Monday, July 29, 2019
Guardian Gaya Squad x HOLIKA HOLIKA
Familiar tak dengan brand "Holika Holika" ? As for me, memang familiar tapi tak pernah cuba since sebelum ni brand Holika Holika tak readily available di Malaysia.
Tapi sekarang sis, Holika Holika dah ada dekat Guardian tau! Tak sure dekat outlet Guardian yang mana lagi ada Holika Holika ni, tapi yang aku tahu, dekat Guardian The Curve ada! So boleh la korang walk-in di Guardian The Curve untuk cuba produk Holika Holika ni.
It's a Korean beauty brand. Sebelum ni aku ingat Holika Holika cuma hasilkan produk makeup je, tapi rupanya skin care pun ada and ranges dia ada banyak! Ada ranges untuk kulit combination, untuk kulit acne prone, dan kulit kering. I get to play along with all their products during #GuardianGayaSquad session I attended last week. Syok gila sebab boleh cuba satu persatu skin care Holika Holika ni to test out its texture, scents and banyak lagi other attributes.
Antara skin care series and variants Holika Holika ialah :
Wednesday, July 24, 2019
PIXY Make It Glow Series Review | Beauty Primer, Dewy Cushion & Silky Powdery Cake
Sejak sekolah dulu lagi, jenama bedak terawal yang aku guna ialah Pixy. Yang Two-Way-Cake tu, yang bekas warna putih biru. Aku suka betul pakai bedak tu sebab walaupun beliau sejenis bedak, tapi power ye boleh tutup kesan parut jerawat dan buatkan kulit appear brighter.
Sekarang, PIXY dah datang dengan banyak varian. Yang terbaru, diorang lancarkan "MAKE IT GLOW" series. Dalam series ni, ada 3 produk kesemuanya , iaitu :
1. PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer
2. PIXY Make It Glow Dewy Cushion
3. PIXY Make It Glow Silky Powdery Cake
Yasss girl! PIXY dah ada range lengkap untuk base termasuk primer. Cukup je guna 3 ni, dah boleh achieve glowing & dewy look.
Monday, July 22, 2019
The Entertainer : Jimat Banyak Dengan Deal Buy 1 Free 1 Gunakan Apps ni!
Siapa tak suka promosi beli 1 percuma 1? Kalau tak suka maksudnya korang kaya gilo wey. Tapi rasanya kaya cemana pun , kalau ada deal buy 1 free 1 for sure semua orang nak. Sebab tu menandakan perbelanjaan kita tu berbaloi. Dapat 2 barang pada satu harga. Kan penjimatan berganda tu?
Nak tak kalau aku share dengan korang cara macam mana nak dapatkan BERIBU deals beli 1 percuma 1 especially untuk makan dan juga penginapan?
Tapi kalau korang taknak pun aku nak share jugak wakakak sebab benda baik haruslah dikongsi, tak gituuuuu?
Caranya sangat mudah! Cuma download apps Entertainer dan SUBSCRIBE! Subscription pula ikut tahun. Contoh untuk tahun ni, kita ada pakej Malaysia 2019
Harga asal subscription Entertainer ni ialah RM180 tapi sekarang ni ada promo sempena dah setengah tahun kan, cuma RM65 sahaja untuk pakej Malaysia 2019 . Pakej ni valid sampai 30/12/2019 .
Aku mula subscribe Entertainer ni sejak November tahun lepas (Sebab aku ambik terus pakej 2018 & 2019). Dannnn dah macam macam tempat aku redeem dan guna deal 1 FOR 1 Entertainer ni. Sangat berbaloi. Meh sini aku senaraikan antara tempat best yang aku dah redeem. Best wooo makan fancy fancy dan mewah mewah tapi pada separuh harga.
Note : Ada satu entry aku dah pernah cerita pasal aku beli air Dream Color
1. Beard Brothers BBQ , Tropicana Damansara
Ni memang tempat favourite aku dengan Hilmi. Dah habis guna dah pun haha. Tapi kalau dah habis guna, boleh claim semula untuk extra deals di restoran yang sama menggunakan Smile Points. Ok smile point ni nanti aku cerita lepas ni.
Beard Brothers BBQ ni menunya fokus pada masakan BBQ ala texas. Masak BBQ guna 'smoke' style. Daging biasanya dimasak lebih daripada 24 jam makanya memang juicy sangattt la dagingnya bila masuk mulut. Sangat lembut dan gebu! Daging lembu, kambing dan ayam semua ada dekat sini. Fave kitorang 'Texas Star' & 'Sheep Thrill' . So setiap kali makan dekat sini kitorang akan gunakan Entertainer. Kalau biasanya 1 hidangan tu harganya RM28, kalau 2 orang mesti lah dah RM56 kan? Tapi dengan Entertainer , cuma bayar RM28 je.
Uwahhh best kan?
Wednesday, July 17, 2019
Tips Pakai Lens Tak Pedih Mata Dan Tak Rasa Berpasir
Sebelum ni, aku ialah golongan anti lens hahaha. Hanya disebabkan bila aku pakai lens, mata aku pedih dan merah, aku terus marah lalu berlari ke pantai .. #tiber. okay sambung, aku terus marah dah aku rasa macam aku tak ditakdirkan untuk pakai lens. Sobs.
Aku dah cuba bermacam jenis lens. Yang mahal, yang murah. Yang iklan masuk tv, yang dekat uptown. Yang tahan 3 bulan, yang disposable sekali pakai je. Hey aku dah try semuaa! Yang cakap water content tinggi bla bla. Aku try jugak. Cap cap yang dekat optic store tu pun majority aku dah cuba. TAPI PEDIH JUGAK!!!
Aku boleh pakai maximum 2 jam. Itu pun mata dah merah macam nak menangis. Hidung pun berair. Lepastu mata rasa berpasir. Tendency nak gonyoh mata tu tinggi walaupun aku selalu halang dari usik mata, tapi mesti aku usik juga sebab tak selesa.
Dah habis cerita pasal pengalaman aku. Now, kita kearah dapatkan jalan penyelesaian.
Haritu aku ternampak kawan aku share yang mata dia pun pedih pakai lens BILA.... dia rinse lens tu sebelum pakai guna multi-purpose solution. Okay, memang multi purpose solution untuk sesuai untuk rub, store and rinse. Tapi maybe la untuk setengah orang, mata sensitif dan tak sesuai. Macam aku.
Maka penyelesaiannya ialah , gunakan SALINE SOLUTION. Harga saline ni murah berbanding multipurpose solution. Tapi guna hanya untuk RINSE/ BILAS sahaja taw. Jangan guna untuk simpan lens. Bila aku ikut cara ni, automatik aku boleh pakai lens berjam jam lamanya. Sebab tula ko perhati ig aku, gambar semua lately pakai lens je haha. Dasar tak mengaku melayu mata hitam (eh mata aku coklat :p )
aku pakai yang ni (ini murah je, biasa one set macam ni dalam below RM20 kalau tak silap) |
Saturday, July 6, 2019
Jom explore inovasi terkini dari Taiwan di Taiwan Excellence @ ARCHIDEX 2019
Rasa macam dah lama tak jejakkan kaki ke mana mana 'exhibition'. Kalau dulu, suka melayan hobi ayah jalan jalan hujung minggu ke PWTC dan KL Convention Centre untuk tengok exhibition yang menarik. Ya, ayah iols memang begitu ya. Tidak dibawak kitorang ke shopping mall, tapi dibawa nya pergi exhibition yang unik unik. Tapi kitorang suka dan yang bagusnya banyak input menarik yang kitorang dapat.
Setelah sekian lama tak visit mana mana exhibition, minggu ni aku pilih untuk ke ARCHIDEX 2019 bertempat di KL Convention Centre. Archidex ni singkatan kepada "International Architect , Interior Design & Building Exhibition 2019, Malaysia" dan ianya menampilkan banyakkkkk jenama kecil dan besar, baru dan lama yang showcase kan pelbagai inovasi terbaru mereka.
Tapi dalam banyak banyak tu, aku tertarik untuk ke Hall 8, di pavilion Taiwan Excellence. Kalau sebelum ni aku dah pernah pergi mini exhibition Taiwan Excellence di Plaza Low Yat, [ Taiwan Excellence Hi-Tech Week di Plaza Low Yat Padat Dengan Produk Inovasi dari Taiwan ] so kali ni aku follow rapat dan nak tahu apa lagi inovasi terbaru daripada Taiwan yang diorang bawa ke Archidex 2019.
Taiwan Excellence ialah tanda produk inovatif dan berkualiti tinggi dari Taiwan yang dipilih berdasarkan pelbagai kriteria ketat termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) , reka bentuk, kualiti produk dan model pemasaran. Taiwan Excellence memasuki sesi ke-27 tahun ini dan telan membina reputasi kukuh dan label yang dipercayai seluruh dunia sejak dikenalkan pada tahun 1992.
Ada 21 syarikat pengilang dari Taiwan yang mengambil bahagian dan menampilkan 60 produk kesemuanya. Tapi 2 dibawah ni antara produk yang menarik perhatian aku .
Friday, July 5, 2019
McDonald's Ada Menu Baru Lah! : Portuguese Chicken Burger @ Burger Ayam Portugal
Perasan tak? Burger McDonald's banyak yang unik unik and baru baru ni, aku dengan Hilmi dok suka sangat dengan Spicy Korean Burger dia tu. Tapi haritu nak order tengok tengok dah tak ada. And ada burger terbaru pulak -- Portuguese Chicken Burger (Burger Ayam Portugal). Curious juga nak tahu rasa dia macam mana. Ngam ngam pulak hari Isnin (1 July 2019) haritu, aku dapat jemputan dari McDonald's untuk acara perasmian Portuguese Chicken Burger yang baru ni. So ni lah first time aku dengan Hilmi dapat merasa burger ni. Biasanya kalau aku ajak Hilmi pergi event, mana dia heran nak ikut haha. Tapi sebab aku cakap "Ni event McDonald's ni, boleh la try burger baru yang kita tengok haritu" - terus dia onz ikut. Sanggup dia tolong drive kan all the way dari Kajang ke Kota Damansara hahaha.
Moment masa acara pelancaran |
Kegigihan merempuh jammed dekat federal highway ternyata tak sia sia ya, sebab Portuguese Chicken Burger ni boleh tahan sedap juga. Rasa dia lain daripada menu McDonald's Malaysia yang lain. Maybe sebab sos piri piri special yang dia gunakan tu kot. Ban roti yang digunakan untuk burger ni pun special tau, siap ada emping cili. Overall burger ni ada rasa hint of spices macam rasa kari sikit, rasa rendang rendang pun ada. Haha ke tekak aku tengah beraya lagi ni? Dok terasa macam rendang lalu dekat tekak je kahkahkah. Ala aku tak reti la describe macam mana, tapi korang WAJIB cuba okay?
Mengancam ya burger ni |
Burger ni didatangkan dalam set. Sekali dengan French Fries dan air Fanta Grape McFreeze atau pun boleh pilih nak Regular Coke je. Harga pula cuma RM16.99. Burger ni cuma ada untuk masa terhad je dan boleh didapati di semua cawangan McDonald's seluruh negara.
Bermula 4 Julai 2019, bersempena perasmian burger Portugal ni juga, McDonald's ada lancarkan Augmented Reality game (AR) yang dinamakan "Catching Nonando" . Linknya dengan Facebook untuk korang cuba main & boleh dapatkan hadiah menarik. Untuk grand prize, boleh menang 50,000 AirAsia Big Point. Wehooo! Cara nak main pun senang je. Cuma pergi ke facebook page rasmi "McDonald's Malaysia" dan klik dekat sana. Cara nak main pun senang. Korang cuma perlu tangkap seberapa banyak Nonando (Ayam) yang boleh dalam masa 60 saat. Ala ala game PokemonGo je. Super simple! Cuba lah. Mana tahu korang teror gila, boleh menang 50,000 big point tu. Boleh la tebus jalan jalan melancong. Kot kot boleh pergi Portugal terus ke kan?
Kalau korang tak menang main game ni pun, korang still boleh dapat voucher code instantly lepas habis game ni. Voucher code tu pulak, korang boleh guna untuk dapatkan diskaun bagi pembelian set Portugese Chicken Burger ni. wohooo dapatlaa jimat lebih! So, main game dulu ye sebelum pergi dapatkan set burger ni. Baru la berbaloi baloi.
Dengar dengar McFlurry Dinosaur nak buat comeback jugak! wehooo. McFlurry banjir dengan milo tabur & milo cereal siapa tak suka wey? Paling favourite ni! Masa Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, Eugene Lee ni buat annoucement pasal McFlurry Dinosaur ni, terus aku hip hip hurrayy! T
wajiblah ada pose bersama burger, dan driver i aka husband i hewhew |
Okay lah, makan Portuguese Chicken Burger lepastu pencuci mulut McFlurry Dinosaur. Ngam! Nora bagi lima bintanggggg. Siapa penggemar burger McDonald's , jangan terlepas peluang nak rasa burger edisi Portugal ni. Sempena tema "Discover The World" , taksabar nak tengok menu negara mana pulak lepasni yang McDonald's pilih. Dengar kata hint dia "Olympic 2020" . Boleh agak tak? hehehe .
Did I hear Wagyu burger? No? hahaha. WUUUU BESTNYA KALAU ADA BURGER WAGYUUU
K gais, selamat ber-Portuguese Chicken Burger at McDonald's.
Parap pap pap paaaaaaaa .... I'M LOVIN IT
Related search : Burger portuguese baru mcdonald's, burger portugis mcd, burger baru mcd sedap ke, burger mcdonalds portuguese review, review burger mcdonalds portuguese
Ramainya Beratur Dekat 'The Chicken Rice Shop' Demi Promosi 2 Set RM10
Aku lemah betul kalau kebetulan terkeluar pergi mall, masa lunch hour. Sebab everywhere packed. Nak makan pun mesti stress sebab kebanyakan kedai mesti full. Biasanya mesti tertumpu dekat kedai kedai yang ada promosi lunch set, atau pun yang memang sediakan menu bawah RM10. Yela, sebab nak murah kan. Dan biasanya kalau murah ni, confirmlah ramai orang pergi. Tapi kalau aku, sanggup je tunggu or beratur pun sebabkan nak makan murah. Hahaha dasar cheap skate ye.
Makanya, bila dapat tahu The Chicken Rice Shop ada buat promosi 2 for RM10 bersempena pembukaan cawangan yang ke - 100, aku terus ZASSSSSSS haruslah terpacak di sana. Apa yang 2 for RM10 tu? Haa korang boleh datang dengan kawan (minimum 2pax) , dan order 2 set daripada menu (for single portion) pada harga RM10 jeee! Jimat banyak tu! Sebab biasanya satu set Chicken Rice macam aku selalu makan yang Prime Honey BBQ tu harga nya RM10.90. So kiranya dapat 2 set dalam satu harga. Haritu aku bawa mak mertua and adik ipar sekali join kitorang lunch. Berbaloi baloi makan ramai ramai.
Ada banyak promosi dan freebies yang TCRS nak bagi sempena promosi sepanjang
1 July 2019 - 5 July 2019
1 July 2019: 100 TCRS Freebies!
Terhad untuk 100 meja pertama bermula pukul 12.30pm dimana mana 10 outlet terpilih. Korang akan dapat exclusive TCRS merchandise (Cooler Bag, T-short & Single Combo Meal Voucher). Valid untuk dine- in sahaja ya.
Yang ni aku dah pergi hari isnin haritu hehe. Nasib baik sempat rebut merchandise ni. Paling aku nak cooler bag tu. Banyak fungsi nak buat letak letak makanan nanti.
2 - 5 July 2019: RM10 for 2 Single Combo Meal Set!
Ha ini promo yang aku cakap tu. Terhad untuk masa happy hour je dari pukul 12.30 pm sampai 1.30pm sahaja untuk korang dapatkan promosi DUA set nasi ayam beserta air (soft drinks) pada harga cuma RM10 sahaja!
Okies ada masa lagi sebelum promosi ni tamat. So lunch nanti boleh la pergi ajak office mate makan dekat The Chicken Rice Shop. Bawah ni ialah senarai cawangan TCRS yang mengambil bahagian
- IOI City Mall
- Mid Valley
- Sunway Pyramid
- Central i-City
- Aeon Mall Shah Alam
- KL Gateway
- One Utama
- Melawati Mall
- SubangParade
- Sunway Putra Mall
Okay gais, lunch hour nanti laju laju ke The Chicken Rice Shop ye. Sebab aku syak queue dia akan jadi lagiii panjang daripada queue kitorang ni. Yela, siapa taknak promosi murah macam ni kan? sorang makan baru RM5! Dah la nasi ayam dia sedap. Pakej sekali dengan air lagi. Rugi laa kalau tak grab kan?
By the way, aku rasa korang beratur tak lama pun nanti. Sebab service TCRS ni laju. ssaapp ssuup sssapp dah siap makanan and terus dihantar. Cuma korang jela jangan makan lelama sangat. Kesian pulak orang lain yang beratur dekat luar tu. Be considerate okay? Enjoyy your nasi ayamm
Subscribe to:
Posts (Atom)