Wednesday, October 31, 2018

Zephyrine Skincare Full Review | Rose Treatment Lotion, White Truffle Repairing Cream & Placenta Repairing Mask





Cukup dah sebulan guna Zephyrine as part of my skincare routine. Memang stop kejap nak tengok okay ke tak sebab kalau pakai campur campur nanti 'peningg aaaaa' mana satu aku pakai yang elok ni? Kan kan?

Zephyrine punya items guna 3 je. But 2 used on daily basis. Dia punya Rose Essence Treatment Lotion (toner) & White Truffle Repairing Cream .

Cembiasa, ayuh ke bahagian ULASAN

Wednesday, October 24, 2018

Marcella & Co : Melt Away Darling Cleansing Balm Review | Senang Digunakan & Hebat Tanggalkan Makeup



Dah lama teringin nak cuba Cleansing balm. Cleansing balm ni spesis makeup remover tapi dalam solid form. Biasanya kita selalu familiar dengan makeup remover jenis wipes, jenis liquid (air) and oil. Ada juga makeup remover jenis macam cream. Meskipun mereka datang dalam apa jua rupa, fungsi utamanya tetap satu iaituuuuuu



Menanggalkan kesan solekan (to remove makeup) 
hahaha it's pretty straight forward though.


Cleansing balm ni biasanya rupa dia macam waxy sikit. Solid in room temperature. Kalau nak guna, kena scoop sikit and apply dekat muka. It will melt with heat (i mean, minimal heat yang body kita produce) and slowly stripped off all the makeup .

Tuesday, October 23, 2018

Ada Plan Nak Bertukar Ke TIME Fibre Broadband? Sekarang ada Promo RM99 untuk 100mbps!

Ada Plan Nak Bertukar Ke TIME Fibre Broadband? Sekarang ada Promo RM99 untuk 100mbps! |  Disaat semua orang busy layan Netflix, aku dengan Hilmi pulak suka melayan review handphone, makeup tutorial, eating show & vlog orang dekat Youtube. Benda paling buat kitorang hangenn ofcos lah bila tengah sesedap layan video, eh tetiba dia stuck pulak, buffering pulakkk, dan paling nak marah bila dah sangkut tu, video tu pergi start over from the beginning!apeniiii!

Jadi , bagi memastikan perkara sedemikian dapat dielakkan, first thing first, nak kena pastikan internet provider mestilah power! Aku sempat nak melayan Youtube YouTube  ni antara masa dekat rumah , dengan dekat offfice je. Wifi dekat office ofcos la lancar je . Yang geram ni, dengan internet dekat rumah. Bila weekend je, lagi la lembab weyy!




Ada member aku rekomen kalau nak internet lajuu tanpa had, harga pula murah, pilih TIME Fibre Home Broadband. Setelah diselidik dan after few bacaan ilmiah diinternet dibuat, memang betul la tu ramai kata TIME Fibre Home Broadband lagi stabil dan internet fuhh zass laju wooo!

Tuesday, October 16, 2018

Karcher FC 5 Floor Cleaner Review | Review Pembersih Lantai Karcher FC 5 : Fungsi dan Kelebihannya?

Kerja kerja uruskan rumah ni nampak macam biasa biasa tapi sebenarnya perlukan kudrat, kerajinan dan keikhlasan haha.

Kalau time takde mood tu memang ya auloh malas betul nak buat kerja rumah. Paling rajin pun vacuum jela. Kalau mop tu sebulan sekali baru buat sebab paling malas nak bancuh bancuh air cuci lantai, perah mop lagi, melekit lekit lagi.


Nak mudah kan kerja, guna je Karcher Floor Cleaner. Berfungsi 2 in 1. Sebagai penyapu, sekali dengan mop jugak. Sekali lalu je lantai dah berkilat. Tak ada dah nak susah susah bancuh air mop &  perah mop. Sebab memang terus machine ni dispense air untuk cuci lantai sekali. Senang sangat ada Karcher Floor Cleaner ni.

Masa awal awal dapat haritu, bukan setakat aku je, dengan Hilmi pun excited terus jadi rajin tolong kemas rumah sekali. Rajin tau, bab unboxing pun dia yang over lebih. Tak caya, tengok video bawah ni

Wednesday, October 10, 2018

Resepi Ayam Buttermilk Senang Cepat Mudah Tak Pandai Masak Pun Boleh Buat #DapurNoob

Selamat datang ke segmen #dapurnoob haha tiberr je banyak pulak segmen dekat blog ni kan?

Pada yang sedia maklum atau pun belum maklum, biar aku maklumkan. Aku sejenis yang 'noob' bab memasak. Tapi aku bukan la kategori tahap goreng telur pun hangus k. Telur aku masih kelihatan telur saat selesai digoreng, begitu juga untuk ayam, ikan, dan sekalian seafood.

Nak kata aku tak reti masak, aku rasa aku reti je. Cuma takde variasi lah. Ada setengah masakan je aku reti and aku repeat sampai kesudah masak tu jeee wakakaka.

Sesejak kahwin dengan Hilmi ni lagi lah limited aktiviti masak memasak aku ni. Sebab dia yang conquer kitchen. Semua dia nak buat. So aku pun suka la wakakaka.

Pun begitu, masih menjadi tanggung jawab bini bini seantero dunia untuk masak untuk suami meskipun suami kau juara Masterchef. Tak Gituh?

Makanya bodo bodo pun aku masak lah jugak. Last time resepi terakhir aku update dalam blog ni : Sotong butter, Ha nampak tak yang aku dengan hilmi ni sejenis penggemar masakan base butter butter .

So, kali ni, segmen #dapurnoob turut membawakan edisi masak butter iaituuuuuu,


RESEPI AYAM BUTTERMILK SENANG GILA TAK PANDAI MASAK PUN GERENTI JADI


*hahaha amboi tajuk resepi*

Bahan bahan pun simple. Satu kekangan yang mungkin muncul ialah bagi mendapatkan :


  • Daun Kari
  • Susu Cair


(eh dua pulak)

Tapi biasanya kedai runcit depan rumah tu ada je jual. Daun kari, minta la ihsan rumah sebelah . Kalau duduk dekat area rumah aku, moh singgah NSK sat.

Ok let's masakkk!

Bahan bahannya :

Dada ayam (potong kecik kecik)

Untuk perap/goreng ayam : (lain orang lain versi , ni versi 'asal boleh')

salut kan dengan tepung gandum + garam + lada sulah
*(nak lagi sedap boleh goreng salut telur tapi kalau takde telur pun shedapp dah)

Bahan untuk kuah buttermilk :

2 sudu besar butter
1 tangkai daun kari
bawang besar
bawang putih
1 cawan susu cair
cili api (ikut nak pedas macam mana)
garam gula secukupnya
chicken stock (kalau nak)


wow flatlay bahan bahan masakan


Tuesday, October 9, 2018

All A Box Sambut Anniversary Pertama!



Tahu tak? Tahu tak? I'm a sucker for cute packaging, and pretty boxes! Kadang, beli barang semata mata sebab kotak cantik. Takpun, beli sampai minimum pembelian, semata mata nak order tu sampai dalam kotak limited edition haha dasarr wanita sangat kan?

Tapi itu la kepuasan yang kita cari bila berbelanja. Lagi lagi order online. Nak lah barang kita order tu datang dalam keadaan baik, terbalut cantik, fefeeling macam dapat hadiah. Fefeeling macam wah dapat surprise gituh, meskipun hakikatnya beli guna hasil keringat air ketiak sendiri ahak ahak ahak.

Come on lah, bila All-A-Box keluarkan pulak kotak edisi khas 'Once Upon A Time' dia tu, automatis tanpa diundang, rajin je nak jenguk jenguk apa yang ada dalam kotak tuu. Mana boleh tengok je kan?

Friday, October 5, 2018

Tips Ubah Bilik Tidur Jadi Macam Bilik Hotel Gunakan Bantal Leyna

​Apa yang buatkan tidur dekat hotel tu best sangat?

Okaylah ada beberapa point

1. Tidur dalam aircond (ni kalau rumah takde aircond, rasa special sikit tidur aircond hotel)
2. Sua​​sana bilik yang simple, tak serabut and decoration cantik (sebab bilik sendiri dah semak dengan almari baju nya, dengan meja mekap penuh barang. Sakit mata tengok. Kalau bilik tu kosong je confirm macam hotel
3. Bantal tidur yang besttttt (bantal hotel mana mana pun mostly semuanya best. Sebab gebu, high quality, tak keras sangat tak penyek sangat)

Nak cipta suasana macam tidur dekat hotel, untuk rumah sendiri bukan susah pun.

Ha pasang lah aircond sebijik! Haha amboi senang je cakap kan, macam aircond harga RM2.50 je. Dah la bil api pun naik sekali.

Okay lah pergi point 2, cuba minimalkan barang dalam bilik tu. Mana benda benda semak atas meja tu, simpan la dalam laci. Baru la nampak minimalist. Automatic feeling hotel tu datang

Lepastu pergi point no 3 pulak. Yang ni lagi senang kacang kuda jual dalam bas je ha. Nak bantal  ala hotel selesa, gebu, guna inti fiber high quality , boleh cuba bantal hotel Leyna

Aku mula mula macam tak perasan pulak nama Leyna ni sama dengan 'lena' (maksudnya tidur dengan kepuasan). Ingat kot nama tokey dia Amalina ke, Haslina ke, buh nama bantal 'Leyna' hehehe. 



Thursday, October 4, 2018

Zephyrine Skincare : Premium Ingredients - Sesuai Untuk Kulit Sensitif


Luxury products ain't my thangggg tapi kalau luxury and premium ingredients dalam skin care, i'd say yes to that!

Daripada dulu, kalau dengar Pitera (yeast extract) , mesti boleh relate dengan satu brand besar ni kan? Yang harga sebotol RM300,RM400 tu haha . Haritu ada cuba survey survey harga, alamak mahalnya! Cancel lah nak feeling feeling pakai skincare mahal konon konon sejak dah bekerja ni haha .

Alternatively, I've been given a chance to try out Zephyrine punya products yang mana salah satunya terkandung Pitera! Pitera ni extract daripada yeast, knowingly did an amazing job in improving skin firmness and elasticity . Biasanya orang dah late 20s ni dah mula concern pasal skin elasticity, kedutan etc tu. So masa ni lah sesuai nak ber-Pitera bagai .

One thing yang aku suka pasal Zephyrine ni, memang product dia semua gunakan premium listed ingredients. Jap eh nak senaraikan antara Premium Ingredient yang ada ;

- Pitera
- Placenta
- Bulgarian Rose
- White Truffle
- more

few more points to highlight ;

- Non alcohol artificial color used
- Non preservative added (yang ni confuse jap, macam mana kekalkan shelf life?)
- Non heavy metal/ Silicone (yas good point!)
- No Animal experiment (yay no poor bunny experimented!)
- SGS Certified

Let's move on to the products shall we?

Products Zephyrine ada macam macam, depends on what your skin concern are. They sent me 3 of their star products to try.

1. #1 Rose Essence Treatment Lotion
2. #4 White Truffle Repairding Cream
3. #6 Placenta Extract Repairing Mask

No #1, #4 dengan #6 tu tak sure number apa. Maybe number of steps kot. Like, memula pakai #1 dulu, pastu mungkin #2 pulak (which aku tak tahu product apa hehe, nanti boleh tengok dekat website)

I will try this for a month and i'll share my verdict you guys soon . Tapi sebelum tu, mari kita berkenalan dulu dengan produk produk ni .

Ayuh!

==================================

#1 Rose Essence Treatment Lotion








Name:Rose Essence Treatment Lotion

Volume :150ml

Ingredients:

Aqua、Cabbage Rose Distilled Water、Sodium Methylparaben、Citric Acid、Propanediol、Aloe Barbadensis Leaf Juice、Potassium Sorbate、Sodium Benzoate、Butylene Glycol、Glycerin、Glycosyl Trehalose、Hydrogenated Starch Hydrolysate、Glycereth-26、Propylene Glycol、Sodium Hyaluronate Crosspolymer、Pentylene Glycol、Hydroxyethylcellulose、Sodium Acetate、Isopropanol、Cellulose、Allantoin、Niacina mide、Phenoxyethanol、Chlorphenesin、Hydrolyzed Adansonia Digitata Extract、Carbomer、Saccharide Isomerate、Sodium Citrate、Punica Granatum Fruit Extract、EDTA-4Na、Hydrolyzed Pearl、Sea Salt、Disodium EDTA、Palmitoyl Tetrapeptide- 7、Ethanol、Lecithin、Ectoine、Cyclopeptide- 5、Hesperidin Methyl Chalcone、Steareth- 20、Dipeptide-2、Chlorhexidine digluconate、Iodopropynyl Butylcarbamate、PEG-40 Hydrogenated Castor Oil、Coenzyme Q10

Premium ingredients listed : 

 Bulgarian Ruby-Damascus Rose Hydrosol water base , Pearl extract, Allantion, Red Pomegranate, Kobbalah extract

What it claims :

- Replenish skin moisture
- Balance and soothe sensitive skin
- Control pigment spot
- Brighten skin

Direction : 

Apply over face and neck after cleansing. Use daily.

Texture :

Clear liquid, macam toner. Boleh apply ikut cara mana suka. Boleh guna kapas atau dab dab. Cepat resap, bau rose. Tak kuat sangat.


On My Instagram