KFry Urban Korean dah buka di IOI Putrajaya : Menu, Price Range & Review



Dah lama dah teringin KFry ni. Nak nak pulak si Wanie asyik kecoh kecoh cerita pasal KFry ni best , cheese dia tarik melangit lah apelah . Tapi sebabkan sebelum ni outlet dia dekat JB je and aku pun jarang jarang balik JB , so takdela rezeki lagi nak try . Tapi gewd news gais! KFry sekarang dah ada dekat IOI Putrajaya dahhh . Good news for me. Good news for youu .

Haritu masa kitorang datang makan , baru hari kedua beroperasi . And jadi hari pertama dia open for public lah . A day before tu dia dah buka dah tapi untuk launching doa selamat ke apa aku taktahu lah tu haha .

Kitorang order ayam cheese cheese dengan Mango bingsu je.  Being typical cheapskate, masing masing order air kosong je walaupun air yang Barbican tertonggeng tu macam tempting jugak . (nanti korang tengok gambar dekat bawah ye)




Lagipun Wanie cakap portion dia besar and boleh makan 2-3 orang . So aku dengan Hilmi pun akur jela . Derhaka kang membazir . Plus kalau tak cukup , order jela lagi ye dak?

Pricing dia agak mahal jugak la bagi aku tapi memandangkan portion dia besar, berbaloi jela . So kalau makan 3 orang tu , boleh la share share duit . Tapi memang puas hati makan ni . SODAPPP!

Boleh tengok menu menu yang ada dekat KFry Urban Korean ni . So korang boleh mula menabung atau headcount siap siap senang nak prepare untuk bayar. Takdela nanti dah duduk , masing masing krik krik bila tengok harga hahaha . Nak keluar malu, nak order mahal :p (i've been there) Well, sekali sekala splurge sikit makan mahal untuk puaskan perut and hati , makan pulak ramai ramai dengan kawan kawan - best kot!

Menu Makanan Kfry Urban Korean


Ni yang kitorang order makan 3 orang tu. Tu pun kenyang gilaa. Kitorang order yang Krazy Spicy Cheesy tu











Menu Minuman Kfry Urban Korean

Fancy ice blended. Meriah ni. Seketul boleh share dua orang sebab banyakkk

 Ni ha teringin nak minum Barbican tonggeng ni tapi kedekut hahaha

Yang ni macam sparkling juice . No added alcohol yee


Menu Dessert Kfry Urban Korean

Ni lah Bingsu tu. Macam shaved ice. Portion besar gilo. Boleh sumbat muka dalam mangkuk dia haha




Masa awal awal order sampai , Krazy Spicy Cheesy chicken tu rupa dia macam ni ye . Lepastu staff kfry ni akan tolong cairkan cheese and gaulkan semua bagi sekata , dan balutkan ayam tu satu satu dengan cheese, jadi  macam ni




Yang Krazy Spicy Cheesy chicken tu memang pedas bagi aku . Tapi taklah sepedas Samyang tu. Belum level buat air mata meleleh tanpa disedari lagi. Tapi still pedas lah . Pedas yang buatkan rasa nak marah Hilmi bila dia conquer bingsu tu sorang sorang sampai habiskan ke titisan terakhir -.-"


Happy nampak?? 
Tapi takpe, sis redho. Kena lah beralah dengan suami ye dak? Baru lah ciri ciri bini mitalirapia haha . Memang tak nyesal order bingsu tu . Puas makan . Isi mangga nya pun banyak . Memang sedap lah cerita dia . Aku nak ulang ulang cakap sedap kang orang Terengganu , Kedah teringin lak . Meh datang Putrajaya meh . hehehe 





Overall, puas hati . Walaupun pricing not so wise tapi berbaloi untuk makan makan masa ada special ocassion ke apa . Yang penting, portion dia berbaloi dan besar .

















Related search : KFRY Urban Korean Batu pahat, KFRY Urban Korean jb, KFRY Urban Korean putrajaya, KFRY Urban Korean menu, KFRY Urban Korean halal, KFRY Urban Korean harga, KFRY Urban Korean sedap, KFRY Urban Korean cara order, KFRY Urban Korean price range, KFRY Urban Korean range harga, KFRY Urban Korean menu special, KFRY Urban Korean best ke





12 comments

  1. teringin jugak try kfry ni. huaaaa..nampak sedap!

    ReplyDelete
  2. bestnya semua menu kat situ..fuhh kena cuba jugak ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib wajib. try sekali mesti nak lg ecewah tpi mahal sikit la

      Delete
  3. Tengok minumannya tu memang mengancam jiwa...rasa naknpi sekarang juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. air barbican tonggeng tu cm best haha tapi mahal. so dtg sini asyk order air kosong je ekeke

      Delete
  4. nampak sedap lebih2 lagi letak cheese...i likeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa apa yg tambah cheese terus nampak tempting gila kan :D hehe

      Delete
  5. ohh. dah ada kat KL jugak yaa.. recommend KFry

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah ada dh kt putrajaya ni. sedap! tapi skrg duk damansara. kena g putajaya la kalau nak merasa

      Delete

FOLLOWERS