"Huiyo, post kau viral lah!" - Ini jawapan saya

Tuesday, August 8, 2017


Semalam ,

Masa aku baru nak sarungkan telekung nak solat Asar ( aku nak solat je wey, takde unsur riak) , Hilmi tiba tiba bagitahu ,

"Auni, ada page ni share post yang pasal 6 produk farmasi tu" .

Aku pun "Ohhh yeke" kan jela dulu . Dan aku teruskan solat .

Tapi masa solat tu, seronok pulak setan kacau kacau dan hasut hasut aku nak suruh aku terfikir fikir ; page apa yang share? dia share macam mana? ramai ke yang like?

Bila dah selesai solat, (#donedakwah , lol) baru lah aku capai handphone dan buka facebook ; nak cari dan tengok sendiri page tu . Tapi bila buka FB, banyak pulak notification yang masuk . Ramai kawan kawan yang 'mentioned' dan tag aku dekat post tu sambil banyak yang berbunyi

"Huiyoo gileee aaa Farah punya post viral lah , huiyo" 

Tapi dalam kecoh kecoh ni, sikit pun aku tak happy . Sebaliknya ; MARAH .


YE WAK, SAYA MARAH



Kenapa marah? 




Sebab admin page tu tak letak kredit blog aku dengan cara yang sepatutnya . (Boleh baca post asal dekat sini 6 Produk Penjagaan Wajah Berbaloi Untuk Dibeli Di Farmasi @ Drugstore)



Dia copy content dan gambar blog aku (aku pun bengap jugak tak letak watermark), post dalam page dia . 

Memang dia ada credit kan aku, tapi setakat tulis "Credit : blog Farahdafri" (sebelum aku PM dia)


Kalau masa aku noob noob baru blogging, boleh lah kot aku happy orang perasan post aku, perasan blog aku . Tapi sesejak aku dah belajar pasal trafik ni , aku dah belajar juga rasa tamak hahahaha . 




Kalau admin page tu boleh tamak kan like dan share daripada post tu, 
Aku pun boleh nak tamakkan trafik daripada original artikel tu!


Aku PM admin page tu , suruh dia letakkan link blog aku . Bila aku dah bagi link penuh , dia cuma letak link 'blog.farahdafri.com' ; yang mana bagi aku masih tak cukup (sebab aku tamak?)

Kadang bukan sebab tamak semata mata, tapi .. ko fikir la tak sakit hati ke hasil kerja kau , orang lain dapat nama? Kalau tak sakit hati tu ya auloh mulia nya hatimu Nabila ...




Lagipun dia dah copy semua isi dalam artikel tu letak dekat caption gambar post tu . Kalau letak link pun memang orang dah tak rajin nak tekan dah sebab isi nya semua ada dekat gambar . #sedih #howcouldyou #kejamnyadirimu

Otai otai pun rasa tindakan sebegini keji hahaha 


Sebelum ni , artikel yang sama pernah juga viral bila di share kan dekat page 'Cha Kueh Koci' , tapi admin Cha tu sertakan link penuh . Ini lah patutnya etika nak share artikel orang lain . Bukannya copy content seketul seketul pastu paste dan tulis ; 

kredit : Mak Jah 


Aku marah betul bila orang copy paste ni tak letakkan kredit/ nyatakan sumber dari mana . 

Banyak dah aku perhati posting status panjang berjela dekat facebook yang dapat beribu like dan share, dekat bawah sekali cuma tulis 

"c&p"

tak pun ,

"copy and paste"

wah wah wah sonangnyo kijo .

Ni semua sebab nak build up personal branding , jadi batak like sampaikan jadi selfish macam ni .

Ingat menulis ni berfikir pakai buku lali ke?
Garu garu buku lali terus boleh dapat idea??

Kalau semudah tu, senang lah aku buat artikel sehari 20 artikel sambil gesek buku lali dekat karpet beli dengan bhai Pakistan. Sebab karpet ikea kasar . Tak sedap

#doneRoyan


Apa pun, Alhamdulillah aku harap post tu bermanfaat untuk semua orang . Dan aku akui page tu okay je pun banyak share benda benda positif macam share senarai usahawan kosmetik (taktik ni bijak) dan macam macam lagi . Tapi harapnya lepasni kalau nak share content daripada artikel orang lain , mohon sertakan sumber/kredit dari mana .

Tak susah pun wey, bukannya kena tulis reference / citation macam buat report final year project nak ikut format APA ke MLA bagai ... 


p/s : Kalau ada yang condemn tu confirm bukan blogger ekekeke

29 comments

  1. kesian awak penat-penat buat artikel sendiri , org lain kebas cm tu ja tnpa credit

    ReplyDelete
  2. Produksi berjuta mcm Pixar, Disney dan lain lain yang modal berjuta pun orang copy paste letak kt fb.. inikan penulisan di blog. Mmg senang org copy.

    Redha je la puan Farah. 😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jawapan ko ni buat aku nk marah je tau. iskk tngah redha la ni

      Delete
  3. Replies
    1. sis tengah bertabah ni ehhe . xpe, anggap je cobaan ewah

      Delete
  4. Orang malaysia memang. Tak de adab dalam copyright ni. Asal aku dapat like dan comment sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! mmg ramai macam tu. semua desperate nak like dan comment. smpai ketepikan adab dalam ambik penulisan org lain

      Delete
  5. sakit hati jugak mcm tu,sebelah pihak je yg untung

    ReplyDelete
  6. sakit hati tu..

    tp pape info berguna.. nie
    nak tny apa beza yang pencuci himalaya - utk pimple dan neem tu sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pulak sbb sy sendiri guna yg neem je. rasanya kalau neem lebih kepada untuk masalah jerawat yang mild je kot. utk pimple mgkin utk maslaah jerawat serius

      Delete
  7. no wonder gambar nampak familiar dan macam pernah baca.

    ReplyDelete
  8. im proud of you.. :) lepas ni buat water mark ok :)

    ReplyDelete
  9. akak faham perasaan tu..bersabarlah ye

    terima kasih sudi singgah blog akak, akak singgah kembali

    ReplyDelete
  10. Alahai sesedap rasa dia jer kan copy artikel orang ... manusia ni macam2 peel diaorang .. tak reti nak hormat hak orang lain .. Bila diri sendiri terkena baru laa nak marah gamaknya .. Sabar ya Farah ..

    ReplyDelete
  11. huihhh uyul pun beli cetaphil lepas baca post milo tabur nih. laaa farah punya entri kee. ishh sesuka hati dia je laaa kan nak copypaste. by the way tq sudi singgah blog uyul. terharu.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  12. done foolow back
    thanks sudi follow

    ReplyDelete
  13. sabarlah yea sis. Orang yang ambil hak milik orang lain sesuka hati tak senang hidupnya nanti..

    ReplyDelete
  14. sabar je la hadap org mcm ni.. xpela lepas ni jgn lupa letak watermark di setiap gmbar..

    ReplyDelete
  15. pernah jugak kena macamtu sebelum ni. Main ambil tapi tak share credits tapi nak buat macam mana, argue pun tak guna. so biarkan je lah. Anyway, congrats sebab tulisan dah bagi manfaat kat orang lain. singgah sini jadi pembaca baru blog ni :)

    ReplyDelete
  16. Mmg bikin sakit hati org curi content kita..
    Lepas ni buat watermark pula ...
    Boleh sue ka ni kalau kain curi2 idea?
    Anyway, mrs pip dtg bertandang #afbians 😀

    ReplyDelete
  17. hi farah dafri.. saya datang follow sini.. salam kenal :)

    ReplyDelete
  18. Gilo! Mummy baca pun sakit hati..penat2 karang ayat kat blog tuk bg org baca suka2 je jadikan ia caption post kat Fb..Puihhh!

    ReplyDelete
  19. Memang tak patut tu..huh 😾

    ReplyDelete
  20. Congrates. And In Shaa Allah next time kita akan lebih berhati2. :D

    ReplyDelete

On My Instagram