Asia Skin Skincare - Selamat dan Berkesan!

Saturday, April 9, 2016


Jadi perempuan ni boleh jadi satu tugas yang complicated lagi lagi dalam bab membuat keputusan. Antaranya "eh nak pakai baju apa ya?" " nak pakai shawl ke bawal?" "nak pakai skirt ke seluar ya?" "nak mekap ke tak harini" .

Lagi satu masalah?

Memilih produk penjagaan wajah (skincare lah senang cerita)

Nak kan produk yang boleh putihkan kulit atau hilang kan jerawat? Nak produk yang bagi pori mengecil atau produk yang tegangkan kulit? Eh pening kan?

Tak dinafikan sekarang ni banyak produk kecantikan yang ada dijual dekat pasaran. Masing masing menjanjikan kesan cantik serta merta, dan cepat! Hah tengok kawan pakai, memang mulus kulit dia. Tak lama lepastu tengok tengok kulit rosak dan terbakar. Eh, kenapa?!

Ha sebab kebanyakan produk itu mengandungi bahan kimia terlarang. apakah barang terlarang itu? ok sesi pembelajaran kejap hehe . 

Merkuri
Hydroquinone
Paraben

Biasanya paraben boleh kita dapati dalam produk produk kita selalu pakai sepeti losyen badan, mostly barang penjagaan diri lah. Kadang paraben ni susah nak elak. Tapi kalau boleh elakkan, kita elakkan ok? Untuk merkuri dan hydroquinone pula WAJIB korang jauhi mana mana produk yang mengandungi bahan ni . sebab ianya sangat merbahaya dimana boleh menyebabkan kanser kulit . Jadi berhati hati dalam memilih produk kecantikan ya? Taknak kanser kulit kan?

Kalau korang malas nak fikir dan malas nak buat research sendiri , biar Faa cadangkan produk mana yang elok dan tiada terkandung ketiga tiga bahan terlarang yang Faa sebutkan tadi . Nak tahu?


Asia Skin Skincare Set



Set ni terdiri daripada 3 item, macam biasa kita ada cleanser , day cream dan night cream . Untuk mempercepatkan lagi kerja kerja membaik pulih kulit, mencantikkan dan meng - speed up kan process nak flawless kan wajah , Faa cadangkan korang gandingkan sekali bersama dengan penggunaan serum . Okay biar Faa terangkan satu satu item yang ada dalam Asia Skin Skincare Set ni ya?



1. Cleanser 

 

Cleanser ni macam biasa sedia kita maklum, tugasnya untuk bersihkan wajah. Bersihkan kotoran daripada menyumbatkan pori pori kita. Kalau pori tersumbat, tak cuci dengan bersih dan tak menggunakan produk yang bersesuaian tulah yang buatkan kulit kita berjerawat . Yang penting, lepas cuci muka memang rasa segar je. Dan kulit korang dah ready untuk step seterusnya!

2. Day Cream



Day cream asia skin ni berbeza nak dibandingkan dengan day cream yang pernah Faa cuba. Sejujurnya Faa sendiri memang dah konsisten pakai selama seminggu dan suka . Faa jadikan macam foundation, senang pun senang. Bila nak solat cuma dap sikit sikit je dan ratakan. Boleh juga jadikan sebagai sunscreen sebab day cream ni lengkap dengan SPF. Hah lagi satu, day cream ni ada macam shimmer sikit. Bila pakai muka nampak glowing berkilat, cantik! I like!

Bonus : Tak melekit dan selesa dipakai . Dah berpeluh tak rasa rimas atau rasa berkuwap pada muka.

3. Night Cream


 
Salah satu perkara Faa suka tentang produk Asia Skin ni ialah texture. Semua texture produk Asia Skin memang tak melekit, cepat resap dan selesa dipakai. Night cream ni, Faa sapu kejap je dah meresap. Unlike cream yang Faa pakai sebelum ni, rasa macam sapu lilin dekat muka sebab rasa macam ada benda melekat dekat muka. Tapi untuk night cream Asia Skin ni memang serious cepat meresap, dah bangun pagi cuci muka tak ada rasa licin atau berminyak . Macam sapu moisturizer je rasanya . Tak tipu ye, ini review jujur .



Okay ini ketiga tiga item yang ada dalam 3 in 1 set , Asia Skin  Skincare . Untuk serum pula dijual berasingan tak sekali dalam set. Korang boleh pilih samada nak pakai serum atau pun tak, tapi bagi pandangan Faa sendiri, serum itu penting dalam membantu mempercepatkan lagi keberkesanan produk tu. 

4. Serum




Serum didatangkan dalam pump bottle. Faa lagi prefer pump bottle daripada dropper. Sebab biasanya dropper dalam bekas kaca dan banyak kali dah faa pecahkan serum yang dalam botol kaca haha. Bagi Faa, serum dalam botol macam ni memang sangat convenient dan mudah dibawa untuk travel. Dari segi fungsi pulak, review jujur Faa sendiri, sama macam untuk item yang lain -- Faa suka dengan texture . Tak melekit, cepat meresap dan boleh rasakan kesan serta merta. Kesan apa yang Faa rasa? Faa rasakan kulit seakan tegang, dan lembut je. Bila bangun pagi, kulit kurang berminyak dan kulit kurang kusam .


Review


Bagi keseluruhannya, macam yang Faa duk ulang ulang tadi, Faa sangat sangat sukakan texture produk ni terutamanya day cream dan night cream . Biasanya malas nak pakai day cream dan night cream sebabkan rasa tak selesa . Melekit lah terutamanya. Tapi untuk set ni, memang tak ada rasa melekit langsung! Day cream rasa macam pakai bb cream, ringan dan selesa. Night cream pula macam pakai moisturizer. Buatkan Faa rasa seronok nak pakai hari hari .

Kesan dan Testimoni


Faa dah gunakan selama seminggu dan beberapa kesan ketara yang Faa nampak ialah pengurangan pada penampakan pori wajah - dekat area bawah mata , texture kulit lebih lembut dan ada beberapa parut dan kesan jerawat mulai pudar. Selanjutnya nanti Faa akan update dari masa ke masa ya. Tengok minggu depan macam mana pula .

Sekiranya ada daripada korang yang berminat nak dapatkan Asia Skin Skincare ni, boleh terus hubungi HQ di :


Facebook : Asia Skin Official
Instagram : @asiaskin.official
Hotline : 019-8711144/088484152




asia skin skincare set, asia skin set,produk asia skin,asia skin murah,testimoni asia skin,asia skin review,asia skin serum,asia skin day cream,harga asia skin

5 comments

  1. Lembutkan muka bila pakai AsiaSkin ni. Kalau habis ni. Mmg cari ni je. Senang nak bawak travel lengkap semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah suka pakai day cream dia, selesa je gantikan foundation :D

      Delete
  2. wow gebu gebas la Farah lepas ni... Anw jadi pompuan ni kadang2 memang complicated sikit.. semua nak pakai, nak guna, nak itu nak ini.. hahahahha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ofkos la mummy , perempuan kan lumrah nye nak cantikk je. semua benda nk try haha

      Delete
  3. Berapa set ni kalau termasuk serum?

    Ada kawan tanya. Org mengandung selamat tak nk guna set ni?

    ReplyDelete

On My Instagram