Bertukar dari IOS phone ke Android

Tuesday, August 8, 2017

Assalamualaikum & Hi



Daripada zaman aku pakai iphone dulu , aku selalu bengang sebab apahal weh leceh sangat nak transfer file ke, simpan lagu ke apa . Aku pulak noob . Nak kena install itune, nak kena sync semua sumpah leceh sangat .



Best sangat ke iPhone tu?


Aku sendiri pun tak dapat nak justify jawapan aku bila orang tanya

"Apasal engko suka pakai iphone?" 

Entah eh. Nak cakap camera dia best, kadang tu lopek juga . Bila low light, noise teruk . Hang pun ada gak hang, tapi oh orang tak sebut hang , dia pakai term 'lag' . lulz . 

Yang seronoknya mungkin sebab casing berlambak jual dekat kedai kot . Accessories pun banyak , and kalau rosak berlambak tempat boleh baiki and banyak spare part.

Tapi haritu, boleh pulak aku termakan pujuk rayu Hilmi suruh berhijrah daripada iPhone kepada Android phone . Mula mula aku macam 'tak nak! tak nak!' juga lah . Tapi last last aku pun

"hmmm okay, let's give it a try" .


Mula dengan Huawei dulu


Masa tu aku bertukar ke Huawei Mate 8 . Memang besar wey, rasa macam "bapak ah besar gila" . Nak texting sambil drive memang kelaut . Tak boleh langsung sebab jari pendek tak sampai hahhaha . Tapi bagus lah kan , beringat sikit . Memang masa drive mana boleh guna phone oi!

Yang aku bengangnya masa nak tukar phone tu, kemain payah weh nak transfer data dari iphone ke android phone . Memang berhari hari aku punya phone tu buat backup . Tapi last last, bila dah transfer ; banyak data loss !

Tapi aku redha jela mampu . Whatsapp data habis hilang . Memang menguji kesabaran lah sebab data customer apa semua dalam whatsapp . Meroyan la sehari tu haha . Tapi lepastu okay dah .

So makin lama, aku makin selesa lah guna android phone . Walaupun kekadang tengok iphone , meleleh je air liur hahaha lagi lagi masa tu iphone 7 pulak tengah femes . Tapi aku cuba tetapkan iman untuk kekal je guna android phone .

Tiba tiba ada satu hari ni Hilmi beria pujuk aku suruh tukar pulak guna Samsung S7 . Ah pulak . Tapi masa tu aku pun okay je nak tukar sebab aku tak berkenan sikit dengan camera Mate 8 . Sebab macam menipu sangat hahahah .

Bila dah guna Samsung S7 , aku pun sukaaa gembira dan bahagia .


  • I love the fact that it's waterproof
  • Camera cantik depan belakang
  • High performance
  • Overall okay lah

Sampailah satu hari tu, Hilmi menggatal pergi install satu apps ni kononnya untuk optimize kan battery life. Sekaliiii .....

Hambek!

Jahanam terus bateri hahahaha .

Bateri terus cepat drain ,
Bila charge, tak boleh fast charging


Terpaksa aku bawak powerbank all the time. Leceh gila . Dah la dah lama tak bergantung dekat power bank . Sebab Mate 8 & S7 tu awalnya bateri dia elok je .

S7 ni aku beli second hand je . Warranty ada tapi warranty singapore lah pulak . Makanya, berhuhuhuhuuuu jelah tak boleh nak claim warranty dekat sini . Sebab dia nak proof of purchase . Memang tak ada lah kan .

Sebabkan dah tension sangat dengan S7 ni, Hilmi suggest suruh aku tukar S7 Edge pulak . S7 Edge best . Camera semua best . Cuma masalahnya satu je ;

FRAGILE

Yela dah lah screen dia curvy macam tu . Tempered glass pulak takde . Tempered glass dia susah cari weh . Maka nya memang kena bersopan santun lah aku guna S7 edge ni .


Samsung Smart Switch



Cuma aku nak cerita jelah, senang gila nak transfer data dari Samsung S7 ke Samsung S7 Edge guna "Smart Switch" samsung ni . Bahagia je tak payah tunggu lama , memang copy paste je pergi dekat phone lagi satu . Macam mana rupa S7 aku, macam tu lah rupa S7 edge tu . Susunan apps, layout , wallpaper semua stay je. 

Hassle free!


Sebelum ni aku macam skeptical sikit dekat phone Samsung. Taktahu kenapa, tapi aku tak suka hahahha . Tapi sekarang, yang boleh aku cakap ; aku puas hati . Service Centre dia pun okay je bila request untuk troubleshoot and fix phone (sebab Hilmi pernah hantar phone dekat situ )

Post ni tak bertujuan nak promosikan Samsung pun, cuma saje je nak cerita kat ekekek . Next aku target nak cuba pulak Honor 8 Pro atau One Plus 3T .

Ni semua sebab Hilmi hari hari bukak Youtube Android Authority lah, MKBHD lah .. aku naik hafal dah opening theme diorang hahaha .







Thanks for reading!


6 comments

  1. akak paling tak reti bab2 enfon nih, apa yang ada je guna sampai rosak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kite ni ikotkan si Hilmi je. dia yang terlalu rajin ikot trend semasa

      Delete
  2. Wahh tukar android dah Faa .. ok jugak sesekali berubah angin.. kan sah jatuh suka ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. dah ke android dah kite hehee . so far ok je, xde mslh. jatuh cinta sudahh hehe

      Delete
  3. uyul pulakkk memang sejak ip4s tak pernah pakai android. senang cerita android tak pernah ada haha. sebab dari awal da blajo dgn en.merah cara pakai ipon.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe iphone best juga, tapi tah la dah berubah angin plak skrg. now selesa lak guna android fon

      Delete

On My Instagram