Sunday, August 27, 2017

Pinggan Viral Cantik Pasar Seni | Serendah RM2, Diskaun lagi 40%!


Seumur hidup aku tak pernah lagi jejak kaki dekat Pasar Seni. Selalu dengar orang dok sebut sebut. Teringin nak pergi tapi tak berkesempatan. Asalnya nak pergi area situ sebab nak pergi cari bunga dekat tempat Mek Onie recommend . Dia cakap dekat situ bunga harga murah namatey, harga harga borong lah senang cerita. So bila Mek Onie dah terangkan location, kitorang pun ikut jelah google map and end up rupanya dekat gilo dengan Pasar Seni

Kitorang decide nak parking dekat depan pasar seni tu je sebab kedai bunga tu bebetul tepi jalan, tak ada tempat nak berhenti or parking pun. So kena lah parking dekat pasar seni, pastu jalan sikit dalam 300m je nak ke kedai bunga tu.


Aku punya lah eksaited nak pergi kedai bunga tu. Tapi Hilmi cakap;

 "Taknak jalan jalan dekat sini dulu ke? (pasar seni) . Kang dah beli bunga banyak banyak tu payah pulak nak jalan jalan" 


Aku pun setuju kan jelah . Dah alang alang kan .

Mula mula masuk lah dalam pasar seni tu. Aku expect pasar seni ni macam pasar siti khadijah ke atau pasar pasar lain yang jual barang kraftangan yang dalam dia nampak usang and panas. Tapi rupanya aku salahhhh haha.

Dalam dah siap ada aircond, kemain sejuk . Kedai kedai pulak tersusun cantik je. Pulak tu tandas dia kemain lawa wey! Bayar 50 sen lah tapi . Tak kisahla 50 sen pun. Yang penting jamban dia lawa gila haha . Aku nak je ambik gambar tapi masa tu ramai pulak orang dalam toilet . Kang omputih tu fikir bapak jakun budak ni jamban pun nak ambik gambar wakakkaa . Pintu jamban gila cool kot . Spesis sendal dengan kayu . Pulak tu jenis daun pintu yang ala ala macam tingkap rumah dekat kampung , yang dalam iklan Adabi tu haa .

Paling tak boleh bla, nak pergi tandas masuk coin okay ada pagar . Pagar yang biasa macam nak pass through dekat LRT tuuu . Memang nak lalu , wajib bayar dulu limaplosen . Now, siapa cakap 50 sen tak penting? 50 sen boleh masuk tandas Pasar Seni okay?


Pinggan Viral Cantik di Pasar Seni


Dah lepas merayau rayau dalam Pasar Seni tu, kitorang pun keluarlah nak pergi kedai bunga tu. Tetiba terjumpa pulak kedai jual banyak banyak pinggan . Lawa lawaaaaa! Baru teringat yang haritu ada kecoh and viral pasal pinggan ni dekat Pasar Seni. Tak teringat lah pulak pasal pinggan ni bila mula mula sampai dekat sini .


Cantik cantik pinggan nya and murah murah . Tapi banyak design yang aku suka mesti sekali pusing je dah habis . Kalau tak pun, mesti defect sebab dah tinggal seketol je. Ada crack la apelah. Sedih betul. End up pilih punya pilih , aku beli 4 ketoi je. Tu pun setakat nak beli sebab nak jadikan hiasan dengan prop untuk ambil gambar ekekekeke .



4 ketoi ni harga RM6 je total semua tau . Gila murah! Dekat sini pinggan semua range harga serendah RM2 sampai lah belas belas ringgit. Lepastu ada pulak beberapa pinggan yang ada further discount 40% . Murah murahhh! Memang puas hati lah . 

Lawa lawa design nya, level level IKEA


Aku ada post gambar pinggan ni dekat instagram haritu . Sampaikan kakak non Emas Putih pun menggigih whatsapp tanya dekat mana tempat nak beli pinggan ni . Katanya nak pergi memborong pinggan untuk bakal mak mertua . Bagusnyaa awokme ni ye heeee .


So kesimpulannya, 

  • kedai pinggan ni dekat Pasar Seni tapi bukan bahagian dalam
  • kedai nya betul betul tepi jalan, bersebelahan tempat melintas untuk pejalan kaki
  • kedai dekat area lorong sebelah Pasar Seni yang orang jual jual makanan , baju etc
  • harga serendah RM2 ++
  • ada diskaun 40% untuk pinggan terpilih
  • jangan fikir lama lama, rasa nak terus angkut letak tepi sebab sekelip mata je tengok tengok orang lain dah sambar
  • kalau nak datang dengan tren, boleh berhenti dekat stesen pasar seni. Tapi kalau rasa nak memborong banyak pinggan, menggigihlah angkut pinggan tu naik tren.



Sekian sahaja liputan saya mengenai pinggan viral . Nanti kita cerita pulak pasal kedai bunga yang ai pergi tu, okay?







Related search : pinggan viral, pinggan corak moroko, pinggan ikea murah, pinggan cantik murah, pinggan pasar seni, apa yang ada di pasar seni, pasar seni cantik

Friday, August 25, 2017

Cara Betul Menggunakan Serum & Jenama Serum Yang Disarankan : Shaiqa Miracle Neuskin Serum


Selalu kalau orang tanya aku "Eh Farah, skincare apa yang bagus untuk kulit eh?"

Jawapan dia akan jadi gila subjektif , gila general . Kalau nak specific kan jawapan , kena tahu specifically pulak jenis kulit nya macam mana, ada masalah kulit jenis yang macam mana , yada yada yada ...

Tak boleh lah kalau si Parah berkulit kering pakai brand A , kemudiannya recommend dekat si Faghah berkulit berminyak pakai brand A yang sama . Keadaan kulit berbeza, kesannya pun akan berbeza kakak kakak yadek yadek .

So biasanya best suggestion I can give, cuba 'try and error' , pastikan pencuci muka mana yang sesuai dengan jenis kulit . Kalau kulit kering , jangan pakai pencuci muka untuk kulit oily sebab nanti akan strip too much oil from our skin . Kulit kita masih perlukan that oil okay untuk dapatkan that healthy glowwwww .

Dan juga, rajin rajin lah spend sikit untuk beli serum yang berkualiti . Serum ni lah yang akan bantu pudarkan parut jerawat , jeragat dan bermacam jenis masalah kulit korang tu .

Ada macam macam serum yang aku pernah guna , tapi untuk entry yang ni aku nak share satu dulu ;


SHAIQA MIRACLE NEUSKIN SERUM

Fungsi ;

  • Mempercepatkan pengecutan jerawat dan mengurangkan jerawat yang tumbuh dimuka
  • Melembapkan kulit wajah *boleh dirasai pada penggunaan pertama
  • Boleh mengurangkan kesan parut dengan penggunaan kerap dan berterusan
  • Mampu mengurangkan garis kedutan







Serum biasanya perlu pakai waktu bila?

Confuse eh? takpayah confuse confuse. Turutan nak pakai produk skincare ni ialah mengikut kepekatan produk tu .

Mula dengan cuci muka, lepastu teruskan dengan TONER (toner biasanya dalam bentuk cecair kan?) Lepastu boleh apply serum . Serum ni likat sikit daripada toner . Next, teruskan dengan moisturizer . Sebab moisturizer biasanya dalam bentuk krim pekat sikit . Dah faham tak turutan dia? Okay lepas moisturizer teruskan pula dengan sunblock dan boleh makeup macam biasa .

Kalau untuk belah malam punya rutin , lepas moisturizer tu boleh la apply eye cream pulak . Buat urutan kat kawasan mata tu .

Senang je kan?

So untuk serum Shaiqa ni pun sab sab soi je cara pakainya .

Picit sikit pada tapak tangan . Kalau rasa malas letak atas tapak tangan , boleh dongak sikit dan titiskan terus dekat muka . One drop dekat pipi kanan,  dan pipi kiri . Pastu ratakan . Takpayah la titik banyak banyak, membazir haha . Sikit pun dah cukup . Yang penting kulit dapat nutrient yang diperlukan . 


Shaiqa serum ni tak ada limitation ye. Pakai banyak tak mendatangkan mudarat . Rasa rasa tak kedekut, boleh je pakai 3,4 kali sehari . Kalau rasa macam sayang nak guna banyak banyak , ha pakai je 2 kali sehari .

1kali pagi
1kali malam

Get it?

Kelebihan Shaiqa Serum ni termasuklah ;

Cepat kering
tak melekit
bau yang menenangkan 
tiada pengelupasan
tiada merkuri
diiktiraf dan diluluskan KKM
sesuai untuk semua jenis kulit 

===============================================

Bawah ni antara testimoni pengguna serum Shaiqa ;









Personal Review


What it claims to be 'non sticky' , cepat kering tu memang betul . It does what it claims . Maksudnya bila dah ratakan tu, tak ada rasa macam melekit muka , dan selesa lah nak teruskan dengan penggunaan moisturizer pulak . Ada setengah serum melekit . Lepas dah pakai tu, rasa berlemuih je. Nak apply moisturizer lagi lah tambah berlemuih . Tapi serum shaiqa ni memang cepat gila meresap dalam kulit .



Untuk kesan lepas penggunaan sebotol (I used this few months ago tapi tak sempat but write up ,  sorry T_T ) , kesan paling ketara yang boleh nampak ialah pada point 'minimize pore appearance' . Benda ni tak tutup pori ye. Pori mana boleh tutup. Kang tutup payah lah skin nak bernafas. Tapi mengurangkan appearance pore tu. Nampak macam kecik je. So bila tengok muka tanpa makeup, takde la nampak sangat lobang lobang pori tu, dan bila makeup appears lagi smooth dan cantik . Bila apply foundation nampak sekata . Aha! itu kan impian semua gegadis, tak gitu?

Untuk kurangkan parut jerawat , I can't tell sebab I pakai on off (sebab before this muka breakout , jadi macam takut takut sebenarnya nak guna banyak produk) , tapi boleh perasan lah serum ni bagus untuk bantu cepatkan proses pengecutan jerawat . 

Apa apa pun ,  i'm sure kalau penggunaan secara konsisten, mesti hasilnya lagi kaboom!



Kalau nak beli ni takde la pulak dekat Watsons ke Guardian . But boleh dapatkan daripada agent berdaftar Shaiqa . Salah sorangnya Shida. I got mine from her 

| Harga : RM76.00 |

Facebook Page : Shida Maia Beauty
Instagram : Shiday_Idaris
No. Tel : 012-338 7612
















Related search : Shaiqa serum, serum lokal selamat, serum selamat tanpa merkuri, shaiqa merkuri, shaiqa kkm, shaiqa selamat, shaiqa testimoni, feedback serum shaiqa, cara guna serum, serum kena pakai waktu bila, kenapa serum mahal, serum yang elok, jenis serum yang bagus

Thursday, August 24, 2017

Tentang Micellar Water & Eye Lip Makeup Remover | Nivea Double Effect Eye Make-Up Remover Review




Sejak sejak dah kurang pakai makeup sekarang ni, makeup remover dah habis pun aku buat tak layan je. Setakat nak remove makeup ringan ringan, kotoran peluh & kesan sunblock or bb cream tu , biasanya guna micellar water je. Micellar water ni dah ada macam macam brand dah sekarang . Garnier, Loreal, Nivea, Maybelline, Eversoft , even jenama Watsons pun ada . Rasanya semua pun fungsi lebih kurang je, tapi sebabkan aku spesis berkira so biasanya compare dulu isipadu dengan harga . Kalau rasa berbaloi baru beli muahahaha .

Nah iols senaraikan sekali jenis jenis micellar water yang boleh korang beli dekat Watsons atau Guardian . Semua ni harga RM40 kebawah . Pepandai lah pilih mana berkenan



From bottom left : Watsons Micellar Water | RM35.00 (485ml)
Garnier Micellar Water Even For Sensitive Skin | RM29.90 (400ml)
Garnier  Pure Active Micellar Cleansing Water | RM29.90 (400ml)
Nivea Hydration Make Up Clear Micellar Water | RM16.90 200ml

Micellar water ni memang lah katanya untuk remove makeup, tapi kalau korang makeup tebal tebal guna foundation , mascara bagai - seeloknya gunalah makeup remover yang lagi sesuai untuk heavy makeups .

Lepastu, untuk makeup bahagian mata dengan bibir, kena guna produk yang berbeza. Sebab kawasan mata dengan bibir kita ni agak sensitif . Kadang tu kalau salah guna produk untuk buang mekap mata, boleh lah jadi mata pedih or gatal gatal . And untuk bibir pulak , kalau tak guna makeup remover yang bersesuaian, tu yang buatkan bibir korang gelap . Tak semestinya sebab pakai lipstik je boleh gelapkan bibir tau . Tak remove lipstick dengan bersih pun antara penyebab bibir kering & gelap .

Kalau sebelum ni aku suka guna Loreal Gentle Eye & Lip Make up Remover , bila dah habis haritu aku jadi malas nak beli baru sebab tengah mode kedekut hahaha . Maka mengigih lah aku cuba nak sental mascara guna micellar water je, lepastu habis pedih pedih mata and mascara nya payah nau nak hilang .


So semalam aku saje lah bertapa lama lama dekat Watsons dan setelah berjam jam compare compare makeup remover yang ada , aku decide untuk cuba NIVEA Double Effect Eye Make Up Remover pulak .


Point point penting menyumbang kepada keputusan nak membeli ( hahaha )

1. Harga : RM18.80 (tengah sale) untuk 125ml .
Bila compare dengan jenama lain punya isipadu & harga , yang ni win!
2. Suitable for all skin type
3. with added Cornflower extract
(taktahu sangat apa fungsi tapi macam convincing lol! haha)



Ingredients . Untuk yang pakai contact lens pun sesuai guna


Okay terus kepada personal review!






1. First thing first, makeup remover ni perlukan cotton pad ye. Sebenarnya aku lagi prefer jenis pakai cotton pad ni daripada jenis non-rinse/ guna air je. Sebab kalau guna cotton pad lagi senang remove mascara , tak pedih and takdelah termasuk mata masa gonyoh nak buang mascara tu .

Sebolehnya guna facial cotton camni eh. jangan guna kapas yang cam lembik sangat tu, tak best guna untuk remove makeup

2. Sumpah senang gila nak remove mascara guna remover ni . Memang 2 kali tonyoh je dah hilang completely! and bulu mata rasa lembut and moisturizer je area eyelid tu. Ada setengah makeup remover dia jadi kan area mata tu kering . 

Sekali sental pun dah boleh hilang . Letak atas cotton pad, biarkan few second kat mata pastu gonyoh slow slow

Senang cerita memang aku puas hati dengan Nivea punya makeup remover ni . Plus, harga dia murah sikit dari Loreal dan tahap ke-effective-an dia lebih kurang Loreal (rasanya lagi better dari Loreal kot?) . 

Repurchased?

YASS!!


Availability : Watsons, Guardian





Korang guna eye & lip makeup remover jenama apa? Share lah :)



Tuesday, August 22, 2017

Pakej Perkahwinan Bertema 'Garden' di Bangi : Lake Cempaka Villa Jadi Rebutan Untuk Majlis Istimewa!


Masa aku kahwin haritu, untuk majlis sambut menantu , kitorang buat dekat Bangi Golf Resort. Sebabkan abang abang Hilmi sebelum ni kahwin pun memang buat majlis dekat situ . Kalau nak kirakan, dekat Bangi ni memang Bangi Golf Resort tu hot spot lah untuk buat majlis kahwin . So kalau rasa rasa nak kahwin, nak booking dewan, memang setahun sebelum pun dah kena book awal awal . Kalau tak, memang potensi nak dapat dewan tu kurengg . Almost every week confirm full je.

Baru baru ni, aku dapat tahu ada satu lagi spot best untuk dijadikan venue kenduri kahwin . Lokasi nya strategik , elok elok je sebelah tasik . Elok je lepas majlis, terus boleh shoot gambar kahwin kat tepi tasik . Syok kan? Aku haritu tak sempat nak ambik gambar post- wedding lepas majlis sebab tak tahu nak pergi mana untuk bergambar. Lagipun dah petang tu berlengas dah plus dah kena prepare untuk solat asar pulak . Takpela, ambik gambar tu kendian kendian pun boleh .

Berbalik kepada cerita venue kenduri kahwin dekat sebelah tasik tadi tu . So, dekat mana tempatnya?


Lake Cempaka Villa di Taman Tasik Cempaka, Bangi





Ini ialah satu lagi produk daripada Felda D'saji (anak syarikat milik Koperasi Permodalan FELDA). Rasanya ramai pun dah tahu yang Felda D'saji banyak menyediakan pakej dan tempat yang sesuai untuk buat majlis kahwin . Yang aku tahu, salah satunya dekat Kelana Jaya. Sebab yang tu ramai juga kawan kawan aku kahwin buat dekat situ . Dan memang jujur cakap lah ye, rata rata majlis kahwin yang aku pergi ; yang dibuat dekat Felda D'Saji , memang best . Sebab suasana selesa, dan makanan pun sedap. So, kalau nak buat majlis dekat sini , takpayah risau lah bab makan tu . Kira beres dah part tu .

Memang Felda DSaji biasanya buat serba serbi lengkap dengan pakej makan dan decoration sekali, so sama lah juga untuk Lake Cempaka Villa ni. Ekceli, Lake Cempaka Villa ni tak terhad untuk majlis kahwin je. Dekat sini ada juga disediakan bilik bilik kecil sesuai untuk diadakan seminar, mesyuarat dan sambutan hari jadi. Kalau nak buat majlis akad nikah pun sesuai jugak . Pendek kata, nak buat majlis apa apa pun bisa ajaa disini .

Boleh Memuatkan 2000 Tetamu??


Lake Cempaka Villa ni asalnya dulu ialah tapak pejabat pengurusan Taman Tasik Cempaka yang dah dibangunkan semula kepada sebuah restoran yang berkonsep ala ala villa. Tempat ni agak besar juga walaweh. Dah la cantik!

Lake Cempaka Villa daripada pandangan atas. Cantik kan?


Mempunyai kapasiti 350 tempat duduk untuk satu satu masa , dan boleh menampung sehingga 2000 tetamu jemputan secara buffet dalam 4 jam . Kira nya kalau setakat buat majlis kahwin tu, insyaallah tetamu semua selesa . Tak ada lah pack dan sesak . Lagipun , isu parking pun tak ada masalah sebab banyak sangat parking yang disediakan . Penting tau bab parking ni! Lagi lagi untuk spesis macam aku yang suka pakai kasut tinggi melangit bila pergi majlis kahwin . Paling stress kalau kena parking jauh sebab parking penuh . Susah tau mak datin nak menapak pakai kasut tinggi jauh jauh hahahaha .  Kemudahan asas lain termasuk tandas yang selesa, dan surau pun ada disediakan jugak .

suasana semasa majlis perkahwinan ( gambar dari instagram Lake Cempaka Villa )


Kalau lah Lake Cempaka Villa ni dah buka awal sikit, agaknya wedding aku haritu buat dekat sini je. Syok wey wedding tema tepi tasik . Cantik tau!

Untuk kawasan tempat duduk tetamu, tetamu boleh pilih nak duduk dekat kawasan mana. Ada bahagian indoor dan ada outdoor. Kalau rasa nak santai santai tengok view tasik, or nak sapkok sapkok dulu , boleh lah duduk bahagian luar. Kalau rasa nak sejuk sejuk aircond,  duduk la bahagian dalam. Yang penting, duduk luar ke dalam ke dua dua nya selesa. Cuma kalau tengahari tu, kalau duduk bahagian luar, becak lah sikit tiak tu hahaha .






Kalau untuk majlis kahwin, biasanya akan ada satu ruang khas atau bilik yang dijadikan tempat untuk bersanding. Kiranya kalau nak letak meja makan beradab dengan pelamin, ha boleh letak dekat bilik ni . Tak jauh pun dari tempat duduk tetamu . So kalau tetamu dah habis makan, boleh terus la masuk bilik ni untuk jumpa dan salam salam pengantin dulu . Macam yang dalam gambar ni, boleh nampak susun atur pelamin elok elok je menghadap pintu masuk bilik , untuk meja makan beradab pula dekat side kanan . Kalau nak layout lain, boleh je kot nak tukar , pepandai lah bincang dengan wedding planner uols tu .






Biasanya kalau majlis kahwin ni orang tempah masa weekend je kan? Takkan masa weekday nak biarkan krik krik je kan?

Buffet Makanan Tengahari dan BBQ Steamboat Sepanjang Minggu


Ha waktu weekday pulak , Lake Cempaka Villa ni beroperasi sebagai restoran . Dari hari Isnin sampai Khamis , masakan ala kampung bertemakan "Authentic Malay" di sediakan untuk makan tengahari pada belah siang . Untuk sebelah malam pulak , terus bertukar konsep jadi BBQ Steamboat pulak . Dan ada juga macam macam menu Ala Carte. Rasanya nanti untuk bulan Ramadhan tahun depan, confirm Lake Cempaka Villa ni ada offer buffet ramadhan jugak kan?

Promosi Pakej Perkahwinan di Lake Cempaka Bangi


Good news untuk orang Bangi, Kajang, Putrajaya dan sekitarnya yang tercari cari tempat untuk buat majlis kahwin! Felda D'Saji sekarang ni tengah menawarkan Pakej Perkahwinan Lake Cempaka Villa bermula dengan harga RM28.00+ per pax (dengan minima 800 pax) . Yang bestnya , pakej ni termasuklah kos sewa tempat, catering, kerusi meja semua tu, decoration dan juga pelamin .



. . . ========================= PROMOSI PAKEJ PERKAHWINAN DI BANDAR BARU BANGI ========================= . . Anda warga #Bangi dan masih MENCARI venue untuk adakan majlis perkahwinan?? . . Mencari venue yang SANTAI..tidak terlalu terkurung di dalam dewan?..mempunyai elemen air dan taman? . . Kini #Felda D'Saji telah membuka cawangan baharu di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. 📍 ( https://maps.app.goo.gl/i/Xz7qK ) in Google Maps . . =============== TAWARAN PAKEJ =============== ➡ Pelamin Asas ➡ Meja Makan Pengantin ➡ 3 Tambahan Lauk Istimewa Meja Pengantin ➡ PA System ➡ Persiapan Meja Makan Untuk Tetamu ➡ Buffet Untuk Tetamu ➡ Surau Untuk Tetamu ➡ Kawasan Parking Yang Luas Dan PERCUMA ➡ Kemudahan Acara Akad #Nikah Beserta Kadi . . Rebut peluang menjadi antara yang terawal membuat tempahan serta dapatkan tawaran istimewa untuk majlis perkahwinan anda. Hanya di Lake Cempaka Villa, Bangi . . Tempah sekarang!!! 03-40210098 03-40210098 . atau email ke amalina.mt@felda.net.my
A post shared by Lake Cempaka Villa Official (@lakecempakavillaofficial) on


===============
TAWARAN PAKEJ
===============
➡ Pelamin Asas
➡ Meja Makan Pengantin
➡ 3 Tambahan Lauk Istimewa Meja Pengantin
➡ PA System ➡ Persiapan Meja Makan Untuk Tetamu
➡ Buffet Untuk Tetamu
➡ Surau Untuk Tetamu
➡ Kawasan Parking Yang Luas Dan PERCUMA
➡ Kemudahan Acara Akad #Nikah Beserta Kadi


Untuk buffet "Authentic Malay" pula promosi bermula dari RM29.00 . Yang ni kalau buat sesi lunch ramai ramai dengan kawan kawan satu ofis pun okay juga kan? Dan last sekali , untuk masakan Ala Carte pula serendah dari RM8.00 .


Harga promosi ni semua terhad untuk tempahan dibuat sepanjang 2017 ye. Kalau nak kahwin tahun depan tu, cepat cepatlah booking dan bayar deposit . Mungkin boleh lock harga promosi ni untuk majlis kahwin tahun depan . Makin lama rasanya pakej pakej kahwin ni makin mahal weh . So better bertindak cepat .

Untuk pencerahan bab pakej ke, bab sewaan ke atau apa apa yang korang confuse kan , boleh lah bertanyakan pada Eksekutif Jualan : Puan Nabila - 019 277 7792 ataupun email kan ke nornabillah.ms@felda.net.my

Ada yang kahwin nak tema ala ala garden? Memang Lake Cempaka Villa ni lah paling sesuai .


No Tel : 017 637 3802 / 019 277 7792








Related search : Taman Tasik Cempaka Bangi, lokasi majlis kahwin Bangi, dewan kahwin murah Bangi, Pakej kahwin murah di Bangi, lokasi tempat kahwin Bangi, Bangi dewan murah,  pakej kahwin Bangi 2017, pakej kahwin Bangi 2018, pakej kahwin Kajang 2018, Putrajaya tempat kahwin murah, dewan kahwin Putrajaya, wedding venue Bangi, wedding venue Putrajaya, Putrajaya Kajang dewan kahwin, tempat majlis kahwin Kajang, tempat kawen bangi, tempat kawin bangi, dewan murah, pakej kahwin berpatutan, pakej lengkap bangi kahwin, dewan perkahwinan Bangi

Tuesday, August 8, 2017

"Huiyo, post kau viral lah!" - Ini jawapan saya



Semalam ,

Masa aku baru nak sarungkan telekung nak solat Asar ( aku nak solat je wey, takde unsur riak) , Hilmi tiba tiba bagitahu ,

"Auni, ada page ni share post yang pasal 6 produk farmasi tu" .

Aku pun "Ohhh yeke" kan jela dulu . Dan aku teruskan solat .

Tapi masa solat tu, seronok pulak setan kacau kacau dan hasut hasut aku nak suruh aku terfikir fikir ; page apa yang share? dia share macam mana? ramai ke yang like?

Bila dah selesai solat, (#donedakwah , lol) baru lah aku capai handphone dan buka facebook ; nak cari dan tengok sendiri page tu . Tapi bila buka FB, banyak pulak notification yang masuk . Ramai kawan kawan yang 'mentioned' dan tag aku dekat post tu sambil banyak yang berbunyi

"Huiyoo gileee aaa Farah punya post viral lah , huiyo" 

Tapi dalam kecoh kecoh ni, sikit pun aku tak happy . Sebaliknya ; MARAH .


YE WAK, SAYA MARAH



Kenapa marah? 




Sebab admin page tu tak letak kredit blog aku dengan cara yang sepatutnya . (Boleh baca post asal dekat sini 6 Produk Penjagaan Wajah Berbaloi Untuk Dibeli Di Farmasi @ Drugstore)



Dia copy content dan gambar blog aku (aku pun bengap jugak tak letak watermark), post dalam page dia . 

Memang dia ada credit kan aku, tapi setakat tulis "Credit : blog Farahdafri" (sebelum aku PM dia)


Kalau masa aku noob noob baru blogging, boleh lah kot aku happy orang perasan post aku, perasan blog aku . Tapi sesejak aku dah belajar pasal trafik ni , aku dah belajar juga rasa tamak hahahaha . 




Kalau admin page tu boleh tamak kan like dan share daripada post tu, 
Aku pun boleh nak tamakkan trafik daripada original artikel tu!


Aku PM admin page tu , suruh dia letakkan link blog aku . Bila aku dah bagi link penuh , dia cuma letak link 'blog.farahdafri.com' ; yang mana bagi aku masih tak cukup (sebab aku tamak?)

Kadang bukan sebab tamak semata mata, tapi .. ko fikir la tak sakit hati ke hasil kerja kau , orang lain dapat nama? Kalau tak sakit hati tu ya auloh mulia nya hatimu Nabila ...




Lagipun dia dah copy semua isi dalam artikel tu letak dekat caption gambar post tu . Kalau letak link pun memang orang dah tak rajin nak tekan dah sebab isi nya semua ada dekat gambar . #sedih #howcouldyou #kejamnyadirimu

Otai otai pun rasa tindakan sebegini keji hahaha 


Sebelum ni , artikel yang sama pernah juga viral bila di share kan dekat page 'Cha Kueh Koci' , tapi admin Cha tu sertakan link penuh . Ini lah patutnya etika nak share artikel orang lain . Bukannya copy content seketul seketul pastu paste dan tulis ; 

kredit : Mak Jah 


Aku marah betul bila orang copy paste ni tak letakkan kredit/ nyatakan sumber dari mana . 

Banyak dah aku perhati posting status panjang berjela dekat facebook yang dapat beribu like dan share, dekat bawah sekali cuma tulis 

"c&p"

tak pun ,

"copy and paste"

wah wah wah sonangnyo kijo .

Ni semua sebab nak build up personal branding , jadi batak like sampaikan jadi selfish macam ni .

Ingat menulis ni berfikir pakai buku lali ke?
Garu garu buku lali terus boleh dapat idea??

Kalau semudah tu, senang lah aku buat artikel sehari 20 artikel sambil gesek buku lali dekat karpet beli dengan bhai Pakistan. Sebab karpet ikea kasar . Tak sedap

#doneRoyan


Apa pun, Alhamdulillah aku harap post tu bermanfaat untuk semua orang . Dan aku akui page tu okay je pun banyak share benda benda positif macam share senarai usahawan kosmetik (taktik ni bijak) dan macam macam lagi . Tapi harapnya lepasni kalau nak share content daripada artikel orang lain , mohon sertakan sumber/kredit dari mana .

Tak susah pun wey, bukannya kena tulis reference / citation macam buat report final year project nak ikut format APA ke MLA bagai ... 


p/s : Kalau ada yang condemn tu confirm bukan blogger ekekeke

Bertukar dari IOS phone ke Android


Assalamualaikum & Hi



Daripada zaman aku pakai iphone dulu , aku selalu bengang sebab apahal weh leceh sangat nak transfer file ke, simpan lagu ke apa . Aku pulak noob . Nak kena install itune, nak kena sync semua sumpah leceh sangat .

Monday, August 7, 2017

Happy Birthday Althea! #AltheaTurns2


Assalamualaikum , Hi!


It's Althea's 2nd birthday last month . Happy Birthday Althea!

Kalau baby ni, dah boleh berjalan berlari mengesot sampai tak larat nak kejar dah ni hehee . Congratulation Althea for turning 2! Dah makin dikenali dan makin best . I'm glad to see you grow! and it's great to be part of your journey .

Sama macam masa birthday Althea tahun lepas, tahun ni pun memang celebration meriah untuk sebulan! Ada giveaway, ada contest dan ada limited edition box!



Antara aktiviti best sempena birthday Althea haritu :

1. Fly Me To Korea (3rd July 2017 - 15 August 2017)
Just share the best "Althea Birthday Cake" with birthday cake and hashtag #AltheaTurns2 
(For more info, read this: Fly Me To Korea Contest)

2. Shop & Win (3rd July 2017 - 30th July 2017)
Just shop, and you'll win Althea shopping credit!

3. 20 Days Giveaway on @altheakorea's Instagram page! 
Just follow the instruction :)

4. Facebook Weekly Giveaway 
Every Monday in the month of July 
(applicable for Malaysia, Thailand, Indonesia, Philippines and Singapore only)

5. Althea's Birthday Giveaway Festival 
on wesite my.althea.kr


------------------------------------------------------

Masa order barang Althea sepanjang bulan Julai haritu , siap dapat Limited Edition Birthday Box tau . Gila comel! Tapi I tak dapat yang warna pink , dapat warna biru . Tapi takpela, dah banyak dah pun kumpul box Althea warna pink tapi still , tengok lah tu birthday box warna pink lagi cantik!




I siap gigih hias cecantik hokay kotak tu sebab nak menang hadiah trip ke Korea ekekeke . Paling susah nak potong nombor 2 tu! Kalau zoom dekat dekat, memang disaster teruk no.2 tu . Hodoh masyaAllah hahaha . Memang nampak sangat lah tangan ni tak kreatif langsung . Potong and lipat lipat kertas pun fail pfftt .



Tapi senarai pemenang dah keluar dah pun , and I tak menang hahaha . Kegigihan memotong kertas tak paid off LOL XD tapi apa pun, i'm having fun decorating the box! Hilmi pun siap tolong tampal tampalkan . Nampak tak bonding session dekat situ? hehehe .

Banyak juga I shopping masa birthday month haritu . And sebagai seorang kakak misali , I siap orderkan untuk Wani jugak . Sample pun dapat banyak juga . Mostly sample mask lah . Thank you Althea! Sentiasa pemurah lah awak ni .


Ni antara items yang I order :





Semuanya I tak pernah try . Beli pun sebab baca customer's review macam okay . But after trying, ada yang okay, ada yang so - so , ada yang I tak suka hahaha . Nanti I buat entry review satu satu (kalau rajin ihik) .




Again, Happy Birthday Althea! 



Kalau nak tengok gambar gambar yang orang submit untuk decorate box boleh tengok dekat instagram #AltheaTurns2 .


p/s : Semua cantik cantik . Patutlah I kalah T____T


Althea Website: my.althea.kr
Althea Facebook: Althea Malaysia
Althea Instagram: Althea Korea

Thanks for reading !










Related search : Korean malaysia beauty shop, althea korea, althea shopping experience, althea shopping code, althea promotion

Tuesday, August 1, 2017

How To Buy Property In Malaysia As A Foreigner




How To Buy Property In Malaysia As A Foreigner  | Malaysians are friendly people and always ready to welcome foreigners in the country. Most foreigners are either tourists or expatriates. The government has also been encouraging foreigners to settle in the country as a second home for investment purposes, retirement, and long-term stay. However, as a foreigner, you have to understand various legal fees and policies the government has imposed on house for sale in Malaysia before making your investment decision. Not every property is available for foreigners and the state imposes the minimum purchase value. You should also know the various property financing options in the country. 


Property titles in Malaysia 



Only two types of property titles are available for foreigners designing to invest in the country. The first title is the Freehold property, which provides the property owner with full, permanent property ownership. The second category is the leasehold title, which allows foreigners to own a property for a limited period. Mostly, leasehold titles have a maximum period of 99 years but the owner can extend the period by paying an additional amount. 

A house gets a title after completion. However, owners of condominiums and apartments receive “strata title.” If you desire to build a new apartment, you might not get the strata title for a certain period after the building completion.

Property sale and purchase agreement in Malaysia 

Sale and Purchase Agreement is the agreement between the seller and buyer of a property in Malaysia. If your property purchase involves subsequent hands, known as sub-sale transactions, hiring a lawyer is advisable mainly because he will look after all your interests and handle the transaction. Sub-sale agreements highly vary depending on situations surrounding a case. When buying directly from property developers, the Housing Development (Control and Licensing) Act should protect your interests. 



State approvals 

Mostly, the state consent takes more than six months. As a foreigner, you should not get the Foreign Investment Committee (FIC) approval. However, you should get approval from the relevant State Authorities. When getting an approval, you have to consider several factors including:

-Location of that property you intend to buy
-Type of the property you are intending to buy
-Type of development you intend to undertake
-Percentage of units owned by foreigners within the location
-Types of properties you can own as a foreigner 

Apart from the minimum price thresholds, foreigners cannot purchase some types of property in Malaysia. In Malaysia, foreign property ownership is liberal. In other words, a foreigner can own 100% of a property. However, for that to apply, they have to fulfill all the requirements. A foreigner can own any type of property excluding:


  • Malay Reserve Land: 

The Malay Reserve Land is a type of land that is only sold to the Bumiputeras. 

Bumi Lots: most people confuse the Bumi Lots with Malay Reserve Land. Every property development in the country has specific quotes for Bumiputras known as “Bumi Lots.” Even though the non-Bumis get chances to buy the properties from time to time, foreign investors can never buy them. 

  • Low to Medium Cost Properties:

As a foreigner, you will not get a chance to buy the low-to-medium cost properties in the country. The state determines the properties that are under this category but they are mostly flats. 

  • Agricultural land: 

Foreigners cannot buy most of the agricultural properties in Malaysia
(Properties that have a value below RM1 Million )

Low-to-medium cost properties and Bumi Lots are not easy to identify. Therefore, you have to learn the differences between the two before you start your property buying process. And to avoid most of the challenges associated with land purchase in the country, you might need to engage the services of a property lawyer. 



Buying property as a Malaysia My Second Home Visa Holder


If you are planning to move to Malaysia as a Malaysia My Second Home Visa Holder, you will have to make a Fixed Deposit. That is if you have already purchased a property exceeding RM1 Million value before applying for the MM2H Visa and the property has no encumbrances. 

But if you happen to buy a property after you have obtained the MM2H visa, then you will have the chance of withdrawing the money after 12 months – you have to prove that you have bought a property in Malaysia. People who buy properties after obtaining the MM2H Visa can buy any property regardless of the value, and they can use a loan to finance their property purchase. 
For that to happen, they must deposit an amount exceeding the amount they wish to withdraw from their Fixed Deposit. 

Is an MM2H Visa important during a property purchase?

You do not need to enroll to the MM2H Visa program when buying a property in Malaysia. Some foreigners also choose to rent properties. Properties in the country are cheaper as compared to the properties in most other developed countries. And regardless of the new developments explosion, the prices are not increasing. 

Most of the expensive properties are in Central KL. But because the MM2H program is attracting more participants, you should assume that the price of most desirable properties will increase at faster rates than before. If you choose to live in some areas like Penang and Kuala Lumpur, you should expect higher prices in the near future. 


Even though most construction companies use lower cost finishing with the aim of maintaining a lower selling price, quality of developments in Malaysia is typically good. Some people moving to the country under MM2H Visa program have experienced many problems associated with the construction companies and legal challenges related to their property purchase. Do not panic yet. You can easily avoid that by relying on the properly established companies in the country. 
Choosing between an apartment and a landed property should be your personal choice. 

Most apartment complexes have a great facility and are more secure. With a landed property, you will have your personal garden and enjoy more privacy. The beach side developments are limited, and mostly, they consist of higher density apartments. If you are planning to build a property, you should engage the services of a property lawyer. Lastly, if you must buy an established property, buy it from a person who has bought off the property plan to avoid problems. You can also consult a real estate agent.











Related search : property tips for malaysian, how to buy malaysian property, beli rumah untuk non malaysia, tips beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah untuk bukan warganegara malaysia, apa beza lot bumi dan non bumi, beli hartanah murah, cara membeli hartanah, how to buy house, housing property tips.

On My Instagram