Doublekan Lemak : Nak sangat makan MyeongDong Topokki kan? Hamek!

Sunday, August 7, 2016

Hai korang! 

Semalam, tiba tiba rasa nak pergi jalan jalan dekat Sunway Putra Mall. Wanie lah yang paling excited sekali, sebab dulu dulu masa dia study dekat SESERI (Sekolah Seri Puteri) , mall tu lah tempat dia jalan kaki lepak makan eskrim . Tapi dulu mall tu nama dia lain , 'THE MALL' ke amenda tah. Dulu dulu memang hambar & tak best langsung. Layout bosan, kedai kedai yang ada pun bosan. Sejak sejak dah renovate & tukar ke Sunway Putra Mall, kitorang tak sempat pergi jenguk lagi. Bila semalam free, terus ajak Wanie pergi sana. Lagipun dari haritu lagi dia kepoh hantar screenshot satu instagram ni ; kafe jual topokki dekat Sunway Putra Mall tu. Kpop sangat tekak akak akak ni , mendambakan makanan korea sentiasa ekekekek .


Cafe/Restaurant : MyeongDong Topokki
Menu : Korean food & snacks
Location : Sunway Putra Mall, Level 4 (Selera Street)



Ekceli, Myeong dong topokki ni bukan ada dekat Sunway Putra Mall je. Dekat Sunway Pyramid, One Utama dengan Paradigm Mall pun ada jugak. Biasanya kalau teringin nak makan topokki, kitorang selalu pergi food court dekat IOI Mall Putrajaya je. Dekat situ sedappp . Dekat Dubuyo pun ada, tapi kitorang prefer yang dekat food court punya. So, saje jelah nak cuba yang dekat Myeong Dong Topokki ni. Manalah tahu lagi sedap ke kan?







Myeong Dong Topokki, Sunway Putra Mall



Dekat MyeongDong topokki ni menggunakan konsep layan diri. Setiap meja dah disediakan menu dah. So boleh duduk dan tenung menu tu selama yang kau suka. Bila rasa dah decide nak makan apa, boleh terus ke kaunter , order dan bayar. Nanti akan diberikan nombor untuk kita collect pula makanan tu bila dah siap .



Dari segi harga, aku rasa macam mahal juga lah . Sebab portion nya kecik . Aku order Cheese Robokki . Ramen + topokki + cheese . Uuuu bunyi macam dap dap je kan . Wanie pulak order Myeong Dong set. Dalam set tu ada topokki dengan mandu . Dia ni pantang sangat kalau nampak mandu. Padahal dumpling je pon hahaha .

Robokki Cheese - RM15++

MyeongDong topoki set + mandu - RM12++

Bagi aku, Myeong Dong topokki ni takdelah sedap sangat. Taktahu lah kalau kalau menu lain sedap pulak kan, tapi yang aku order ni - Cheese Robokki, tak sedap sangat. Biasa biasa je. Kuah ramen dia pulak sangat sangat pekat. Macam kuah mee rojak mamak , campur megi  , campur topokki , letak cheese sekeping dekat atas huhuhuhuhuuu .



antara pilihan makanan yang ada

Aku siap tuang air lagi dalam ramen tu nak bagi kuah tu cair sikit. Semalam makan pun tak habis. Terus paksa Hilmi dengan Wanie habiskan hahaha . Kalau topokki tu sendiri agak sedaplah . Kenyal & kuah dia just nice. Ramen yang tak sedap. Cuma kalau nak compare dengan topokki yang dekat food court IOI Mall tu, aku lagi prefer yang tu. Portion besar dan seasoning dia lagi shhheeedapppp !


Overall rating


Overall, mampu bagi 2/5 rating je sebabkan ramen yang mengecewakan hahaha . Mungkin sebab dah terbiasa makan ramen kuah cair cair. Bila datang dalam bentuk kuah pekat macam ni, tastebud iols terus memberontak hehehe. Mengada sangat!

Sekiranya korang geng geng kpop macam kitorang (hahahaha kpop lah sangat) , boleh lah cuba makan dekat sini. Baru lah kpop sejati hahaha walaupun makan tak berapa sedap ekekekeke .

Okay, till then. Nanti kita cerita pasal Mr. Dakgalbi pulak okay?
Thanks for reading awak. Bye!


myeongdong topokki malaysia, topokki malaysia, myeongdong topokki branch, myeongdong topokki location, myeongdong topokki kedai, myeongdong topokki halal, harga myeongdong topokki, sedap ke myeongdong topokki, rasa myeongdong topokki, myeongdong topokki sunway, myeongdong topokki  sunway pyramid, myeongdong topokki sunway putra mall, myeongdong topokki paradigm mall, myeongdong topokki one utama,

7 comments

  1. baru ingat nak try makan sini,,kena decide balik cenggini haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mybe depend kt tekak memasing kot. as for me, takdelah sedap sgt. biasa biasa je hee

      Delete
  2. Cube try makan nasi dengan chicken bulgogi dia. Sedappppppp

    ReplyDelete
  3. Yang you order tu, robboki, dia memang kuah pekat camtu, kalau order ramen biasa, kuah dia cam style kita masak megi. Robboki is basically mee ramen tu, di tambah dalam toppoki. Sbb tu kuah dia pekat.

    ReplyDelete
  4. so far tgk web dan kat menu tiada halal. kalau yakin ok. kakau was was benda jgn.

    ReplyDelete

On My Instagram