CAFE REVIEW : PETALS AND BAKES , JOHOR



Sekarang ni memang ada banyak lambakan cafe cafe berkonsep lagi lagi dekat JB . Memang tak habis jalan lagi semua cafe yang ada dekat JB ni. Lepasni boleh lah sediakan satu category khas untuk cafe review je hehe senang korang korang boleh refer bila ada jalan jalan ke JB kan?

Dekat Melaka pun ada banyak tapi mostly owned by chinese . Jadi macam ragu ragu pulak nak pergi walaupun stated no pork no lard tapi waswas tu masih ada . Kalau dekat JB pulak aku notice ada banyak cafe 'hipsturr' macam ni dimiliki oleh orang melayu kita. Nak singgah pun rasa yakin lah sikit kan .




Petals and Bakes

Cafe Petals and Bakes ni berlokasi di Taman Nong Chik , Johor Bahru. Kalau nak suruh aku describe dia punya location aku tak reti sangat sebab walaupun duduk JB, aku still tak familiar dengan jalan jalan dekat sini. Tapi biasanya kalau sebut Nong Chik dekat orang jb rasanya ramai yang tahu . Berdekatan dengan Hotel Thistle dan Hutan Bandar.

Cafe Petals and Bakes ni bersebelahan dengan Restoran BigFood. Kedua dua kedai ni pemilik dia orang yang sama sebab both nama Petals and Bakes dan BigFood ada dalam satu signboard dan  menu makanan yang ada di BigFood turut disertakan dalam menu di Petals and Bakes.


Petals and bakes , bersebelahan BigFood


Kawasan makan dibahagian luar




Konsep

Cafe petals and bakes lebih fokus kepada hidangan ringan untuk minum minum petang je . Mostly serving desserts , coffee , tea & cakes . Dari segi interior memang comel , nak kata konsep macam mana tu aku tak reti lah pulak nak describe . Tapi kalau tengok dari gambar ni korang boleh agaklah yang cafe ni menggunakan concept minimalist dan menggunakan warna warna pastel untuk hiasan dalaman. Kalau datang nak bergambar memang cantik memandangkan cahaya yang masuk pun banyak , barulah 'lighting' terbaik!






Makanan

Untuk bab makanan kita fokus pada desserts jelah ye. Yang main course dari BigFood tu asingkan dalam satu entry khas.

Masa aku datang tu pilihan desserts tak banyak , mungkin sebab banyak dah habis . Yang ada pun terdiri daripada beberapa pilihan cake, brownies dan pavlova. Aku order 'Red Velvet Cheese Brownies' & Pavlova. Ha lagi satu aku order Waffle Churros




As for me , desserts nya so - so je dan Waffle Churros agak menghampakan. Waffle churros tu adalah adunan churros yang kebiasaannya didatangkan dalam bentuk panjang panjang tapi kali ni buat dalam form of waffle je , sekali dengan salted caramel dip, RM10. Bagi aku kalau untuk RM10 dessert supposed hidangkan churros tu sekali dengan icecream ke , chocolate drizzle ke apa biar worth it sikit sebab churros aku makan dekat satu cafe di shah alam baru RM4.90 , ada banyak pulak tu, haha banyak songeh plak. Well, I bayor dik.

Waffle churros. Photo credit instagram #petalsandbakes


Red Velvet Cheese Brownies pula okay, boleh kategori sedap lah juga tapi belum sampai tahap aku boleh cakap 'sedap gilee' . Satisfactory level tu okay okay orang kata.

Pavlova quite nice cuma agak manis meringue tu dan ada beberapa ketul gula tak hancur ihiks , takpela kalut kot pagi tadi. Tapi topping pavlova tu sedap! Cream yang lain daripada banyak banyak pavlova yang aku pernah makan. Rasa lemak lemak sedap , ada rasa masam masam lemon sikit . Aku korek korek makan cream je , crust dia tolak tepi ahaks. 

Pavlova. Photo credit instagram #petalsandbakes


Average harga untuk cakes per slice dalam RM7-RM8 , brownies pula RM6 , Pavlova RM12. Untuk these three aku rasa ranges harga tu agak standard lah , but untuk Waffle Churros agak mengundang kemarahan haha sorry , jujur sikit. Next time datang nak try waffle ni pulak ,

Photo credit instagram #petalsandbakes

Overall 

Kalau korang nak cari tempat untuk lepak lepak dengan kawan , nak cari cafe hipsturr yang baru untuk korang ber'ootd' or memeriahkan feed instagram korang boleh lah datang sini . Rasa berbaloi kalau datang untuk tujuan makan berat terus dan order dessert sebagai sampingan. Jadi tak ada lah sia sia datang jauh jauh untuk makan brownies seketul share 4 orang kan hehe . Untuk ratings cafe Petals and Bakes ni aku nak bagi bintang seperti yang berikut


Staff bagi sikit bintang sebab agak slow , dan kurang membantu . Slow service agak lousy kakak tak suka ! meskipun staff BigFood semua okay okay je , maybe staff dekat P&B ni baru lah kot. Banyak lagi awak nak kena belajar ni. (cerewet nya kak , ahaks)

Datang lagi?

Insyaallah akan datang lagi kalau ada kesempatan , tapi so far belum ada menu yang 'kick' yang buatkan aku "kena datang situ juga sebab nak makan blablablab" dekat sini . Kot lah next time dah ada tambahan menu and banyak yang dah diperbaiki , boleh lah naikkan lagi bintang hehe .

---------

So kalau korang bercadang nak buat kunjungan ke cafe ni boleh lah pergi, nak cari pun senang . Guna waze boleh jumpa juga .

PETALS AND BAKES CAFE 
2-01 , Jalan Kolam Air 1,
Nong Chik Heights ,
80200 Johor Bahru
Contact : petalsandbakes@gmail.com




Model tak berbayar , haha







Insyaallah nanti buat column khas untuk cafe review je hehe . Kalau siapa siapa yang pergi tu comment lah , share kan pendapat korang . Or kalau ada suggestion mana mana cafe best lagi dekat JB ni boleh lah nyatakan dibawah ;) 

Thanks for reading!













4 comments

  1. suka-suka. Kalau ada review gerai dan warung sekitar JB yang best bagitahu ye..


    Anda hamil? 8 CARA MELEGAKAN MORNING SICKNESS

    ReplyDelete
  2. @tuan nurul ain
    hihi insyaallah , nanti sy pelbagaikan isi

    ReplyDelete
  3. I was thinking to visit the cafe but seems like the foods not nice..
    http://hazeldiary.com

    ReplyDelete

FOLLOWERS