Legoland Malaysia : Jom serang Legoland untuk Lego Star Wars Day!




LEGOLAND MALAYSIA : STAR WARS DAYS (MAY 2016)


Selama ni aku tak pernah peduli pasal Star Wars .  Orang bercerita pasal Star Wars, pasal character yang ada dalam cerita tu . Memang aku tak tahu . What? Biji kelubi? Obi Wan Kenobi? haha .

Semalam baru lah aku rajinkan diri tengok Star Wars - The Force Awaken tu . Eh! Best lah pulak . Tapi tak ada pula Darth Vader ke, Obi Wan Kenobi ke. Aku nampak Luke Skywalker dengan Han Solo je. Cewah cara mengulas cerita pun dah gaya macam peminat Star Wars kan? haha .

Memang lah tak jumpa, ni dah generasi ke berapa dah Star Wars ni kan . Darth Vader pun dah mati , Luke Skywalker pun dah tua. Tagline "may the force be with you" , hah semalam baru aku faham apa maksud dia kahkah . Weh ketinggalan gila kan?


Sejak sejak dah tersuka Star Wars ni (padahal baru semalam haha) terus rasa eksaited nak tahu lebih banyak pasal Star Wars. Aku mula cari dekat Youtube pasal character yang lain juga . Ok terus suka !

Kalau korang pun sukakan Star Wars, jom lah join iols ke Legoland Resort Malaysia bulan Mei (2016) ni . Di Legoland , ada Miniland Star Wars taw. Tahu tak? Dah pergi tengok ke belum? 

Apa yang ada dekat MiniLand Star Wars ni? Hah disini ada pameran lego, di buat mengikut scene dalam cerita Star Wars. Ada 7 episod kesemuanya. Kalau yang memang melayan Star Wars dari awal mesti boleh faham . Nak lagi best, pameran lego ni siap ada button lagi, boleh tekan dan lego tu akan bergerak gerak dan keluarkan lampu & bunyi. Gempak kan?


Press Conference Lego Master Your Force



Memang best, jadi jangan lepaskan peluang ke Legoland Resort, bulan Mei ni. Menariknya lagi pada bulan Mei ni akan menjadi bulan khas untuk meraikan peminat Star Wars taw! Nanti korang boleh saksikan sendiri model lego Millenium Falcon yang dibina menggunakan lebih daripada 200,000 brick lego. Fuhhh aku nak buat bentuk rumah pun seminggu baru siap haha . Nanti master builder Daniel Steininger dan Christopher Steininger sendiri akan bina model Millenium Falcon tu di Legoland Malaysia. Alamak tak sabarnya nak tengok! Millenium Falcon ini akan di pamerkan sehingga akhir bulan May 2016. Jadi jangan lepaskan peluang, okay?

Bayangkan lah model yang tak de lah besar mana pun dah bernilai RM22,000 taw. Kalau besar lagi dari tu taktahu lah kan. Model Millenium Falcon ni akan jadi model yang terbesar pernah dibina. Besar mana? Aku pun tak pasti, tapi kalau dah guna 200,000 lego brick -- hmm macam besar je kan? Model ni akan mula dibina pada 30 April 2016, dan dijangka siap sepenuhnya pada 3 Mei 2016. Uih! macam sekejap je, pawerrrr nya!

Sepanjang Mei 2016 ni akan ada banyak aktiviti menarik yang pihak Legoland sediakan khas untuk para peminat Star Wars . Antaranya -- pertandingan 'Build your own dream Lego Star Wars Starship ' yang berlangsung dari 21 April hingga 8 Mei 2016 . Cara nak join pun mudah, hanya upload kan gambar korang bersama dengan Lego Star Wars Starship yang dah dibina tu di media sosial dan gunakan hashtag #MasterYourForce dan #LegoStarWarsDays . 10 pemenang akan di pilih dan hadiah utama akan di sampaikan pada 14hb Mei 2016.


Menariknya lagi, kalau bawa anak anak dan pakaikan diorang dengan berpakaian ala ala character dalam Star Wars, diorang dapat masuk ke taman tema Legoland secara PERCUMA!! Best kan best kan?

Jangan lupa juga rasai peluang untuk susun brick pada model Millenium Falcon tu. Ha semua pengunjung berpeluang untuk bina Millenium Falcon tu bersama sama dengan master builder.

Korang jomlah beramai ramai ke Legoland bulan mei ni! Rugi lah kalau tak sama sama raikan Lego Star Wars Day ni! Nanti ada ramai lagi peminat Star Wars dari Indonesia, Singapura, Hong Kong dan Taiwan pun turut serta taw. Sure meriah sangat kan?

Untuk maklumat selanjutnya korang boleh ke facebook Legoland Malaysia atau ke laman web rasmi Legoland : http://www.legoland.com.my/ .


Jadi dah boleh mula plan lah cuti korang , boleh bawa anak anak ke Legoland masa cuti sekolah. Memang Legoland satu tempat paling paling paling sesuai untuk korang beraktiviti dan berseronok sekeluarga! Ha nak datang dengan kawan kawan pun best juga . Jom jom tempah tiket sekarang!


Lego star wars day malaysia, lego star wars day 2016, legoland star wars 2016, legoland star wars activity, star wars lego, legoland star wars, star wars legoland, star wars mini land legoland, star wars master builder, star wars legoland malaysia, legoland johor, legoland malaysia, tarikh legoland star wars, bila legoland star wars, legoland star wars prize, legoland ticket price, harga tiket legoland

6 comments

  1. Menarik nie...
    Singgah pagi ♥

    ReplyDelete
  2. bestnyeeee...nak ikut farah...bawak la kite..hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe insyaallah ada rezeki kite g sesama eh zatie

      Delete
  3. peminat starwars wajib dtg bln dpn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, mmg wajib! mmg byk aktiviti legoland sediakan :D

      Delete

FOLLOWERS