Tuesday, February 28, 2017

Bianco Mimosa Men | Kualiti Pakaian Lelaki Setanding Jenama Antarabangsa


Hi Assalamualaikum


Perasan tak, kalau dekat shopping mall tu banyak kedai kedai yang menyediakan dan menjual baju untuk wanita . Tapi kalau untuk lelaki , boleh kira dengan jari je . Apa maksud semua ni? Hahaha . apakah ini agenda mendiskriminasikan kaum lelaki? muehehe .

Tak tak tak . Mungkin sebab wanita lagi cenderung nak bershopping , dan sentiasa ada keinginan untuk nampak cantik , bergaya dan ikut trend. That's why lah tak kira secara online takpun offline, memang banyakk sangat peniaga peniaga memilih untuk jual barangan yang khusus untuk kaum wanita je. 

Korang yang lelaki tu , jangan lah sesedih pulak . Sebenarnya ada banyakkkkk lagi jenama jenama local Malaysia yang bagus bagus untuk kaum lelaki tau . Cuma korang je taktahu . Antaranya , salah satu nama jenama pakaian yang makin meningkat naik dan dikenali sekarang ialah Bianco Mimosa!

Swiss Vita Laboratories | Serum & Cream Review


Hello gegadis

Beauty talk kali ni nak bercakap pasal "Serummmmm"

Apa?

"Serummmm"

haha apa aku cuba buat ni? -.-"

Okay. ramai kurang sedar tentang kepentingan rutin penjagaan wajah. Tak semestinya setakat cuci guna cleanser je. Kena juga gunakan toner, moisturiser dan serum .

Jumpa Kak Ani lagi! | Majlis Pelancaran Single Wangikanlah Hatimu @ L'Clasico Restaurant



Hello!

Lepas je pergi tengok konsert final 3 Juara haritu, dan dengar preview lagu "Wangikanlah Hatimu" , kat mulut dengan otak ni asyik dok menyanyi je lagu tu . Pakej sekali tangan tangan sekali goyang goyang ala makyong .

Apeeee niii

Aku takleh lah dengar dengar lagu camni. Tak semena mena jadi addicted tau. Tetiba ...

Monday, February 20, 2017

VR Lab Sunway | Alami keseronokan main video game 3D pada level yang lebih power



Hello!

Aku selalu bercita cita nak jadi seorang awek gamer . Maksudnya, seorang gadis yang wah kelihatan ayu berjubah tapi layan Dota . Tak ke kau rasa cool macam tu?

Nak disayangi suami atau pakwe, kenalah ada interest yang sama dengan diorang . 

Bola contohnya . Bila shuben (husband) melayan bola, dan korang juga ada minat yang sama . Boleh lah stay up all night tengok match dekat Mamak , pakai jersey together gether and post gambar dekat instagram dengan hashtag #relationshipgoal . muehehe . 

Dengar dengar, selain sukakan gadis yang minat bola, lelaki juga suka kalau gadis tu reti main game. yeke?

Sunday, February 19, 2017

Quenna Miracle Jamu Moden | Cara terpaling mudah dan malas sekali untuk amalkan jamu

quenna miracle queena miracle malaysia jamu moden


Hello!

Disebabkan tak lama lagi aku bakal melangkah ke donia yang berbeza , iaitu masuk fasa perkahwinan .. banyak persediaan awal perlu aku ambik kisah . Bukan setakat pergi kursus kahwin yang membosankan dan cuma celik mata saat masuk chapter "ehem ehem" (hahaha ) tapi juga, perlu sediakan mental , dan fizikal . 

By fizikal means,

HELLO FARAH, YU MUST LOOK GORGEOUS AND SMOKING HOT 

Gitu .

Kekdahnya, tak cukup hot lagi ke aku ni? hahahaha *lempar kuali*

Wednesday, February 15, 2017

Review GT Mobile GT-888 | Sekali pandang tak jatuh cinta , bila guna ....


Baru baru ni asyik bergaduh dengan Hilmi (gaduh manja jeww muehehe) pasal handphone . Dia android user, aku pulak .. *batuk*.. ios user. Sebenarnya aku tak habis habis complaint cakap ip5s aku start bermasalah ... macam lag, dan coverage internet gilaaa jahanam .Tapi Hilmi balik balik dengan ayat dia cakap "memang laa... iphone memang lopek" " memang laa, ingat iphone bagus sangat ke" "tulah pakai iphone lagi" " guna android phone lah, iphone ni merepek jee" .

Antara krisis utama antara aku dengan iphone ni memang fokus pada coverage internet. Aku pakai line yang sama dengan Hilmi, tapi aku tak dapat kelajuan internet yang sama dengan dia. Aku tak faham relevan nya dekat mana. Tapi aku bengang . Bila jadikan hotspot dari iphone ke laptop aku pun .. cam hareyyy jadinya . Bila tukar sim dan guna dekat phone Hilmi , eh eh helok pulak . 

Nak dijadikan cerita , aku berpeluang untuk dapatkan seketul handphone baru haritu iaitu GT-888 daripada GT Mobile. Tak pernah dengar eh? Takpe. Aku pun baru first time dengar ni. Jenama ni daripada Singapore. Walaupun nama baru, tak ponah dongarr pun, tapi jangan terlalu cepat judgemental macam aku wakkakaka .



Masa aku awal awal dapat phone ni, aku buat tak layan je. Sebab sangkakan phone ni tak best haha. Judgemental nya seorang Farah ekeke . Tapi bila dok terbaca baca review dok cakap phone ni best lah, camera dia best lah , bateri dia tahan lahh .. so aku berkeputusan untuk "apa kata aku cuba"


Makanya, baru lah tergedik gedik keluarkan phone ni dari kotak dan mula unbox . Okay first thing first, aku sukakan yang GT Mobile ni punyai tahap common sense yang tinggi haha sebab dia dah siap siap sediakan screen protector dan silicone cover untuk protect phone ni (not in photo) . Bijak! I must say. Sebab phone baru kan, celah bedah mana nak cari cover dia. sah sah pergi kedai takde jual. Kang pergi tanya ;

"Amoi, bagi saya cover phone GT-888 satuu"

terkebil kebil mata amoi tu pening . GT 888 mano eh? tak ponah dongar pon ??


Dari segi size, aku suka. Tak besar sangat, dan tak terlalu kecik. Elok elok je nak pegang dan rasanya takde masalah juga untuk yang lelaki lelaki sumbat masuk poket. Tak bulky dan design nya nipis sahaja. Sekali pandang, ada gaya gaya iphone 6 sikit hewhewhew .


Mari kita tengok overall specification phone GT-888 GT Mobile ni :

SPESIFIKASI/ SPECIFICATION GT MOBILE GT-888


Dimensions
158.9x77.5x8.6mm
Weight
160g
Operating system
Pre-install Android 5.1 Lollipop
CPU
64 Bit MTK MT6735P Processor Quad Core 1.0GHz CPU
GPU
Mali T720-Mp1 600 Mhz
RAM
2GB / 1GB
ROM
16GB
Battery
2550mAh
Charger
Quick Charging
Size 
5.5 inch
Resolution
HD1280*720pixels
Rear Camera
8.0MP 4th Generation Camera OV8865
Front Camera
5.0MP [OV5648]
Video
1080P, 2K, 4K
SIM
Dual sim standby, Micro Standard SIM






Helokk .

Benda yang aku pentingkan dalam pemilihan handphone ialah utamanya ;

  • Mesti kamera cantik - ofkos lah . kang nak selfie acaner. ye tak? GT-888 ni punya kamera not bad. quality helokk! 
  • RAM sekurangya 2GB. Tapi rasanya sekarang aku demand for higher RAM, 3 ke 4 ke. But 2GB is nice. This GT888 comes with 2GB ram
  • Kapasiti bateri besar- Bila besar, lambat habis. Tapi masalah bila besar, lambat pulak caj. TAPI! Helokkk sangat GT-888 ni ada fast charging . Senang kerja mak nakk .


Kesimpulan dibuat, aku secara tak sengaja dan tak perasannya telah menganak tirikan iphone aku untuk beberapa minggu ni dan selesa gunakan GT-888 ni. After all, android phone memang power power pun. Tetiba aku menyampah dengan iphone sebab DAH LA MAHAL, LOPEK! HAHAHHA :P (tadi puji sangat, LOL)

Dan berbalik kepada masalah internet yang aku alami masa guna iphone, bila gunakan GT-888 ni semuanya working completely fine! MAKA JELAS LAGI TERANG TANPA BERSULUH , iphone yang problem. Aku punya internet helok , jadikan hotspot pun helokkk!

SORRY GT-888 sebab memandang rendah dekat awak pada mulanya . Ternyata, awak ni boleh tahan powerr jugek! Cuma saya kecewa awak tak boleh ditambah dengan external memori. awak kejam! Tapi takpelah, saya redha. 

Sekian review seketol phone dari seorang yang bukan gadget atau tech freak . Meskipun tak precise dan macam boh-ring , tahniah sebab baca sampai hati wakaka . Bai bai!

























Related search : GT MOBILE GT 888, GT Mobile singapore, GT Mobile Malaysia, GT Mobile phone, GT Mobile specification, GT Mobile pros and cons, GT Mobile review, GT 888 Review, GT 888 camera result, GT 888 camera quality, GT 888 ram, phone with 2 gb ram, affordable smart phone, gt mobile gt dollar, gt dollar malaysia

Tuesday, February 14, 2017

CADEAU Lip Glow | Flower Jelly Lipstick


Semenjak dua ni rajin sangat beli lipstik . Konon konon nya nak jadi pengumpul lipstik lah hahaha . Rasa seronok pulak susun lipstik tu cantik cantik atas meja mekap . Sejuk jee mata memandang ekekek .

Tambah pulak ada satu lagi lipstik terbaru yang masuk dalam koleksi daripada CADEAU . Packaging dia pulak dah sememang memangnya lawa . Alahai makin helokk je dia duduk sekali dengan lipstik lipstik yang lain .


Tengok ni , cantik gila kan packaging dia . Aku beli sebatang je dulu nak try tengok okay ke tak lipstik ni . Tapi yang ni memang sesuai sangat dijadikan hadiah sebab gilaa cantik & unik . Bagi lah dekat mak ke, kakak ke, makwe ke , isteri ke .. confirm diorang suka . Kalau nak lagi best , beli yang set gift box Cadeau ni. Ada 4 ketoi lipstik terus dalam satu set .

Cadeau ni bermaksud 'gift' daripada perkataan French . Gift/hadiah/pemberian - bersesuaian sangat lah kalau nak hadiahkan ni pada orang tersayang . Memang setiap daripada Jelly lipstick ni di buat dengan penuh kasih saiyangg (handcrafted with love. I know, direct translation sucks haha) .

Ekceli, banyak je jelly lipstick macam ni dijual di pasaran tapi lahai murah sangat . nak beli pun risau takut takut tak elok ke apa . Kang pakai tetiba bibir kembang ke , bibir terjuih ke , bibir gelebeh ke? haha takutttt! So seeloknya kalau nak beli produk produk kecantikan ni , pastikan lah ianya selamat , berkualiti dan bukannya fake product! Bibir pun nak pakai lama k . Nak ke bibir tu hitam , terbakar sebab pakai produk sesuka hati? Takmauuu kan ...


The thing about this lipstick that i love the most , ofcourse lah dia punya lipstick tu sendiri . Siap ada seketul bunga halus kat tengah tengah lipstick tu . Alah alah alah cantiknya! Tengah tengah tu bunga betul tau . Dan jelly tu pun di perbuat daripada ekstrak bunga bungaan .


Jadi, apa fungsi lip glow ni sebenarnya? setakat cantik semata mata ke?

NOPE!!

Cadeau Lip Glow ni berfungsi macam lip balm juga , dan juga untuk treatment bibir . Dengan satu sapuan , akan buatkan warna bibir bertukar kemerahan . Nampak merah merah semulajadi gittew . Tanpa tambahan pewarna . Lip glow ni juga mampu memberikan lembapan yang diperlukan oleh bibir kita.

CADEAU FLOWER EXTRACT LIP GLOW


Ada banyak jenis bunga yang digunakan untuk pembuatan Cadeau Flower Extract Lip Glow ni termasuklah ; 

  • Chamomilla Recutita – Chamomile
  • Hibiscus Sabdariffa – Roselle Hibiscus
  • Calendula Officinalis – English Marigold/Calendula
  • Rosa Damascena – Damask Rose
  • Bellis Perennis – Common Daisy
  • Magnolia Kobus – Kobushi Magnolia
  • Lilium Tigrinum – Tiger Lily
  • Lavandula Angustifolia – Lavender
  • Rosa Rugosa – Beach Rose


Ada 4 jenis/code kesemuanya, tapi yang aku punya ni code GL03 : Acacia yang ada tona kuning . Takdelah korang calit lipglow ni bibir korang jadi kuning pulak , tapi ada berikan tona warna cerah / vibrant yang buatkan bila korang pakai, nampak ceria & energetic gitu .

Yang ni contoh keempat empat jenis / code Cadeau Flower Extract Lip Glow yang ada.


Nanti bila ada hari ibu ke, hari jadi ke, anniversary ke .. order je terus sekotak Cadeau Flower Extract Lip Glow . Senang cerita, takpayah pening pening dah . Confirm diorang suka!

Instagram : https://www.instagram.com/cadeau_beauty/

(RM95.00/pcs)












Related search : cadeau lipstick malaysia, cadeau lip glow, cadeau malaysia, cadeau price, cadeau gift, meaning of cadeau, cadeau gift set, cadeau review

Friday, February 10, 2017

Christy Ng ada MARK DOWN SALE! Bolehlah beli kasut kahwin


Assalamualaikum & Hello!



Lama dah aku dok perhati jenama Christy Ng ni. Pulak tu, selalu nampak instafemes ber-ootd dengan kasut kasut dia . Alahai geram je tengok ! Tapi semenjak dua nak kahwin ni , aku secara automatik jadi seorang yang mampu berfikiran secara straight sikit . Mana tak penting, aku tolak tepi dulu . Jangan beli . Kalau beli , matilah nakkk dah la nak kahwin banyak pakai duit ni . Sobs!

Dah lama dah berhajat nak beli sepasang dua kasut Christy Ng ni. Tapi, asyik kedekut kedekut je. Padahal takde lah mahal pun , harga macam Vincci je pun . Kualiti pulak helokk and cantik. Yang penting, design tak Kenanga wholesale mall , wakkaka . semuanya trendy & unik .

Tak semena mena harini, aku duk window window shopping , ternampak pulak Christy Ng ni ada buat mark down sale! 

Aku mana boleh baca baca dengar dengar perkataan MARK DOWN ni! haha boleh sawan sotong weyyyyyyy . *sambil menari raver*


[SALE LINK]






Nak jadikan satu lagi point bonus dan alasan kukuh untuk bershopping ialah ,

"AI NAK CARI KASUT KAWENN "

ekekee . puas aku mencari sebab untuk bagitahu kat diri sendiri supaya membeli belah . Akhirnya aku jumpa ekekeke . Ha nak cari kasut cuns letops untuk dipakai masa hari bahagia muehehe .

Rambang mata weyyy , tolong tolong pilihkan!


Dua ni macam helok je untuk kasut kahwin kan ? Tapi apasal aku rasa macam tak cukup tinggi je ni hahaha kemain belagak kan nak pakai tinggi tinggi? tengok tengok tak mampu berjalan, mampu mengesot je :p

Mana ni mana ni? Hitam ke putih? Cantik tak? Apa pendapat awaaaa?




SALE ADA 17 HARI LAGIIII










Related search : christy ng shoes, christy ng discount code, christy ng discount, christy ng coupon, christy ng deal, christy ng sale, christy ng mark down,christy ng malaysia, christy ng quality, christy ng price range, christy ng one utama , christy ng outlet

Friday, February 3, 2017

Apa itu GT Dollar dan bagaimana ia berfungsi?




Hello!



Okay, kalau entry sebelum ni aku ada cerita pasal pelancaran GT Dollar oleh GT Group di Sime Darby Convention Centre , 16 Januari 2017 haritu [ENTRY : GT Dollar Group Media Launch] .. so dalam entry ni aku nak explain lebih sikit pasal  apa GT Dollar ni , fungsinya dan macam mana nak gunakan apps ni .



GT Dollar ni senang cerita macam e-wallet lah . Kalau nak lagi senang faham, elok korang download dulu apps tu dekat Google Playstore dan juga Apps Store. 



Dah download? Okay, teruskan baca ..



Fungsi utama apps GT Dollar ni untuk bagi pengguna alami rasa membeli belah tanpa tunai ditangan . Ha kiranya kalau keluar jenjalan takbawah duit sesen pun tak pe. Dengan ada nya GT Dollar ni, bakal memudahkan lagi urusan jual beli antara pembeli dan juga penjual . Takde dah isu tak bawa duit ke, takde mesin atm ke, takde duit tukar ke apa. Bayar je guna duit dalam e-wallet kat akaun GT Dollar korang tu . Sonangggg!



Buat masa sekarang , sebabkan GT Dollar ni baru je dilancarkan, jadi merchant/ pemilik perniagaan yang ambil bahagian pun takdelah banyak sangat . Tapi yang aku perasan, hotel hotel ternama banyak yang dah mula gunakan apps GT Dollar ni. Jadi lepasni, kalau nak booking bilik .. guna je apps GT dollar ni .Cashless trasaction gittew .


Ekceli, tak terhad pada hotel je. Ada banyak lagi kategori merchant yang tersedia . Korang boleh dapatkan macam macam dan berbelanja macam macam dengan menggunakan apps GT Dollar ni , termasuklah ; makanan , servis kecantikan (saloon, spa etc) , insurans, hiburan dan macam macam lagi . Elok tengok dan belek sendiri apps tu, baru lah lagi faham .


Haritu, masa hari pelancaran GT Dollar .. kitorang yang turut ada bersama macam event tu diberi peluang untuk collect banyak banyak gt dollar . Caranya ialah dengan :

  • Click - "CIRCLE"
  • Tunggu untuk page tu loading
  • Tunggu akan keluarkan icon "bees (lebah)" terbang terbang.
  • Masa lebah tu terbang, cepat cepat tekan lebah tu .


Ha lepas je berjaya tekan/ tangkap lebah tu -- akaun akan dikreditkan dengan GT dollar. 


Memang sakan kitorang kutip bees haritu haha . Tak pandang kiri kanan dah, semua sibuk dengan handphone . Haritu, aku berjaya kumpul RM5,000 gt dollar kakakakaka . Ko rasa banyak? Takk , tu sikit je tuu . Yang lain tu ada yang sampai berpuluh ribu sempat sambar gt dollar. Sakannya diorang!


Apa kegunaan gt dollar tu pulak ? Gt dollar tu akan digunakan sebagai rebat/ potongan masa nak berbelanja nanti . Kiranya masa korang nak beli sesuatu, ataupun sebagai contoh korang booking bilik hotel, masa nak checkout untuk buat pembayaran tu .. akan dinyatakan disitu berapa gt dollar yang boleh digunakan untuk membuat bayaran . Maksudnya kalau contoh boleh guna RM100 gt dollar, maksudnya pembelian korang tu akan dapat potongan RM100!



Faham?



Seronok kan? Memang seronok pun . Even kalau bosan bosan sekarang pun , boleh je tekan 'circle' tu dan collect bees. Tetap akan dapat generate gt dollar gak . Kalau time bosan bosan tu bolehlah main tangkap lebah hahah . Lagi banyak korang tangkap bees, lagi banyakkk gt dollar korang boleh kumpul .Cubalah!





p/s : rasa nak booking bilik hotel lak . nak pergi bercuti hehe . jom?
















Related search : applikasi gt dollar, recommended apps malaysia, malaysian shopping app, malaysian shopping app, gt dollar shopping app, malaysia shopping app google, singapore shopping app

GT Dollar Group Media Launch

Assalamualaikum


Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Deputy Minister of Tourism and Culture debuted the launch of e-commerce giant, GT Dollar Malaysia at Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur on 16th January 2017 at the Malaysia FinTech Ecosystem Conference and GT Dollar Grand Launch.

The event was witnessed by distinguished government officials as well as 3,000 prominent IT and e-commerce industry leaders who support the development of a dynamic FinTech ecosystem, paving way for SMART innovations like GT Dollar, making Malaysia a force to reckon with in the FinTech sector.


This collaboration between the Malaysian government and GT Dollar helps to alleviate the lives of people through the launch GT Dollar mobile application, which is a “one-stop mobile e-commerce platform” that seeks to build a cohesive community for consumers and merchants from a myriad of industries to interact within its marketplace.

Thursday, February 2, 2017

Idaman Villa @ Melaka | Homestay strategik dan selesa tengah bandar, tepi laut!


Idaman Villa @ Melaka | Homestay strategik dan selesa tengah bandar, tepi laut!


Merujuk kepada entry kuih keria yang sebelum ni , (Entry : Kuih Keria Viral Melaka ) aku ada cerita yang aku dengan lagi beberapa orang blogger bercuti sekejap dekat Melaka . Sebabkan kitorang ni satu punya ramai , pulak tu bagi mengeratkan ukhuwah fillah ya hanana (tak semena mena) , kitorang berpakat untuk dapatkan satu homestay je untuk muatkan semua orang . Pulak tu, diorang ni dengan macam macam plannya .. nak karaoke lah , nak BBQ lah . Lagipun kalau nak book hotel pun , satu bilik boleh memuatkan 2 orang je . Kitorang je pun dah berbelas belas orang . Berapa bilik pulak tu nak kena ambik ?

Bab bab cari homestay ni kitorang serahkan pada abang abang dan kakak kakak Projek Travel je . Sebab diorang khen kaki travel , pastilah diorang lebih arif memilih tempat menginap yang selesa dan sesuai untuk kitorang semua . Dan akhirnya , kitorang memilih untuk menginap satu malam di Idaman Villa .

Memula diorang ni dok heboh heboh cakap "wey kitorang dah dapatkan satu banglo!" "jomm pergi banglo dekat Melaka" .

Dalam kepala aku ni membayangkan memang banglo sebijik lah . 

Dimana , banglo tu duduk seketol dia je , dan ada kawasan luas dibahagian halaman , ada tempat nak lari lari main kejar kejar ataupun main baling selipar , dan kekadang imaginasi aku menjangkau ke arah membayangkan banglo tu ada swimming pool beserta gelungsur memuatkan buntut seorang dewasa hahaha .

Tapi .. rupanya ada miscommunication disitu .

Wednesday, February 1, 2017

Sia sia ke beratur untuk dapatkan Kuih Keria viral dekat Melaka tu?

Kuih keria antarabangsa Hjh Rahmah Viral | Betul betul sedap ke?




Alamak! Entry dah basi! Hahaha tapi takpe . Cerita tetap cerita . Kali ni nak cerita pasal kuih keria viral dekat Melaka tu ha .

Haritu aku dengan beberapa lagi blogger termasuklah geng Projek Travel , ramai ramai ke Melaka . Tidur semalaman & menginap di Idaman Villa . Idaman villa ni seketol homestay yang terletak elok elok comel comel je dekat dengan bandar Melaka tu ha . Memang kalau nak bercuti satu family dekat Melaka, elok sangat lah kalau menginap dekat Idaman Villa ni . 

Sebabkan entry ni fokus pada kuih keria , kite cerita pasal kuih keria jela eh . Idaman Villa ni kang dalam entry lain . 

Kecoh lah dekat facebook & twitter pasal kuih keria antarabangsa yang viral dekat Melaka sampai gigih orang beratur semata mata nak dapatkan kuih tu . Beratur pulak bukan pendek pendek . Sampai ke luar luar kedai orang beratur .

Power gila ke kuih keria ni?


Makanya untuk mendapatkan kesahihan cerita dan membuat judgment akan "sedap gileeeee ke keria viral ni?" , kitorang (aku , kak dhia , aryl & yazid ) mengigih pergi dan join beratur jugak untuk dapatkan keria ni .


On My Instagram