Saturday, March 5, 2016

Doublekan Lemak : Bersarapan di Warung Hjh Robiah , Melaka


warung hjh robiah melaka



Makan Makan : Bersarapan di Warung Hjh Robiah , Melaka | Assalamualaikum. Setiap kali mama ayah datang Melaka untuk jenguk jenguk anak dia yang cantik dan comel (kahkah) yang dirindui ni mesti diorang memilih untuk stay di hotel sekitar area bandar Melaka. Soalan paling tension nak jawab 'sarapan mana sedap?' 'Dinner kat mana best?' 'Mana nak cari kopi yang kaw?' . 

Kalau tanya aku sendiri , makan kat mana yang sedap -- jawapan aku mesti bercanggah dengan apa ayah nak dengar . Sebab aku suka makan benda yang merepek dan glamorous haha , tak ada kesenian dan mengingkari tradisi muehehe . Bagi ayah pulak dia suka lah makan yang ala ala makanan tradisi, ; takpun yang feeling feeling kampung misalnya lempeng kelapa, roti canai masak pakai arang bla bla bla . Celah mana aku nak cari pun bingung .

Warung Hjh Robiah , Melaka


Setelah sekian lama, soalan tu datang lagi harini "nak sarapan dekat mana ni?" Aiseh . Haha -- hasil ku google google makanya ter- discover lah tentang warung makan yang agak femes di Melaka ni especially untuk bersarapan .



Menariknya dekat sini, konsepnya macam mini food court . Macam macam pilihan makana ada tersedia. Setiap booth/kiosk kecik kecik yang ada dekat sini offer berlainan jenis menu . Ada lempeng kelapa, satay , roti bakar , roti jalan , nasi lemak , nasi kerabu , nasi dagang , nasi ayam , bakso , laksa penang .. weh banyak nak senaraikan ni . Memang banyak pilihan . Jadinya tak gaduh lah makan dekat sini sebab masing masing boleh makan ikut selera masing masing . Kalau rasa taknak makan berat berat , roti bakar ada . Kuih muih pun ada banyak . Tinggal larat dengan tak larat nak makan je haha.

sarapan melaka

Awal awal dekat pintu masuk , tak sempat cari tempat duduk lagi Wani dah sibuk order satay . Tak menyempat! Haha . Aku pulak order roti sardin n roti jala . Mama order popia basah , ambik sikit kuih kuih ; ayah pulak order roti bakar , dengan mee bakso . 


Tapi akhirnya Wani kecewa dengan pilihan dia haha . Satay agak liat dan kuah kacang nya agak masin . Hm mungkin harini ada mana mana tak kena dengan perapan satay dia kot . Mungkin korang datang nanti dia buats sedap sedap ke, kan? Tak ada rezeki Wani nak dapat satay sedap harini haha .

Penilaian/Komen



Hm nak cakap sedap gilaaaa makanan makanan yang ada dekat sini tu taklah tapi ada lah hala tuju nak cari sarapan pagi pagi . Takdelah pening pening fikir nak pergi mana lagi . Datang je sini macam macam pilihan ada . Range harga pun not bad lah -- kalau set roti bakar tu dalam RM2.00 lebih , roti jala pun sama . Kalau nasi kerabu semua tu dalam RM4.50 . Nasi ayam dia RM4.00 je ha murah jugak la kan biasanya Nasi Ayam RM5.00 .


Warung ni nak cari senang je (kot) . Cuma cari FORMOSA GARDEN HOTEL . Warung ni memang berdepan dengan hotel ni je . Korang just set je waze tu nama hotel ni . Insyaallah korang menuju ke jalan yang benar haha . 


K lah harap harap entry ni dapat membantu para pengunjung dan pelancong yang datang ke Melaka yang buntu mencari sarapan .

Thanks for reading. bai!

sarapan sedap melaka,sarapan best melaka,warung hjh robiah,roti canai melaka,breakfast melaka,makan sedap melaka,restoran best melaka,melaka sarapan,sarapan melaka

5 comments:

  1. dekat je ngan umah kak jue... dulu tempaht ni sedap skrg dah kurang sikit... cekodok kat situ ada lagi tak.. sedap cekodok tu .. yum yum yum

    ReplyDelete
  2. Kesiannya dapat satay liat..Lain kali pergi Melaka boleh usha tempat ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulaa. stress je dpt satay liat. adeh!

      Delete
  3. Ok la tu..satu tempat macam2 ada..bnyk sikit pilihan..next trip boleh try mkn sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp sini byk pilihan. utk sarapan sesuai la dtg ke sini :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...