Pencarian spa dengan pakej menarik dan berbaloi berakhir di Beringin Spa & Beauty

Friday, December 30, 2016

Hello & Assalamualaikum .

Setelah beberapa bulan menghambakan diri dan minda untuk internship , finally it's over! Bila dah habis ni terus rasa lega sangat , rasa nak joget joget , rasa bahagiaaaaaaaaaaaaaa!

Tiba tiba baru perasan , eh dah lama lah tak manjakan diri . Dah lama tak pergi spa, dah lama tak pergi massage , dah lama tak curi masa for some pampering session .

Dekat Damansara ni berlambak je spa & beauty centre yang ada tapi rata rata nya yang style moden moden . Mana best moden moden ni, kalau dah namanya nak ber-spa , mestilah nak kan yang ala ala Bali , tema nusantara lepastu masuk masuk je bau serai wangi dengan alunan muzik sayup sayup je bunyi burung burung , bunyi ombak tak pun music instrumental . Gittew 

Gigih lah aku google, search search dekat instagram & finally iols memilih untuk ke Beringin Spa yang terletak nun di Bangi sana hahaha . Betapa cekal dan tabahnya aku ke Bangi daripada Kota Damansara semata mata nak ber-spa .



Apa yang buatkan aku gigih sangat nak jugak nak jugak pergi Beringin Spa ni?


Sebabkan review daripada dua gegadis ni lahh

1) http://www.yayacendana.com/2016/12/beringin-spa-beauty-where-indulgence.html
2) http://cikza.com/2016/12/manjakan-diri-di-beringin-spa-beauty/

Cik Za dengan Yaya ni aku punya kenalan blogger (amboi kenalan ahaha) , biasanya review blogger ni kan jujur tulus dari sudut hati yang terdalam kan kakaka so aku pun jadi yakin lah bila baca review diorang pasal Beringin Spa ni . Elok pulak tu, Beringin Spa ni tengah ada ongoing promotion sempena hujung tahun ni .Wehooo

Aku dah call dan buat appointment sehari sebelum . Yelah, kang suka hati walk in tetiba full tak ke sia sia aku datang dari Damansara tu? Patutnya appoinment set pukul 3 petang, tapi sebabkan ada accident, jem blablabla memang lewat gila aku sampai! Tapi Alhamdulillah, sampai sampai je staff Beringin Spa ni sambut aku dengan banyak sinyummm dan layanan pun baik je walaupun aku dah tak memasal larikan schedule diorang ahaks! Maaf yee


Okay masuk masuk je, memang dapat macam yang aku demand kan ;

Bau serai wangi
Suasana spa ala Bali
Alunan muzik menenangkan


Automatik mood nak manja manja terus datang hahaha .




Spa entrance

Lama jugak aku fikir untuk pilih treatment apa yang aku nak buat. Setelah berdilemma untuk beberapa ketika, aku berpendapat yang I really need a good body massage right now . Mula rasa macam nak buat facial , tapi malas pulak sebab nanti nak kena remove makeup haha . Makanya aku memilih untuk ambil pakej body treatment .

Disebabkan masa tu ada promosi pakej RM100 , maka nya tanpa pening pening kepala, aku pilih je terus daripada list pakej tu dan aku pilih untuk ambil pakej Lily.


Pakej Lily tu termasuk dengan treatment body massage dan sauna . Tapi sebabkan sauna tengah out of service jadi digantikan dengan body mask.  Alah sayangnya tak dapat sauna, kalau tak .. boleh juga detox detox badan ni. Sebab sauna dia best tau! Bukan sauna yang duduk dalam bekas tu. Tapi memang bilik sauna unik yang di reka khas. Tapi takpelah, mungkin boleh cuba lain kali .

Sauna room

Permulaan sesi tu start dengan buat rendaman kaki dulu . Sekali sekali rendam kaki dalam air suam, tambah pulak limau, bunga bunga dengan herba .. alahai rasa fresh sangat! Belum apa apa rasa nak tertidur dah haha over nau baru rendam kaki dah nak tertidor :p

Bath tub , untuk body scrub / lulur treatment 

Lepas dah rendam rendam kaki , terus proceed untuk urutan badan pulak . Urutan tu gunakan minyak urut yang berherba , dan sebelum tu therapist ada tekan tekan dulu dengan tungku herba . Wuu syok je rasa . Sepanjang masa urut tu, kesian therapis tu asyik sendawa je hahaha maaf yeee iols memang banyak angin dalam badan . Tapi, lepas setel urut memang rasa ringan je badan ni haa sebab angin banyak dah transfer keluar ihiks .

Suasana yang cosy dan tenang. Ni area untuk massage
Kan tadi macam yang aku mention , sauna rosak dan diganti dengan body mask kan? Tapi tetiba ditukar pulak dan therapist tu recommend kan aku untuk ambil eye treatment . Hm hm hm aku baru nak feeling feeling kulit sehalus bayi lepas body mask hahaha tapi takpelah, i ok je. Eye treatment pun eye treatment lah . Tapi buat eye treatment pun best tau . Ada urutan special bahagian mata tu dibuat untuk kurangkan eye bag dan juga untuk legakan mata yang lesu . Tambah pula ada letak eye patch , memang seronok sejuk nyaman je rasa. Okay saya suka saya suka .

Tempoh sepanjang treatment ni mengambil masa selama dalam 1 jam setengah . Masa urut dan eye treatment tu sempat juga lah aku terlelap dua tiga kali haha . Sedap je orang picit picit, urut urut kan . Rasa macam nak extend sampai 4 5 6 jam ekekek .

Gigih mengisi borang survey

Selesai je treatment, maka sampailah sesi yang aku tunggu tunggu hahaha iaitu minum ! weeee! Aku paling suka teh atau air yang dibancuh dekat spa . Sedap dia lain macam tau . Bila minum rasa macam badan tu automatik segar, rasa ringan je. Haritu , aku dihidangkan dengan air campuran halia dengan serai (kalau tak silap lah) . Memang best! Air ni senang je nak buat tapi tulah, tak de nya aku rajin nak buat sendiri kat rumah wakakakakak .



Masa nak bayar tu aku sempat sign up untuk jadi ahli . Bayaran cuma RM10 je. 

Kelebihan Ahli :

  • Birthday voucher
  • Percuma 1 Ala Carte treatment untuk setiap koleksi 4 stamp spa
  • 5% diskaun untuk product Zarraz Paramedical
  • Referral deal : 5% diskaun ala carte treatment jika dapat refer 1 rakan / family sebagai member spa
  • Voucher spa 10% untuk treatment ala carte seterusnya

Area untuk treatment rambut


Dekat sini tak terhad untuk treatment yang macam aku ambil ni je. Ada banyakkkk sangat pakej dan treatment yang Beringin Spa ni tawarkan . Termasuklah ;

Body Treatment
  • Body skrub
  • Body massage (traditional / aromatherapy)
  • Body mask
  • Body reshaping
  • Sauna
  • Tangas
  • Milk / flower bath

Waxing 
  • Under arm
  • Whole / half 

Facial 
  • Acne and sensitive treatment
  • Dry and aging skin treatment
  • Resdung treatment
  • Whitehead and uneven skin tone
  • Dermapen treatment (coming soon)
  • Microdermabrasion treatment (coming soon)
Facial area

Hair Treatment
  • Hair cut
  • Hair wash and blow
  • Hair fall treatment
  • Dye/henna hair
  • Hair rebonding
  • Lice treatment

Hand & foot care
  • Manicure
  • Pedicure
  • Buffing
  • Foot and hand massage


Dan ofcourse lah untuk bakal pengantins pengantins pun ada pakej special jugak 


Yang ni pulak pakej promosi RM100 macam  yang aku ambil tu


Yang boleh disimpulkan, overall aku berpuas hati manjakan diri dekat Beringin Spa ni walaupun datang jauh jauh , memang berbaloi :D Makanya, nak sarankan juga lah dekat korang yang masih tercari cari spa yang tawarkan bermacam treatment pada harga berbaloi dan juga servis yang bagus , takpayah fikir banyak . Datang je sini k?


Lokasi: 

No 31C, Tingkat 1, jalan Medan Pusat Bandar 4,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
4350, Selangor.

Waktu operasi: 
Setiap hari termasuk Public holiday (10.00 pagi – 7.00 mlm)

Contact: 
Spa (019 254 2721)
Husna (019 264 2721)
Asma (019 669 1169)

Laman web :

Facebook 

Instagram
@beringinspa


beringin spa bangi, beringin spa pakej, spa muslimah bangi, spa muslimah selangor, spa muslimah kl, spa muslimah murah, spa muslimah, spa best, spa harga murah, spa pakej kahwin, spa pakej pengantin, spa pakej raja sehari, spa pakej murah, spa pakej kahwin murah, facial spa, kedai gunting rambut muslimah, senarai spa selangor, senarai spa muslimah, spa muslimah kl, spa muslimah bangi, spa muslimah malaysia, spa muslimah murah, spa muslimah bagus, beringin spa review, review servis beringin spa, beringin spa facebook, beringin spa testimoni, beringin spa promosi

1 comment

On My Instagram