Hello!
Masa pergi event Huawei Convention rabu haritu , semua jemputan media dapat goodie bag sorang satu . Dalam goodie bag tu pulak , ada seketul Honor Band SS . Hamenda pulak Honor Band SS ni?
Beliau merupakan sejenis smart watch . yang boleh monitor korang punya fitness activity , dan juga berfungsi sebagai jam . Takdelah sama power macam Apple smart watch tu, Honor Band SS ni tak support phone apps atau boleh terima call . Sebaliknya, kalau ada call masuk -- ianya akan vibrate dan ada option untuk korang reject call sahaja . Accept tak boleh . Uik, gitu pulok?
Aku sukakan design Honor Band SS ni sebab design nya nampak feminin . Helok pulak leather strap ni warna brown, ngam sangat dengan casing fon aku color brown jugak . Barulah matchy matchy haahaha .

Bagi aku , smart watch ni memang lah kelihatan canggih tapi untuk pandangan peribadi aku sendiri , aku tak suka wakaka . Sebab leceh wey . Dah la kena connect dengan bluetooth, nak kena charge lagi . Alah mengadanya kau ni hahah . Tapi memang helok lah kalau nak monitor berapa steps dah kita berjalan, dan berapa kalori dah terbakauu . Yang lain lain nya? Setakat untuk show off okay lah kot hahah .
Harga Honor Band SS ni dalam RM200+ je macam tu. Murah lah untuk seketul smart watch .
Rasa rasanya benda alah ni end up duduk dalam kotak je kot .
Siapa nak??
2 comments
nice gilaaa... design pon cantikkk..
ReplyDeleteOmoo saya peminat gadget huawei. Gadget brand lain tak minat. Kalau sis jual ni, berapa RM?
ReplyDelete