Swiss Vita Laboratories | Serum & Cream Review

Tuesday, February 28, 2017

Hello gegadis

Beauty talk kali ni nak bercakap pasal "Serummmmm"

Apa?

"Serummmm"

haha apa aku cuba buat ni? -.-"

Okay. ramai kurang sedar tentang kepentingan rutin penjagaan wajah. Tak semestinya setakat cuci guna cleanser je. Kena juga gunakan toner, moisturiser dan serum .


Yang membezakan jenis jenis produk ni ialah pada kepekatan dia . Kepekatan atau tekstur atau saiz molekul produk tu sangat sangat lah bagi kesan pada penggunaan di wajah .

Serum ni dalam bentuk molekul yang lagi halussss baq hang , sebab tulah ianya berfungsi untuk merawat lapisan kulit yang paling dalam, bantu pulihkan daripada bawah kulit ke luar. paham ke idok?

Pemilihan serum kena lah buat dengan berhemah . Tak boleh main belasah aje pilih pilih .

Nak bandingkan antara serum, cleanser, toner bla bla bla .. serum lah yang paling mahal .

WHY??

Sebab serum ni yang paling powerful dalam merawat masalah kulit . Thats why lah mahal, sebab teknologi digunakan untuk menghaluskan lagi molekul bagi ianya dapat tembus sedalam dalam rindu eh tak, sedalam dalam kulit ekekeke. 




Antara serum yang aku boleh recommend pada korang ialah daripada jenama SWISS VITA LABORATORIES . Antara sebab untuk korang pilih serum dari jenama Swiss Vita ialah sebab, ianya merupakan jenama daripada SWITZERLAND bukan bancuh dekat bilik belakang rumah ekekee dannnnnn disenaraikan sebagai Yahoo Top 10 Cosmeceutical award in 2014 . Maksudnya apa? Maksudnyaa jenama ni bukan calang calang lah .

Swiss Vita Laboratories ni menyatakan yang setiap daripada produk diorang ni ;

  • Tanpa Paraben
  • Tanpa alkohol
  • Tanpa pewangi
  • Tanpa Sulfat

dimana bahan bahan tersenarai dekat atas ni tak helokkk dik untuk kulit .


Dalam entry ni aku akan cerita pasal beberapa produk berbeza daripada Swiss Vita Laboratories ni .
Kita mula dengan Swiss Vita Anti Spot Serum 


SWISS VITA ANTI SPOT SERUM





Anti spot serum ni mengandungi 3-0 Etyl Ascorbic acid. Jangan tanya aku apa benda ni, nanti aku keluarkan gambar structure molecule kang wakakkaa. long story short, benda ni ialah macam better form of vitamin c yang membantu untuk mencerahkan kulit wajah dan secara khas nya untuk menghilangkan binti hitam dan noda ahgittew . Secara keseluruhannya juga, anti spot krim juga berfungsi untuk menyekatakan tona kulit .

Serum ni boleh digunakan harian. Takat picit sikit je dan sapu rata ke seluruh wajah .

Sepanjang penggunaan serum ni , aku boleh katakan yang serum ni serasi dengan kulit aku. Walaupun takde nampak kesan yang terlalu ketara, tapi tetap boleh nampak ada perubahan . Dan yang heloknya, serum ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah yang berkulit sensitif. Tengoklah nanti macam mana, kot guna lama lama lagi mungkin kesannya akan lebih jelas.

Quantity:15g/0.53oz RM 130


MANDELIC ACID PERFECT RATIO COMPLEX SERUM



Okay, lagi satu serum dalam rangkaian Swiss Vita Laboratories. Mandelic acid ni di 'derive' daripada bitter almond . Untuk serum ni sesuai buat korang yang berkulit sensitif. Kenapa? Sebab molecular structure nya lebih besar jadi ambil masa untuk masuk ke lapisan kulit , makanya ianya takde lah merengsakan kulit (non irritating). 

Antara fungsi Mandelic acid serum ni ialah untuk ;

  • Mengurangkan saiz pori
  • Menyingkirkan sel kulit mati
  • Mencerahkan kulit
Serum ni takyah pakai hari hari pun. Dalam seminggu tu 2-3 kali je dah cukup. Masa awal awal apply tu ada rasa pedih sikit, tapi sikit jelah. Lepas pada tu okay dah. Yang ni katanya sesuai untuk yang berkulit sensitif. Tapi in case kalau ada irritation ke apa, takpayah lah teruskan pakai k? Boleh stop immediately.


Quantity:(50g) RM 110


MICRITE 3D ALL USE WHITENING SERUM






Okayhh moving on ke item ke tiga, yang ni bukan serum tapi cream. Yang ni aku pakai harian. Lepas cuci muka, toner , dan lepas moisturiser, haa apply cream ni. Cream ni ada Vitamin B12 untuk bantu pudarkan jeragat jugak . Tapi take time sikit lah , sebab jeragat memang degil sikit nak hilang.

Dari segi texture, cream ni sesuai kalau nak pakai before makeup, sebab cepat meresap dan tak berminyak . Dan boleh digunakan dalam rutin skin care waktu siang dan juga malam .

Quantity:30g/1.06oz RM 130 




Secara menyeluruhnya, produk produk Swiss Vita Laboratories yang aku listkan dalam entri ni semuanya memfokuskan pada bantu selesaikan masalah berkait dengan bintik hitam, jeragat,  dan juga tona kulit tak sekata. 

Kalau korang tanya aku produk produk Swiss Vita Laboratories ni helokk ke tak, aku akan cakap HELOKK SANGAT DIKK !

Sebab produk ni semuanya diformulasikan di switzerland dan semuanya dah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi. Pendek kata, produk diorang ni selamat untuk digunakan . So takpayah lah nak ragu ragu tanya ada KKM ke tak ke apa, sebab memang dermatologically tested. Memang selamat dan helokk .

Cumanya , kesan mungkin berbeza beza untuk orang lain lain . Ada yang dapat nampak kesan cepat, ada yang ambil masa sikit.

Lagi yang aku suka pasal produk produk ni ialah , semuanya di pack dengan baik . ada yang dalam aluminium tube, ada yang dalam botol kaca yang gelap . Dan setiap packaging macam ni semuanya bagus untuk elakkan daripada produk tu ter-contaminated. Thumbs up!*


Okay, untuk pembelian produk produk swissvita laboratories ni, boleh terus ke facebook atau official website diorang, okey ?

Official Website: All Young Swissvita 
Facebook Page: Swissvita SkinLab My 

Dan gunakan discount code ni untuk dapatkan potongan sebanyak RM50 dengan minima pembelian RM 350

Cuma masukkan code "FARAHLOVESWISSVITA" masa korang nak checkout okay?





Related search :  Swiss Vita Malaysia, Swiss Vita review, Swiss Vita product review, revies Swiss Vita, Serum swiss vita, swiss vita halal, swiss vita kkm, swiss vita sensitive skin, swiss vita laboratories, swissvita , swissvita taiwan

Post a Comment

On My Instagram