Sejak sejak dah kurang pakai makeup sekarang ni, makeup remover dah habis pun aku buat tak layan je. Setakat nak remove makeup ringan ringan, kotoran peluh & kesan sunblock or bb cream tu , biasanya guna micellar water je. Micellar water ni dah ada macam macam brand dah sekarang . Garnier, Loreal, Nivea, Maybelline, Eversoft , even jenama Watsons pun ada . Rasanya semua pun fungsi lebih kurang je, tapi sebabkan aku spesis berkira so biasanya compare dulu isipadu dengan harga . Kalau rasa berbaloi baru beli muahahaha .
Nah iols senaraikan sekali jenis jenis micellar water yang boleh korang beli dekat Watsons atau Guardian . Semua ni harga RM40 kebawah . Pepandai lah pilih mana berkenan
From bottom left : Watsons Micellar Water | RM35.00 (485ml)
Garnier Micellar Water Even For Sensitive Skin | RM29.90 (400ml)
Garnier Pure Active Micellar Cleansing Water | RM29.90 (400ml)
Nivea Hydration Make Up Clear Micellar Water | RM16.90 200ml
Micellar water ni memang lah katanya untuk remove makeup, tapi kalau korang makeup tebal tebal guna foundation , mascara bagai - seeloknya gunalah makeup remover yang lagi sesuai untuk heavy makeups .
Lepastu, untuk makeup bahagian mata dengan bibir, kena guna produk yang berbeza. Sebab kawasan mata dengan bibir kita ni agak sensitif . Kadang tu kalau salah guna produk untuk buang mekap mata, boleh lah jadi mata pedih or gatal gatal . And untuk bibir pulak , kalau tak guna makeup remover yang bersesuaian, tu yang buatkan bibir korang gelap . Tak semestinya sebab pakai lipstik je boleh gelapkan bibir tau . Tak remove lipstick dengan bersih pun antara penyebab bibir kering & gelap .
Kalau sebelum ni aku suka guna Loreal Gentle Eye & Lip Make up Remover , bila dah habis haritu aku jadi malas nak beli baru sebab tengah mode kedekut hahaha . Maka mengigih lah aku cuba nak sental mascara guna micellar water je, lepastu habis pedih pedih mata and mascara nya payah nau nak hilang .
So semalam aku saje lah bertapa lama lama dekat Watsons dan setelah berjam jam compare compare makeup remover yang ada , aku decide untuk cuba NIVEA Double Effect Eye Make Up Remover pulak .
Point point penting menyumbang kepada keputusan nak membeli ( hahaha )
1. Harga : RM18.80 (tengah sale) untuk 125ml .
Bila compare dengan jenama lain punya isipadu & harga , yang ni win!
2. Suitable for all skin type
3. with added Cornflower extract
(taktahu sangat apa fungsi tapi macam convincing lol! haha)
Ingredients . Untuk yang pakai contact lens pun sesuai guna |
Okay terus kepada personal review!
1. First thing first, makeup remover ni perlukan cotton pad ye. Sebenarnya aku lagi prefer jenis pakai cotton pad ni daripada jenis non-rinse/ guna air je. Sebab kalau guna cotton pad lagi senang remove mascara , tak pedih and takdelah termasuk mata masa gonyoh nak buang mascara tu .
Sebolehnya guna facial cotton camni eh. jangan guna kapas yang cam lembik sangat tu, tak best guna untuk remove makeup |
2. Sumpah senang gila nak remove mascara guna remover ni . Memang 2 kali tonyoh je dah hilang completely! and bulu mata rasa lembut and moisturizer je area eyelid tu. Ada setengah makeup remover dia jadi kan area mata tu kering .
Sekali sental pun dah boleh hilang . Letak atas cotton pad, biarkan few second kat mata pastu gonyoh slow slow |
Senang cerita memang aku puas hati dengan Nivea punya makeup remover ni . Plus, harga dia murah sikit dari Loreal dan tahap ke-effective-an dia lebih kurang Loreal (rasanya lagi better dari Loreal kot?) .
Repurchased?
YASS!!
Availability : Watsons, Guardian
Korang guna eye & lip makeup remover jenama apa? Share lah :)
1 comment
dah cantik banyak muka farah..
ReplyDelete