Sia sia ke beratur untuk dapatkan Kuih Keria viral dekat Melaka tu?

Wednesday, February 1, 2017

Kuih keria antarabangsa Hjh Rahmah Viral | Betul betul sedap ke?




Alamak! Entry dah basi! Hahaha tapi takpe . Cerita tetap cerita . Kali ni nak cerita pasal kuih keria viral dekat Melaka tu ha .

Haritu aku dengan beberapa lagi blogger termasuklah geng Projek Travel , ramai ramai ke Melaka . Tidur semalaman & menginap di Idaman Villa . Idaman villa ni seketol homestay yang terletak elok elok comel comel je dekat dengan bandar Melaka tu ha . Memang kalau nak bercuti satu family dekat Melaka, elok sangat lah kalau menginap dekat Idaman Villa ni . 

Sebabkan entry ni fokus pada kuih keria , kite cerita pasal kuih keria jela eh . Idaman Villa ni kang dalam entry lain . 

Kecoh lah dekat facebook & twitter pasal kuih keria antarabangsa yang viral dekat Melaka sampai gigih orang beratur semata mata nak dapatkan kuih tu . Beratur pulak bukan pendek pendek . Sampai ke luar luar kedai orang beratur .

Power gila ke kuih keria ni?


Makanya untuk mendapatkan kesahihan cerita dan membuat judgment akan "sedap gileeeee ke keria viral ni?" , kitorang (aku , kak dhia , aryl & yazid ) mengigih pergi dan join beratur jugak untuk dapatkan keria ni .



kuih keria melaka viral
kelibat kak dhia & aryl yang mengigih beratur

Dua kedai kuih keria antarabangsa berlainan pemilik


Kedai kuih keria ni dah menghala ke Klebang. Ekceli ada 2 kedai kuih keria yang pemiliknya berlainan . Jarak dalam 100 m je antara dua kedai ni.  Yang kitorang pergi tu kedai Hjh Rahmah. Kenapa pilih yang ni? Sebab tengok ramai beratur yang dekat sini . Lagi satu tu tengok macam tak bukak je .

kuih keria melaka
Masih gigih

kuih keria melaka
Semakin ramai yang datang . Panjang beratur wey

Masa tu dalam pukul 11.30 camtu . Sampai sampai je tengok orang dah beratur . Maka kitorang pun ikut beratur jugak . Beratur punya beratur , aku pelik dah kenapa line tak gerak gerak .

Ghupenyeeee baru aku perasan ,

KEDAI BELUM BUKAK JUGAK PUN HAAAAAAAAA .

wajah wajah sorok ketiak becak beratur panas panas - Yazid Izzat & Adzril Maizan

Team #bloggertalk dah sampai sini yaww! - selfie sekeping dengan boss Izzuewek

tapi mak aih belum bukak pon terus beratur panjang . Tetiba aku rasa nak marah hahaha . Kegigihan apa kah ini yang buatkan aku terjebak nak beratur meskipun kedai belum bukak .

Muka tak puas hati "kak pahal lambat sangat? lecak tiak ite tunggu"



Dalam 20 minit macam tu , kedai pun bukak & line pun mula bergerak . Andddd finally its our turn! 

kuih keria antarabangsa
Seronok ye kak dapat kuih keria? siap jadi personal shopper lagi belikan utk orang haha

Nak beli kuih ni ada limit . Sorang tak boleh beli banyak banyak . Sepanjang panjang beratur kitorang berempat , last last belinya 2 bungkus je haha . Saje je mengada nak menyemak beratur jugak dekat situ kohkohkoh . 


Bila dah dapat kuih keria , maka kami pun berlalu dan siap sedia nak kembali ke KL . Masuk masuk kereta , tak menyempat nyempat kak dhia dengan yazid nak makan kuih keria tu kakaka .

Sedap ke kuih keria antarabangsa ni?


Dan saat kuih keria tu selamat landing masuk dalam tekak dan turun ke perut , our respond be like ;

"LAHH BIASA JEEEE . BUKANNYE SEDAP GILEE PUN"

kahkahkah . Mungkin pendapat aku macam bias , tapi apasal aku rasa kuih keria mama lagi power? Haha .

Gigih beratur pepanjang semata untuk kuih keria . Taktahu lah kot keria yang lagi satu tu lagi sedap ke apa . Tapi , kemon lah . Kuih keria je kot?

Takdelah kata tak sedap kuih keria tu . Sedap memang sedap tapi rasa dia biasa je . Takdelah macam;

"WEII SEDAP GILEE WEII WEII WEII"

Takde macam tu.

And texture dia lembut gegebu . Mungkin tulah antara sebab kenapa ramai cakap sedap . Mungkin juga sebab tekak tekak kami dah selalu disogok brownies & cheese cake makanya kami memandang rendah pada kuih keria ? Kakakaka . 

Pendapat dan citarasa orang berbeza beza. Kalau korang ke Melaka dan nak jugakk mencuba & merasa kuih keria tu , pergi jelah . Tapi selamat beratur lah yee . 

Cukuplah sekali je aku beratur pepanjang demi kuih keria . Tak rajin dah haha . Aku hanya akan gigih beratur kalau ada sale mekap & henbeg je .

Kuih keria?

No . It won't happen again . Haha
















Related search : kuih keria melaka, kuih keria viral, kuih keria antarabangsa, kuih keria hjh rahmah, kuih keria klebang, resepi kuih keria, resipi kuih keria, kuih keria harga, kuih keria sedap, kuih keria tak sedap, kuih keria viral biasa, kuih keria viral tak sedap, kuih keria viral sedap, kuih keria melaka klebang, kuih keria melaka limbongan, kuih keria melaka beratur, 

cara cara buat kuih keria, cara mudah buat kuih keria, resepi mudah kuih keria, kuih keria sedap, resepi kuih keria tanpa keladi, kuih keria senang, resepi kuih keria senang

5 comments

  1. Bagi pika sedap je Kuih Keria tu. Dia jadi tak sedap sebab leceh ramai giler orang beratur lepas tu ada limit pulak setiap org dapat beli berapa je. Pika pernah try keria ni before dia viral sebab pika study dekat Melaka dulu. Heee..

    Actually service tu memainkan peranan sebenarnya. Kadang2 benda tak sedap pun jadi sedap sebab serivce tiptop. kan kann..

    ReplyDelete
  2. Keria tradisional tanpa bahan penggebu lebih sedap.. keledek ditumbuk dan rasa keledek lebih kuat... jadi pilihan hakak.... berbanding keria yg viral nie.... mahapkan hakak....

    ReplyDelete
  3. tak pernah try lagi walaupun selalu balik Melaka. Tak sanggup beratur sebenarnya. Tapi ramai komen macam tu. "tak sedap mana pun. viral je lebih" . respect kat manusia yang sanggup beratur panjang sebenarnya

    ReplyDelete
  4. Biasa je.. sama je mcm kat tempat lain..

    ReplyDelete

On My Instagram