Bianco Mimosa Men | Kualiti Pakaian Lelaki Setanding Jenama Antarabangsa

Tuesday, February 28, 2017

Hi Assalamualaikum


Perasan tak, kalau dekat shopping mall tu banyak kedai kedai yang menyediakan dan menjual baju untuk wanita . Tapi kalau untuk lelaki , boleh kira dengan jari je . Apa maksud semua ni? Hahaha . apakah ini agenda mendiskriminasikan kaum lelaki? muehehe .

Tak tak tak . Mungkin sebab wanita lagi cenderung nak bershopping , dan sentiasa ada keinginan untuk nampak cantik , bergaya dan ikut trend. That's why lah tak kira secara online takpun offline, memang banyakk sangat peniaga peniaga memilih untuk jual barangan yang khusus untuk kaum wanita je. 

Korang yang lelaki tu , jangan lah sesedih pulak . Sebenarnya ada banyakkkkk lagi jenama jenama local Malaysia yang bagus bagus untuk kaum lelaki tau . Cuma korang je taktahu . Antaranya , salah satu nama jenama pakaian yang makin meningkat naik dan dikenali sekarang ialah Bianco Mimosa!


Bianco Mimosa ni asalnya cuma keluarkan design pakaian untuk wanita tapi yang terbaru, diorang dah launch pakaian untuk lelaki pulak wey ! yang lebih dikenali sebagai clothing line "MIMOSA MEN" .


Sebelum ni dok tengok koleksi Mimosa Men ni dalam Zalora jee . Ce tengok gambar gambar bawah ni , perhatikan koleksi diorang . Semua cun gila kan? Ok fokus pada baju je k , jangan ter-distract dekat badan ketak ketak model tu hahaha .





Aku dok terpikir pikir gak, elok ke kualiti baju ni? Kang beli kang tak sepadan dengan harga pulak . So aku pun takat cuci cuci mata jelah tengok dekat Zalora ni . Niat nak beli untuk Ayah & Hilmi tu ada gak , tapi sebab tak pasti tahap kualiti dia tu macam mana , so aku hold dulu niat tu .

Selit gambar hiasan dulu meskipun tudung belacan
Featuring tudung belacan dan Izzuewek (nak crop tak sampai hati)

Tapi haritu, elokkkk pulak aku dapat jemputan oleh pihak Bianco Mimosa ni untuk pergi ke soft launch koleksi terbaru diorang ni dekat F1 Sepang Circuit . Sambil sambil tu melayan tengok ada acara racing masa tu .

Bianco Mimosa Men tawarkan rangkaian pakaian lelaki yang style dan berkualiti


Polo shirt dalam koleksi Bianco Mimosa Men




Selain daripada dok cuci mata tengok koleksi Mimosa Men ni , sempat jugak lah aku dok cuci mata tengok model ensem, gegadis litar yang wuuuu sexayhhh dan juga selfie selfie dengan kereta yang ada dekat situ haritu . 

Dan yang paling terujaaaanyaaaaaaa!!

Aku siap posing sakan dalam kereta Lamborghini (takjumpa pulak mana gambarnya) milik owner Bianco Mimosa ni ; Dato Dr Najmil Faiz & Dato Ida Suraya . Hahahah sakan ehh main belasah masuk kereta orang ambik gambar. Biadap ke tak biadap? kakakaka . Maafkan saiya dato!





Ni semua Aryl punya perangai lah . Mula mula takat ambik gambar letak name card dekat body kereta tu , pastu posing depan kereta, last last dia bantai masuk sekali dalam kereta tu .. duduk dekat driver seat . Sakan ambik gambar acah pegang stereng . Kemain kau eh! haha . Dato tu perhati je dari jauh haha . Sorry dato tau , kitorang ambik feel je dulu macam mana rasa duduk dekat seat tu . Nak ada seketol macam 80 tahun lagi je ekekeke .






Kualiti setanding jenama antarabangsa


Okay berbalik kepada koleksi terbaru Mimosa Men, aku rasa berpuas hati dengan material dan kemasan baju baju tu . Memang dijahit rapi, sangat berkualiti . Kalau baju polo tu pulak memang sama level dengan Ralph Lauren , Fred Perry dan Lacoste dah . Kalau tshirt biasa tu pulak , dah sama level dengan Ed Hardy . Power kan? Siapa sangka jenama local Malaysia mampu hasilkan produk berkualiti camni . Ko mampu?? haha .


Malangnya masa hari launching tu aku takde cash, jadi terlepas lah pulak ada promosi 20% untuk pembelian pada haritu . Tapi takpela, kang aku beli dekat Zalora je lah senang . Sambil tu boleh lah survey survey dulu mana yang cun . Tapi aku dok aim dekat baju Polo tu haa . Macam elokkk je kalau Ayah & Hilmi pakai . Rasanya mana mana lelaki pakai baju ni pun confirm nampak kacak bergaya segak handsome gilosss ekekeke .

Dato Dr Najmil Faiz & Dato Ida Suraya
Pengasas jenama Bianco Mimosa

Sekali lagi, tahniah Dato atas kejayaan melancarkan koleksi terbaru Mimosa Men ni . Dan saya doakan Dato terus berjaya dan mampu bawa nama Bianco Mimosa ni lebih tinggi dan lebih jauh , representing Malaysian brand :)









Related search : Bianco mimosa men, Bianco mimosa zalora, Zalora Bianco Mimosa, Bianco Mimosa Price, Bianco mimosa collection, Mimosa men quality, Mimosa Men review

2 comments

  1. wahhh! terbaek post ni... heheheeh... anyway mana ko dpt nama dato ni? aku cari punya cari tak jumpa. pastu apa kata kita link artikel kita antara satu sama lain. barulah power blog kita tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aku dpt dari kakdhia la, dia yg bagi. apadaaa haha .
      boleh jee. cepat link kann

      Delete

On My Instagram