"Mak, jom pergi KL Tower Mini Zoo . Nak selfie dengan Kangaroo"



Hello .

Nak kata aku ni pencinta haiwan , takdelah sangat . Biasa biasa jelah . Bila nampak sesuatu gebu dan comel , aku masih boleh cakap 

"Wuuuu comelnyaa, gewamm!" . 

Tapi, lepas je balik daripada jenjalan dekat KL Tower Mini Zoo haritu, aku automatik cam ter-discover pulak yang aku ni seorang pencinta haiwan ekekkekeke.

Tapi taktahu lah valid untuk haiwan yang kurang comel ke tidak haha . Sebab sepanjang dekat KL Tower Mini Zoo tu, semua spesis haiwan yang ada dekat situ comel comel . Yang jadi lagi best, dah lah beliau beliau bersifat comel , gebu pulak tu .. dan berbulus . dan paling best .... boleh peluk cium gomol weh!


Serious tahi (haha serious S*) ai tel yu , pengalaman dekat KL Tower ni lain daripada yang lain . Masuk masuk je entrance tu, dah ada macam macam jenis haiwan menanti untuk digomol haha .

Biasanya kalau jalan dekat zoo lain , bersepah sepah papan tanda "JANGAN BAGI MAKAN KEPADA HAIWAN" .

Tapi dekat sini , petugas dia siap offer lagi "Kakaaaa , yu mau kasi makan itu burung  ? " "U want? give rabbit eat? Take take " (Sambil hulur daun yang aku tak kenal . sebab aku kenal taugeh, kangkung, sawi , carrot je kakaka )




Syok kan? Boleh bagi makan pada binatang binatang, boleh pegang pegang , boleh ciyom ciyom , boleh selfie sekali .

Aku awal awal masuk dah teruja tengok baby kangaroo ni! Comel je duduk melepak dalam bag haha . Aku ajak selfie pun dia layankan je. Sporting betul beliau ni. Maka nya, tak susah susah dah lah kau meraung berguling depan mak ayah ajak pergi Australia lepas layan National Geographic semata mata nak tengok Kangaroo. 

cium ciked!

baby kangaroo. comel gila weh!




Nah dik, kau ajak je mak ayah datang KL Tower Mini Zoo k? Kak Farah cakap, kat sini best gilaaaa. 

Kak Farah cakap apa? ... 

"best gilaaaa" . 

Okay, pandai :p


Bersempena cuti sekolah ni, cepatlah dik tarik mak yang sedang gulung popia, dan ayah yang sedang terhibur tengok lawak hambar dekat 9gag tu .. ajak pergi KL Tower Mini Zoo k? Ajak sekali kakak dan abang ikut . Kalau dia tak nak ikut , lantak pi lah tinggal dia kat rumah . Kata kat mak, jangan tinggalkan duit belanja dekat dia sebab nanti dia merayap tempat lain. kakakkaa (cakap ikut pengalaman ke apa ni?)

Berikut ialah senarai harga tiket masuk ye dik . Ni kak Farah share ... 




Kalau mak cakap 


"eh mahal ni" , 

adik balas je :


"Nak bandingkan harga tiket yang mahal ni , kegembiraan adik lebih bernilai , mak" 

kekekeke. teruk kak Farah ko mengajar benda tak helok ni kan? cis.

Ekceli , hari tu sebenarnya gathering dengan kawan kawan blogger lain daripada Kelab Blogger Ben Ashaari. Kira macam catching up session gitew lah dengan diorang. Tapi tu pun semua jalan dah bersepah sepah. Aku lagi lah, terlalu kusyuk dalam dunia sendiri . Busy selfie dengan semua binatang yang wujud dekat situ hahaha . Sampai kan selfie dengan manusia lain pun aku tak sempat hahaha. Sempat selfie dengan seorang manusia je bernama kak Jue je :p

selfie dengan seekor arnab

selfie dengan seekor arnab dan seorang kak Jue haha 
Dekat sini mostly haiwan kecik kecik jelah yang ada, Nama pun Mini Zoo kan? Janganlah kau expect ada gajah , zirafah mahupun ikan paus kat sini. Jenuh nak angkut naik atas bukit nenas tu haha . Reptilia macam ular pun ada juga . Buaya pun ada . Cumanya buaya dengan ular tu, takdelah kau dapat gomol dan selfie pulak . Takat tengok dari luar kaca jelah .

Yays makan makan ...

Ada kawasan yang khas biarkan burung terbang bebas, so senang kita dapat berinteraksi dengan lebih dekat dengan burung tu. Sambil tu boleh bagi makan jugak . Bukan burung, dan kangaroo je ada dekat sini. Kura kura yang besau gila tu (taktahu nama) , monyet putih , Llama, pony , burung ostrich pun adaa .. Pendek cerita, kena datang sini dan tengok sendiri . Aku malas nak senaraikan semua haha .

Kesimpulannya ialah , daripada ajak mak pergi ice skating dekat IOI Putrajaya, ada faedahnya ajak mak pergi KL Tower Mini Zoo ni. At least ko kenal lah ayam serama tu rupa dia macam mana. Jangan jadi macam akak Farah yang hidup lagi 5 hari genap 25 tahun pun tak pernah tengok ayam serama kuikui .





kl tower mini zoo, mini zoo kl tower, mini zoo malaysia, mini zoo kl, kl mini zoo, mini zoo malaysia, zoo review, harga tiket mini zoo, harga tiket kl tower mini zoo, harga student kl tower mini zoo, student price kl tower mini zoo, harga promosi tiket kl tower mini zoo, waktu operasi kl tower mini zoo, harga dewasa kl tower mini zoo, jalan jalan kl, tempat menarik kl, tempat menarik cuti sekolah, tarikh cuti sekolah 2016, tarikh cuti sekolah 2017, tempat best KL, kuala lumpur interesting place, tempat menarik kuala lumput

5 comments

  1. jelesnya yang dah pergi. huhuhuuhuh

    ReplyDelete
  2. Nasib baik seorang kak Jue.. hahahaha Ayat sgt tau.. :p

    ReplyDelete
  3. Ooo tu namanya Bukit Nanas ea.. hokay Kak Ju hadam..

    ReplyDelete
  4. Aaa best pi Mini Zoo ni.. zoo versi bulus2 yg boleh di iyum iyum., syokk sgt!

    ReplyDelete
  5. Ruginya last minute tak dpt join...syoknya bawa anak-anak nanti..mesti teruja.

    ReplyDelete

FOLLOWERS