Idaman Villa @ Melaka | Homestay strategik dan selesa tengah bandar, tepi laut!

Thursday, February 2, 2017

Idaman Villa @ Melaka | Homestay strategik dan selesa tengah bandar, tepi laut!


Merujuk kepada entry kuih keria yang sebelum ni , (Entry : Kuih Keria Viral Melaka ) aku ada cerita yang aku dengan lagi beberapa orang blogger bercuti sekejap dekat Melaka . Sebabkan kitorang ni satu punya ramai , pulak tu bagi mengeratkan ukhuwah fillah ya hanana (tak semena mena) , kitorang berpakat untuk dapatkan satu homestay je untuk muatkan semua orang . Pulak tu, diorang ni dengan macam macam plannya .. nak karaoke lah , nak BBQ lah . Lagipun kalau nak book hotel pun , satu bilik boleh memuatkan 2 orang je . Kitorang je pun dah berbelas belas orang . Berapa bilik pulak tu nak kena ambik ?

Bab bab cari homestay ni kitorang serahkan pada abang abang dan kakak kakak Projek Travel je . Sebab diorang khen kaki travel , pastilah diorang lebih arif memilih tempat menginap yang selesa dan sesuai untuk kitorang semua . Dan akhirnya , kitorang memilih untuk menginap satu malam di Idaman Villa .

Memula diorang ni dok heboh heboh cakap "wey kitorang dah dapatkan satu banglo!" "jomm pergi banglo dekat Melaka" .

Dalam kepala aku ni membayangkan memang banglo sebijik lah . 

Dimana , banglo tu duduk seketol dia je , dan ada kawasan luas dibahagian halaman , ada tempat nak lari lari main kejar kejar ataupun main baling selipar , dan kekadang imaginasi aku menjangkau ke arah membayangkan banglo tu ada swimming pool beserta gelungsur memuatkan buntut seorang dewasa hahaha .

Tapi .. rupanya ada miscommunication disitu .


Idaman Villa ni ekceli sebuah rumah teres tiga tingkat dan merupakan lot hujung (corner lot) . Kalau nak memuatkan lebih daripada 20 orang pun boleh sebenarnya . Kitorang yang rasa macam dah ramai tu pun still lagi rasa kosong rumah tu .

photo credit : idamanvilla.com


Idaman Villa lengkap dengan pelbagai kemudahan


Satu benda boleh dipuji pasal Idaman Villa ni ialah rumah ni memang sangat sangat lengkap dengan pelbagai kemudahan .

  • Hiburan - ada tv, ada hypp tv, ada karaoke (dalam hypp tv without mic) , ada wifi
  • Dapur - lengkap dengan dapur, peralatan memasak , pinggan mangkuk , (cap IKEA wehh) . Peti ais pun ada . Agaknya kalau ada blender lagi power! haha
  • Bilik - Dilengkapi dengan air cond dan kipas berkuasa tinggi sijuk gilaa dalam setiap bilik. Setiap bilik juga ada TV! juga air panas.


photo credit : www.kisahemasputih.com

Perabot dan kelengkapan dalam bilik, ruang tamu dan semua ruang dalam bilik semuanya nampak baru, cantik, dan moden . Kalau bilik master tu siap ada katil king besar yang ada tiang untuk gantung kelambu ala ala diraja tu amboi!

photo credit : www.kisahemasputih.com
photo credit : www.kisahemasputih.com

Cadar, tilam , bantal & tuala pulak memang ala ala hotel . Dekat tuala siap ada sulaman nama "Idaman Villa" lagi k . Kelasss sangat!

Bagi aku, setiap serba serbi yang ada dalam Idaman Villa ni sangat lah lengkap dan memuaskan hati . Kiranya kalau korang nak pergi jenjalan Melaka, bawa satu family besar dalam 20 orang dewasa , dan beberapa orang anak kecik .. memang sesuai ambik Idaman Villa ni je . 

photo credit : www.kisahemasputih.com

Tapi bagi aku juga, ada beberapa kekurangan dekat sini yang mana boleh je dipertambah baik pada masa akan datang .



1. Faktor keselamatan .
Dekat kawasan idaman villa ni , cuma Idaman Villa ni seketol je yang berpenghuni . Kiranya deret satu lorong dia ni takde orang duduk pun . Pulak tu, berhampiran dengan kawasan pembinaan . Belah tepi rumah ni memang ada pantai . Syok memang syok tapi kalau duduk setakat 4-5 orang, aku rasa kurang sesuai sebab mungkin akan terlalu sunyi . But still , ada polis yang selalu buat rondaan dekat situ pada waktu malam .

2. Limited space for parking .
Tepi rumah ni memang ada kawasan luas untuk BBQ ke apa, tapi daripada porch tempat park kereta nak ke kawasan tu, macam ada satu tebing (betul ke terms aku ni) , makanya kalau nak parking kete, tak dapat nak masukkan kereta ke bahagian laman tu. Dan terpaksa park kat luar. Sebab dalam kawasan parking cuma memuatkan dua kereta je. Tu pun kalau kereta kecik lah . Haritu aku, kak dhia, aryl, yazid dan khai keluar pada malamnya. So bila dah balik lambat, terpaksa lah parking kat luar. Cuak cuak jugak sampai kan every few hours aku selak langsir check kereta . Dan benda pertama aku buat bila bangun tidur, turun bawah dan check kereta jugak hahahaha cuak wey!

Rasanya dua ni jelah pun yang kurang nya. Yang lain semua tip top angkat ibu jari .

photo credit : www.kisahemasputih.com


Kemudahan dan Kelengkapan di Idaman Villa


Okay ni serba sedikit lagi info pasal Idaman Villa yang aku dapatkan daripada website rasmi ; www.idamanvilla.com


  • Sebuah rumah bunglow yang mempunyai 7 bilik tidur, 6 bilik air, ruang tamu, dapur memasak
  • Ruang tamu dilengkapi dengan TV dengan lebih 50 siaran untuk ditonton dan juga WiFi selaju 30Mbps.
  • Bilik tidur tingkat 2 ini dilengkapi dengan dua katil king dan penghawa dingin.


Okay dah ada plan nak ke Melaka? Takpayah pening fikir dah nak tidur mana . Ambik nombor dekat bawah ni dan cepat cepat booking ye . Lagi lagi kalau bercadang nak ke sana masa waktu cuti sekolah . Kalau lambat, kirim salam je lah hahaha confirm full!

Untuk Matlumat Lanjut/ Tempahan:

Contact : Encik Bari ( 012-2118246 )

Thankyou Idaman Villa! 











Related search :  Idaman Villa melaka, idaman villa durian tunggal, idaman villa kota syahbandar, idaman villa muat berapa orang, kelengkapan idaman villa, homestay besar melaka, homestay murah melaka, homestay selesa melaka, homestay tengah bandar melaka, homestay klebang, homestay kota syahbandar, homestay bandar melaka, homestay bandar hilir, homestay family besar, homestay melaka selesa, homestay melaka besar, homestay melaka berpatutan, homestay melaka murah, homestay melaka cantik, homestay melaka pantai, homestay melaka laut, homestay melaka bersih, homestay melaka boleh masak, idaman villa rate, 

idaman villa harga, idaman villa price, idaman villa review, idaman villa berhantu, idaman villa ada gangguan, berhantu idaman villa,

3 comments

  1. cantiknyaa >,< teringat homestay kat Johor. macam ni jugaklah, homestay tu je yang berpenghuni. seram jugak sebenarnya walaupun kami ada 3 family T_T

    ReplyDelete

On My Instagram