Sejak sekolah dulu lagi, jenama bedak terawal yang aku guna ialah Pixy. Yang Two-Way-Cake tu, yang bekas warna putih biru. Aku suka betul pakai bedak tu sebab walaupun beliau sejenis bedak, tapi power ye boleh tutup kesan parut jerawat dan buatkan kulit appear brighter.
Sekarang, PIXY dah datang dengan banyak varian. Yang terbaru, diorang lancarkan "MAKE IT GLOW" series. Dalam series ni, ada 3 produk kesemuanya , iaitu :
1. PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer
2. PIXY Make It Glow Dewy Cushion
3. PIXY Make It Glow Silky Powdery Cake
Yasss girl! PIXY dah ada range lengkap untuk base termasuk primer. Cukup je guna 3 ni, dah boleh achieve glowing & dewy look.
Kenapa "Make It Glow"?
Sebab series ni memfokuskan pada memberi kelembapan yang secukupnya pada kulit, meskipun semasa menggunakan makeup. Bila kulit cukup lembapan, automatik kulit kita akan nampak glowing dan dewy dan moist moist gitu.
Bahan utama dalam series ini yang membantu bekalkan kelembapan ialah 'Olive oil, Jojoba & Yuzu Extract'. Selain daripada tu, untuk Make It Glow series ni juga menggunakan 'Light Reflection Technology' (teknologi bias cahaya) yang bantu buatkan mana mana imperfection pada kulit, tak kelihatan seperti pori yang besar, bintik hitam dan tona kulit tak sekata.
Satu lagi yang menariknya tentang series ni, ketiga tiga produk ni dilengkapi dengan SPF untuk perlindungan optimum daripada UVA & UVB!
- PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer (SPF 35 & PA++)
- PIXY Make It Glow Dewy Cushion (SPF 23 & PA++)
- PIXY Make It Glow Silky Powdery Cake (SPF 35 / PA++)
Antara lagi satu sebab utama kenapa aku suka PIXY ialah, ianya sesuai dengan tone warna kulit wanita di Malaysia. Mostly Malaysian ialah warm undertone jadi kalau salah salah beli bedak atau foundation, akan buatkan kulit kita nampak kelabu.
Untuk Make It Glow series kalini, ada beberapa pilihan shades yang tersedia untuk setiap produk
PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer (SPF 35 & PA++)
- 101 Beige
PIXY Make It Glow Dewy Cushion (SPF 23 & PA++)
- 101 Light Beige
- 201 Neutral Beige
- 301 Medium Beige
PIXY Make It Glow Silky Powdery Cake (SPF 35 / PA++)
- 101 Light Beige
- 201 Neutral Beige
- 301 Medium Beige
- 401 Sandy Beige
Banyak dalam tone Beige, so sesuai la untuk kulit kita yang kebanyakannya kuning langsat ni. Bila tone warna bedak sesuai dengan tone kulit, baru la nampak berseri seri.
==========================
R E V I E W
==========================
PIXY Make It Glow Beauty Skin Primer (25ml)
Ingredients :
WATER, PROPYLENE, GLYCOL, ETHYYLHEXYL, METHOXYCINNAMATE, NEOPENTYL GLYCOL DICAPRATE, TITANIUM DIOXIDE, MINERAL OIL, CETYL ALCOHOL, MICA, PLYGLYCERYL-1O OLEATE, SODIUM ACRYLATE/ SODIUM ACRYLOYLDIMETHYL, TAURATE COPOLYMER, ISOHEXADECANE, BIS-ETHYLHEXYLOXYPHENOL, METHYLPARABEN, POLYSORBATE 80, BUTYLPARABEN, SQUALANE SIMMONDSIA CHINENSIS (JOJABA) SEED OIL, ALUMINIUM HYDROXIDE, ALUMINIUM DIMYRISTATE, SORBITAN OLEATE, TOCOPHEROL, FGRANCE XANTHAM GUM, BHT, CITRUS JUNOS SEED OIL, POLYMETHYL- SILSESQUIOXANE, BUTYLENE GLYCOL, ALUMINA, CITRUS JUNOS FRUIT EXTRACT
Texture wise, aku rasa not bad. Tak ada silicony feeling. Lebih kurang macam tinted moisturizer. Bau pulak wangi, tapi takde la wangi melampau. Maksudnya ada hint bau bunga bunga sikit. Recommended untuk guna sikit je sebab kalau terbanyak, jadi macam a bit greasy dan sometimes nampak bergumpal & susah nak blend. Kalau guna sikit je, ngam! especially bila dah top dengan cushion foundation dan powder.
Bab blur out pores tu , not so much for me. But it does helps to make skin appear brighter. Tapi so far okay je since kita guna primer ni as base kan. Overall, nak bagi 4/5 bintang!
Pros :
- Affordable drugstore primer
- with SPF!
Cons :
- Kalau terlebih pakai boleh jadi clumping & susah blend
PIXY Make It Glow Dewy Cushion (15g)
Ingredients :
WATER,TITANIUM DIOXIDE, CYCLOPENTASILOXANE, DIPHENYLSILOXY PHENYL TRIMETHICONE, BUTYLENE GLYCOL, ETHYLHEXYL METHOXYCINNAMATE, DICAPRYL CARBONATE, LAURYL PEG-9 POLYDIMETHYDIMETHYLSILOXYETHYL DIMETHICONE, CYCLOHEXASILOXANE, GLYCERIN, CAPRYLIC/ CAPRIC TRIGL YCERIDE, TRIMETHYLSILOXYCATE
Finally dapat jumpa cushion yang matches Malaysian's skin tones! Sebab banyak cushion kan brand dari Korea. Hello, orang Korea tu cerah gila kot. Mana la sesuai kita nak pakai . Bila salah shades, mula la muka nampak either putih gila atau kelabu pulak bila guna.
Aku punya shade 201 Neutral Beige. Nak kata my perfect shade? not so much. sebab masa apply nampak gelap sikit. Tapi lepas dah top dengan powder, terus ngam! Yee, makeup is about experimenting. Kalau tak jadi kot sini, kita ubah kot sana hehe. Kalau foundation ter-cerah, gelapkan sikit guna powder yang gelap. Kalau foundation ter-gelap, balance it out with lighter powder shades. eh senang je sifir ni hehe .
Cushin foundation ni claim yang boleh bertahan selama 10 jam. Aku dah cuba but maximum it can go (for me) is 6 hours. Maybe faktor jenis kulit, how i prep my skin, dan persekitaran yang menentukan sama ada boleh tahan lama atau pun tak. Tapi 6 jam? Okay la tu kan? Rasa rasa dah start cakey atau smudging, touch up je balik dengan powder.
Overall, i'm loving this. Texture dia berat sikit maksudnya tak cair macam sesetengah cushion foundation. So maksudnya, kemampuan nak tutup cela tu tinggi. Atau bahasa mudahnya ; high coverage. Dia ada sediakan sponge tapi cara aku pakai, aku suka guna brush. Memang aku sejenis tak suka finishing pakai sponge. I love brushes more so jangan tanya lagi kenapa haha.
Pros :
- High coverage & buildable
- Easy to blend
Cons :
- A bit oxidize . So choose your shade wisely
PIXY Make It Glow Silky Powdery Cake (10g)
Ingredients :
MICA,TALC,TITANIUM DIOXIDE, MINERAL OIL, ETHYXYL METHOXYCINNAMATE,SILICA, SYNTHETIC FLUORPHLOGOPITE, VINYL DIMETHICONE/ METHICONE SILSEQUIOXANE, STEAROYL GLUAMATE, METHICONE, PHENOXYETHANOL, ALUMINIUM HYDROXIDE, FRAGRANCE, BUTYLPARABEN, METHYLPARABEN, SQUALANE, SIMMONDSIA CHINENSIS, (JOJABA OIL) SEED OIL, POLYMETHYSILSESQUIOXANE, HYDROGEN DIMETHICONE, BHT, ALUMINA CITRUS JUNOS SEED OIL, BUTYLENE GLYCOL, WATER, TOCOPHEROL, CITRUSJUNOS FRUIT, EXTRACT
Kalau bab powder, memang PIXY power! Powder ni aku suka sebab memang high coverage. Kalau taknak pakai foundation pun, lepas suncreen boleh terus apply powder ni je. Kalau rasa rasa nak minimal makeup, guna ni dah cukup untuk tutup blemishes/ flaws. Cumanya not recommended untuk korang pakai banyak banyak. Sebabkan texture bedak ni sangat sangat halus (very fine) , jadi kalau pakai sikit pun dah cukup. Kalau apply terlebih, boleh buat jadi cakey.
Cara aku pakai, guna brush. Cuma ambil sikit dan layang layangkan brush pada muka untuk setkan foundation tadi. Boleh la guna ni untuk gantikan loose powder as setting powder. Kalau nak juga pakai sponge, make sure dab sikit sikit je and gradually. Jangan terus tenyeh setempek banyak. Area paling senang dan cepat nampak cakey nanti, di kawasan hidung. So gunakan secara berhemah ye. Tapi part coverage memang aku bagi 5 bintang!
Pros :
- High coverage
- Super fine
Cons :
- Easily cakey
====================================
Overall bagi aku, untuk harga yang PIXY tawarkan, memang dah berbaloi sangat dah. And apa yang dorang claim, untuk bagi glowy, dewy look tu memang as per claimed. Sesuai untuk korang yang suka kan makeup yang natural dan glowing.
Dekat bawah ni, aku letak sekali harga yang aku tengok dekat Watsons punya website. Murah je kan? So boleh la pergi ke Watsons berdekatan korang and cuba tester untuk tahu shades mana yang sesuai. Kalau dah tahu shade dan nak beli terus secara online pun boleh. Takde hal laaa hehe.
And lastly, congratulations PIXY for the newly launched "Make It Glow" series. Here's are some of the photos from their launching event that I attend last week .
K gais, thanks for reading!
Related search : Make it glow pixy harga, harga bedak pixy, bedak pixy mana yang bagus, bedak pixy terbaru, bedak drugstore yang bagus, jenama makeup drugstore yang bagus, jenama bedak watsons yang bagus, drugstore produk yang bagus, bedak pixy murah, bedak pixy tutup jerawat, review bedak pixy, sebelum dan selepas bedak pixy, bedak pixy swatch
1 comment
You're looking good babe!!
ReplyDelete