Jumpa Kak Ani lagi! | Majlis Pelancaran Single Wangikanlah Hatimu @ L'Clasico Restaurant

Tuesday, February 28, 2017


Hello!

Lepas je pergi tengok konsert final 3 Juara haritu, dan dengar preview lagu "Wangikanlah Hatimu" , kat mulut dengan otak ni asyik dok menyanyi je lagu tu . Pakej sekali tangan tangan sekali goyang goyang ala makyong .

Apeeee niii

Aku takleh lah dengar dengar lagu camni. Tak semena mena jadi addicted tau. Tetiba ...


saka tarian tradisional aku terkeluar balik hahhaha. Eh rindu lah pulak zaman zaman menari zapin, menari tarian piring, menari lagi Walinong Sari, Putri Santubong Puteri Sejinjang penjaga gunung negeri sarawak manis sik adaaaaaa eh ternyanyi pulak . Ha nampak tak saka tu keluar? :p

Ni tak habis habis ,

"Wangikanlah hatiiiiiiii~~iiiiii"
"Wangikanlah hatiiiii~ iiiiii~iiiiii"

Pastu sambungggg ,

MENGAPA MEREKA YANG MENGAKU SUCIIII
SERING LUPA MENCERMIN DIRI SENDIRIIIIII ~ Ewahh!



Elok pulak kak Ani dengan Tyka menyanyi perform haritu masa launching single dekat L'Clasico Publika , aku yang kat belakang ni tengah control diri tak bagi nampak beria sangat . Dah la pakai jubah . Kang menari tetiba kat situ, tak ke buang tebiat namanya . Aku memang ada teringin nak jadi femes, but please ... no cheap publicity ekekeke .

Aku mampu nyanyi slow slow dan terkumat kamit je. Tak mampu takat nak nyanyi dalam hati . Rasa nak pergi depan menari dan menyanyi sekali pun ada hahahah .

Untuk biodata ringkas Noraniza Idris dan Tyka 3 Juara , boleh baca dekat entry yang ni :


Elemen dikir barat, siam dan sunda dalam Wangikanlah Hatimu

wangikanlah hatimu noraniza idris tyka 3 juara

Kalau korang nak tahu , single terbaru yang diterbitkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd ini berkonsepkan Pop Etnik dan Tradisional serta menggabungkan elemen nyanyian Dikir Barat dan Siam serta Sunda. Boleh dengar sendiri dan perasan nanti elemen ni semua digabungkan dalam satu lagu . Seronok je dengar sebab walaupun lagu ni menyampaikan nasihat, tapi dalam rentak yang rancak dan menggembirakan .

Bersempena dengan kemunculan semula Kak Ani bergandingan dengan Tyka, kempen #saveiramamalaysia pun turut dijalankan dalam usaha nak dapatkan sokongan dari pelbagai pihak dan lapisan masyarakat untuk sama sama membawa irama Malaysia ni ke tahap yang lebih power dan internasionallll . Sambil tu bolehla promosikan keunikan Malaysia ni juge , ye dak?

wangikanlah hatimu noraniza idris tyka 3 juara

Masa majlis pelancaran ni, ramaiiii sangat artis artis legend yang turut hadir. Aku yang duduk ni ternganga nganga tengok sorang sorang. Ada M. Nasir, ada Pak Ngah, ada DJ Dave,  Zed Zaidi , pastu dapat tengok juga Fedtri Yahya. Alahai semua depan mata. Nak tegur & bergambar tapi segan pulak ehehee . So sis mampu tengok dari jauh dan adore dalam hati je, gittew .

wangikanlah hatimu noraniza idris tyka 3 juara


L'Clasico Restaurant tawarkan pilihan menu sedap, suasana menarik

wangikanlah hatimu noraniza idris tyka 3 juara

wangikanlah hatimu noraniza idris tyka 3 juara

Majlis ini diadakan di L'Clasico Publika. Nak cari restoran ni senang jerr. Cari je Publika, ianya sederet dengan Papa Rich. Bagi pandangan iols sendiri, restorang ni memang helokk dan sesuai sangat untuk bersantai, nak bersembang , ataupun nak buat majlis keraian secara kecil kecilan . Aku sukakan konsep restoran ni yang nampak cosy dan mood ala ala romantik disebabkan lighting yang malap tu . Kalau nak celebrate birthday ke apa, ha nak recommend datang sini lah k?

wangikanlah hatimu noraniza idris tyka 3 juara
Bahagian dalam restoran L'Clasico

Dari segi makanan tu aku tak boleh nak komen keseluruhan sebab tak sempat nak rasa satu persatu menu yang ada dekat L'Clasico ni. Tapi, masa majlis pelancaran tu, jemputan di sajikan dengan spageti aglio olio, sandwiches dan  beberapa lagi menu menarik yang aku taktahu nama hahaha . Tapi , mengikut tekak dan citarasa aku , dengan yakin nya aku nak bagitahu , makanan yang disediakan L'Clasico ni semuanya sedapppp! . Dah, lagi satu bonus point untuk korang datang dan makan dekat sini hehe .

wangikanlah hatimu noraniza idris tyka 3 juara
Antara jemputan yang hadir



Mesej disampaikan dalam Wangikanlah Hatimu


Kalau dengar lirik "Wangikanlah Hatimu" ni bebetul, korang akan notice beberapa pesanan dan nasihat ringkas yang disampaikan dalam lagu ni termasuklah ; menyeru uols supaya  

  • Jangan selalu bersikap suka menunding jari dan suka melihat kejatuhan orang lain
  • Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri bermuafakat demi mencipta kejayaan bersama
  • Dunia hanyalah bersifat sementara dan segala yang kita ada hanya lah pinjaman
Ahgitchuuu , "deep" sungguh lirik dia ye. Power betul lirik hasil tulisan Fedtri Yahya ni . 

Hokeylah, jangan ketinggalan pulak dengar lagu "Wangikanlah Hatimu " ni . Tak silap, dekat Joox, Spotify semua dah ada. Download sekarang k? Pastu rajin rajin telefon radio Era ke, Hot Fm ke, Sinar ke... ce request mintak "Bang, saya nak request lagu Wangikanlah Hatimu , yang Noraniza Idris nyanyi tu..  Nak tujukan pada semua yang busuk hati, wangi wangikanlah hatimu weyy" hahaha :p
















Related search : Wangikanlah hatimu, wangikanlah hatimu lirik, lirik wangikanlah hatimu, biodata noraniza idris, noraniza idris dan tyka 3 juara, tyka 3 juara biodata

Post a Comment

On My Instagram