Dubuyo atau sebelum ni lebih dikenali sebagai Dubu-dubu terletak di IOI City Mall,Putrajaya . Tak pasti lah kalau ada cawangan dekat tempat lain , tapi biasanya kalau nak pelahap makanan acah korean sikit memang akan ke sini je.
Selalu sangat melayan cite korea, kejap kejap ada scene makan topokki , sat sat makan ramyun , sat sat makan bibimbap . Aih! takleh jadi ni. IOI City Mall dengan melaka bukannya dekat , Mengada sangat nak melayan tekak ko ni Farah haha .
Kebetulan hari sabtu haritu berjalan jalan sakan dengan lagi 3 orang kawan , berpusing pusing KL , terus tarik diorang ni pi makan kat situ . Senang je nak cucuk dorang ni , sebab semua K-POPers haha "Wehh jom pi makan topokki weh, dapnyaa" . kurang dari 1 saat respond mereka ; "weh jom nak nak" " nak ramen nak ramen" dan pelbagai reaksi lagi, riuh satu kereta semua jakun nak makan makanan korea haha :p
Wajah wajah "mana makanan tak sampai lagi ni"
Rasa makanan makanan korea ni aku tak reti nak kata sedap ke tak , sebab Korea pun aku tak pernah pergi lagi , jadinya tak pandai nak compare menda alah tu sedap ke tak. Cuma yang boleh aku simpulkan dari segi masakan korea ialah semuanya agak masin! haha . sup seaweed masin , daging masin .. sakit otak makan kalau yang kemain masin tu. Kalau topokki manis sikit.
topokki (spicy rice cake) kenyal kenyal yang aneh, tapi manis dan pedas
Ramyun / Ramen / Megi la senang cakap .Kuah seafood, sedap ada udang , lala etc
Aku tak ingat ni amenda , tapi ada banyak daging
Nak makan masakan dari negara luar ni kena lah makan dengan hati terbuka sikit. Sapa yang spesis tak leh nak telan makanan tak berunsurkan 'melayu' sikit rasanya tak boleh gi kot. Haha , nasib baik budak budak ni semua jenis telan semua benda. Tak ada lah membazir datang jauh jauh makan ni .
Ha menda alah ni satu set , masin weh .
Kali ni aku order set Korean Spicy wings, sedap ayam dia manis manis pedas . Okaylah dapat 6 keping kepak , yang ni RM23.90 kalau tak silap , satu set . Set set makanan kat sini tak termasuk air. Air paling murah ais kosong , RM0.80 . Standard yang lain ada air ice lemon tea, ice peach tea blablabla RM8 secawan , cis mahai ! Nasib lah aku spesis suka junjung botol air pergi mana mana je, jimat duit tak payah order air. Kachingg!
Korean spicy wings set
Senarai harga air yang 'k , nak pi tesco beli air sat'
Tak ada ke restoran korean camni kat Melaka? Kalau ada hari hari aku pi (eceh yela tu, banyak duit ko?)
Post a Comment