Kisah Aku, Encik Dafri dan Honda Civic 10th Generation Baharu

Friday, December 9, 2016

*entry ni panjang gilaaa dan banyak gambar aku yang cun kahkah. nak baca? teruskan :p

Rasanya, kalau sebut Honda dekat orang Mesia ni semuanya tahu. Unless kau bijak pandai pergi tanya bayi berusia 2 bulan ;

"Adik, yu tahu tak Honda Civic baru ada color apa?"

Jawapannya memang dia taktahu lah. dan tindakan kau tanya dekat dia pasal Honda pun dah nampak sangat kurang cerdik hahaha .



=====================


Aku dibesarkan dalam keluarga Honda . Tak , bukan bapak aku pengasas Honda (k tak lawak pun) , tapi daripada aku celik celik mata kat donia penuh pancaroba ni lagi, memang mak aku jejak keluar hospital jee terus naik Honda. Tapi Honda kapchai lah hewhew. Masa tu mak ayah kite orang susah lagi . Naik motor je berpanas berhujan.

Bila dalam setahun kemudian, ayah pun beli kereta pertama dia . Pun dia memilih Honda jugak . Honda apa? Masa tu Honda Accord. Ayah jenis yang sangat particular dalam membeli dan memilih sesuatu. Jadi, dia sangat mementingkan keseimbangan pada nilai harga dan kualiti . Biar setimpal dengan apa yang dia bayar. Dan dia daripada dulu sampai lah sekarang, memang sangat sangat berpuas hati dan setia dengan Honda. 

Aku rasa cerita aku ni dah boleh buat short filem lah, lepastu jadikan iklan Honda dekat TV. Ko tak ghase macam tu ke? haha

Kronologi penggunaan kenderaan keluaran Honda dalam keluarga aku ialah seperti berikut

Honda Accord --  Honda Accord -- Honda Civic -- Honda Accord -- Honda Jazz

Jazz tu kereta aku. Mula mula aku ingat nak ambik Ford Fiesta, tapi ayah bertegas untuk teruskan legasi Honda dan cakap :

"Nehii ! yu must take Honda. No Honda , No car!"

haha k aku reka je dialog ni kahkah .

Tapi tak menyesal pun pakai Jazz tu. Sedap bawak, lagi lagi aku jenis banyak travel sana sini. So keselesaan tu memang sangat penting untuk aku. Performance pun power ...

Aku tak suka kereta sedan. Hm suka tu suka, macam Honda City , aku suka design dia. Tapi untuk aku beli kereta sedan, adalah sesuatu yang macam takkan terjadi. Sebab aku suka kereta hatchback -- dimana spesis bonet boleh di akses daripada seat dalam haha . Kenapa? Aku pun taktahu. Lagipun senang kalau nak bawa barang besar besar. Tambahan pulak aku jenis yang selalu join bazaar untuk menjual, bila seat belakang boleh lipat dan bonet pun makin besar, mudah aku nak sumbat Sheila (mannequin,aku bagi nama dia Sheila haha) , payung , meja bagai semua boleh sumbat .

Tapi , sejak sejak aku test drive sendiri Honda Civic keluaran terbaru daripada Honda, aku tetiba rasa macam "wehh suka gila kereta ni. Lantak pi lah aku takleh lari pergi seat belakang dan lipat seat sebab nak korek bag dekat bonet semata mata nak ambik kabel iphone" . 





Sebenarnya ada banyakk sebab untuk bukan saja aku, malahan untuk korang korang dan korang semua untuk sukakan Honda Civic terbaru ni. Jadi , marilah kita ke perenggan seterusnya untuk baca dan hayati pengalaman aku ber-test drive Civic 10th Generation Honda terbaru 3 & 4 Disember haritu .

=================================

HONDA LAUNCHES 10TH GENERATION CIVIC OFFERING "D-SEGMENT VALUE" AT "C-SEGMENT PRICING"

Headline ni faham tak? Kalau tak faham, biar aku cerita ihiks .

Sebelum tu, selitkan muka 'jelingan ku memukau santau' satu hahaha. 


Apa kaitan? Takde kaitan . hahahahaha


Okay proceed , 


Amenda D Segment, C Segment ni?

Kereta ni boleh dibahagikan kepada beberapa jenis segmen. Untuk Honda Civic baru ni, ianya dalam kategori D segment tapi berharga C segment. 

Apa beza D segment, C segment pulak?

Ianya dibahagikan mengikut saiz kereta . Kalau C segmen tu kiranya kereta bersaiz sederhana (medium sized car) , D segment pula adalah kategori larga car.

Honda Civic ni jatuh dalam kategori kereta besar, tapi pada harga kereta medium. Makanya? Ini sesuatu yang berbaloi . Tak gitu?

Nak kata Civic ni besar mana? memang besar aitelyu . Leg room dibahagian depan dan kerusi belakang memang sangat luas. Kalau nak tidur baring dekat bawah pun boleh aku rasa haha . Bonet pun sangat luas dan besar jugak .

Okay cukup cukup kita bercakap pasal size. Sekarang move on pulak pada ciri ciri terbaru yang ada pada Honda Civic 10th Generation baharu ni .

Antara features terbaru yang diperkenalkan bersama dengan Honda Civic ni ialah :

- Remote Engine Start 
start engine kereta menggunakan remote saja. Sambil sambil makan sarapan tu, boleh lah panaskan enjin kejap . Guna remote je, tak susah susah bukak grill bagai hehe

Keyless system . Tak payah gigih sumbat kunci untuk start enjin . Push start sajee .

- Walk away auto lock
sistem keselamatan yang diperbaharui. Bila kita berjalan meninggalkan kereta, kereta akan auto lock dengan sendirinya bila kita jauh dari kereta dengan jarak 2 meter.

- Auto Brake Hold
Yang ni aku sendiri dah rasa. Masa parking ataupun dekat traffic light, dah tak susah susah tukar gear N dan pijak brek lama lama untuk elakkan terciyom bontot kereta depan. Sebab dengan adanya features ni, automatic akan brek kan untuk korang disaat berhenti macam tu. Memang sangat membantu dan dapat lah rehatkan kaki masa stuck dalam jem tu

Tengok kanan tepi gear ada button Brake Hold
Team 2 ; Kak Bella & Sally!






Lagi features yang dilengkapkan dalam Honda Civic ni ialah ciri ciri keselamatan yang mantap termasuklah :

- Dilengkapi 6 air bags 
- Vehicle Stability Assist (VSA)
- Anti Lock Braking System (ABS)
- Electronic Brake Distribution (EBD)
- Brake Assist (BA)
- Hill Start Assist (HSA)
- Emergency Stop Signal (ESS)
- ISOFIX

Masa test drive haritu, aku dengan blogger yang lain sempat lah merasa sendiri macam mana VSA tu berfungsi. Dimana abang abang driver Honda tu sendiri bawa kami dalam kereta dan acah acah elak kon. Memang tak dinafikan kereta tu kekal stabil dan impak bagi kami kami yang ada dalam kereta ni dapat dikurangkan. Rasanya kalau tak ada VSA, gamaknya dah terbalik kot kereta tu haha 

Kita tak boleh nak agak apa yang akan datang dari depan. Kadang kadang ada kucing nak melintas, kadang kadang ada kereta depan accident ke apa kan, kadang kadang nampak bungkusan putih depan jalan wuuuuu cuaks! Dan berbekalkan reflex kau yang melampau, terus putar steering entah kemana mana dan end up mungkin terbabas dan terlanggar pokok mahupun divider. Tak gitu?

Jadi dengan adanya VSA ni, insyaAllah lah pemanduan tu lebih terkawal dan secara tak langsung mengurangkan peratusan daripada terbabas . Bagus kan? 

Honda Civic terbaru ni didatangkan dalam 3 varian iaitu :

  • 1.8S (RM113,800)
  • 1.5 Turbocharged (RM127,800)
  • 1.5 Turbo Charged Premium (RM135,800)

*harga on the road + insurans



dan didatangkan dalam 5 warna :

  • Dark Ruby Red Pearl
  • Modern Steel Metallic
  • Crystal Black Pearl
  • Lunar Silver Metallic
  • White Orchid Pearl


Kalau kau tanya aku warna apa yang lawa, aku akan cakap .. "Semua yang ada 'Pearl' tu lawa namati" haha . Warna pearl tu buatkan nampak berkilat dan glossy seakan akan hari hari kau pergi car wash depan rumah sampai bangla tu bosan tengok muka kau semata mata nak polish kereta . ahaks!


Masa test drive haritu aku bawa Civic warna White Orchid Pearl dengan specs yang paling tinggi , yang 1.5 Turbo Charged Premium tu. Pendek kata, dalam 5 kereta yang ada haritu, aku punya paling mahal lah ekekeke .

Video mengamati kecantikan lampu Honda Civic baru tatkala malam menjelma ecehh


================================

HONDA CIVIC 10TH GENERATION 2D1N TEST DRIVE 

Hari Sabtu (3 Disember) tu aktiviti kitorang terhad pusing pusing dalam bandar je. Mula dengan berkumpul dulu dekat ALoft Hotel KL Sentral seawal 9 pagi, dan makan makan sementara tunggu untuk terima briefing daripada pihak HONDA.

Briefing pun tak ambil masa lama, Calvin & Ivan (wakil Honda) banyak menceritakan tentang features terbaru Honda Civic, dan juga jelaskan tentang tentatif program kitorang. Bila dah habis je briefing, terus siap sedia untuk flag off dan bertolak ke Kah Motor Selayang.

Apa motif kitorang pergi Kah Motor Selayang ni?


Kami dibawa kesini untuk tengok dan rasai sendiri pengalaman macam mana bila nak service kereta di pusat servis Honda. Masa ni lah kami di beri penerangan tentang prosedur yang perlu dilalui masa nak servis kereta. Bermula daripada sesi membuat appoinment, pendaftaran , penyerahan kunci kereta sampailah habis .

Kalau nak servis kereta dekat mana mana pusat servis Honda adalah disarankan untuk buat appoinment dulu. Tapi dekat Kah Motor Selayang ni, diorang terima untuk customer yang nak walk-in. Tapi, kalau walk in ni ada possibility untuk korang kena tunggu lama lah . Sebab diorang akan utamakan customer yang dah buat appoinment dulu.

Sesambil tunggu kereta korang di servis, boleh lah layan layan makan nasi lemak dulu. Biasanya pihak Honda akan sediakan dalam 30 bungkus nasi lemak. Kalau korang nak pekena nasi lemak, kena mai awal lah. Kalau tak, sampai sampai je nasi lemak dah ghaib hehe .

Berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai pelanggan Honda, so far aku memang puas hati dengan layanan dan servis diorang ni. Tak kisahlah masa servis kereta mahupun masa on call untuk sebarang complaint atau customer service. Plus, diorang ni siap ada call dan minta feedback customer untuk diorang selalu perbaiki apa yang patut. As a reward, customer yang willingly untuk jawab survey akan di berikan voucher makanan, shopping mahupun hadiah saguhati . wiwiwiw, last time aku dah dapat voucher KFC dah ihiks . Thankyou Honda! *tunjuk ibu jari*

Sikit sikit selfie. ceh haha

Lepas habis jalan jalan tawaf dalam Kah Motor ni, kami teruskan perjalanan ke Mutiara Damansara pulak . Memang sakan betul berjalan ha . Daripada KL Sentral, pergi Selayang . Lepastu ke Mutiara Damansara pulak . Kenapa pergi Mutiara Damansara? Sebab ni ...



IT'S LUNCH TIME BEBEH!!

Lunch kali ni memang meriah di The Closer Kitchen & Restaurant . Masa register pagi tu memang kitorang dah dapat menu ni dan di minta untuk pilih apa yang kitorang nak makan untuk lunch .

Makanya, seorang Farah yang tamak haloba pun order bermacam macam termasuklah ;

  • Caesar Salad
  • Mushroom Soup
  • Lamb Stew
  • Mango Juice
  • Hazelnut Chocolate Cake


Banyak kannn?

Tapi malangnya, bab dessert tu aku dah tak boleh handle haha. Sebab dah kenyang sangat. Perut pun dah kedepan , agaknya kalau sumbat kek lagi, seat belt tak boleh pakai kot wakakaka . So sebelum dia hidangkan kek aku, terus aku bagitahu siap siap suruh cancel je kek tu


Sesungguhnya, makanan dekat sini semuanya sedap sedap dan aku puas hati. Cuma mango juice tu ada campuran dengan nenas, dan aku dari azalinya tak suka nenas ... bencikan air tu hahaha .

Sedap & portion dia besar

The Closer ni dekat je dengan IKEA, so lepasni memang aku akan pergi lagi lah lepak dekat sini . Harga pun berbaloi dengan portion dan aku suka kan cara dia serve kan makanan. Ada yang serve dalam kuali lah, dalam frying pan, atas kayu dan macam macam lagi . Aku nak propose lah nanti nak minta dia serve makanan aku dalam lesung batu pulak . hahah baru lah hipsterr .



Lepas je berkenyang kenyangan sampai nak termuntah dekat The Closer, kitorang teruskan perjalanan ke Setia City Convention Centre pulak . Hamende pulak nya kitorang buat dekat situ?





Jeng jeng jeng .. *konon suspense lah tu? -.-"




Vehicle Stability Assist (VSA) Experience
Venue : Setia City Convention Centre parking space


Merujuk kepada ape benda aku cerita dekat atas (kalau korang baca lah kan) , VSA ni antara features terbaru yang di lengkapkan dalam Honda Civic baru ni . Jadi kitorang berkumpul dekat sini, untuk tengok dan rasakan sendiri pengalaman berada dalam kereta yang hampir terbabas tapi berjaya kekal stabil dengan adanya VSA .




Memang seronok weh main acah acah nak terbabas ni haha . Jangan tiru aksi ni dirumah ye? Sesungguhnya ni abang abang Honda power je yang mampu drive dan buat sedemikian . Kalau aku yang drive, kot masuk tasik Setia Park tu kot kakakaka .

Makanya, ini adalah salah satu sebab kukuh lagi untuk aku .. eh korang .. dapatkan Honda Civic baru ni!

ALoft Hotel Kuala Lumpur

Lepas dah penat main drift drift dekat Setia City Convention  Centre tadi, kitorang pun balik semula ke hotel dan ready untuk check in . Check in sepatutnya secara keyless *tanpa card atau kunci* tapi disebabkan ada beberapa masalah , tak dapat lah nak keyless check in . Sedih juga lah daku , sebab baru nak feeling feeling keyless check in. Tapi takpelah, next time ada rezeki datang lagi sini. Kot kot masa tu dah boleh keyless check in kan?

wuuu bukan walk in closet, sekali walk in toilet terus

besar gila. aku sempat zumba . kalau ajak adik aku memang dah main wrestling sekali

Daku kecewa sebab takde bath tub hahaha . baru ingat nak berendam . tapi ada ni pun Alhamdulillah

Bilik pula sangat selesa. Ramai yang sempat pergi bersuka ria dekat kolam renang tapi sebab kan dah penat sangat, aku malas pulak nak keluar. Lagipun malas nak basahkan baju haha . Makanya, maaf takde gambar mat salleh pakai bikini hahaha .

Alhamdulillah memang selesa sangatttt ! Masa sarapan pun puas hati dengan makanan yang disediakan . Ada banyakk pilihan dan semua sedap . Thankyou Aloft KL!

Cakk cakk! Morning!

Ni 10% je daripada apa yang aku makan kekekeke


Day 2 : Off to Bentong! 

Hari kedua trip kitorang ni jadi makin meriah dan gempak bila pagi pagi lagi kitorang dah mulakan perjalanan ke Bentong. Motif utama kitorang ke Bentong ialah tak lain dan tak bukan lagi semata mata nak test sendiri effeciency Honda Civic baharu ni punya pemanduan bila jalan dekat kawasan berbukit .


Rawlins, Mahamahu & Khai Artzfar

Kitorang memang saja naik atas tu semata mata nak main pusing pusing je haha . Daripada KL Sentral , direct terus naik sampai dekat Genting Sempah . Sampai je situ, kitorang berhenti kejap dulu untuk tukar driver. Tapi masa dekat Bentong ni team aku semua mengelat kakaka . Aku sorang je conquer bawak . Daripada naik atas sampai lah Uturn dan turun bawah semula .

Aku sebagai seorang perempuan yang walaupun drive ganas ganas , dan laju laju .. bila sampai dekat bahagian berbukit dan berkelok kelok , aku akan start jadi ketar lutut . Mula lah driving pun duduk keras je, duduk pulak kedepan sampai badan melekat dekat steering , kaki pulak kejang kejang je and tangan start sejuk hahaha .

Biasanya macam tulah . Tapi bila drive Honda Civic ni aku dapati pemanduan aku lebih tenang dan sempoi . Masa cornering pun aku tak berapa nak struggle dan dapat lalui jalan jalan berliku tu dengan tenang dan cemerlang nya ihiks! 


Bila orang tanya, 

"Best ke Farah bawak civic tu?"

Aku boleh cakap 'BEST' je .

Nak cakap banyak banyak pun tak reti sebab kau kena pergi sendiri Honda dealer dan mintak

"Bang, bak kunci. Saya nak test drive civic baru . Turbo, ikat tepi ye?" hahaha. 

Sebagai seorang pengguna Honda, aku rasa bangga bila Honda berjaya keluarkan satu lagi model kereta yang bukan setakat power, malahan harga pula berpatutan .

Meskipun kereta ni cuma 1.5 , tapi kuasanya bersamaan dengan enjin 2.4 .
Power kan?

Lepastu, roadtax pulak bayar untuk kereta 1.5, sedangkan power kereta tu 2.4
Geliga nya hahaha. Bayar roadtax murah sikit hewhew . 

Good job Honda!

The Garage KL


Salmon apa ntah tak ingat nama


Perjalanan kitorang seterusnya ke The Garage KL pulak untuk makan tengahari . Masa ni lah kena melantak cukup cukup sebab lepas pada tu, kitorang nak ke Marina Putrajaya pulak untuk MAIN AYERRRR!!


With Lenglui Carina Yeoh

Bila aku dimaklumkan yang kitorang akan main Flyboarding, aku terus google - apa kemenda nya flyboarding tu? Masa briefing pun aku tetap juga kurang jelas menda alah flyboarding ni macam mana . Memang ambik masa lama juga aku nak proses macam mana flyboarding ni berfungsi .
Briefing Flyboarding. Tu menda alah kuning tula kasut flyboard

Tapi lepas dah tukar tukar baju dan tengok sendiri demo macam mana instructor tu buat , baru lah aku faham ... sikit ! hahahaha

Power gila dia ni. Powerrr

Macam senang. Tapi sebenarnya ....

Nampak macam senang je dia main flyboard tu . Dah nama pun instructor kan? Kalau dia pun terkial kial , takkan dia boleh jadi instructor , ye dak?

Mula mula rasa macam takut je nak cuba . Sebab aku dah lah tak reti berenang , dan peratusan untuk tertelan air tasik tu memang sangat tinggi . Aku tengok yang blogger lelaki semua pakat cuba, dan blogger perempuan senyap je duduk tepi diam diam haha .

Patutnya main ni kena berdiri. Sis mampu bersila je hahahaha

Memandangkan peluang macam ni tak selalu datang , aku gigihkan juga untuk cuba dan aku lah blogger wanita yang first cuba flyboard ni *bangga hahahhaa* 

Meskipun aku kelihatan bodoh bila terkapai kapai dalam air, dan asyik tenggelam timbul je. Tapi aku berpuas hati sebab aku berjaya juga berdiri and keluar dari air walaupun sekejap sekejap je. Nampak macam senang tapi sebenarnya agak complicated sebab memerlukan untuk korang control kaki dengan baik . Tak boleh bengkok sikit, confirm jatuh balik masuk dalam air. 

Apa apa pun Alhamdulillah dan sangat berterima kasih pada Honda Malaysia sebab berikan peluang untuk kitorang semua merasa nak ber-flyboarding. Nak harapkan aku yang bukan spesis sukaka aktiviti outdoor ni pergi cuba? Hm kirim salam jelah haha.

Program Test Drive 2D1N kitorang berakhir dengan aktiviti flyboard ni. Lepas dah puas hitam berjemur dekat tasik Putrajaya tu, kitorang pun balik semula ke Aloft Hotel untuk bersurai .

Kesimpulannya, perjalanan lebih bermakna bila pemanduan dilancarkan oleh Honda Civic baharu. Travel dekat ke, jauh ke .. insyaallah lebih selesa dan seronok :D

Jangan lupa pesan iols ye, 

pergi Honda dealer berdekatan dan cakap , 

"Bang, bak kunci. Saya nak test drive civic baru . Turbo, ikat tepi ye?" 

Hiks . Bye! Thanks for reading gais *walaupun panjang namati*


test drive honda, honda civic baru, honda civic specs, honda civic 10th generation, honda civic warna, warna honda civic, civic ruby red pearl, civic 1.5 turbocharged, civic cantik, civic turbo 1.5, civic price list, civic OTR price, civic engine turbo, civic servis centre, civic service centre, kah motor selayang, the close cafe review, the garage kl cafe, flyboarding marina putrajaya, flyboard harga, flyboarding malaysia, cara main flyboarding, honda civic review, honda civic history, honda civic best, honda civic putih, honda civic price and harga, honda civic bayar bulan bulan, honda civic features

12 comments

  1. Lawa honda ni..mampu berangan je nak jadikan honda ni hak milik.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe xpe kak, angan2 tu kan percuma. mana tahu ada rezeki nnt :D

      Delete
  2. lama dah berkenan kereta honda ni, terutama model baru HRV tu.. bilalah boleh dapat! hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah kak, boleh punyeeee hehe. work hard lg!

      Delete
  3. kite pun suka honda..nak bawak je tak pandai..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. zatie kena gi amek lesen ni. boleh laa merayap dengan kite hehe

      Delete
  4. totally unrelated but your makeup is so on point!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awww! thanks for noticing that wakakaka . i tried hard :(

      Delete
  5. warna apa yg plg cantek?
    nk beli lah

    ReplyDelete
  6. Foto-foto itu sangat menarik, terima kasih kerana berkongsi, apakah ada maklumat lain mengenai Honda Malaysia?

    ReplyDelete

On My Instagram