Doublekan Lemak : Makan makan di Mr Dakgalbi

Thursday, August 18, 2016



Bertemu lagi dalam segmen "Moh double kan lemak !" .  Siap ada segmen lagi kau , mampu? hewhew . Segmen ini tidak lain tidak bukan melainkan untuk share share dengan korang tempat mana yang power untuk proses pen-double-an lemak disamping berbaloi untuk perhabis kan duit korang dengan menyumbang makanan sodap disalurkan ke perut kome semua . ahaks!

Untuk tengok post post lain dalam segmen yang sama , KLIK sini :



Mr. Dakgalbi ; apa benda ni?




Ekceli , ni dah kali ketiga dah aku makan Mr. Dakgalbi ni . Kalau dah katanya makan 3 kali , maksudnya best lah kan . Ape kehalnya nak ulang datang kedai tu kalau tak sedap , ye tak? 


mr dakgalbi setia city mall

Yang pertama kali , makan dekat Tropicana City Mall . Kedua pulak dekat Setia Walk , Puchong dan yang terbaru ni .. dekat Setia City Mall pulak . Outlet Mr. Dakgalbi ni ada banyak . Bukan setakat dekat 3 tempat ni je . Tapi buat masa ni area KL dan Selangor je lah rasanya . Luar kawasan ni belum ada kot . 

Antara salah satu sebab aku suka makan Mr. Dakgalbi ni ialah , aku paling suka makan benda benda yang dia masak depan aku hahaha . Pendek kata, aku suka kedai makan yang ada presentation . Macam teppanyaki , steamboat dan BBQ . Memang suka . Suka main pondok pondok , suka menghadap asap hahaha . Sebab aku rasa , tu sesuatu yang fun . Rasa macam masa bersama dengan kawan kawan atau family , time makan tu lagi bermakna dan seronok . Boleh main katuk katuk kepala guna senduk ke , acah acah renjis minyak ke , bergurau gurau berebut sotong ke . Tak ke sweet gitu ? ihiks .

Mr. Dakgalbi ni merupakan restoran berkonsepkan masakan korea . Dakgalbi tu sendiri ialah nama bagi masakan ayam yang di perap . Ala macam ayam masak merah , ayam masak kicap .. yang ni , ayam masak dakgalbi .  gituu .

mr dakgalbi setia city mall



Ada banyak set yang ditawarkan . Sama ada nak makan set dakgalbi (Ayam sahaja) , atau nak pilih set sotong ke, set seafood ke, set daging ke...  macam macam ada . Bergantung pada preference korang lah nak macam mana . Pendek kata , kalau ada yang tak makans seafood, boleh ambik ayam . Kalau tak makan ayam , boleh ambik daging . Kalau semua ni ko tak makan ,  ko takyah datang lah dik hahaha .

Mr.Dakgalbi ni halal tau , ada sijil halal juga . Memang sijil tu ada dipamerkan di depan kedai diorang . So, bolehlah makan tanpa was was . Yay!

Kalau korang nak sangat makan dekat sini , aku cadangkan korang datang lah sekurang kurangnya berdua . Sebab portion yang disediakan tu memang agak besar.  Aku kalau makan dengan Wani pun memang buncit buncit kekenyangan . Puas hati! Lagi lagi kalau order sekali cheese ring . Perghhh lagilah kenyangggggggg penuhh perut!

Okay, kalau first time lah kan korang datang , aku suggestkan korang ambil set dakgalbi satu , lepastu tambah lah nasi atau ramen sekali . Sebab kalau tak , ko makan lauk je lah . Bila dah tambah nasi atau ramen , rasa lengkap sikit nak makan tu .




set dakgalbi + nasi/ramen + cheese


Setiap set dakgalbi tu datang sekali dengan side dish korean style , dan daun salad . Side dish tu termasuklah coleslaw , lobak putih , seaweed/ tofu soup dan kimchi . Dia takde termasuk air atau nasi or ramen . So korang kenalah tambah sendiri . Tapi aku selalu order air kosong je . Nanti dia bagi air kosong satu jug terus .





Kalau korang penggilaa cheese, macam aku ... bolehlah order sekali diorang punya cheese ring . Wuuuu sedapp gila bila makan dakgalbi ni dengan cheese ring . Memang tangkap leleh weh! Tapi kalau dah order cheese ring ni , makan lah dengan berhemah dan slow slow . Jangan sulam dengan air pulak . Kalau tak , dua tiga suap dah kenyang . Cheese tu memang sedap, meleleh je dekat keliling tuu . Campuran mozarella, cheddar dan parmesan . Adehh sebut sebut nama cheese pun aku dah lapar dah ni .

1
Cheese ring dekat keliling! *drool*!!

Dekat Mr. Dakgalbi ni ada jugak set fried rice tapi aku tak pernah pulak order . Masa kali pertama tu aku order set Mr. Dakgalbi biasa je , kali kedua order chicken bulgogi dan yang latest ni order set octopus pulak .


Octopus dia besar besar gak . Puas hati lah . Takdelah kecik kecik sangkut celah gigi je . Memang puas hati !

Aku order yang set ni . pastu add on ramen dan cheese

Range harga : Untuk makan 1-2 orang , range dalam RM40+, tapi below RM50. itupun kalau kau makan sama macam yang aku makan ni . Maksudnya, ambil set dakgalbi biasa ,  air kosong , dan ramen . Kalau tambah cheese ring mungkin dalam RM50+ . Sebab cheese ring je dah RM17 ekekekeke .

Ni yang dah set sekali ramen / nasi dan cheese




Set dakgalbi : RM20+
Ramen : RM7/each
Cheese : RM7/each (cheese sikit je satu pinggan tapi ngam untuk satu hidangan)
Cheese ring : RM17 (cheese banyakkk , keliling kuali)
Air kosong : ala tak perasan pulak berapa RM.

Review 

  • Cleanliness/ Environment :  Selesa sebab dalam mall . Ventilation pun okay . Walaupun dia masak masak depan kita, tak de rasa lemas dalam asap ke apa . Suasana kedai pun selesa ,  tak sempit . So selesa la nak makan ramai ramai dengan kawan atau nak berbual 

  • Service : Servis laju dan teratur . Tak perlu tunggu lama untuk order. Lepas order, taklama lepastu pekerja dia akan bawakan kuali yang dah siap ada bahan bahan . Lepastu, diorang yang akan masakkan dan kacau kacau sampai benda tu masak 

  • Makanan : Sedap dan cukup rasa . Tak masin sangat, tak masam sangat, tak  manis sangat . Rasanya semua orang pun boleh makan . 
  • Overview  : Overall, memang sedap dan aku secara personal memang suka makan dekat sini . cuma bila pada waktu waktu berduit je kahkah . Bila makan berdua boleh lah share duit kan , so jimat lah sikit . Aku pernah pergi makan dengan Hilmi , tapi dia bebel cakap makan kobis dengan tauge dengan ayam jee takkan sampai RM50 hahaha . Tapi aku puas hati sebab portion besar, lagipun ayam dia bukan sikit sikit . Memang banyak . Dan kobis dia takdelah rasa macam kobis masak air haha . Sedap, serious sedap .

  • Repurchase/Revisit : Ofcos . Ni tempat feveret ittew . Hahaha 

Sekiranya korang tercari cari spot makan yang best , boleh lah cuba Mr. Dakgalbi ni . Harap harapnya lah korang pun suka ,  as much as i do . 

Thanks for reading kawan kawan . Bai!


mr dakgalbi sedap, mr dakgalbi halal, halal ke mr dakgalbi,sijil halal mr dakgalbi, mr dakgalbi setia city mall, mr dakgalbi puchong, mr dakgalbi tropicana city mall, mr dakgalbi harga, harga mr dakgalbi, cara makan mr dakgalbi, mr dakgalbi menu, menu mr dakgalbi, mr dakgalbi tak halal, mr dakgalbi ayam, mr dakgalbi malaysia, masakan korea, restoran makanan korea, makanan korea KL, makanan korea selangor, mr dakgalbi selangor, korean food malaysia, halal korean food, halal korean, halal dakgalbi

12 comments

  1. Macam terliur la pulak tengok. Berbaloi2 pulak tu dengan harga. Ni kalau makan kena makesure perut kosong arr sebelum tu gamaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapp! mmg fav faa. ni tgk balik post ni, rasa nak gi esok je haha

      Delete
  2. Replies
    1. pehh serious best. cubalah awak :D makan tak korea korea cmni? hehe

      Delete
  3. Replies
    1. sodappp! tpi boleh pergi bile poket penuh je haha

      Delete
  4. baru try hari tu,,kimchi dgn lobak dia sedapp,boleh la masuk tekak first time try..tp syg tak try ramen dia hari tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramen boleh add on kalau nak. if makan lauk2 dia pon dah sedap dh hee. best kan? smlm bru je g makan lg :p

      Delete
  5. Tekak Korea sungguh minah sorang ni.. sedap sgt ker? kat Melaka ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kpop sangat tekak kakfaa ni mummy :p melaka xde lgi la. kang ada kite ber-kpop sesama k

      Delete
  6. salam just untuk makluman, mr dakgalbi takde halal jakim ye. just "pork free" (diorang ada maklumkan dkt official fb Mr. Dakgalbi) mungkin sijil halal yang u tgk tu utk AYAM SEMBELIHAN, bukan utk restoran.

    ReplyDelete

On My Instagram