Wednesday, April 27, 2016

SSPN-i Plus : Pelan Simpanan serendah RM30 dengan pelbagai manfaat hebat!



Memandangkan aku dah nak habis study , dah kena mula fikirkan soal masa depan dengan serius nya - termasuklah mulai runsingkan soal kerja, soal beli rumah, soal perancangan keluarga (eh!) dan macam macam lagi lah. Pendek kata, dah kena fikirkan untuk berdikari sepenuhnya . Tak ada lagi nak bergantung pada Mama Ayah , tak ada lagi bergantung pada 'privileges' yang diterima sebagai seorang student . Hm sedih pulak tiba tiba. Lepas ni 'student price' dah tak valid. Sobs

Tuesday, April 26, 2016

Fenomena Jubah Kungfu! - Rizq Design @ Jubah Lelaki Moden



Sekarang ni fenomena berjubah bukan setakat digilai gegadis je , malahan dalam kalangan lelaki pun dah ramai mula suka berjubah. Ha bagus lah kan? Kan berjubah ni pakaian sunnah .

Bilamana lelaki rasa terpikat dan cayerrr tengok gegadis berjubah, gegadis juga terkesima melihat si jejaka berjubah - ewah. Terus bagi bagi hint dekat mak nak cari calon suami berjubah kehkehkeh.

Apa kata untuk raya tahun ni, kita buat satu revolusi dalam berbaju raya. Bagi satu family semua berjubah. Amacam, best tak? Biar semua pakai jubah - mak, ayah, atuk, nenek , mak su , pak long blablabla . Fuhh meriah kan?

Ekceli nak cari baju raya untuk perempuan sangat lah senang (tapi selalu mengadu cakap tak jumpa baju kahkah) sebaliknya yang susah nak cari baju ialah bagi golongan lelaki . Balik balik baju melayu jee , design pun sama je. Tak cakap pun nak suruh lupakan pakaian tradisi tu, tapi sekali sekala tukar taste sikit , okay kan? Pendek kata - entri ni aku nak menyeru buat abam abam diluar sana untuk berjubah hehew. (sejuk mata I, eh! haha)

Saturday, April 23, 2016

MOVIE REVIEW : THE HUNTSMAN - WINTER'S WAR


Apa jadi bila 4 kepala menggila digabungkan bersama? Terhasil lah keputusan nak tengok wayang yang secara tiba tiba.

Apakah yang nak digilakan sangat setakat tengok wayang? well , bagi kami kami yang duduknya di celahan rimbunan pokok berhabitat jauh daripada 'city center' , ini gila haha . Perjalanan ke bandar saja dah dekat 30-40 minit . Wah kau duduk pedalaman sangat ni farah haha . Adalah tidak pelik kalau korang duduk rumah tak sampai 500 m daripada shopping mall. Sebaliknya bukan mudah untuk kami kami yang terpenjara di bandar vendor taboh naning ni untuk keluar beriadah nak meredakan buasir otak yang dah makin mem-barah . Ewah ayat aku macam puisi jalanan kan? Ish rasa nak berpuisi pulak kahkah . Okay cut the crap .

Friday, April 22, 2016

Terigau igaukan Casio Exilim EX-FR100



Ekceli, aku bukan lah seorang yang terlalu ikutkan sangat trend gadget . Meskipun kelihatan urban dan up-to-date (kofkof *batuk) tapi ada kalanya aku selesa jadi seorang yang 'cukuplah , pakai yang mana ada je' .

Sekarang ni, aku rasakan macam dah cukup selesa dengan berbekalkan kamera DSLR Nikon D3300 , dan seketoi iphone 5s . Nak ambil gambar untuk event atau product shooting , pakai dslr. Kalau rasa rasa malas nak usung camera , guna camera phone pun dah lebih daripada cukup nak guna .

Tapi bila aku ter-discover Casio Exilim EX - FR100 ni, aku punya jati diri tiba tiba bergoyah haha . Daripada 'syukur Alhamdulillah , guna je mana ada' , terus dihenyak nafsu syaiton nirrojim menjadi 'arrghh nak beli, nak beli sekarang juga' . Kegigihan tu nampak ketara sebab petangnya tu terus pergi mall nak survey harga kahkahkah .

Best sangat ke Casio Exilim EX-FR100? Well , meh kakak nak cerita .

Sunday, April 17, 2016

Movie Review : The Jungle Book 2016 - Macam tak best je



Ekceli aku tengok movie ni 2 minggu lepas lagi. Elok elok keluar, terus pergi tengok . Tapi tak sempat nak tulis entry. hehehe .  Aku tak pernah sekali pun tengok cerita Jungle Book ni dalam versi kartun masa kecik kecik dulu. Kesian kan? Banyak cerita aku tak pernah tengok termasuklah Lion King dan Jungle Book ni . So sad .

Disebabkan aku tak pernah tengok, jadi aku tak boleh agak lah jalan cerita dia macam mana. Apa nama nama watak dia, bahkan lagu yang bahloo suka nyanyi tu pun aku taktahu . Hilmi je semangat siap hafal lirik bagai and marah marah cakap yang terbaru ni lirik nya ditukar. Eh , over pulak dia haha .

Friday, April 15, 2016

Alor Gajah tak ada air - Part 2




Okay aku dah mandi dah haha . Meskipun air dekat rumah belum lagi ada , kugigihkan pergi merempat rumah orang lain untuk mandi . Ada beberapa kawasan perumahan katanya dah ada air, tapi masih lagi berbau . Untuk rumah dekat Taman Jati ni memang kering kontang airnya . 

Solat Zuhur dan Asar tadi kitorang solat dekat Masjid Micet je, untuk maghrib nanti taktahu lah macam mana. Rasa macam dah jadi homeless dah . Payahnya tak ada air! Solat subuh pagi tadi, gunakan air yang bersisa tu pun rasa tak selesa je sebab air macam kotor dan berbau . Hmm .



Mujurlah Micet cuti harini, jadi tak ada lah ramai sangat dekat sana . Nak duduk lama lama dekat masjid pun selesa, nak cari parking pun tak bergaduh . Kalau tak, cari parking je dah tension , masjid pula kalau bahagian perempuan memang pack habis - ada yang tidur lah , baring lah , men ' dugong' dan sebagainya . 

Tengah pening fikirkan nak solat maghrib pulak . Masjid depan rumah ni pun tak ada air juga . Malasnya nak ke MICET :(

Alor Gajah tak ada air - Part 1




Saat aku menulis ni, aku dalam keadaan busuk dan hina . Ayat puisi jalanan sangat kan?  hahaha . Hello gais! Aku belum mandi. Please jangan kecam, aku bukan kategori anak dara bangun lambat, dan mandi lambat . Hakikatnya aku seorang yang bangun awal, seawal 5 pagi aku dah bangun - korbankan masa tidur demi menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan sarapan, basuh baju, siram poko bunga, jemur baju dan 'you name it - yang selalu mak mak kita atau dalam drama buat' . Ayat puji diri sendiri mestilah di level tertinggi kehkehkeh .

Bekalan Air Alor Gajah Tercemar!


Malam tadi aku dan kawan kawan lain digemparkan dengan berita menyatakan bekalan air diseluruh Alor Gajah akan mulai terganggu disebabkan berlakunya pencemaran air. Dikatakan air tu berbau dan tercemar berpunca dari Sungai Gadek dimana terdapat satu individu tak bertanggungjawab telah mencuci kolam ikan dan melepaskan kotoran tu ke sungai gadek . Secara automatik nya air air ni mostly dah tercemar dengan air taik ikan


Semalam dah mula perasan air nak mandi atau ambil wudhu dah mula keluarkan bau aneh aneh. Tapi aku buat tak peduli je. Pagi ni, masa nak bangun solat subuh tu air memang kering habis! Yang ada pun berbau pelik . Air untuk ambil wudhu pun ngam ngam je. Ni nak mandi ke, membuang ke apa memang tak boleh. Sebab tak ada prepare apa apa untuk tadah air ke, simpan air ke. Haih .

Masih terkapai kapai dalam mencari sumber air bersih . Tak tahu nak tumpang mandi dekat rumah siapa . Nak makan pun tak selesa sebab takboleh nak gosok gigi. Air langsung tak ada sebab bekalan air dah disekat .

Hm tunggu sikit masa lagi , jadual membuang secara berkala akan bermula . How to settle this eh? Haiyo!

AIR ALOR GAJAH TERCEMAR, AIR ALOR GAJAH BUSUK,AIR ALOR GAJAH KOTOR,PUNCA AIR ALOR GAJAH TERCEMAR, PUNCA AIR ALOR GAJAH BUSUK,TEMPOH TAK ADA AIR DI ALOR GAJAH, SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD, SAMB ALOR GAJAH, SYARIKAT AIR ALOR GAJAH, KENAPA AIR KOTOR ALOR GAJAH, KENAPA AIR BUSUK ALOR GAJAH,

Wednesday, April 13, 2016

Legoland Malaysia : Jom serang Legoland untuk Lego Star Wars Day!




LEGOLAND MALAYSIA : STAR WARS DAYS (MAY 2016)


Selama ni aku tak pernah peduli pasal Star Wars .  Orang bercerita pasal Star Wars, pasal character yang ada dalam cerita tu . Memang aku tak tahu . What? Biji kelubi? Obi Wan Kenobi? haha .

Semalam baru lah aku rajinkan diri tengok Star Wars - The Force Awaken tu . Eh! Best lah pulak . Tapi tak ada pula Darth Vader ke, Obi Wan Kenobi ke. Aku nampak Luke Skywalker dengan Han Solo je. Cewah cara mengulas cerita pun dah gaya macam peminat Star Wars kan? haha .

Memang lah tak jumpa, ni dah generasi ke berapa dah Star Wars ni kan . Darth Vader pun dah mati , Luke Skywalker pun dah tua. Tagline "may the force be with you" , hah semalam baru aku faham apa maksud dia kahkah . Weh ketinggalan gila kan?


Sejak sejak dah tersuka Star Wars ni (padahal baru semalam haha) terus rasa eksaited nak tahu lebih banyak pasal Star Wars. Aku mula cari dekat Youtube pasal character yang lain juga . Ok terus suka !

Kalau korang pun sukakan Star Wars, jom lah join iols ke Legoland Resort Malaysia bulan Mei (2016) ni . Di Legoland , ada Miniland Star Wars taw. Tahu tak? Dah pergi tengok ke belum? 

Apa yang ada dekat MiniLand Star Wars ni? Hah disini ada pameran lego, di buat mengikut scene dalam cerita Star Wars. Ada 7 episod kesemuanya. Kalau yang memang melayan Star Wars dari awal mesti boleh faham . Nak lagi best, pameran lego ni siap ada button lagi, boleh tekan dan lego tu akan bergerak gerak dan keluarkan lampu & bunyi. Gempak kan?


Press Conference Lego Master Your Force



Memang best, jadi jangan lepaskan peluang ke Legoland Resort, bulan Mei ni. Menariknya lagi pada bulan Mei ni akan menjadi bulan khas untuk meraikan peminat Star Wars taw! Nanti korang boleh saksikan sendiri model lego Millenium Falcon yang dibina menggunakan lebih daripada 200,000 brick lego. Fuhhh aku nak buat bentuk rumah pun seminggu baru siap haha . Nanti master builder Daniel Steininger dan Christopher Steininger sendiri akan bina model Millenium Falcon tu di Legoland Malaysia. Alamak tak sabarnya nak tengok! Millenium Falcon ini akan di pamerkan sehingga akhir bulan May 2016. Jadi jangan lepaskan peluang, okay?

Bayangkan lah model yang tak de lah besar mana pun dah bernilai RM22,000 taw. Kalau besar lagi dari tu taktahu lah kan. Model Millenium Falcon ni akan jadi model yang terbesar pernah dibina. Besar mana? Aku pun tak pasti, tapi kalau dah guna 200,000 lego brick -- hmm macam besar je kan? Model ni akan mula dibina pada 30 April 2016, dan dijangka siap sepenuhnya pada 3 Mei 2016. Uih! macam sekejap je, pawerrrr nya!

Sepanjang Mei 2016 ni akan ada banyak aktiviti menarik yang pihak Legoland sediakan khas untuk para peminat Star Wars . Antaranya -- pertandingan 'Build your own dream Lego Star Wars Starship ' yang berlangsung dari 21 April hingga 8 Mei 2016 . Cara nak join pun mudah, hanya upload kan gambar korang bersama dengan Lego Star Wars Starship yang dah dibina tu di media sosial dan gunakan hashtag #MasterYourForce dan #LegoStarWarsDays . 10 pemenang akan di pilih dan hadiah utama akan di sampaikan pada 14hb Mei 2016.


Menariknya lagi, kalau bawa anak anak dan pakaikan diorang dengan berpakaian ala ala character dalam Star Wars, diorang dapat masuk ke taman tema Legoland secara PERCUMA!! Best kan best kan?

Jangan lupa juga rasai peluang untuk susun brick pada model Millenium Falcon tu. Ha semua pengunjung berpeluang untuk bina Millenium Falcon tu bersama sama dengan master builder.

Korang jomlah beramai ramai ke Legoland bulan mei ni! Rugi lah kalau tak sama sama raikan Lego Star Wars Day ni! Nanti ada ramai lagi peminat Star Wars dari Indonesia, Singapura, Hong Kong dan Taiwan pun turut serta taw. Sure meriah sangat kan?

Untuk maklumat selanjutnya korang boleh ke facebook Legoland Malaysia atau ke laman web rasmi Legoland : http://www.legoland.com.my/ .


Jadi dah boleh mula plan lah cuti korang , boleh bawa anak anak ke Legoland masa cuti sekolah. Memang Legoland satu tempat paling paling paling sesuai untuk korang beraktiviti dan berseronok sekeluarga! Ha nak datang dengan kawan kawan pun best juga . Jom jom tempah tiket sekarang!


Lego star wars day malaysia, lego star wars day 2016, legoland star wars 2016, legoland star wars activity, star wars lego, legoland star wars, star wars legoland, star wars mini land legoland, star wars master builder, star wars legoland malaysia, legoland johor, legoland malaysia, tarikh legoland star wars, bila legoland star wars, legoland star wars prize, legoland ticket price, harga tiket legoland

Sunday, April 10, 2016

Doublekan Lemak : Gangnam Station Restaurant - Restoran masakan korea Halal di Shah Alam



Pengaruh cerita Korea bukan setakat buatkan aku & adik aku, Wani tergedik gedikkan Oppa, tapi kami juga turut terpengaruh dengan bahasa, budaya dan makanan nya!


Sejak sejak dah terjumpa kedai makanan korea di IOI City Mall (Dubuyo & Food Court), kitorang terus tak pandang dah restoran lain. Sikit sikit nak ramyeon, sikit sikit nak tteobokki. Padahal megi dengan kuih tepung beras je pun. Hahaha.

Tapi tak sangka pula ada restoran masakan Korea yang lagi sedap daripada tu! Halal pula tu, owner nya Melayu. Siap masuk dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan lagi.

Gangnam Station Restaurant, Shah Alam

Restoran masakan korea Halal

 


Restoran ni terletak di Shah Alam. Dekat Laman Seri Business Park , Seksyen 13. Di deretan kedai bersebelahan bangunan HPA. Kedai tu macam tersorok dekat belakang belakang. Korang kena drive terus kebelakang dan parking dekat dengan surau dan tandas awam dekat situ. 

Bila tengokkan pada menu, memang akan cakap "Ish mahalnya". Untuk ala carte satu satu hidangan tu range harga dalam RM20-RM60. Tapi korang tunggu jelah makanan nya sampai dan hadap portion besar gedabak tu hehe.

Menu ala carte
Menu promosi set


yeay tteokbokki!


Tapi ada beberapa menu yang memang portion nya kecik, tengok jenis menu juga.

Haritu kitorang order set family punya. Yang RM199 satu set, lepastu tambah order sotong dan sup tauhu. Sebab tengok dalam gambar macam set tu sikit je. Cukup ke nak makan 7 orang?

Kitorang order yang ni

Ni gambar lepas makan , tu pun banyak dah bekas makanan di angkat. kalau tak lagi penuh

Sekali bila dah sampai, hamik kau! Penuh meja dibuatnya. Kitorang dah makan makan makan lepastu ada je makanan baru yang sampai lagi. Siap dengan dessert lagi tu. Entah berapa banyak makanan ntah dalam set tu. Dengan udang gemuknya, dengan set ala ala steam boat yang nak melimpah (sebab banyak sangat isi dalam tu), memang puas hati!

Udang bersaiz XL. BBQ prawn
Tak ingat apa nama. Aku namakan steamboat melimpah jela haha


Overall makanan semua sedap, bagi aku lah. Cuma bab harga tu agak mahal. Nak makan sekali sekala untuk gathering special special ok lah kot. Masa birthday ke, anniversary ke, ha ajak lah Oppa korang datang sini haha.


Wajah berpuas hati daripada Wani

Tengok tuuu melimpahh

Aihh lapar pulak


Tteobokki pun sedap sangat compared dengan yang Dubuyo punya. Memang lagi sedap,kenyal dia tu best. Pendek kata sedaplah haha. Sotong pun korang wajib cuba! Sebab manis manis pedas meskipun kelihatan aneh.

Yang kanan dalam pinggan tu masakan sotong , sedap!



Bagi peminat makanan korea atau pun ada antara korang yang suka cuba makanan yang lain daripada yang lain, boleh lah ke sini. 

Faffafafa bagi 4.5/5 bintang!


Food : 4.5/5
Service : 4/5
Environment : 4/5
Price : 3/5
Food Presentation : 4/5


Alamat : Lot G45, block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, 
Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor. 
NoTel: 019-2737753
Facebook : Gangnam Station Restaurant





gangnam station restaurant,gangnam station shah alam,makanan korea shah alam,masakan korea,makanan korea malaysia, kedai makanan korea,ramen malaysia,tteobokki malaysia,makanan korea sedap,makanan korea best,restoran korea halal,makanan korea halal,ramen halal,ramen sedap,restoran korea sedap,restoran korea best,cafe korea,korea sedap,korea halal,kedai makan korea halal,kedai makan korea sedap dan halal,kedai makan korea best,gangnam restoran,kedai makan gangnam,gangnam korea malaysia,restoran gangnam shah alam,restoran gangnam malaysia,
gangnam station laman seri, gangnam station shah alam 2015, gangnam station puchong,gangnam station,gangnam station shah alam delivery

Dah mula menghantui!



Semalam aku ternampak lah Hilmi share siakap keli punya post , ala cerita yang pasal kronologi kisah satu family kena gangguan dekat rumah tu .  Aku ni boleh tahan pengecut orang nya kahkahkah tapi ada hati pula nak baca . Masa mula mula baca tu okay lagi. Sampai part aku menggatal pergi play audio bunyi suara aneh tu, terus cuak! Masa awal dengar tu aku rasa okay je. Tapi masuk waktu maghrib semalam, dan maghrib harini rasa lain macam je. Dengan dalam kepala ni dok auto play "mariii marii mariii" hoiii meremang! 


Korang dah baca ke belum? Baca lah kronologi cerita tu. Aku kesian juga dengan mangsa dan family. Memang makhluk spesis suka bergurau kot . Rajin tolong set kan alarm diorang , suruh bangun. Eh eh eh bosan sangat lettew? Tapi tengok diorang lama lama macam dah tak heran dah . Rilek je laki dia siap selfie lagi dengan makhluk tu haha .


Antara alarm yang benda alah tu set kan. Rajin betul


Bila borak dekat Hilmi dia cakap memang sepatutnya tak perlu rasa takut. Sebaliknya kena rasa geram! Sebab rumah tu hak kita, kita punya. Kita bayar sewa, dia yang menumpang tapi eksyen melebihkan tuan punya rumah . Hm aku nak cakap lebih lebih pun tak berani , tak kena batang hidung sendiri . Minta jauh lah haha taknak! 


Korang baca lah cerita ni , kalau rasa lemah semangat atau berspesis penakut macam aku , tak disarankan untuk baca apatah lagi play audio tu . Heheheheheheehehehehee gelak panjang sikit bagi unsur mistik hahaha .



Saturday, April 9, 2016

MILO Breakfast Day 2016 , Melaka



It's going to be a very hectic week for me this week . Need to submit my thesis  draft, some assignment that I didn't start a thang (been given weeks ago kahkah), some more I need to submit client's article and blog post according to the dateline and blablabla (a lot for me to list down all of em) not including to spare some time for me to manage my business .

I start my day every day at 6am . Perform fajr prayer , recite Qur'an , doing some light exercise and getting myself ready for class or any event I need to attend on that day . My class normally start at 8.30pm and I spend 30 mins driving to reach my college from home . Therefore, I need to carefully arrange and manage my time wisely so that I  got a chance to have my breakfast .

FREE Breakfast and FREE MILO drink booth

Even if I'm in a rush, I always make sure that I bring along a bottle of water and some plain crackers or sandwich for my on the go meal . For me, breakfast is very very very important to kick start our day . And that's what MILO are trying to highlight by organizing the 'Malaysia Breakfast Day' .

The food pyramid

Malaysia Breakfast Day is an event with an objective to educate people about the importance of breakfast . Did you know that those who didn't have breakfast tend to lose  up 80% of energy? That's a lot!


Enjoying my cuppa MILO hehe

A study was done to 8000 respondents amongst student in primary and secondary schools in Malaysia showing results that students who eat breakfast are more energetic throughout the day compared to those who didn't.


The study also shows that kids who are having MILO for their breakfast have higher numbers of calcium and vitamins in their body compared to those who didn't.



Kami bersarapan dengan MILO!


By having breakfast to start our day, it's not only giving us energy but also good in keeping us focus and active helping us to complete our daily tasks in the most efficient way.

So come and join the fun with MILO for Malaysia Breakfast Day! There's a lots of activities prepared for you guys - including Zumba session, games, lucky draw and some selfie contests. Don't forget the FREE BREAKFAST and FREE MILO drinks too!



Check out www.milo.com.my for more info. Melaka just had their breakfast with MILO and next, they're coming to Taman Gelora, Kuantan Pahang on April 10th, 2016.



Yeay , won myself the selfie contest and lucky draw #alhamdulillah


Don't missed the chance to join this and always remember to never skip your breakfast, okay?



melaka milo,melaka breakfast day,malaysia breakfast day milo,milo malaysia breakfast day,malaysia breakfast day location,malaysia breakfast day 2016, malaysia breakfast day melaka 2016

Asia Skin Skincare - Selamat dan Berkesan!



Jadi perempuan ni boleh jadi satu tugas yang complicated lagi lagi dalam bab membuat keputusan. Antaranya "eh nak pakai baju apa ya?" " nak pakai shawl ke bawal?" "nak pakai skirt ke seluar ya?" "nak mekap ke tak harini" .

Lagi satu masalah?

Memilih produk penjagaan wajah (skincare lah senang cerita)

Nak kan produk yang boleh putihkan kulit atau hilang kan jerawat? Nak produk yang bagi pori mengecil atau produk yang tegangkan kulit? Eh pening kan?

Tak dinafikan sekarang ni banyak produk kecantikan yang ada dijual dekat pasaran. Masing masing menjanjikan kesan cantik serta merta, dan cepat! Hah tengok kawan pakai, memang mulus kulit dia. Tak lama lepastu tengok tengok kulit rosak dan terbakar. Eh, kenapa?!

Ha sebab kebanyakan produk itu mengandungi bahan kimia terlarang. apakah barang terlarang itu? ok sesi pembelajaran kejap hehe . 

Merkuri
Hydroquinone
Paraben

Biasanya paraben boleh kita dapati dalam produk produk kita selalu pakai sepeti losyen badan, mostly barang penjagaan diri lah. Kadang paraben ni susah nak elak. Tapi kalau boleh elakkan, kita elakkan ok? Untuk merkuri dan hydroquinone pula WAJIB korang jauhi mana mana produk yang mengandungi bahan ni . sebab ianya sangat merbahaya dimana boleh menyebabkan kanser kulit . Jadi berhati hati dalam memilih produk kecantikan ya? Taknak kanser kulit kan?

Kalau korang malas nak fikir dan malas nak buat research sendiri , biar Faa cadangkan produk mana yang elok dan tiada terkandung ketiga tiga bahan terlarang yang Faa sebutkan tadi . Nak tahu?


Asia Skin Skincare Set



Set ni terdiri daripada 3 item, macam biasa kita ada cleanser , day cream dan night cream . Untuk mempercepatkan lagi kerja kerja membaik pulih kulit, mencantikkan dan meng - speed up kan process nak flawless kan wajah , Faa cadangkan korang gandingkan sekali bersama dengan penggunaan serum . Okay biar Faa terangkan satu satu item yang ada dalam Asia Skin Skincare Set ni ya?



1. Cleanser 

 

Cleanser ni macam biasa sedia kita maklum, tugasnya untuk bersihkan wajah. Bersihkan kotoran daripada menyumbatkan pori pori kita. Kalau pori tersumbat, tak cuci dengan bersih dan tak menggunakan produk yang bersesuaian tulah yang buatkan kulit kita berjerawat . Yang penting, lepas cuci muka memang rasa segar je. Dan kulit korang dah ready untuk step seterusnya!

2. Day Cream



Day cream asia skin ni berbeza nak dibandingkan dengan day cream yang pernah Faa cuba. Sejujurnya Faa sendiri memang dah konsisten pakai selama seminggu dan suka . Faa jadikan macam foundation, senang pun senang. Bila nak solat cuma dap sikit sikit je dan ratakan. Boleh juga jadikan sebagai sunscreen sebab day cream ni lengkap dengan SPF. Hah lagi satu, day cream ni ada macam shimmer sikit. Bila pakai muka nampak glowing berkilat, cantik! I like!

Bonus : Tak melekit dan selesa dipakai . Dah berpeluh tak rasa rimas atau rasa berkuwap pada muka.

3. Night Cream


 
Salah satu perkara Faa suka tentang produk Asia Skin ni ialah texture. Semua texture produk Asia Skin memang tak melekit, cepat resap dan selesa dipakai. Night cream ni, Faa sapu kejap je dah meresap. Unlike cream yang Faa pakai sebelum ni, rasa macam sapu lilin dekat muka sebab rasa macam ada benda melekat dekat muka. Tapi untuk night cream Asia Skin ni memang serious cepat meresap, dah bangun pagi cuci muka tak ada rasa licin atau berminyak . Macam sapu moisturizer je rasanya . Tak tipu ye, ini review jujur .



Okay ini ketiga tiga item yang ada dalam 3 in 1 set , Asia Skin  Skincare . Untuk serum pula dijual berasingan tak sekali dalam set. Korang boleh pilih samada nak pakai serum atau pun tak, tapi bagi pandangan Faa sendiri, serum itu penting dalam membantu mempercepatkan lagi keberkesanan produk tu. 

4. Serum




Serum didatangkan dalam pump bottle. Faa lagi prefer pump bottle daripada dropper. Sebab biasanya dropper dalam bekas kaca dan banyak kali dah faa pecahkan serum yang dalam botol kaca haha. Bagi Faa, serum dalam botol macam ni memang sangat convenient dan mudah dibawa untuk travel. Dari segi fungsi pulak, review jujur Faa sendiri, sama macam untuk item yang lain -- Faa suka dengan texture . Tak melekit, cepat meresap dan boleh rasakan kesan serta merta. Kesan apa yang Faa rasa? Faa rasakan kulit seakan tegang, dan lembut je. Bila bangun pagi, kulit kurang berminyak dan kulit kurang kusam .


Review


Bagi keseluruhannya, macam yang Faa duk ulang ulang tadi, Faa sangat sangat sukakan texture produk ni terutamanya day cream dan night cream . Biasanya malas nak pakai day cream dan night cream sebabkan rasa tak selesa . Melekit lah terutamanya. Tapi untuk set ni, memang tak ada rasa melekit langsung! Day cream rasa macam pakai bb cream, ringan dan selesa. Night cream pula macam pakai moisturizer. Buatkan Faa rasa seronok nak pakai hari hari .

Kesan dan Testimoni


Faa dah gunakan selama seminggu dan beberapa kesan ketara yang Faa nampak ialah pengurangan pada penampakan pori wajah - dekat area bawah mata , texture kulit lebih lembut dan ada beberapa parut dan kesan jerawat mulai pudar. Selanjutnya nanti Faa akan update dari masa ke masa ya. Tengok minggu depan macam mana pula .

Sekiranya ada daripada korang yang berminat nak dapatkan Asia Skin Skincare ni, boleh terus hubungi HQ di :


Facebook : Asia Skin Official
Instagram : @asiaskin.official
Hotline : 019-8711144/088484152




asia skin skincare set, asia skin set,produk asia skin,asia skin murah,testimoni asia skin,asia skin review,asia skin serum,asia skin day cream,harga asia skin

On My Instagram