MOVIE REVIEW : THE HUNTSMAN - WINTER'S WAR

Saturday, April 23, 2016

Apa jadi bila 4 kepala menggila digabungkan bersama? Terhasil lah keputusan nak tengok wayang yang secara tiba tiba.

Apakah yang nak digilakan sangat setakat tengok wayang? well , bagi kami kami yang duduknya di celahan rimbunan pokok berhabitat jauh daripada 'city center' , ini gila haha . Perjalanan ke bandar saja dah dekat 30-40 minit . Wah kau duduk pedalaman sangat ni farah haha . Adalah tidak pelik kalau korang duduk rumah tak sampai 500 m daripada shopping mall. Sebaliknya bukan mudah untuk kami kami yang terpenjara di bandar vendor taboh naning ni untuk keluar beriadah nak meredakan buasir otak yang dah makin mem-barah . Ewah ayat aku macam puisi jalanan kan? Ish rasa nak berpuisi pulak kahkah . Okay cut the crap .

Plan nya nak keluar makan je dengan Kak Teha, Hasbullah dan Afif (tak familiar nama nama ni? takpe nanti akan disebut banyak lagi dalam entry mendatang) . Entah macam mana tiba tiba "weh tengok wayang jom" . Aku sebagai seorang yang 90% hidupnya banyak dihabiskan didalam kereta dan menusuri jalanan , tak heran lah setakat nak drive pergi bandar tu sekejap untuk tegok wayang *flip shawl (haha berlagaknya bunyi)

Maka , jawapannya "yeay jom tengok wayang"

Kebetulan haritu, hari khamis. Biasanya hari khamis memang hari wayang wayang cerita terbaru keluar . Tambahan pula dah beberapa kali disogok dengan kekacakan Chris Hemsworth dan ke-bapak-gojesan Charlize Theron dan Emily Blunt dalam trailer The Huntsman , kitorang sepakat nak tengok cerita tu . Sambil bernyanyi nyanyi kecil "I'm heading straight for the castle... dum dum dumm" hihi .

Sebelum tu , aku selitkan dulu sinopsis cerita ni. Ha, baca jangan tak baca :


Filem arahan Cedric Nicolas-Troyan ini menceritakan tentang nasib The Huntsman (lakonan Chris Hemsworth) dan Queen Ravenna (lakonan Charlize Theron), yang asyik dalam sebuah hubungan percintaan yang sangat mencabar. Sementara itu, ratu jahat Ravenna (Theron) telah berjaya dikalahkan oleh pedang Snow White, dia diam-diam memerhatikan bagaimana kakak perempuannya Freya (Blunt) harus menderita atas pengkhianatan dan telah meninggalkan kerajaan mereka.

Freya mempunyai kuasa ajaib iaitu dapat membekukan musuh-musuhnya, ratu yang masih muda itu telah menghabiskan waktu beberapa tahun ditempat yang jauh dalam sebuah istana musim dingin untuk membesarkan sebuah kelompok huntsmen.

Ketika Freya belajar setalah kematian kakaknya, dia segera mengumpulkan tentara yang masih dimilikinya untuk membawa cermin sihir (Magic Mirror) sebagai satu-satunya yang tersisa untuk mendapatkan kekuatan darinya. Tetapi setelah dia mendapat tahu bahawa Ravenna ternyata dapat dibangkitkan, adik kakak itu terancam dengan kekuatan kegelapan yang belum pernah ada.

Haha baku pulak sinopsis ni. Takpela, janji korang faham .Okay terus kepada REVIEW keseluruhan cerita ni ;



REVIEW : THE HUNTSMAN - WINTER'S WAR


Keseluruhan cerita bagi aku, okay lah. Jalan cerita menarik, macam ada twist sikit walaupun dah boleh agak . Ada unsur unsur kelakar part orang kerdil suka mengomel ,  ada kisah percintaan (memang whole cerita ekceli pasal cinta), cuma bahagian action dan aksi lawan lawan macam kureng sikit . Tapi part Sarah (huntsman wanita aka bini 'Thor') tu nampak cool je sebagai seorang pahlawan wanita. Aku memang over excited sikit tengok gegadis gagah ni , macam cerita Tomb Rider, Resident Evil blablabla . Rasa macam "wow pawerrrnya" sambil google kelas taekwondo berdekatan haha . tapi selalunya over excited tu sekejap je. Jogging pun malas, ada hati nak training ala komando . Puih! huhuhu .

Cuma bagi aku 'kureng' nya dari segi watak utama cerita tu sendiri . Sebab nama cerita "Huntsman" - bunyi macam gagah perkasa sangat kan? Tapi bagi aku sendiri (pendapat aku lah kan) macam tak cukup gagah watak Chris Hemsworth dalam cerita tu . Hmm aku pun taktahu kurang dia kat mana. Mungkin dia lembik lembik sikit dalam tu sebab kan 'lemah kerana chentaaa kot' . Nak tahu kenapa lemah kerana cinta'? Korang kena lah tengok cerita ni , baru faham hihi .

BINTANG DIBERI


3/5


Okay gais, kalau korang sukakan cerita yang menggunakan latar masa ala ala 'far far away' , atau cerita dongeng yang dah dimodenkan, boleh la tengok cerita The Huntsman ni . Disamping cuci mata tengok kehenseman Chris Hemsworth, dapat juga idea untuk buat baju raya tahun ni bila tengok baju baju Queen Ravenna & Freya pakai dalam cerita ni haha . k bai! Thanks for reading :*












THE HUNTSMAN - WINTER'S WAR REVIEW,THE HUNTSMAN WINTER'S WAR SINOPSIS MALAYSIA,CERITA THE HUNTSMAN WINTER'S WAR,BEST KE THE HUNTSMAN WINTER'S WAR



4 comments

  1. kite suka movie ala2 fantasi ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah zatie. cerita macam ni best layan. yg sci fi/ fantasy

      Delete
  2. citer ke laut sikit takpe, yg penting hero hensem.. lalalalalala :p

    ReplyDelete

On My Instagram