CAFE REVIEW : CATS CAFE, JOHOR


Rasa macam banyak sangat masa terluang padahal banyak kerja tak siap lagi ni . Procastinate orang kata . Esok punya esok punya 'esok jelah buat' ,  sampai sekarang krik krik . Cuti sekejap je ni pun tapi gunakan masa yang ada sebaiknya hehe . Kalau tak memang taktahu bila lagi nak berjalan memandangkan balik johor pun jarang ( aik macam busy sangat je duduk kat melaka teww :p )




Cats Cafe

Konsep

Okay this time kitorang berjalan ke Cats Cafe pula . Konsep cafe ni bertepatan dengan nama , memang fokus utama pada kucing . Bila masuk je memang boleh kita tengok banyak kucing yang dibiarkan bebas berlari , bermain dalam kawasan cafe. Yang menariknya kucing kucing ni semua well behave , tak ada lah buang air merata ke , atau panjat atas meja kacau orang makan. Elok je diorang berkeliaran dalam cafe tu . Jinak pun jinak , tak ada lah garang gigit orang bila kena kacau sikit . Kucing kucing dalam ni semua nya lincah , berlari sana sini , nak ambil gambar pun kena usaha kejar dorang hihi .

Aku sejujurnya tak ada lah minat kucing sangat tapi bila pergi Cats Cafe ni rasa selesa dan suka pula kucing . Kucing kucing peliharaan dalam cafe ni semuanya bersih , memang langsung tak ada bau yang kurang menyenangkan . Owner cafe ni ada bagitahu , sebelum cafe ni dibuka memang dorang dah bagi tempoh 1 bulan untuk kucing kucing ni adapt pada environment dalam cafe tu . Kucing kalau kita trained elok elok memang senang nak uruskan , kan?




Lokasi

Cats Cafe ni berlokasi di Jalan  Abdul Samad, Johor Bahru . Cafe ni bukan di deret bangunan kedai tapi sebaliknya didalam sebuah banglo khas yang diubahsuai dijadikan cafe. Masa pergi ni tengah cuti umum, memang ramai yang datang sampai terpaksa beratur diluar dan ambil nombor giliran . Nampaknya cafe ni dah semakin terkenal di JB.


Makanan

Pilihan menu di Cats Cafe tak banyak , mostly fokus pada makanan barat seperti chicken chop dan chicken salad. Turut terdapat pilihan untuk light snack kalau taknak makan berat , boleh lah order fries ataupun nachos cheese. Untuk air pula tersedia beberapa pilihan english tea , milkshake dan iceblended. Turut terdapat cold pressed juice .

Untuk range harga pula bagi makanan seperti chicken chop (RM20+) , fries dan nachos ( RM15+) dan untuk air pula seperti milkshake dan ice blended (RM14.90+) . For cold pressed juice, RM15.90.
Kalau nak kira kan memang agak pricey tapi kalau sekali sekala datang nak mencuba dan merasa boleh lah sebab rasanya pun quite okay dan portion agak sesuai dengan harga (walaupun it worth more than that)

Tapi waffle punya batter sedap! Alhamdulillah rasa berbaloi juga yang ni , served with ice cream dan portion besar. Well, aku memang particular bab keseimbangan harga aku bayar dengan apa yang aku dapat haha . Coconut milkshake pun sedap , rasa vanilla yang refreshing cuma rasa coconut tu tktahu mana hilang ihiks. Ada yang recommend nutella cheesecake dekat cafe ni tapi tadi tak berkesempatan nak order sebab taktahu pun kewujudan cake tu hehe .




So bagi peminat kucing boleh lah cari masa singgah sini sekali , boleh enjoy your foods sambil cuci mata tengok kucing comel gemuk montel berlari sana sini depan mata korang . Persekitaran yang selesa , staff yang friendly , lokasi yang mudah nak cari dan senang nak parking . Sesuai untuk family outing atau lepak lepak dengan kawan .



Cats Cafe Johor Bahru

31A Jalan Abdul Samad
Lorong 2C 80100 JB
Contact : 07-2070399
Email :info@catscafe.com.my







1 comment

FOLLOWERS