Doublekan Lemak : Olive Musicafe - Cafe Muzik Unik di Johor Bahru

Tuesday, January 19, 2016

Cafe Review : Olive Musicafe - Cafe Muzik Unik di Johor Bahru | Salam. Untuk naikkan 'mood' customer yang datang makan dekat sesebuah restoran, kebiasaanya muzik akan di mainkan . Kalau cafe hipster, pasang lagu omputih, kalau warung warung pasang lagu dangdut, kalau dekat hotel pulak ada muzik ala ala instrumental gitu. Mana mana genre lagu yang dipasang masa aku makan, aku tak kisah. Tapi aku cukup tension kalau restoran yang ada sediakan set karaoke yang bukan setakat sound system nya tak sedap, di tambah pula ramai yang suara 'ke laut' sibuk nak 'conquer' mic dan non stop menyanyi. Kalau suara sedap, kau nak menyanyi sampai tertelan mic pun takpe. Dah tahu tak sedap (mungkin dia taktahu suara dia tak sedap) , tetap syok sendiri menyanyi dekat depan. Satu lagu je takpela, ni sampai 5-6 lagu. Perghhh! buat sakit kepala and matikan mood nak makan je .

Macam mana pulak kalau ada live band yang menyanyi dekat depan? Haa itu aku suka , tapi dengan syarat tak menyanyi lagu yang terlalu nyaring atau bising. Biarlah nak pilih lagu tu, pilih yang buatkan customer rileks dan genre slow slow je. Kita datang nak makan bukan nak tengok konsert kan?


*****
Olive Musicafe

Di johor bahru ada satu cafe ni berkonsepkan 'music cafe', baru je aku dan family dinner kat situ 2 hari lepas. Nama kafe tu ialah "Olive Music Cafe". Kafe ni satu row je dengan BigFood dan Petals and Bake. Sebabkan kitorang selalu makan dekat Bigfood, jadi ter-perasan lah kewujudan Olive Music Cafe ni. Haritu ayah suggest untuk cuba makan dekat situ, excited bebenar gayanya sebab ayah memang suka live band macam tu. Kitorang pun layankan je, sebab ayah nak belanja hehe. Lagipun, nak juga cuba dan rasai pengalaman makan kat situ. Asyik makan dekat BigFood je kan, boring juga.




Menu dan makanan yang kafe ni 'offer' ada macam macam, 'western' food ada, 'italian food' ada, nak makan nasi goreng pun ada. Kira okaylah kalau datang ramai ramai kan. Dah ramai ramai tu mestilah tekak masing masing tak sama. Ada suka makan western, ada suka makan pasta pasta, ada suka makan straw, eh!



Dari segi harga pula aku rasa quite pricey juga, tapi kalau korang nak kan experience makan malam yang exclusive, sesuai lah . Untuk ada celebration birthday ke, ha sesuai. sebab nanti band yang menyanyi tu siap boleh nyanyikan lagu birthday. Korang request je nanti . Untuk dating dating dengan encik suami, puan bini also can . Bergantung pada kesesuaian poket korang lah. Tapi aku rasa okay jugalah sebab portion makan agak besar. Tak ada lah makan seciput tapi harga mahal, macam dekat sesetengah kafe hispter tu.


Unik 'table setting' , pakai alas ala ala piring hitam


Bab harga makanan, aku rasa boleh diterima lagi. Tapi dari segi pricing air, aku rasa agak mahal. Segelas jus tembikai menjangkau RM10. Haritu ayah dengan haikal je yang order air, kebetulan aku dengan mama memang selalu junjung botol air kemana mana makanya dah jimat disitu. Kalau air aneh aneh macam ice blended ke, smoothie ke yang memerlukan bahan bahan macam fresh cream bagai nak buat air dan harganya mahal, aku faham. Tapi setakat jus tembikai dah RM10 aku macam hmm hmm hmm jelah .


Tapi dari segi makanan okay, sedap dan portion besar. Not bad lah , aku order grilled chicken chop , mushroom gravy dia cukup rasa dan paling sedap mashed potato! Memang sedap. Lagi satu aku suka menu yang wani order, grilled salmon ke apa ntah. Portion salmon tu besar, dan mint sauce nya sedap. Okay, ni bagi thumbsup!


Grilled salmon with mint sauce (yeke menu ni? hehe)


Beef meatball and fries . ala ala ikea


Live band yang perform malam tu pun best, lagu lagu yang diorang bawa semuanya menenangkan dan seronok didengar. Halwa telinga orang kata. Tapi kalau korang datang nak borak borak, atau nak meeting ke, seeloknya pilih untuk duduk diluar. Sebab di bahagian dalam muzik agak kuat, jadi kalau nak berbincang ke apa, agak menggangu.


Overall aku berpuas hati (kecuali harga air) Puas hati juga dengan layanan staff diorang yang mesra, sengeh  je memanjang. Dan selalu datang meja, pastikan makanan semua dah sampai ke belum. Dan diorang siap mention lagi berapa anggaran masa sesuatu makanan yang diorder tu untuk siap. Senang lah kita nak buat keputusan nak order apa kan. Kalau dah lapar sangat, pilih menu yang cepat siap. Kalau rasa nak rilek rilek je, order yang ambil masa lama sikit untuk siap pun tak apa. Ayah order lasagna haritu, dan waiter tu bagitahu awal awal, lasagna ambil masa sekurangnya 25minit. Ha dah bagitahu awal awal tu, senang kita nak prepare diri mentally kan. Tak ada lah tertunggu tunggu makanan tak sampai  sampai dan rasa nak marah. Waiter semua nya okay, cuma front desk yang menunggu depan pintu tu muka macam kurang sinyumm itu adik (cakap serupa bangla haha) , maybe sebab kurang sihat ke apa kan? Takpe, next time sinyumm banyak banyak ya.




Tandas berkualiti, hidup berkualiti haha. bersih, saya suka!


Sekiranya korang berminat nak merasai pengalaman ber- 'music cafe' ni, bolehlah ke Olive Musicafe yang terletak di Taman Nong Chik, Johor Bahru. Boleh hubungi diorang untuk sebarang tempahan dan soalan .

Olive Musicafe

Alamat : No. 5-01 & 6-01, 
Jalan Kolam Ayer 1,
 Johor Bahru
Tel : 013-7790 320
Business Hour : Jumaat - Rabu (5pm - 12am)

Tutup setiap hari khamis.







4 comments

On My Instagram