 course pada harga tak sampai RM20 pun! Termasuk starter, main course dan juga dessert . wohooo ! Memang feeling macam makan dekat hotel mewah je sebab diorang siap bukakan napkin dan letakkan atas riba . kelass kan? Korang patut singgah sini k bila ke Tanjung Malim!


4. Aktiviti Go-Kart dan Memanah

go kart memanah archery tanjung malim

Boring lah kalau setakat jalan jalan je kan? Selitkan sekali aktiviti menarik contohnya ber-go kart dan juga memanah . Barulah rasa trip tu lebih bermakna, lagi lagi kalau datang ramai ramai dengan kawan kawan dan family .

Tapak go kart ni berhampiran dengan stesen KTM Tanjung Malim . Senang je nak cari . Nanti pergi tau ;)



5.  Santai santai di Sarang Art Hub Cafe


Kalau malamnya korang rasa nak bersantai, lepak lepak, makan makan, sambil dengar live band ... korang patut ke Sarang Art Hub , milik Abang Mamat Khalid .

Dekat sini yang uniknya hiasan dalaman penuh dengan poster dan hasil seni yang lama . Memang sesuai lah dengan nama "Sarang Art Hub" tu . Pilihan makanan pun banyak, dan suasana dekat sini memang sesuai sangat untuk bersantai dengan kawan ataupun keluarga .

Aku dengan Neysa siap jahanamkan majlis lagi dok menyanyi ramai ramai dekat situ haha . Ghasak lah kan, yang penting we'olls happy :p

Ingat tau, kalau ke Tanjung Malim .. wajib singgah sini juga ;D


sarang art hub mamat khalid


6. Menginap di Teratak Riverview



Kalau korang nak kan tempat bermalam yang bebetul "back to nature" , korang patut pilih Teratak Riverview ni . Dekat resort ni ada sebuah sungai yang membahagikan sempadan antara Perak dan Selangor. Dan korang boleh pilih nak duduk bilik belah Perak ke belah Selangor haha cool kan? 

Pepagi bangun, boleh terus nikmati kecantikan pemandangan sungai depan bilik . Pulak tu, petang petang boleh lah buat aktiviti flying fox dan absailing pulak . Untuk aktiviti outdoor macam ni, aku cadangkan untuk korang mintak team T-rec Konsultansi yang handle.

Diorang akan uruskan semua kelengkapan yang diperlukan untuk aktiviti termasuklah aktiviti Flying fox, absailing dan juga tubing . Diorang ni terdiri daripada pelajar dan bekas pelajar UPSI yang mengambil jurusan sains sukan . Haa bab bab sukan outdoor, bagi je kat diorang . Diorang tahu lah apa nak buat hehee . Seronok je beraktiviti dengan diorang ni. Sabar je melayan ahkak ahkak yang macam macam perangai ni hahaha .

7. Mural Street Art


tanjung malim street mural art



Ha, kau hengat Melaka je ada? Penang je ada? Tanjung Malim ada jugak k . Korang patut singgah kejap dekat pekan Tanjung Malim ni dan bergambar dekat mural di belakang dinding kedai ni. Kawasannya bersih dan teratur, sesuai lah untuk kita jalan jalan dan berhenti untuk ambil gambar . "Very insta-worthy" katakauu haha . OOTD lah dekat dinding ni dik, upload dekat instagram, nescaya banyak lah likes yang kau dapat ekekeke 

==================================

Itu dia 7 aktiviti menarik yang korang boleh lakukan sepanjang di Tanjung Malim . Kalau sebelum ni korang macam tak tahu apa je aktiviti yang boleh dibuat dekat Tanjung Malim tu, ha nah hakak kau dah senaraikan hehee .

Semua aktiviti ni ada juga ditawarkan dalam pakej pakej menarik yang disediakan oleh pelbagai 'travel agency' . Insyallah very soon , iols akan update senarai pakej yang ditawarkan dan harga pakej tu dalam entry ya .

Haaa another point to highlight, kalau nak ke Tanjung Malim tu, nak senang ... korang travel je by train KTM . Cuma ambil masa dalam sejam lebih je untuk sampai . Kalau nak lagi laju , ambil ETS ye. Tapi kalau ambik train biasa pun dah hokeyy .



Kan senang kalau nak kemana mana semuanya boleh naik train je, at least dalam train boleh gak berjoget ke menari lari sana sini . Kalau dalam bas tu kematu kematu bontot duduk lama wakakkaa .

K lah gais, insyaallah more details tentang pakej, contact number etc akan diupdate dari semasa ke semasa ya. sis nak kumpulkan info dulu . Kalau ada sebarang soalan, boleh comment di bawah yee. Takpun email jee nanti ahkak reply k [farahdafri.work@gmail.com]















Related search : Pakej percutian tanjung malim, teratak riverview resort, resort camping tanjung malim, tapak camping best malaysia, tapak camping menarik, tempat untuk kem motivasi, tempat untuk kem , resort untuk camping, camping resort malaysia, resort camping perak, ipoh perak, tempat menarik di perak, tempat menarik tanjung malim, aktiviti menarik tanjung malim, UPSI tanjung malim, tanjung malim universiti, tempat makan menarik di tanjung malim, tanjung malim night life, tanjung malim pusat hiburan, tempat menarik di tanjung malim, restoran best tanjung malim, tanjung malim cafe hopping, tanjung malim cafe hipster

6 comments

  1. Tak tahu pulak saya kat tanjung malim ada aktiviti2 yang best boleh buat. Boleh try nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula x expect gak. best rupanya hehee

      Delete
  2. maaf..nak tanya..semua ni awak mengunakan pengankutan awam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami kesana menaiki KTM, selanjutnya masa aktviti disana, transport disediakan pihak travel agency

      Delete
  3. Diamond creek creek jgn lupa. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Alahai... rindunya trip ni! bila boleh trip sama2 lagi ni...

    ReplyDelete

FOLLOWERS