Saat aku menulis ni, aku dalam keadaan busuk dan hina . Ayat puisi jalanan sangat kan? hahaha . Hello gais! Aku belum mandi. Please jangan kecam, aku bukan kategori anak dara bangun lambat, dan mandi lambat . Hakikatnya aku seorang yang bangun awal, seawal 5 pagi aku dah bangun - korbankan masa tidur demi menjalankan tanggungjawab untuk menyediakan sarapan, basuh baju, siram poko bunga, jemur baju dan 'you name it - yang selalu mak mak kita atau dalam drama buat' . Ayat puji diri sendiri mestilah di level tertinggi kehkehkeh .
Bekalan Air Alor Gajah Tercemar!
Malam tadi aku dan kawan kawan lain digemparkan dengan berita menyatakan bekalan air diseluruh Alor Gajah akan mulai terganggu disebabkan berlakunya pencemaran air. Dikatakan air tu berbau dan tercemar berpunca dari Sungai Gadek dimana terdapat satu individu tak bertanggungjawab telah mencuci kolam ikan dan melepaskan kotoran tu ke sungai gadek . Secara automatik nya air air ni mostly dah tercemar dengan air taik ikan .
Semalam dah mula perasan air nak mandi atau ambil wudhu dah mula keluarkan bau aneh aneh. Tapi aku buat tak peduli je. Pagi ni, masa nak bangun solat subuh tu air memang kering habis! Yang ada pun berbau pelik . Air untuk ambil wudhu pun ngam ngam je. Ni nak mandi ke, membuang ke apa memang tak boleh. Sebab tak ada prepare apa apa untuk tadah air ke, simpan air ke. Haih .
Masih terkapai kapai dalam mencari sumber air bersih . Tak tahu nak tumpang mandi dekat rumah siapa . Nak makan pun tak selesa sebab takboleh nak gosok gigi. Air langsung tak ada sebab bekalan air dah disekat .
Hm tunggu sikit masa lagi , jadual membuang secara berkala akan bermula . How to settle this eh? Haiyo!
AIR ALOR GAJAH TERCEMAR, AIR ALOR GAJAH BUSUK,AIR ALOR GAJAH KOTOR,PUNCA AIR ALOR GAJAH TERCEMAR, PUNCA AIR ALOR GAJAH BUSUK,TEMPOH TAK ADA AIR DI ALOR GAJAH, SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD, SAMB ALOR GAJAH, SYARIKAT AIR ALOR GAJAH, KENAPA AIR KOTOR ALOR GAJAH, KENAPA AIR BUSUK ALOR GAJAH,
Post a Comment