6 Produk Penjagaan Wajah Berbaloi Untuk Dibeli Di Farmasi @ Drugstore


6 Produk Penjagaan Wajah Berbaloi Untuk Dibeli Di Farmasi @ Drugstore | Tetiba terfikir nak buat entry ni sebab secara tak perasan nya, bila lalu depan farmasi atau section beauty products dalam mall macam Aeon wellness ke, Watson, atau Guardian.. mesti rasa nak berhenti dan masuk . Daripada masa belum kawen, sampai lah dah kawen, Hilmi dah faham sangat perangai bini dia yang pantang lalu depan kedai kedai camni . Sampaikan kalau kitorang just lalu je, dan aku tak berhenti untuk masuk ataupun tak menoleh langsung dekat kedai tu, dia pulak yang gi tanya "Taknak singgah ke?" hahaha . Pulakkk .

Dan kadang tu bila masuk, bukannya nak beli apa sangat pun. Paling utamanya akan serang bahagian mekap mekap dulu. Calit itu sikit, ini sikit .. lepastu baru beralih ke bahagian lain .

Kalau dekat section facial care/ penjagaan wajah , mesti aku suka duduk lama dekat situ. Sebab sambil tengok barang, sambil gigih nak meng-google time time tu juga sebab nak baca review pengguna. Helok ke tak, berbaloi ke tak . Ada kot setengah jam duduk dekat tepi rak tu semata nak google. Kadang tu aku siap sampai bersila lagi. Gigih Hilmi cari cari mana kepala aku rupanya duduk bersila kat bawah wakakaka .



So untuk entry ni, terajin pulak nak share dengan korang beberapa produk yang aku beli, guna dan berpuas hati yang mana aku beli pun sebabkan baca review review daripada orang lain .


 6 Produk Penjagaan Wajah Berbaloi Untuk Dibeli Di Farmasi @ Drugstore


1. Cetaphil Oily Skin Cleanser

Cetaphil Oily Skin Cleanser review

Cetaphil ni memang femes dan highly recommended untuk sape sape yang ada masalah kulit, samaada kulit breakout teruk ke ataupun kulit sensitif. Masa muka aku bermasalah haritu, pergi klinik doktor yang suggest suruh guna Cetaphil ni, sambil tu makan antibiotik pula untuk matikan kuman jerawat tu. Alhamdulillah memang helokk .

Cetaphil punya cleanser ni ada 2 jenis. Satu Gentle Skin Cleanser, satu lagi Oily Skin Cleanser.

Harga dua ni beza banyak tauuu!

Yang gentle tu baru dalam RM20 kot, yang Oily ni pulak RM60+ . Kadang tu kalau ada sale, dapatlah murah sikit . Tapi memang yang Oily ni lagi better daripada yang gentle tu. Aku guna Cetaphil Oily Skin Cleanser ni 2 botol je, sebab lepastu aku dah kedekut nak spend RM60 untuk cleanser hahaha bapak lah cheapskate kan? So aku pun beralih ke alternatif yang lebih murah ...

2. Himalaya Purifying Neem Face Wash

Himalaya Purifying Neem Face Wash


>> Himalaya Purifying Neem Face Wash << Produk produk Himalaya pun boleh tahan power dan bagus bagus tau. Lagi lagi range 'Neem' dia. Memang sesuai untuk kulit bermasalah jerawat. Aku pilih untuk guna yang ni lepas gigih baca review dekat blog dan juga twitter. Rata ratanya yang bermasalah jerawat, sesuai gunakan Himalaya Purifying Neem Face Wash ni. Harga pun separuh lebih murah daripada cetaphil tadi. Jadi aku memutuskan hubungan dengan Cetaphil tu dan beralih ke Himalaya. Sorry i berpaling tadah sobs.

Oh harga dia dalam RM30+ camtu je. Kadang tu ada sale dekat watson atau guardian, dapatlah dalam RM26 gituu . untuk size 150ml .

3. St. Ives Green Tea Scrub

St. Ives Green Tea Scrub

>> St. Ives Green Tea Scrub << Satu lagi produk yang highly recommended. Aku baca post review omputih pun ramai dok rekomen yang ni. Yang ni sesuai untuk yang berkulit sensitif sebab biji biji scrub tu lebih halus kalau nak dibandingkan dengan scrub aprikot diorang. St. Ives memang dikenali sebabkan rangkaian scrub dia yang bagus bagus. Kalau dulu aku selalu guna apricot scrub, tapi sekarang beralih ke green tea pula sebab lagi lembut untuk kulit . Nak gonyoh kuat kuat pun takde hal hehee . Serious best. Lepas guna ni hidung pun licin je, dan memang helok sangat untuk masalah blackhead .

4. Himalaya Almond & Cucumber Peel-Off Mask

Himalaya Almond & Cucumber Peel-Off Mask


>> Himalaya Almond & Cucumber Peel-Off Mask << Okay produk kedua daripada Himalaya. Lagi satu 'star-product' diorang yang highly recommended. Ni spesis peel off tau jadi seeloknya apply bahagian t-zone je. Mohon jangan lumur satu muka, sebab saat dah mengeras dan nak peel-off kan dia tu ialah saat yang paling hazabb hahaha .

Biasanya kalau peel off, potensi untuk kulit tu irritiate agak tinggi, tapi sebabkan bahan nya ada timun, jadi irritation tu kurang sikit sebabkan sifat timun tu sendiri yang bantu redakan irritation tu (soothing) . Nak cari peel off mask? cuba yang ni tau

5. Esentiel Soothing Lotion

Esentiel Soothing Lotion


Aku tak pernah tahu pun fungsi benda ni sampailah aku terbaca post pasal calamine lotion dekat Pinterest yang helok untuk merawat kemerahan pada muka dan juga jerawat . Biasanya lotion ni orang sapu kat bontot bayi bagi nak kurangkan ruam atau gatal gatal . Tak tahu pulak sesuai untuk muka kan?

So kalau muka berjerawat tu bleh cuba juga calamine lotion ni. Tiap malam, ambil sikit dan ratakan pada tempat bermasalah. Tapi sebelum tu kena goncang dulu botolnya. esok pagi baru bilas. Sebotol ni pun murah je, dalam RM8 kalau tak silap. Ada dekat section bahagian krim untuk diaper rash ahaks!



"3 Bahan di dapur ini  boleh kecutkan jerawat dalam masa semalaman !!" 




6. TIDACT Gel 1%

TIDACT Gel 1%

Ni dia krim jerawat power . Sebabkan ramai duk cakap DALACIN-T helok untuk jerawat, jadi aku pun cuba lah nak dapatkan seketul dekat farmasi tapi malangnya out of stok. Bila diselidik, kandungan bahan dalam dalacin - t tu lebih kurang je dengan yang ada dalam Tidact ni . Lagi beberapa gel yang seangkatan dan sepower dengannya ialah krim T3 Mycin

Image result for dalacin t
Dalacin - T

Image result for t3 topical ACNE

t3 Mycin


Tidact ni murah je dalam RM15, T3 mahal sikit around RM19-20 dan Dalacin-T lagi mahal around RM50-60 . Tapi sebabkan jerawat aku tak terlalu teruk, pharmacist tu sarankan guna tidact je. Tapi kalau korang ada masalah jerawat batu atau yang jenis sangat teruk sampai bernanah tu, ha elok la guna Dalacin-T sebabkan dia akan keringkan jerawat korang tu. Dan masa yang sama, akan keringkan kulit korang gak.

Tapi ada kawan aku cakap, untuk masalah jerawt teruk, doktor ada prescribed kan sejenis ubat untuk makan. Namanya Accutance. Accutance ni akan buatkan kulit korang kering sangat sebab nak kurangkan myak pada kulit dan matikan jerawat. Tapi accutance ni pun boleh effect kan pada sesiapa yang merancang untuk ada anak. So ceritanya, memang hanya boleh dijual dengan ada kebenaran doktor je. 



Okay sekian senarai produk yang berbaloi untuk korang beli dan cuba yang terdapat di farmasi/ hypermarket . Produk produk ni tak disusun ikut level ke-poweran dan kesan mungkin berbeza bagi setiap individu .

Kesimpulan dia, dah dah la tu guna produk entah hape hape tu. Guna je mana ada jual dekat farmasi, semuanya dermatologically tested and lab proven to be safe and free from harmful chemical wah gittew .

Related search : St Ives Apricot scrub, dalacin t for acne, review dalacin t, alternatif untuk krim dalacin t, krim jerawat mujarab, krim matikan kuman jerawat, pencuci muka bagus, pencuci muka untuk kulit jerawat, pencuci muka untuk kulit berminyak, produk untuk kulit berminyak, cleanser for oily skin, cleanser for dry skin, kulit kering, kulit berminyak, fungsi calamine lotion, kegunaan calamine lotion, tidact ubat jerawat, ubat jerawat tidact, ubat jerawat t3 mycin, produk himalaya bagus, pencuci muka himalaya

57 comments

  1. Tidact and himalaya produk memang fav i !! SUKA gila kesan dia pada kulit

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah terimakasih dengan info nie...

    nak try pakai himalaya la plak

    ReplyDelete
  3. Bley tlg review utk produk sukin?

    ReplyDelete
  4. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  5. wah nice review.pasni nk trjah guardian nk cri himalaya

    ReplyDelete
  6. Ad x spe2 kt sini blh suggest produk utk bhgian mata..utk hilang kn Mata panda @ wrinkles n lain2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try nutox eye refiner. So far saya dh pakai.. nmpk kesan yg baik

      Delete
    2. bolhh try mk jugak, ada satu eye renewal apetah under range timewise repair, so far good

      Delete
    3. Boleh try eye treatment dr shaklee..so far sangat okay..kalau nak cuba blh hubungi saya 😁

      Delete
  7. Thanks sis... Kebetulan ngah nak tukar produk nie. Info yg sgt berguna.

    ReplyDelete
  8. Yg xda msalah kulit sesuai x gna himalaya..kulit cuma xsekata n mudah burn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol, ikut kesesuaian kulit juga. I try himalaya, mak i kata xsesuai, so skrg pakai cetaphile. Satu sem satu botol. Jimat

      Delete
  9. Nak share juga ya

    ReplyDelete
  10. sy dah lama guna tidact n produk himalaya..mmg puas hati

    ReplyDelete
  11. Calamine lotion tu sy pakai utk redakan alleric kt muka n bdn sb dia sejuk so lps sapu tu xde gatal sgt tgn nk menggaru2 . Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. di mana ada jual lotion tu yee ?? cari di farmasi n watson tak ada :(

      Delete
  12. Dah lama consume Himalaya. Memang tak dinafikan kesannya sangat positif walaupun kekadang feedback agak lambat.

    ReplyDelete
  13. Himalaya neem face wash & peel off mask tu mmg terbaikkk. Recommended to try!

    ReplyDelete
  14. nak tau la toner pling best utk kuling jerawat & pori dkt kdai farmasi....

    ReplyDelete
  15. mcm mana nak hilangkan jerawat pasir eh? dah try mcm2 tapi xde effect pun

    ReplyDelete
  16. klu nak hilangkan parut jerawat & kulit berminyak pakai apa?

    ReplyDelete
  17. accutane hanya boleh didapatkan dari pakar kulit@ dermatologist sahaja

    ReplyDelete
  18. i got 5 around 6 items. yang botol besar tu belum cuba.

    ReplyDelete
  19. As salam...tq untuk info..good knowledge.. i pun suka bertandang dekat watson or guardian..kdg2 sesaje nk window shopping..suke kot..hihi..n himalaya memang feberet i utk facial skincare..dh 10thn gne produk2 nie...sgt recommend utk yg masih mencari natural product..

    ReplyDelete
  20. Himalaya whitening ok x?

    ReplyDelete
  21. salam ada yg tau x prodk ape yg bgus utk cerahkan kulit

    ReplyDelete
  22. Saya nak tanya...semua barang ni ada kat guardian atau watson yee?

    ReplyDelete
  23. Utk jeragat pulak,produk apa yg sesuai?

    ReplyDelete
  24. Echa guna st.ives aprikot punya. Bestttt!

    ReplyDelete
  25. ada sesiapa boleh suggest product apa yg boleh pulihkan muka daripada kusam & nak whitening??? thanks in advance :)

    ReplyDelete
  26. Smua dlm gmbr ad d wtsons dn skrng offer tw...ehehehe. meh sini dtg wtsons..bkn nk suggest premis kita...tpi...kbetulan. skrng bnyk offer utk gmbr2 yg d ats...lokasi watson tai & tai TAWAU...

    ReplyDelete
  27. Blh suggest x krim yg blh cerahkan muka skli hilangkan parut jerawat, tiba2 naik jerawat sy cuma pkai scrub St ives,safi gamat, pure beauty,garnier cleanser,dan benzac mmg jerawat dh kering cuma rs kulit kusam dan x cerah n parut any suggest sis

    ReplyDelete
  28. Blh suggest x krim yg blh cerahkan muka skli hilangkan parut jerawat, tiba2 naik jerawat sy cuma pkai scrub St ives,safi gamat, pure beauty,garnier cleanser,dan benzac mmg jerawat dh kering cuma rs kulit kusam dan x cerah n parut any suggest sis

    ReplyDelete
  29. Bile baca entry farah terus nak guna celamine lotion kat muka. kebetulan anak ade ruam ruam halus kat badan dia. so, mak dia pun gigih cari celamine lotion jenama yang sama. boleh lah calit calit kat muka tiap malam hihi

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum.. Saya nak tanya,untuk pelembap muka or serum yg jenis spray jenama apa paling bagus. Maksudnya yg boleh lembapkan muka, sbb sya keluar tak suka pakai bedak. Cuma nak lembapkan kulit je.

    ReplyDelete
  31. bole x nak tnye,,
    ade sape2 tau day cream yg elok tuk muke jerawat?? yg boleh pulihkan muka daripada kusam & nak whitening ?? dan tuk hilang kan parut jerawat? tq

    ReplyDelete
  32. Wahh..bestny.. klau jnis kulit kombinasi boleh ke pkai pncuci mke himalaya dgn st ives green tea scrub ni...sy pkai cosmoderm mcm xngam dgn kulit

    ReplyDelete
  33. Best... Sya pkai cetaphil yg gentle tu tapi naik bijik2 kat dahi pipi dagu... Kenapa ye? Agak sedih sebb sebelum ni x ad bijik2 tu smpaikan adikberadik yg lain tegur... Pastu sya tukar ke cosmoderm yg green tu... Xad ap2 perubahan.. Jerawat still naik.. Bijik2 tu pun still maintain kat tempat dia... Xthu nak pkai ap dah... Himalaya sya x penah try lagi... Alken punya produk ok x? Sis ad any recommendation for my problem x, sis?

    ReplyDelete
  34. Cetaphil gentle tu elok ke utk jeragat yg d sebabkn kosmetik?

    ReplyDelete
  35. Masalah jerawat dh kurang lepas amalkan produk2 nih, tp tona tak sekata. Boleh tak tolong suggest krim whitening?

    ReplyDelete
  36. Masalah jerawat makin berkurang lepas amalkan produk2 bih, tp boleh tak tolong suggest produk utk whitening? Tona kulit tak sekata.. 😅

    ReplyDelete
  37. Boleh tahu x mane nak beli tidact ? g farmasi xde

    ReplyDelete
  38. Terima kasih awak utk tips yang berguna. Jemput dtang blog saya ye ☺

    http://www.keluarganutrisi.com/?m=1

    ReplyDelete
  39. saya guna tidact tp x berkesan utk sy..mayb kena tukar ubat jerawat yang lain :(

    ReplyDelete
  40. Sekarang, saya amalkan suplemen dan skincare yang naturals je untuk tangani masalah jerawat nie. Alhamdulillah okey..hihi. Bukan apa, nak guna krim macam-macam kat pasaran tu saya macam ada takut sikit dengan bahan kimia buatan tu. Jadi saya pilih yang naturals je.

    Selain tu, jaga pemakanan dan jaga kebersihan kulit juga.

    ReplyDelete
  41. Yg cetaphil dgn himalaya face wash tu nak pakai macam mne?

    ReplyDelete
  42. Thank you for sharing...boley tak recommend kn produk untuk tona kulit tak sekata and jeragat

    ReplyDelete

FOLLOWERS