Taiwan Excellence Hi-Tech Week di Plaza Low Yat Padat Dengan Produk Inovasi dari Taiwan

Monday, April 29, 2019

Aku dapat tahu yang Taiwan Excellence Hi-Tech Week ni baru je start harini. Sebabkan aku dengan Hilmi pun tengah boring dekat rumah, bila aku ajak dia jalan jalan Plaza Low Yat, dia on je! Lagipun memang dia suka tengok barang barang gadget or tech ni. Alang alang tu boleh la explore teknologi terbaru kan?



Walaupun nampak space macam kecik, tapi sebenarnya ada total 55 produk yang di 'display' tau, dan kesemuanya daripada 24 company. Semua company ni memang from Taiwan. Ada produk yang fokus untuk gamers, tapi tu macam biasalah, ada monitor, mouse, extra storage semua tu. Tapi yang buat kitorang teruja extra sikit, bila tengok produk produk innovation for lifestyle.





Ada dua produk yang from my personal preferences, ianya menarik!



1. ELECLEAN Disinfectant Spray

By : ELECLEAN Co.Ltd

I'm totally amazed on how this device can change tap water into disinfectant!

Terus rasa macam masuk balik dalam kelas chemistry masa CEO dia sendiri bagi penerangan tadi on how this device works.

Menggunakan teknologi nano-catalysis electrochemical je, dalam masa 15 minit, air biasa boleh menghasilkan Hydrogen Peroxide dan boleh digunakan sebagai disinfectant. 


So, apa fungsi disinfectant ?


Fungsinya ialah untuk melawan atau menghapuskan 99.9% pelbagai jenis virus dan bakteria yang biasanya ada dimana mana, contohnya virus influenza, E.Coli dan juga enterovirus. So device ni sesuai sangat untuk ada disetiap rumah. Dan lagi elok kalau yang ada anak anak tu kan. Boleh spray dekat mainan, dekat meja, dekat mana mana lah. Nak spray dekat screen handphone pun boleh sebab dekat situ memang banyak sangat bakteria melekat tau! Dan best part, nak spray pada muka atau nak spray dalam mulut pun takde masalah. Sebab memang 100% selamat, tanpa chlorine. So takde la issue allergies ke apa, bila in contact dengan kulit. Lagipun, hand sanitiser yang biasa kita gunakan tu kan ada alcohol. Kadang kadang bila anak anak terpegang dan termasukkan dalam mulut kan bahaya. Dan ada juga sesetengah orang yang alah pada alcohol.



Yang ni memang selamat sebab gunakan air je. Air paip pun boleh. Masukkan kedalam botol, dan tunggu untuk ianya proses selama 15 minit. Dah selesai, boleh terus guna. Nak transfer masuk botol lain pun boleh, tapi boleh tahan selama 3 hari je sebab takde tambahan sebarang chemical untuk stabilkan dia.

Tadi borak dengan CEO tu, katanya device ni banyak digunakan di tadika, sekolah dan hospital. Even pihak ELECLEAN pun ada buat donation beberapa unit device ni kepada beberapa sekolah. Harga pula katanya kalau di Taiwan dijual sekitar 120USD. Tapi aku tak sure harga di Malaysia macam mana. And katanya juga, dia sekarang tengah nak cari distributor di Malaysia. So kalau ada yang membaca ni berminat, boleh la contact ELECLEAN ni.

Device ni datang dalam 2 size. Satu mobile size, senang nak bawa kemana mana, lebih kecil dari size botol air mineral. Yang lagi satu agak besar, tapi tak sure besar mana actual produk tu sebab takde display.


2. Champ Vision Ultra Slim Dual Display

By : Champ Vision



Second produk yang aku suka tengok, this Ultra Slim Dual Display. Ni sebenarnya berfungsi sebagai papan iklan. Menariknya benda ni memang sangat sangat nipis! Ketebalan cuma 18mm sahaja. Didatangkan dalam 2 size, 32inch dan juga 40 inch. 

40" Ultra Slim Dual Display

Features :

  • 40" dual-sided LCD signage
  • Slim type : 18mm (thickness)
  • Wide viewing angle


Performances :

  • 700 NITS (FRONT)/700 nits (Back)
  • Bezel width (T/B/L/R) : 50/200/70/70mm
  • Optional for IPC/camera/touch screen


Produk daripada Champ Vision ni memang memfokuskan untuk retail punya advertising. Sesuai untuk dijadikan advertisement board, takpun untuk showcase produk. so untuk brand owner, ataupun advertiser sesuai la dapatkan Ultra Slim Dual Display ni sebab memang sangat space saving, dan since kedua kedua side pun ada display, jadinya lebih menarik dan effective. 

Antara suggested area untuk letak display ni ialah di : Lobby, dalam bas/ transportation (maybe, mrt?) and at any public space. Dan each side of the display can play independent content. Cool kan? Takdela depan belakang sama je hehe.

Memang seronok bila tengok pameran macam ni. Sambil dapat ilmu, sambil kembangkan minda juga untuk bersifat terbuka nak tengok dan terima inovasi dan teknologi terbaru. Takdela rasa ketinggalan zaman kan? hehe. 

So kalau korang nak pergi, bolehhh! Pameran ni berlangsung selama satu minggu mulai hari ini. 


Taiwan Excellence Hi-Tech Week

Date: 29th April - 5th May 2019
Time: 10am - 10pm 
Venue: Plaza Low Yat, Concourse, Ground Floor

About: Taiwan Excellence represents the best of Taiwanese innovation. Visitors to the exhibition can experience 55 innovative solutions by 24 Taiwanese companies across many areas such as e-sports, lifestyle products and other innovative technologies.



Extra tips : Parking rate di Plaza Low Yat ialah RM4 for 1st hour & RM3 for next subsequent hour. so kalau nak murah sikit boleh park dekat Sungei Wang, and jalan sikit je.

dan beberapa keping selfie bersama Zandra



Post a Comment

On My Instagram