Movie Review : The Jungle Book 2016 - Macam tak best je



Ekceli aku tengok movie ni 2 minggu lepas lagi. Elok elok keluar, terus pergi tengok . Tapi tak sempat nak tulis entry. hehehe .  Aku tak pernah sekali pun tengok cerita Jungle Book ni dalam versi kartun masa kecik kecik dulu. Kesian kan? Banyak cerita aku tak pernah tengok termasuklah Lion King dan Jungle Book ni . So sad .

Disebabkan aku tak pernah tengok, jadi aku tak boleh agak lah jalan cerita dia macam mana. Apa nama nama watak dia, bahkan lagu yang bahloo suka nyanyi tu pun aku taktahu . Hilmi je semangat siap hafal lirik bagai and marah marah cakap yang terbaru ni lirik nya ditukar. Eh , over pulak dia haha .


Director: Jon Favreau
Writers: Justin Marks, Rudyard Kipling
Stars: Scarlett Johansson, Idris Elba, Bill Murray
Film barat berjudul “The Jungle Book” ini merupakan film yang bercerita tentang kisah dari anak yatim piatu yang dibesarkan di dalam hutan dari bantuan serigala, beruang dan kumbang hitam.


Movie Review : The Jungle Book 2016  


Aku rasa cerita ni tak ada masalah pun . Cuma jadi TAK BEST bila :


1. Tak tengok yang 3D!
macam yang abang Ben Ashaari cakapkan , memang rugi tak tengok cerita Jungle Book ni dalam bentuk 3d. Sebab gambarnya, animasi nya semua cantik cantik dan very precise. Kalau layan 3d confirm lagi syok!

2. Tak ada kudapan
Haha . haritu aku tengok movie ni tak berancang. Biasanya kalau dah plan awal awal nak tengok, memang semua makanan aku sumbat dalam bag - keropok , jajan , gula gula, nasi lemak (eh!) haha . So kali ni melopong jelah .

3. Tak kencing siap siap
kahkahkah . Tolong lah buang apa patut dibuang sebab kalau termissed satu scene pun dah rugi. Lagi lagi kalau terlepas scene scene yang kelakar .

Sheere Khan - Harimau meroyan sebab muka berparut kena sua api oleh bapa mowgli



Kesimpulan



Kalau korang bercadang nak tengok cerita ni , janganlah ada mind set katakan "ala ni cerita budak budak ni" "ala mesti sama macam kartun" . Jalan cerita mungkin sama tapi cara pembawakan cerita tu sangat sangat menarik tau . Masa ni lah korang patut kagum hasil kerja CGI yang dihasilkan, buatkan haiwan haiwan tu semua nampak real . Memang pawerr!


Hah hari minggu ni bawa lah anak anak, family atau ajak kawan kawan tengok wayang. Daripada tengok cerita yang tak ada moral value,  asyik melucah sana sini , ada baiknya tengok cerita Jungle Book ni .


review jungle book 2016, jungle book 2016 best,jungle book 2016,best ke jungle book 2016,jalan cerita jungle book 2016,sinopsis jungle book 2016,

13 comments

  1. Setuju!! Ecah dh tengok ari first keluar aritu. Terlalu teruja tgk animasi diorg buat, hebat berlaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan animation cerita ni?sgt sgt jelas and nmpk real!

      Delete
  2. yeah! timm pun suka, best sebb zaman sek dulu suka tgk cerita ni yg versi kartun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. faa masa kecik x pnah tgk cite ni. rasa nyesal lak haha. best jungle book ni

      Delete
  3. Replies
    1. aah sementara ada lg kat wayang ni, bawak la budak2 pi tgok

      Delete
  4. macam best jerrr...bila tah dapat tengok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe xpe tunggu kelantan bukak wayang ye :D

      Delete
  5. oh ingatkan tak best sebab apa tadi. plan nak tengok movie ni juga tapi belum berkesempatan sebab assignment banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak best atas sebab sebab tertentu :p

      samalah! faa pon bz gila tp utk tgk wayang, sanggup curi masa haha

      Delete
  6. tak sempat nak tengok cite nieh ramai yang kata cite ni best nampaknya kena online je lah ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee ala sempat lg nk tgok ni. tp tgok online pon boleh but kt wayang , feel dia lg best hehe

      Delete
  7. teringin nak tengk cerita ni.. walaupun dah lama keluar panggng sampai sekarang tak berpeluang lagi nak tengok. dah baca review banyak cakap cerita nie best!

    ReplyDelete

FOLLOWERS