Jom DIY Cushion Foundation!

Thursday, December 29, 2016


Weeee! Another beauty-related blog post!

Aku suka betul bila buat entry berkaitan dengan beauty product . 

Kenapa?

Sebab gambar semua cantik cantik , dan banyak benda nak dibebelkan bila bab bab kecantikan ni . Jelas kegadisan seorang Farah . hewhew

==========================

JOM DIY CUSHION FOUNDATION!

Sebenarnya aku dah lama perhati cushion case dekat Innisfree . Semuanya cantik cantik , corak pulak semua comel dan mengundang kegeraman melampau . Tapi setiap kali pergi , niat nak beli - confirm tak jadi!

Image result for INNISFREE CUSHION CASE

Mungkin sebab aku rasa benda alah tu mahal kot . Sebab sponge dengan cushion case tu dijual berasingan . Ah satu hal pulak nak kena beli dua dua . Kang kalau beli cushion case je tanpa sponge, aku nak guna macam mana . Kalau beli sponge je, lagilah sia sia haha .

Sejak sejak Althea punya mobile shopping app dah launch, makin menggatal je tangan aku ni nak membeli . Nak nak pulak Althea ni kerja nya asyik buat promotion je . Haih you memang suka mainkan perasaan i kan?

Sesambil scroll tu, ternampaklah koleksi 'It's My Cushion' ni . Harga pulak RM19 je. 

Wait, what? 

RM19!

Beserta sponge!!


Hahaha punyalah happy aku bila dapat tahu cushion case tu datang bersama dengan sponge pada harga RM19. Hmm senang rupanya nak hiburkan aku ni kahkah .


Tak fikir banyak, terus je 'Add to cart' , sesambil tu tambah lagi beberapa barang . Rugi lah setakat beli cushion case satu nak pos jauh jauh dari Korea kan?

Maka setelah 2 minggu, sampai pun Cushion Case ittew . Aku pilih warna pink, bagi melambangkan sifat kelembutan dan kewanitaan cerminan pada peribadi aku wakakakaka cit podah!




Maka saat terimanya parcel daripada Althea ni, aku dengan rakusnya tak sabar sabar nak DIY sendiri cushion foundation aku .

Aku pilih untuk guna foundation Artistry . Cakap pasal Artistry, serious talk *sambil tangan diva* , foundation ni lain macam lah power dia . Selama ni bila mak aku promote barang Amway (dia ahli Amway) , aku buat tak layan je kakakaka sebab aku rasa cam "yelah, dah Mama ahli, memang lah semua best best je pasal barang ni" . Masa birthday aku haritu, mama hadiahkan beberapa produk Artistry ni , termasuklah primer , foundation dengan loose powder. 

Masa aku pergi test drive Honda haritu, aku pakai lah foundation ni & amazingly it stays all dayyy gurl~  sungguh memeranjatkan aku yang tak habis habis condemn barang Amway ni kakakka sorry mama, Along dah caya dah sekarang ihiks!

Okay cerita foundation sambung kemudian . Berbalik kepada cushion foundation case kite tadi .

===============================

Aku cuba dulu picit 3 pump dan rata ratakan . Lepastu letak semula span tu dan tekan tekan bagi foundation tu serap dan naik keatas . Okay nampak mudah kan?



Murung nya disini ialah apabila kepekatan foundation ni amatlah pekat membuatkan foundation tu gagal diserap sepenuhnya oleh span membuatkan 'seciput' je foundation yang naik ke permukaan atas . kahkahkah aku dah start buat warkah berlagu pilu dah waktu ni. 


Taktahu lah sebab aku picit foundation sikit sangat ke ataupun foundation tu pekat sangat . Tapi aku taknak ambik risiko picit lagi foundation untuk ditambah sebab takut kot kot benda yang sama jadi juga .

Jadi kesimpulan dia apa? Kekal lah cushion case ni didalam kenangan hahaha . takpun maybe aku boleh cuba beli refill yang innsifree tu dan cuba masukkan dalam ni . Manalah tahu boleh ngam kan .

Hujung cerita, DIY aku gagal kahkahkahkah *gelak berjemaah 

Aku rasa elok letak bb cream, campur moisturizer campur sun screen dalam ni . Baru lah gabungan tu macam cair cair sikit dan senang span tu nak resap kot .. KOT lah kan .

Apa apa pun , kalau korang teringin nak beli cushion case macam ni , beli jelah . Mana tahu korang buat menjadi . Aku ni pun kecewa kejap je kot . Esok lusa aku cuba campur benda lain pulak tengok jadi macam mana . Kalau tak jadi gak , aku simpan kerongsang jelah dalam ni hahaha .

althea korea, althea malaysia, althea korea mobile app, app althea korea, althea korea shopping, cara order althea korea, diy cushion foundation, cara buat cushion foundation, cushion foundation case, case cushion foundation murah, cara buat cushion foundation murah, cushion case murah, murah cushion case, cushion foundation althea, cushion foundation brand, cushion foundation best, cushion foundation althea, althea cushion foundation, althea order tak dapat, althea servis, althea bagus ke, althea shipped from korea, barang korea murah, kosmetik korea murah, kosmetik korea bagus, kosmetik korea berkesan, korean cosmetics malaysia

3 comments

  1. Hehe. Walaupun gagal tapi berkenan jugak siqah tengok warna pink tu 😍

    ReplyDelete
  2. Pernah tengok tutorial buat cushion sendiri dekat youtube.. And yes, Basically diorg tepek segala benda yang boleh pakai in on box.. Serum, primer, make up base, bb.. :D

    ReplyDelete

On My Instagram