CAFE REVIEW : Zang Toi Cafe, Freeport Afamosa Outlet Melaka - Sedap ke?| Assalamualaikum. Korang pernah dengar nama Zang Toi? Kalau tak pernah tu maksudnya korang tak cukup fashionista ler tu . Tapi jangan risau aku pun tak tahu awal awal haha . Setelah di caci maki oleh mak tiri , Kak Zura ; terus aku insaf dan membuat sedikit kajian. Sobs
Zang Toi ni sebenarnya designer dari Malaysia taw, orang kelate lagi okay! Banyak koleksi yang dia reka femes femes dekat New York sana tu . Cumanya dekat Malaysia ni kurang kita kenal sebab orang Malaysia ni kan kalut dengan brand yang ada kat pavi tu je. Apa ada dekat pavi tu je dijakunkan haha . Aku merujuk kepada diri sendiri yang tak ikut trend fashion dan selesa pakai baju bundle ahaks! Nampak brand Coach pun dah gelupur , sekali pergi KLCC tengok price tag Gucci , Lv yang 5x ganda harga coach terus senyap. Tu belum tengok price tag Hermes lagi tu , menangis kau kira daun .
Menariknya Zang Toi ni siap ada cafe taw. Fakta menarik yang keduanya , makanan dekat cafe diorang semuanya sedap bikin histeria! Aku berpeluang untuk merasa semua best seller menu dekat Zang Toi Cafe ni hari jumaat lepas. Hampir terkeluar juga perangai terlebih hyper masa makan kat situ, ala ala sugar rush gitu haa sebab mak aih apasal sedap sangat?
Biasanya aku food review memang aku cakap benda ni sedap, benda ni tak sedap. Tapi untuk kali ni aku mati akal taktahu nak cakap apa yang tak sedap hahaha . Ini bukan entry bodek . Tapi kenyataan keseluruhannya, percayalah.
Outlet kafe Zang Toi ni ada di Freeport A'Famosa Melaka , dan Pavilion juga. Boleh lah korang kemana mana outlet berdekatan untuk merasa ya. Budak budak UniKL Micet dah boleh jadi spot lepak makan lunch kat sini , dekat pun dekat lagipun aku tengok gaya junior aku ni kaya kaya belaka, kereta pun nak honda je semua . Akak nak bayar kereta bulan bulan berpeluh ketiak. Huntong kau dik. Eh ter-emosi pulak.
Menu yang ada dekat kafe ni tak limit untuk masakan barat je, masakan melayu pun ada contohnya nasi lemak . Sedap pun sedap. Portion besar sesuai dengan harga.
Nasi lemak special yang ada di Zang Toi
Yang paling korang perlu igau igaukan ialah pilihan kek diorang. 'Bapak sedap' is the perfect word hahaha . Melampau
Paling aku suka 'Panda Coconut Cheese Cake' turut terselit pisang. Sedap dia tak dapat disangkal, lebih lebih lagi bagi aku si penggila cheese cake. Gabungan cheese, pisang, pandan dan kelapa alahai indah!
Ada juga 'kek coklat igauan qalbu' serta 'lemon cake kekasihku seru' haha suka hati je bagi nama. Tapi aku tetap paling suka cheese cake tu.
'kek coklat igauan qalbu'
'lemon cake kekasihku seru'
Another favourite, hah yang ni. Yang meskipun kelihatan aneh tapi 'maveles!' . Dua sosej bersaiz jumbo diapit dengan roti yang di- season dengan cheese parmesan, bahagian bawah pula ada smoked sliced chicken, serta dibanjiri dengan lambakan cheese mozarella yang ooweyy cheewyyy . Sendiri tulis sendiri terliur . Ahaks!
Kitorang disajikan dengan air yang unik. Aku tak pasti nak describe air ni rasa apa tapi aku boleh cakap air untuk orang nak sihat hehe. Dia ala ala air detox lah, ada rasa mint, ada rasa oren oren, rasa limau semua bermain main dengan deria rasa aku , ewah.
Range harga pula lebih kurang macam cafe hipster selalu aku pergi, Tapi kafe kafe tu semua mahal sesaja je, makan tak sedap pun. Untuk makanan dekat kafe Zang Toi ni memang orang kata 'value for money' . Range untuk satu hidangan dalam RM15-RM32, tengok lah juga amenda kau makan. Kalau dah order rib ke steak aneh aneh mesti lah mahal sikit kan. Tapi mostly hidangan semuanya berharga dalam RM15-RM20 . Bagi aku berbaloi, bayar untuk makanan sedap. Ala pusing pusing harga dia macam SR juga, okay what? Ni masak terus. SR tu mengelat dah siap ada yang frozen & rencah rencah, tinggal nak panaskan je haha .
Untuk kek yang terlajak sedap tu pula semuanya RM10 per slice. Setiap satu potong tu bukan potong kedekut kedekut ye, potong tebal dan besar. Memang satu pinggah besar tu size dia. Haa makan dua orang pun tak berebut taw.
Korang serius kena cuba makan dekat sini, sebab aku punya recommendation bukan lah yang cikai cikai ye haha. Tekak aku ni spesis mengada , kalau aku cakap sedap, haa sedap lah tuu :D
Bersama manager , Encik Amir
Aku sambil menulis ni sambil belum makan lagi. Nafsu ni meronta ronta nak makan kek pandan cheese tu. Aish! *jeling wallet*
*ulang tayang haha*
K lah, nak cuba tenangkan diri jap. Silap silap kejap lagi start kereta pergi Freeport Afamosa Outlet karang, semata mata nak pergi Zang Toi makan kek. Hihi Bai!
zang toi cafe melaka,cafe zang toi melaka,kafe zang toi melaka,harga makanan zang toi ,harga cafe zang toi,harga kek zang toi,harga makanan di kafe zang toi,zang toi cake,kek zang toi,zang toi freeport afamosa outlet, afamosa freeport, makanan di afamosa freeport,freeport afamosa outlet makan
17 comments
Alahai terliuq tgk makanan semua, kek coklat tu menggoda sunggug
ReplyDeleteKek coklat tu mmg sedap kak. Memang terliur liur kalau teringat balik hihi
Deletesedapnya.. makan tak hajak pun.. :D hehhee
ReplyDeleteHihi ehh x ajak eh? Siapa yang makan banyak hritu tu? Hehe
Deleteterliurrrr nya kitaaaa :(
ReplyDeleteAda rezeki pergi la sekali try makan kt sini. Best taw hehe
Deletewaaahhh tak pernah lepak afamosa outlet lagi... boleh bawak kawan dtg sini nnti..aaa sedapnyaaa
ReplyDeletePergi pergi please pergi. Best taw hehe
Deletetak sempat singgah pun hari tu..
ReplyDeletetmpt tu terlalu panas terik.. baby asyik meragam je.. tak selesa agaknya
btw, awk.. jemput join GA http://belogzeera.blogspot.my/2016/02/giveaway-sugarscarf-bg-zeeralily.html
Next time boleh pergi sini . Dalam tu ada aircond, selesa nak makan :)
Deletewahhhh gambar gambar die semua sedappp teringinnnyaaaa nak try ar nanti.. ^^
ReplyDeleteshawal datang singgah + follow sini... :)
jemput join GA shawal.. ^^
http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html
Bukan gambar je best, rasa pun sedap tawww :) insyaallah nanti saya singgah blog ya.
Deletenampak ekslosif n meletopp.mesti best2
ReplyDeletewau terpesona dengan makanan di zang toi kan? hehehe kenapa gmbr yg last tu tak rotate kan?
ReplyDeletesedap! rasa nak pergi lagi je. lama dah teringin tapi dah jauh dah
DeleteCantik superb gambar gambar farah shoot!
ReplyDeletehehe tq syu!
Delete