Pinggan Viral Cantik Pasar Seni | Serendah RM2, Diskaun lagi 40%!

Sunday, August 27, 2017

Seumur hidup aku tak pernah lagi jejak kaki dekat Pasar Seni. Selalu dengar orang dok sebut sebut. Teringin nak pergi tapi tak berkesempatan. Asalnya nak pergi area situ sebab nak pergi cari bunga dekat tempat Mek Onie recommend . Dia cakap dekat situ bunga harga murah namatey, harga harga borong lah senang cerita. So bila Mek Onie dah terangkan location, kitorang pun ikut jelah google map and end up rupanya dekat gilo dengan Pasar Seni

Kitorang decide nak parking dekat depan pasar seni tu je sebab kedai bunga tu bebetul tepi jalan, tak ada tempat nak berhenti or parking pun. So kena lah parking dekat pasar seni, pastu jalan sikit dalam 300m je nak ke kedai bunga tu.


Aku punya lah eksaited nak pergi kedai bunga tu. Tapi Hilmi cakap;

 "Taknak jalan jalan dekat sini dulu ke? (pasar seni) . Kang dah beli bunga banyak banyak tu payah pulak nak jalan jalan" 


Aku pun setuju kan jelah . Dah alang alang kan .

Mula mula masuk lah dalam pasar seni tu. Aku expect pasar seni ni macam pasar siti khadijah ke atau pasar pasar lain yang jual barang kraftangan yang dalam dia nampak usang and panas. Tapi rupanya aku salahhhh haha.

Dalam dah siap ada aircond, kemain sejuk . Kedai kedai pulak tersusun cantik je. Pulak tu tandas dia kemain lawa wey! Bayar 50 sen lah tapi . Tak kisahla 50 sen pun. Yang penting jamban dia lawa gila haha . Aku nak je ambik gambar tapi masa tu ramai pulak orang dalam toilet . Kang omputih tu fikir bapak jakun budak ni jamban pun nak ambik gambar wakakkaa . Pintu jamban gila cool kot . Spesis sendal dengan kayu . Pulak tu jenis daun pintu yang ala ala macam tingkap rumah dekat kampung , yang dalam iklan Adabi tu haa .

Paling tak boleh bla, nak pergi tandas masuk coin okay ada pagar . Pagar yang biasa macam nak pass through dekat LRT tuuu . Memang nak lalu , wajib bayar dulu limaplosen . Now, siapa cakap 50 sen tak penting? 50 sen boleh masuk tandas Pasar Seni okay?


Pinggan Viral Cantik di Pasar Seni


Dah lepas merayau rayau dalam Pasar Seni tu, kitorang pun keluarlah nak pergi kedai bunga tu. Tetiba terjumpa pulak kedai jual banyak banyak pinggan . Lawa lawaaaaa! Baru teringat yang haritu ada kecoh and viral pasal pinggan ni dekat Pasar Seni. Tak teringat lah pulak pasal pinggan ni bila mula mula sampai dekat sini .


Cantik cantik pinggan nya and murah murah . Tapi banyak design yang aku suka mesti sekali pusing je dah habis . Kalau tak pun, mesti defect sebab dah tinggal seketol je. Ada crack la apelah. Sedih betul. End up pilih punya pilih , aku beli 4 ketoi je. Tu pun setakat nak beli sebab nak jadikan hiasan dengan prop untuk ambil gambar ekekekeke .



4 ketoi ni harga RM6 je total semua tau . Gila murah! Dekat sini pinggan semua range harga serendah RM2 sampai lah belas belas ringgit. Lepastu ada pulak beberapa pinggan yang ada further discount 40% . Murah murahhh! Memang puas hati lah . 

Lawa lawa design nya, level level IKEA


Aku ada post gambar pinggan ni dekat instagram haritu . Sampaikan kakak non Emas Putih pun menggigih whatsapp tanya dekat mana tempat nak beli pinggan ni . Katanya nak pergi memborong pinggan untuk bakal mak mertua . Bagusnyaa awokme ni ye heeee .


So kesimpulannya, 

  • kedai pinggan ni dekat Pasar Seni tapi bukan bahagian dalam
  • kedai nya betul betul tepi jalan, bersebelahan tempat melintas untuk pejalan kaki
  • kedai dekat area lorong sebelah Pasar Seni yang orang jual jual makanan , baju etc
  • harga serendah RM2 ++
  • ada diskaun 40% untuk pinggan terpilih
  • jangan fikir lama lama, rasa nak terus angkut letak tepi sebab sekelip mata je tengok tengok orang lain dah sambar
  • kalau nak datang dengan tren, boleh berhenti dekat stesen pasar seni. Tapi kalau rasa nak memborong banyak pinggan, menggigihlah angkut pinggan tu naik tren.



Sekian sahaja liputan saya mengenai pinggan viral . Nanti kita cerita pulak pasal kedai bunga yang ai pergi tu, okay?







Related search : pinggan viral, pinggan corak moroko, pinggan ikea murah, pinggan cantik murah, pinggan pasar seni, apa yang ada di pasar seni, pasar seni cantik

5 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah buat deco best! hehe , susun je atas para pon okay

      Delete
  2. cantik2 kan...tapi tak leh g la skrg,ada anak kecik...

    ReplyDelete
  3. lama dah tak pergi central market ni....
    mesti banyak koleksi pinggan mangkuk yang menarikkan...

    ReplyDelete
  4. food blogger wajib dtg sini.. lawa2 pinggan nasib jauh

    ReplyDelete

On My Instagram