Doublekan Lemak : Spot makan ayam penyet dan bebek sedap di Melaka!


Spot makan ayam penyet dan bebek sedap di Melaka!| Salam. Bebek atau dalam bahasa melayu nya orang kita panggil itik, ialah sejenis bintang berkaki dua, bestfriend dengan ayam jiran sebelah hehe . Aku memang tak pernah makan itik lagi, telur itik tu banyak kali lah , megi perisa itik pun selalu juga tapi itu kat mana rasa itik dia , aku pun tak pasti.

Adik aku pernah ada sejarah kelam bab bab makan itik ni. Dulu pernah lah kitorang beli kan dia Nasi itik , ala kira macam nasi ayam la cuma ganti dengan itik. Ha , beli dekat pasar malam je. Dia pun dah excited nak makan , sesampainya di rumah dengan gelojoh nya dia bersedia nak makan. Dia rasakan yang nasi dan itik tu rasa dia aneh aneh tapi dia layankan je sebab dia ingatkan itik memang rasa macam tu. Tak lama lepastu, makan pun dah nak habis sepinggan , Mama datang nak rasa. Sebelum mama nak rasa, baru je nak suap masuk dalam mulut mama dah peli "Eh ni dah tak elok ni" . Bau dah semacam , nasi pun dah lembik pelik pelik je. Adik aku dah kerjakan 3/4 pinggan hahaha. Terus dia stop makan dan automatik rasa tak sedap perut.Eleh mengada kau, kalau tak cakap nasi tu tak elok, kau balun 2 bungkus pun tak de hal , ceh .

Itu cerita 8-9 tahun lepas kot. Memang lama dah dia tak makan itik. Nak dijadikan cerita, terbaru ni kitorang tiba tiba rasa macam teringin nak makan nasi ayam penyet. Memang favourite spot nak makan ayam penyet pastinya di Melaka Sentral. Ada satu gerai kecil berdekatan dengan tempat teksi berkumpul. Ayat penyet yang 'tanter' ni buat emang sedap loh! Sambal dia pedas pedas manis, memang sedap lah . Sebelum ni kitorang suka makan dekat Restoran Lamongan , tapi makin lama makin meluat nak pergi sana sebab servis nya kurenggg . Pekerja perempuan yang rambut panjang panjang tak reti nak ikat, terkibai kibai. Dah lah ambil order macam nak cari gaduh , muka sikit tadaa senyum . Harga pulak mahal . Hmmph!

Alhamdulillah sekarang dah jumpa pengganti haha . Gigih lah drive jauh sikit kalau teringin ayam penyet masa lunch tu. Sanggup ku gagahi, tadahal! Asalkan perut kenyang, hati senang. Kan?Ok back to our story ye .

Aku tengok hari tu lain macam ramai pula orang datang makan dekat kedai makcik tu. Eh macam mana boleh ramai ni? Aku belum update dekat blog lagi hahaha . Ni lepas update ni makin femes lah eh kedai makcik ni :P . Alaa mesti nanti ayam tak cukup

Disebabkan orang ramai, makanya seperti yang disangka sangka , "Ayam penyet nya udah habis dik" Aiseh! hancur luluh hati, dah la air liur ni terkeluar keluar dah masa dalam kereta, terbayangkan ayam penyet masa tengah lapar. Nak order bakso tapi rasa macam nak makan nasi juga. Sekali terpandang pada menu ada tulis Nasi Bebek.

"Nasi bebeknya ada?"
"Iya masih ada"
"Nasi bebeknya sama kyk ayam penyet?"
"Iya sama aja, beda nya cuma pake bebek aja"
"Ok bu, di kasi nasi bebeknya dua ya. "

Wahh speaking indonesia gitu ye *flip tudung* . Haha kalau ke jakarta aku cakap indonesian punya bahasa, terlancar pula tiba tiba. Tak sia sia melayan sinetron 378 episod dekat TV3 hahaha . Mengigih aku praktikkan dekat makcik ayam penyet ni juga :p


Bebek ni rasanya lebih kurang je macam ayam, cuma bezanya dia lagi liat dan agak masin sikit. Tapi bagi aku, sedap! Itik tu dah masin, sambal pula manis manis ala ala sedapnya! Hmm lapar lah pulak, dah la aku dekat Johor ni . Alahai ..

Tak apa balik Melaka nanti terus nak peluk cium rindu dengan makcik tu haha, bagi aku ayam penyet dan nasi bebek dia memang terbaik (thumbsup) . Bakso dia pun sedap taw, meatball dia bagi semuanya besar besar memang puas hati makan . Harga pula berpatutan, memang berbaloi. Sebab sekali dia bagi nasi hambik kau penuh sepinggan!


Okay korang, kalau teringin nak cuba boleh lah ke Melaka Sentral. Pergi bahagian teksi parking parking, kedai nya di sebelah kanan . Gerai nombor dua dari kiri . Selamat berbebek hahaa .

Nasi Ayam penyet - RM5.50
Bakso - RM5.00
Nasi Bebek - RM9.00

1 comment

FOLLOWERS