Sunday, April 10, 2016

Dah mula menghantui!



Semalam aku ternampak lah Hilmi share siakap keli punya post , ala cerita yang pasal kronologi kisah satu family kena gangguan dekat rumah tu .  Aku ni boleh tahan pengecut orang nya kahkahkah tapi ada hati pula nak baca . Masa mula mula baca tu okay lagi. Sampai part aku menggatal pergi play audio bunyi suara aneh tu, terus cuak! Masa awal dengar tu aku rasa okay je. Tapi masuk waktu maghrib semalam, dan maghrib harini rasa lain macam je. Dengan dalam kepala ni dok auto play "mariii marii mariii" hoiii meremang! 


Korang dah baca ke belum? Baca lah kronologi cerita tu. Aku kesian juga dengan mangsa dan family. Memang makhluk spesis suka bergurau kot . Rajin tolong set kan alarm diorang , suruh bangun. Eh eh eh bosan sangat lettew? Tapi tengok diorang lama lama macam dah tak heran dah . Rilek je laki dia siap selfie lagi dengan makhluk tu haha .


Antara alarm yang benda alah tu set kan. Rajin betul


Bila borak dekat Hilmi dia cakap memang sepatutnya tak perlu rasa takut. Sebaliknya kena rasa geram! Sebab rumah tu hak kita, kita punya. Kita bayar sewa, dia yang menumpang tapi eksyen melebihkan tuan punya rumah . Hm aku nak cakap lebih lebih pun tak berani , tak kena batang hidung sendiri . Minta jauh lah haha taknak! 


Korang baca lah cerita ni , kalau rasa lemah semangat atau berspesis penakut macam aku , tak disarankan untuk baca apatah lagi play audio tu . Heheheheheheehehehehee gelak panjang sikit bagi unsur mistik hahaha .



6 comments:

  1. ada baca kisah ni smlm,,tp x beranii nak dgr audio tuu

    ReplyDelete
  2. Cisss Farah... Mummy baru nak stayback...ciss cisss.. ! babab kang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. scary cite ni mummy. kalau mengikuti mmg seram je rasa

      Delete
  3. jangan lah ..takut tau..ketuk si hilmi ni kang

    ReplyDelete
  4. rmai org ckp audio tu fake.audio tu sbnrnya scary ringtone.yeahh baca mula-mula mmglah creepy bin spooky.tpi bila dh go through satu2 comment -..-' anywayy,nais entry ✌️

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...