Hello!
Masa aku kecik kecik, suka sangat tengok Lindsay Lohan. Korang perasan tak muka dia penuh dengan freckles? Versi melayu orang panggil jeragat lah . Jeragat ni terhasil daripada kesan cahaya matahari . Macam bintik bintik hitam dekat kawasan hidung dengan pipi tu . Nampak cantik je dia walaupun ada freckles. Tak kisah mat salleh mana mana pun , kalau ada freckles, aku rasa itu sesuatu yang cantik haha .
Tapi, bila kulit muka aku mula berusia (ehem let say 'matang' ) , jeragat dah mula terhasil . Maka usaha usaha untuk menghilangkan jeragat mahupun mensamarkan jeragat tu mula diambil. Termasuklah guna macam macam spesis krim muka dan juga aplikasi mekap limablas inci hewhew
Nak hasil serta merta? Memang kena apply concealer dan foundation lah. Lagi teruk masalah kulit tu, lagi tebal lah nak kena tempek . Jenuh jugak ler nak tempek hari hari. Nak cuci pun dah sekian juga .
Aku sangat cerewet bila bab nak pilih foundation . Walaupun kulit muka aku takde lah bermasalah sangat, tapi aku sukakan foundation yang boleh bagi full coverage. Biar lah gebu melampau, lagiii aku suka! hahaha .
Sekarang ni, untuk 'base makeup routine' , aku akan selang selikan guna foundation Artistry dan juga Hanie Foundation . Tapi untuk daily use, aku prefer Hanie Foundation lagi.
Kenapa?
1. Formulation foundation ni serious sangat sangat pekat, dot dot sikit pun dah cukup . Masa first time cuba, aku picit 1 pump - itu pun terlebih lebih putih jadinya . Patut guna 1/2 pump je . Terus boleh cover untuk satu muka . Jimat !
Mudah je nak gunakan Hanie Foundation ni |
2. Mesra wudhu . Aku dapati foundation ni sangat mudah dibasuh. Maksudnya kalau korang keluar pergi mall nak solat tapi tak bawak makeup remover, cuci dengan air pun boleh . Tapi cuma tulah, untuk event outdoor yang melibatkan korang untuk berpeluh dan berlemuih , mungkin tak sesuai . Sebabkan aku sekarang ni kerja dalam office je, boleh lah pakai ni. Agaknya kalau aku turun kitchen , memang cair kot ihiks .
3. Buat masa ni, Hanie Foundation ni didatangkan dalam 1 shade je. Tapi so far color ni sesuai dengan warna kulit aku. Coverage mantap dan segala tok nenek jeragat dan redness (jerawat) dapat ditutup . Nak apply pun senang, cuma guna jari atau span je. Lagipun , Hanie foundation ni didatangkan dalam bentuk liquid dan dalam botol yang ada pump . Lebih hygienic dan user friendly. Botol pulak botol plastik, makanya tak berat untuk nak dibawa kemana mana .
4. Ianya dilengkapi dengan SPF35 . Okay foundation lengkap sekali dengan perlindungan UV sangat perlu dijadikan pilihan!Plus, foundation ni siap ada kandungan ekstrak mutiara lagi beb! Disamping berfungsi sebagai foundation, ia juga berfungsi untuk merawat kulit dan juga mencerahkan :D
5. Walaupun Hanie Foundation ni produk lokal , ianya setanding produk produk lain yang dah lama dekat pasaran . Dan yang pentingnya, Hanie Foundation ni mementingkan keselamatan pengguna. KKM? takyah risau beb . Dah lulus punn . Ni nombor NOT KKM Hanie Foundation : 161002133K
flolessnya kulit I! tengok tudung bertampuk kena foundation hahaha |
===============
My Personal Review
First thing first, bila aku dapat tahu Hanie Foundation ni dalam bentuk liquid, aku terus eksaited! Aku sangat sangat sukakan foundation dalam bentuk liquid sebab bagi aku, jenis liquid lebih mudah nak blend dan juga lebih rata dan finishing lebih flawless . Pulak tu, ia didatangkan dalam botol plastik yang ada pump -- okay lagi satu bonus! Aku palingggg tak suka produk liquid yang takde pump sebab sangat sangat menyusahkan . Even shower cream aku takde pump tu pun aku ngamuk gak hahaha . Nak tuang botol tu require effort kot!
Dari segi ketahanan pulak , bagi aku macam kurang sikit . Mungkin sebab produk ni pun mesra wudhu, jadi ianya di formulasikan untuk senang dicuci . Tapi, mungkin juga sebab aku apply foundation semata mata. Rasanya kalau start dengan primer, lepastu apply foundation dan sapu pulak loose powder, mesti lagi meletop dan long- lasting!
So far, untuk coverage dan kemampuan foundation ni untuk tutup cela dan buatkan kulit nampak gebu, cerah dan sekata -- aku bagi 4.5/5 bintang! wehooo!
Cons
Kekurangan pada foundation ni nothing major pun . Ianya hanya didatangkan dalam satu shade/tone je . Takpe, mungkin akan datang pihak HQ akan hasilkan lebih banyak shade kot sesuai untuk semua tona kulit wanita yang ada dekat Malaysia ni .
=====================
Aku dapatkan Hanie Foundation ni secara online by pos. Tapi kalau korang nak beli by hand , boleh contact stokis atau agen Hanie Foundation . Tak silap, stokis dan agen dia ada je seluruh Malaysia. Mana tahu, ada yang duduk selang 3 rumah je kan hehe .
Untuk tengok senarai stokis dan agen boleh tengok dekat sini : SENARAI STOKIS DAN AGENT
Facebook: https://www.facebook.com/hanieHQ/
Instagram: https://www.instagram.com/norheanyzah/?hl=en
Hotline : 0102267854/ 0146687854
Itu saja saiyanggg . sekian review fondesen untuk hari ini . Thanks for reading gais!
14 comments
Macam menarik aje foundation ni.. rata jerk..
ReplyDeleteaah . ni pakai sikit pun dah ckup utk apply satu muka. rata jee :D
Deleteseriusly the best review i ever read. Sangat bersahaja dan jujur.
ReplyDeletethankyouu. ofkos kena jujur gittew. baru lah bermanfaat :D
DeleteHanie foundation..first time dengar nama brand ni..
ReplyDeleteni produk baru yang tengah nk meningkat naik kak :D cubalah
DeleteNak jugak lah foundation ni.. cantik tgk farah...
ReplyDeleteyanieyusuf.com
kak yanie pun boleh cecantik jugak. serious foundation ni coverage dia mmg best sgt
DeleteHanie foundation mmg the best! Makin lama pakai makin glowing 😍😍
ReplyDeleteguna hanie foundation jugak ke? yeay sama! sep sep
DeleteBoleh suruh wife cuba produk nie ☺☺☺
ReplyDeleteseeloknya macam tu lah hehe bagi wife lawa lawa
Deletemacam menarik sahaja nampak foundation tuuuu...huhuhu
ReplyDeleteCantik! Boleh cuba.. Boring dah pakai BB Cream jw. Hihi
ReplyDelete