Terhiburnya mengayuh beca berlampu @ Putrajaya



Kadang kadang aku rasa aku ni mudah sangat cranky ,  marah over something yang remeh atau tak patut marah pun . Dan kadang tu, aku boleh jadi seorang yang terlalu mudah terhibur . Kadang kadang lawak hambar pun boleh hiburkan aku , hulur kek sepotong pun boleh hiburkan aku , dan yang terbaru ... kayuh beca berlampu pun mampu hiburkan aku wakakakaka ....


Few weeks back, ada lah sambil layan tengok Majalah Tiga , tertengoklah pasal Pusat Kayuhan Ceria dekat Putrajaya ni . Aku rasa teruja pulak tengok . Terus terfikir "eh, nanti nak dating dekat sini lah " hahaha . Well , asyik asyik dating tengok wayang je. Adalah manfaat kan kalau dating kayuh basikal . Baru lah beriadah namanya .







Kebetulan pula sekarang tengah musim cuti sekolah , lepastu tinggal lagi berapa hari je dah nak start sekolah semula .. makcik aku pun cadangkan untuk pergi Putrajaya ni semata mata nak layankan anak dia & adik aku (Atai , Mama & Ayah datang rumah makcik -- *aku duduk dengan makcik . k faham tak) nak main beca berlampu . Adik aku & sepupu aku kemahen excited lagi nak pergi naik beca tu . Dorang taktahu , deep down inside my deepest side of my heart (wakakaka) aku sangat lah teruja nak naik beca tu hahaha . Dah macam budak budak pulak . Lol! Tapi aku maintain cool je lah . Jangan lah nampak sangat ke-excited-an tu kan?

Sepanjang jalan nak pergi sana memang hujan jee . Daripada Damansara sampailah Putrajaya "it's pouring" orang cakap . Memang lebat lah . Nak sedapkan hati , cakap "ohh Damansara je ni ha yang hujan , Putrajaya tak kot" .

Tapi sampai Putrajaya, lagi lebat ada lah hahahah . Masa tu dah rasa macam "noooooooo , tak kira apa jadi, jadi lah . Aku nak kayuh jugak beca tu . Nak jugak! " Okay budak tua tak sedar diri dah start cranky haha .

Cranky : mengamuk*

Pusat Kayuhan Ceria
ni terletak di Ayer @ 8 Putrajaya , Precint 8 . Seingat aku, masa aku datang sini dulu gila hambar. Memang krik krik lah . Takde orang, kedai pun tak banyak yang bukak . Tapi kali ni, aku tengok dah ramai yang datang lepak sini . Shoplot pun banyak yang dah occupied.  Dah start meriah sikit lah tempat ni . Bila meriah, baru lah seronok nak lepak lepak kat sini  .


Bila sampai dekat sini , hujan dah mula renyai renyai dah . Tapi tak ada tanda tanda nak berhenti . Sampai dekat situ dalam pukul 6.40 petang . Kitorang makan makan dulu . Dekat situ ada banyak juga makanan yang dijual . Tapi yang ringan ringan lah . Sesuai lah untuk makan santai santai . 

Sebelum azan maghrib , tokey kedai buat pengumuman bagitahu yang operasi kedai dihentikan sementara untuk bagi laluan buat pekerja dia solat maghrib . Untuk yang lelaki, ramai ramai solat berjemaah dekat dalam kawasan kafe . Kan bagus macam ni . Bila jaga solat, baru lah keberkatan hidup tu ada kan?  Bagi wanita pula, ada disediakan surau untuk wanita. Tandas ada, surau ada .. bagus bagus!

Selesai je solat maghrib, terus cepat cepat booking beca dan ambil nombor giliran. Malam tu makin ramai pula orang yang datang. Kalau lambat booking, memang lambat lah dapat naik beca. 

Dalam pada hujan renyai renyai lagi tu, gigih aku , mama, Atai & Iqbal (sepupu) mengayuh beca. Ayah, pakcik & makcik aku memang awal awal taknak layan dah . Diorang lepak tepi je makan keropok lekor wakakaka . Tapi yang heran nya, nak pulak mama melayan kayuh beca padahal dia sakit lutut. Nampaknya mama pun ada inner child macam aku wakakak .

 



Sepanjang cuti sekolah ni ada promosi untuk beca ni . Harga bergantung pada size beca yang di ambil. Kitorang naik beca yang boleh occupied 4 orang , cuma RM25. Boleh kayuh dari satu checkpoint ke satu lagi checkpoint dan patah balik . Tapi rasa tak puas je sebab rasa macam kejap sangat . Adalah kot kitorang mengayuh tu dalam 15 minit . Sambil mengayuh tu, lencun jugak lah seluar aku dengan Atai sebab kitorang duduk bahagian depan . Pelik gak apasal kitorang je yang basah . Mama dengan Iqbal tak basah pulak . Cis!

Ekceli, yang bestnya bukan semata mata sebab mengayuh beca yang ada lampu ni je, tapi yang buatkan benda ni lagi best bila spend time dengan family dan orang yang tersayang .. gittew . Baru lah lebih bermakna . Kan? Maka aku sarankan, takpayah lah kau nak dating sangat dekat sini . Ada baiknya kau bawa mak ayah adik semua ahli keluarga datang sini . The more the merrier . Asyik asyik jalan mall je kan ? Sekali sekala beriadah macam ni , memang rasa seronok . Serious tak tipu . Ai cakap betul ni ihiks .

Walaupun cuti sekolah dah nak habis . Tapi sempat lagi ni ha pergi malam ni ke, esok lusa ke . Pergi pergi pergi !

pusat kayuhan ceria, beca lampu putrajaya, beca putrajaya, harga beca lampu putrajaya, tempat beca lampu putrajaya, beca lampu putrajaya harga, best ke beca lampu putrajaya, waktu beroperasi beca lampu putrajaya, beca berlampu, putrajaya, cafe bubbles and beans, kafe bubbles and beans, beca putrajaya bubble and beans, surau ayer 8, ayer 8 putrajaya, teh tarik place ayer 8 putrajaya, ayer 8 presin 8 putrajaya, putrajaya ayer 8, ayer 8 restoran, ayer 8 surau, surau wanita ayer 8, surau ayer 8 tingkat berapa


No comments

FOLLOWERS