SSPN-i Plus : Pelan Simpanan serendah RM30 dengan pelbagai manfaat hebat!

Wednesday, April 27, 2016


Memandangkan aku dah nak habis study , dah kena mula fikirkan soal masa depan dengan serius nya - termasuklah mulai runsingkan soal kerja, soal beli rumah, soal perancangan keluarga (eh!) dan macam macam lagi lah. Pendek kata, dah kena fikirkan untuk berdikari sepenuhnya . Tak ada lagi nak bergantung pada Mama Ayah , tak ada lagi bergantung pada 'privileges' yang diterima sebagai seorang student . Hm sedih pulak tiba tiba. Lepas ni 'student price' dah tak valid. Sobs


Ok persyaiton kan itu semua. Kena yakin lah, hidup dah 25 tahun mestilah dah cukup dewasa nak berdikari sendiri . Apalah sangat student price tu , hekeleh (haha berlagak!) . Jadi mulai sekarang aku dah kena mula fikirkan pelan pelan pemasaran , eh silap . Pelan kewangan yang teratur .

Bercakap mengenai kewangan , adalah amat penting untuk kita punyai simpanan . Bukan setakat penting untuk kegunaan masa depan , tapi sangat lah penting kalau tiba tiba ada kecemasan . Duit simpanan , MESTI lah sentiasa ada . 

Kecemasan yang selalu kita hadapi mungkin dari segi tiba tiba accident ke, tiba tiba sakit ke - well itu lah yang paling dikategorikan sebagai kecemasan . If handphone screen retak, tak cukup cemas lagi untuk kau pecahkah tabung kelapa . Kan bagus kalau ada skim tabungan yang datang sekali dengan perlindungan takaful andai tiba tiba sakit , cacat kekal ataupun ada berlaku kematian . 

Well , sebenarnya memang ada skim tabungan macam tu pun!

--------------------

Hi-Tea Jom Gegar Siber bersama PTPTN






Hari ahad lepas, aku berkesempatan turut serta dalam Hi-Tea session bersama PTPTN .  Hi tea ni dilangsungkan di Pullman Hotel, Bangsar. Ada beberapa orang lagi rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang turut serta . Memang meriah hi - tea ni!



Sebab hi-tea kan, jadi kita selitkan gambar makanan haha



Thankyou PTPTN for such a nice evening hi-tea 


Masa Hi-tea ni lah aku diperkenalkan dengan produk terbaru daripada PTPTN iaitu SSPN-i Plus. Apa kebendanya SSPN-i Plus ni? (monolog ku didalam hati sambil mula mula buat tak peduli)


Ucapan daripada CEO PTPTN, En Wan Ahmad Wan Yusof


Sesi ramah mesra bersama tetamu yang ada 






Lepas dah diperjelaskan tentang SSPN-i Plus ni, terus rasa riang dan gembira sebab dah jumpa sesuatu yang bermanfaat , bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk SEMORANG!!



SSPN-i PLUS



Apakah SSPN-i Plus ?


SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.
SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih




Secara senang fahamnya, SSPN-i plus ni ialah satu pelan simpanan yang didatangkan dengan bermacam manfaat dan kelebihan. Antaranya ialah :




Ekceli, pelan SSPN-i ni memfokuskan kepada simpanan untuk pendidikan. Memang sesuai lah untuk yang dah berkeluarga dan mempunyai anak. Khaskan satu akaun untuk pendidikan anak anak , supaya mudahlah untuk masa depan. Betul tak? Lagipun sekarang ni yuran belajar bukan nya murah murah. Lagi lagi untuk kolej swasta . Cuba tengok ni, senarai yuran pengajian untuk beberapa course. Fuhh bukan murah murah ya. Aku sendiri belajar engineering pun belanja kos dekat RM70,000 (lap peluh) .





Jadi untuk ibu ibu yang masih tercari cari skim simpanan terbaik untuk anak anak, eloklah daftar akaun SSPN-i plus ni untuk anak anak. Sila hadam kan kelebihan kelebihan yang SSPN-i plus tawarkan sehadam hadamnya - nescaya akan terbuka dengan jelasnya mata uols akan bertapa awesome nya skim ni hehe .

Aku pun dah buka satu akaun untuk diri sendiri. Menariknya, serendah RM30 sebulan je pun dah cukup. Komitmen serendah RM30 sebulan dik , RM1 sehari je kot . Tak kan tak boleh kan? Bukannya duit korang ni di gelapkan ke apa . Tak ada nya duit korang di bawak lari . Duduk diam diam je dalam akaun tu . Skim ni dilindungi sepenuhnya , lagipun PTPTN - semua orang tahu . Makanya , memang skim yang selamat dan diyakini (angguk angguk kepala tanda setuju)

So, apa yang BEST sangat SSPN-i Plus ni nak dibandingkan dengan pelan atau produk kewangan yang lain? Sembang lebat tak guna , so baca ni pula . Dah cantik cantik susun dalam satu 'table' untuk korang nampak secara jelas perbandingan produk produk ni :



Setelah penilaian dibuat, rasanya macam tak perlu fikir panjang kot. Bermula daripada RM30 sebulan, dah boleh dapatkan satu pelan kewangan untuk diri sendiri yang sangat komprehensif . Aku ada cakap tak yang dengan mendaftar SSPN-i plus ni, korang boleh dapatkan pelepasan cukai sehingga RM12,000? Dapat elaun pulak bila masuk hospital? Berpeluang memenangi hadiah menarik dalam peraduan Bonanza? wow. speechless! kekekee

Pelan kewangan ditawarkan SSPN-i Plus ni terdiri daripada 6 pakej. Serendah RM30 sampailah ke RM500 sebulan. Tapi kalau ambil pakej besar, of course lah manfaatnya lagi better kan





Tengoklah tu! siap ada khairat kematian lagi - cover pendeposit, pasangan dan 3 orang anak! ini sangat berbaloi , kan? Eh rasa macam nak suruh mama, ayah, adik beradik semua cepat cepat daftar akaun SSPN-i plus ni !


Syarat nak mendaftar pun mudah ,terbuka untuk warganegara malaysia yang berumur daripada 18 tahun hinggalah ke 64 tahun. Umur anda 29 tahun? Boleh daftar lah weh, lagi mau tanya? hewhew. 



Korang tengok ni! Dapat dividen juga tau, setiap tahun . Nak tutup akaun bila bila masa pun boleh, dan semua wang simpanan dikembalikan. wahlaweh! Tak rugi apa apa kot! Kalau menyimpan lama lama lagi lah menguntungkan .

Tapi, kalau dah tutup akaun - bermakna korang dah tak terima perlindungan takaful dah lah. Sebaliknya kalau korang menyimpan selama 3 tahun, dan buat pengeluaran - akaun korang masih aktif , pengeluaran boleh dibuat dengan baki minima sebanyak RM1000 didalam akaun .


Sekiranya ada tuntutan, fret not! ada beberapa jenis tuntutan yang tak memerlukan korang untuk tunggu lama. 


So macam mana? Dah decide apa yang terbaik?

Sebenarnya, SSPN-i plus ni punya misi utama ialah untuk memupuk semangat menyimpan duit dan menabung dalam kalangan rakyat Malaysia. Yela , sekarang ni rasanya dah tak ramai yang faham dan amalkan menabung. Sebab ramai yang ambil sambil lewa, memandangkan sekarang macam macam jenis pinjaman boleh dibuat dengan mudah. Memang lah pinjaman tu mudah, tapi nak bayar balik tu yang semput nak! Daripada menyusahkan diri terikat dengan hutang, apa kata mula menyimpan dan menabung dari sekarang , jom?!

Untuk mendaftar akaun SSPN-i Plus ni sangat lah mudah! Tak perlu nak susah susah isi borang bagai , cuma daftar secara online je di link ni :


https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000001034


Sekiranya korang ada masalah tak faham nak daftar ke apa, boleh je minta tolong iols. Iols sudi membantu . Boleh whatsapp nombor ni : +6012-933 5779

Pendek kata dan kesimpulan boleh dibuat , ayuhlah menabung untuk kemudahan masa hadapan. Kita tak boleh nak agak apa yang bakal jadi akan datang kan? So better 'sediakan payung sebelum hujan' gitu . Ha entry macam ni memang sesuai selitkan peribahasa kan? kekekeke .

K gais, thanks for reading. Jangan pening pening fikir pelan simpanan mana yang elok - daftar je SSPN-i plus, senang cerita . Bai!

For more info ; 







Apa itu sspn-i plus, pakej sspn-i plus,cara daftar sspn-i plus,kelebihan sspn-i plus,harga sspn-i plus,skim takaful terbaik,pakej takaful murah,pakej insuran bagus,insuran bagus,insuran murah,perlindungan insuran,insuran malaysia, pakej simpanan pendidikan,simpanan pendidikan anak anak,simpanan pendidikan bagus,pelaburan bagus, alternatif kepada asb,pelan pelaburan,pelan tabungan,pelan simpanan,skim simpanan,skim pelaburan,skim kewangan,pelan kewangan,produk kewangan,ptptn,produk ptptn, produk terbaru ptptn, sspniplus, sspni, sspn i plus, macam mana cara daftar sspn-i, syarat syarat daftar sspn-i, berapa rm daftar sspn-i,maksud sspn-i,maksud sspn-i plus

7 comments

  1. banyak kelebihan sspn ni tapi mungkin kita tak sedar sangat..tahu bukak je sebab nak apply ptptn..hihih

    ReplyDelete
  2. owh, ini rupanya sspn ni..slalu bukak ptptn pun sbb nk tgk jumlah hutang pt yg blum bayo..ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, haa pasni menympan plak dgn sspn ni tauu

      Delete
  3. hee, slalu cek ptptn nk tgk blance hutang jer..keke..

    ReplyDelete
  4. amalan menabung yg konsisten. kalau dulu2 dah ada. mesti simpanan dah banyak skrg

    ReplyDelete
  5. amalan menabung yg konsisten. kalau dulu2 dah ada. mesti simpanan dah banyak skrg

    ReplyDelete
  6. apa maksud pengeluaran dgn baki minimum rm1000 dlm akaun bank ? bermaksud , mesti ada minimum 1000 dlm tu , xbole kasih kurang ?

    ReplyDelete

On My Instagram