VR Lab Sunway | Alami keseronokan main video game 3D pada level yang lebih power

Monday, February 20, 2017


Hello!

Aku selalu bercita cita nak jadi seorang awek gamer . Maksudnya, seorang gadis yang wah kelihatan ayu berjubah tapi layan Dota . Tak ke kau rasa cool macam tu?

Nak disayangi suami atau pakwe, kenalah ada interest yang sama dengan diorang . 

Bola contohnya . Bila shuben (husband) melayan bola, dan korang juga ada minat yang sama . Boleh lah stay up all night tengok match dekat Mamak , pakai jersey together gether and post gambar dekat instagram dengan hashtag #relationshipgoal . muehehe . 

Dengar dengar, selain sukakan gadis yang minat bola, lelaki juga suka kalau gadis tu reti main game. yeke?


Kalau masa sekolah dulu, ada lah juga aku main Counter Strikes dengan Grand Theft Auto. Itupun sebab tergedik gedik nak ikut pakwe pergi cyber cafe. Demi menjadi makwe yang disayangi pakwe dan dijelesi rakan rakannya , aku pun gigih belajar main counter strikes juga. Sumpah rasa 'bad-ass' and cool gila diri ni masa tu wakakakaka .

Tapi tu dulu lahh ,  masa sekolah . Sekarang kalau main game candy crush pun hancuss gila . Automatik minat aku pun dah kearah benda lain, dan kalau adik aku ajak main Xbox pun, aku macam malas nak layan sebab pening kepala . Grafik dia gerak laju sangat dan mata aku letih nak catchup . Sudahnya, aku fed up dan malas main dah *campak controller* hahaha .




Haritu tetiba pulak Car car (Carina Yeoh) ajak pergi main VR dekat VR Lab Sunway. Aku dah macam ; 

"ALAAA MAIN GAMEE? MALASNYAAA"

Tapi setelah diselidik dan survey survey macam mana VR ni berfungsi, aku rasa macam eh tetiba eksaited pulak nak main .




Virtual Reality Game di VR Lab Sunway





Sebelum tu nak tanya korang . 

KORANG TAHU KE VR TU APEEEE?

VR = Virtual Reality .

Sama je macam main game, tapi lagi menarik dan lagi gempak!

Bayangkan lah , main game tapi feel tu seolah olah kau ada dalam game tu .

Kalau masuk game zombi, kau seolah olah tengah berperang dengan zombi
Kalau game boxing, kau seolah oleh memang bebetul tengah bertinju
Kalau game ski , kau memang siap rasa gayat lagi bila meluncur tu


POWER KAN?

Aku secara tak langsung , tetiba dan tak semena mena jadi seorang yang suka kan video game hahaha . Terus rasa macam  "wow ini aktiviti riadah dan dating yang sihat" hahaha . Daripada balik balik tengok wayang , balik balik main bowling , balik balik acah acah sweet main bola keranjang dekat game arcade, ada pekdahnya juga kau main VR ni .

Berpeluh peluh main VR ni


Nak tahu takkkk, 

Bila kau main VR ni , kau seolah olah memang tengah bebetul bersukan , berperang , bergaduh , berlari ....

Mekap aku sampai cair cair main VR ni.  Masa awal awal masuk VR ni, aku pelik kenapa bersusun kotak tisu kat tepi tepi ni . Brader tu cakap, untuk lap peluh . I was like "whatt, hello takkan main ni pepeluh kot?" dan aku tergelak gelak sinis haha kejinya aku .

But then, bila sendiri dah mula main VR tu, rasa nak curi mana mana alas meja dan lap je peluh aku . Berpeluh sakan , bertisu tisu ku korbankan untuk menekap peluh peluh victory aku masa melayan VR ni muehehehe .




Virtual Reality game ni ada dua accessories. Satu dia punya headset, dan satu lagi headphone. Headset punya setting dah macam cyclop punya spek , audio pulak gempak kedap dap dap main game memang feeling habis . Bila main game ni, memerlukan gerak badan masa bermain . Tapi kena kawal juga, sebab space limited. Kalau beria ria sangat macam aku , memang dinding dinding sekali aku langgar haha .

Multi Player game yang menyeronokkan


Dekat sini ada dibahagikan kepada beberapa bilik dan section . Kalau vip room tu boleh memuatkan 4 orang , dan double vip room boleh memuatkan 8 orang ... at a time. So, seronok lah kalau nak gather ramai ramai dan bersakan sakan main game dengan kawan atau keluarga dekat sini .


Pilihan game pulak ada banyak . Ada game horror, ada game sports .. macam macam lah . Even nak main multi player punya game pun ada, means contoh korang datang ber-empat, ha boleh compete 4 orang dalam satu game. Haritu melayan game multi player dengan Kak Dhia, Aril , Yazid, Lala & Afzal , memang kecoh gila. Dah la siap ada mic bagai . Boleh dengar suara member member lain masa tengah layan game tu walaupun masing masing dalam separate room. 

Ada juga satu bilik khas yang di panggil Mixed Reality room. Bilik tu ada green screen, jadi bila main game dalam tu, akan record yang seolah olah korang tengah masuk dalam game tu. Tak faham? Tengok video bawah ni .

A post shared by Malaysian Blogger (@frhdafri) on



Pejam celik tak perasan pun kitorang bersuka ria sakan main game dekat VR Lab Sunway ni selama 3 jam . Itu pun rasa tak cukup . Tapi waktu tu, aku dah letih .. kak dhia and yang lain lain dok main memanah la apa bagai . Aku sempat tidur kejap kat dalam bilik vip tu hahaha sebab selesa gilos . Nasib baik air liur basi tak terkeluar ekekeke .



Harga pun takdelah mahal


Aku rasa kan, bagi pendapat aku sendiri . Lagi helok lah layan main VR ni, at least boleh berpeluh peluh dan bergerak gerak sikit badan tu , pakej dengan adrenalin rush sekali . Baru lah namanya riadah . Daripada melayan game dekat laptop berjam jam , dah la menghadap screen laptop lelama berbahaya untuk mata , pulak tu badan keras kejung duduk dekat kerusi berjam jam pastu sakit pinggang . Kerusi pulak guna kerusi yang takde ciri ciri ergonomik . Hm , ayuh kita beralih ke VR kawan kawan . Lagipun harga mampu main dan berbaloi baloi . Lagi berbaloi bila korang sign up jadi member .


VIP Single Room
Member
Non - Member
Normal Hour (5PM-2AM) Per Hour
55
70
(Promotion)
35
50
Happy Hour (10AM - 5PM) Per Hour
50
55
(Promotion)
30
35



Cawangan VR Lab ni pun ada banyak . Tak terhad dekat Sunway je. So pergi lah kemana mana cawangan dorang yang berdekatan . Antaranya kat SS2 Petaling Jaya, SS15 Subang, Manjalara Kepong, Kota Damansara, Wangsa Maju dn Publika KL.

Kalau korang nak pergi, ajak lah aku sekali . Nak ikut! hahaha . But trust meh , sekali pergi .. rasa nak pergi lagi nak pergi lagi nak pergi lagi .

Dah , copy link entry ni dah sharekan pada shuben dan boifren korang . Ajak diorang dating dekat sini.  Baru lah diorang cakap  "wah sayang, yu layan game eh? Hebatnya sayang ai ni" gituuu . 









You can thank me later . Ihiks






Related search : Vr lab sunway, virtual reality game, virtual reality pj, virtual reality kl, virtual reality facebook, virtual reality games, virtual reality sunway, vr lab sunway, vr lab pj, vr lab selangor




Post a Comment

On My Instagram