Bab makanan pun ikut trend taw, bukan setakat fashion dan gadget je. Kalau sebelum ni trending makanan seperti durian crepe, susu lejen, pisang goreng cheese dan macam macam lagi , sekarang dah sampai musim Mee Tarik pula!
Mee tarik ke, mee tali ke , adalah benda yang sama . terms je berbeza. Sebelum ni yang aku tahu mee tarik cuma ada di Bangi dan Damansara , kedai Mi Tarik Warisan Asli ke apa nama dia? Pernah juga cuba , tapi rasa macam biasa biasa je . mungkin sebab tukang menarik mi nye tu pekerja bangla kot , haha . Lain macam pulak rasa dia :p
Tapi sekarang, istimewa untuk orang orang Melaka , boleh lah pergi merasa mi tarik yang betul betul ori . Memang ori dari negara china . Tuan penarik mee bersama sama dengan isteri dan anak anak semua sama sama menjalankan bisness ni. Ini baru betul warisan asli kan?
Restoran Keluarga Ali , terletak di KipMart Bachang, Melaka baru sahaja dibuka. Kalau daripada jalan besar lalu depan KipMart dah boleh nampak dah restoran ni serba hijau. Restoran ni baru sahaja dibuka, dan tak ada lah ramai sangat yang datang. Mungkin sebab tak ramai yang tahu restoran ni menyediakan Mi Tarik yang super sedap!Korang try dulu, lepastu ajak satu kampung datang hihi.
Meskipun interior tak hipster, tapi ini sesuatu yang hipster untuk korang cuba ( haha apa kaitan ? ) . Kalau dari depan kedai, korang boleh terconfuse ingatkan kedai mamak sebab susun atur kedai dari luar, nampak macam kedai mamak pula. Tapi bila baca betul betul, rupanya Chinese Muslim Restaurant.
Kepakaran restoran ni memang dalam menyediakan Mi Tarik . Kat menu tulis mi tali , ha gasak lah mana mana pun . Turut terdapat beberapa pilihan jenis masakan , ikut pilihan korang nak mi korang dimasak dalam style yang macam mana , goreng ke , sup ke. Tapi aku lagi prefer masakan sup. Lagi ummph!
Aku order Mi Sup Cendawan Lembu. Sedap! Memang kena dengan tekak aku , sup & daging lembu tu blend in nicely. Cuma bau daging lembu tu agak kuat, siapa yang ada isu dengan bau lembu tak digalakkan order yang ni hehe . Daging pula memang sangat tender, lembut dan juicy. Tak adalah rasa kering atau seolah olah dah lama di rebus. Mi nya pula halus halus , dan chewy. Agak berbeza dengan apa yang aku rasa previously di kedai mi tarik warisan asli di Damansara. I prefer this one better. Ada juga sayuran sedap dalam sup termasuklah lobak putih! Sedapnya radish ada dalam masakan, memang betul betul chinese style cooking. Sambal yang dipadankan dengan sup juga sangat sangat mesra , dan menghasilkan rasa masam , manis , masin , pedas semua ada.
*makeupless face + tak sihat + jerebu + mi tarik sedap = perghhh!
Untuk harga semangkuk Mi Tarik pada harga RM6.00 memang sangat berbaloi. Kalau korang ada pergi jalan jalan ke Melaka, meh lah singgah sekejap di Restoran Keluarga Ali , Kipmart Bachang. Recommended!
p/s : Ini review tidak berbayar , memang aku personally recommend kedai ni . Aku seorang yang sangat sukakan chinese cooking dan sangat sangat particular dengan apa yang aku makan , oleh itu restoran ni berhak mendapatkan thumbsup sebanyak 5 kali :)
3 comments
waahhh boleh bawak femly datang sini.
ReplyDeleteXde pun kedai tu
ReplyDeleteMalang nya kedai tu dah tutup dah :(
Delete