Friday, February 3, 2017

Apa itu GT Dollar dan bagaimana ia berfungsi?




Hello!



Okay, kalau entry sebelum ni aku ada cerita pasal pelancaran GT Dollar oleh GT Group di Sime Darby Convention Centre , 16 Januari 2017 haritu [ENTRY : GT Dollar Group Media Launch] .. so dalam entry ni aku nak explain lebih sikit pasal  apa GT Dollar ni , fungsinya dan macam mana nak gunakan apps ni .



GT Dollar ni senang cerita macam e-wallet lah . Kalau nak lagi senang faham, elok korang download dulu apps tu dekat Google Playstore dan juga Apps Store. 



Dah download? Okay, teruskan baca ..



Fungsi utama apps GT Dollar ni untuk bagi pengguna alami rasa membeli belah tanpa tunai ditangan . Ha kiranya kalau keluar jenjalan takbawah duit sesen pun tak pe. Dengan ada nya GT Dollar ni, bakal memudahkan lagi urusan jual beli antara pembeli dan juga penjual . Takde dah isu tak bawa duit ke, takde mesin atm ke, takde duit tukar ke apa. Bayar je guna duit dalam e-wallet kat akaun GT Dollar korang tu . Sonangggg!



Buat masa sekarang , sebabkan GT Dollar ni baru je dilancarkan, jadi merchant/ pemilik perniagaan yang ambil bahagian pun takdelah banyak sangat . Tapi yang aku perasan, hotel hotel ternama banyak yang dah mula gunakan apps GT Dollar ni. Jadi lepasni, kalau nak booking bilik .. guna je apps GT dollar ni .Cashless trasaction gittew .


Ekceli, tak terhad pada hotel je. Ada banyak lagi kategori merchant yang tersedia . Korang boleh dapatkan macam macam dan berbelanja macam macam dengan menggunakan apps GT Dollar ni , termasuklah ; makanan , servis kecantikan (saloon, spa etc) , insurans, hiburan dan macam macam lagi . Elok tengok dan belek sendiri apps tu, baru lah lagi faham .


Haritu, masa hari pelancaran GT Dollar .. kitorang yang turut ada bersama macam event tu diberi peluang untuk collect banyak banyak gt dollar . Caranya ialah dengan :

  • Click - "CIRCLE"
  • Tunggu untuk page tu loading
  • Tunggu akan keluarkan icon "bees (lebah)" terbang terbang.
  • Masa lebah tu terbang, cepat cepat tekan lebah tu .


Ha lepas je berjaya tekan/ tangkap lebah tu -- akaun akan dikreditkan dengan GT dollar. 


Memang sakan kitorang kutip bees haritu haha . Tak pandang kiri kanan dah, semua sibuk dengan handphone . Haritu, aku berjaya kumpul RM5,000 gt dollar kakakakaka . Ko rasa banyak? Takk , tu sikit je tuu . Yang lain tu ada yang sampai berpuluh ribu sempat sambar gt dollar. Sakannya diorang!


Apa kegunaan gt dollar tu pulak ? Gt dollar tu akan digunakan sebagai rebat/ potongan masa nak berbelanja nanti . Kiranya masa korang nak beli sesuatu, ataupun sebagai contoh korang booking bilik hotel, masa nak checkout untuk buat pembayaran tu .. akan dinyatakan disitu berapa gt dollar yang boleh digunakan untuk membuat bayaran . Maksudnya kalau contoh boleh guna RM100 gt dollar, maksudnya pembelian korang tu akan dapat potongan RM100!



Faham?



Seronok kan? Memang seronok pun . Even kalau bosan bosan sekarang pun , boleh je tekan 'circle' tu dan collect bees. Tetap akan dapat generate gt dollar gak . Kalau time bosan bosan tu bolehlah main tangkap lebah hahah . Lagi banyak korang tangkap bees, lagi banyakkk gt dollar korang boleh kumpul .Cubalah!





p/s : rasa nak booking bilik hotel lak . nak pergi bercuti hehe . jom?
















Related search : applikasi gt dollar, recommended apps malaysia, malaysian shopping app, malaysian shopping app, gt dollar shopping app, malaysia shopping app google, singapore shopping app

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...